Alam Wakaka Komen Entri PKE (Showdown 2010)
By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:57 PM
Filed Under: Facebook, Isu Menarik, Showdown 2010
Adakah anda kenal dengan entri diatas??Ini merupakan entri berkenaan Final Showdown 2010 yang memaparkan keputusan dan ulasan pertandingan tarian yang terhangat diMalaysia itu..Untuk pengetahuan anda.,PKE terus menulis entri ini sebaik sahaja tiba di rumah kira-kira jam 1.30pagi selepas menonton Final Showdown 2010 secara live di KL LIVE ...

Hye Alam here..
tq so much for yr commented of the final Showdown 2010..
yup, xde siapa yg btul or salah dalam hal ini.
semua org ade pendapat n cara masing2 untuk menilai kelebihan serta kekurangan orang lain..
itu yg kita panggil sebagai manusia normal..
jus want to explain something, hope u dont mind.
1. wakaka win is not bcause of me.
sebab bukan alam seorang yg menari atas pentas, tetapi semua wakaka memberi 100% tenaga n usaha utk sampai te tahap tertinggi Showdown.
::Berkenaan dengan Crew pula,memang benar bukan Alam seorang sahaja yang menari di atas pentas.,ahli-ahli yang lain juga turut memberi sumbangan untuk menjayakan persembahan..Tanpa mereka.,tidak mungkin Wakaka akan menjadi Johan..
::Tetapi ada sesuatu yang harus Alam ingat,sejauh mana sekalipun Alam ingin membuang populariti yang Alam kecapi ketika menjadi Juara So You Think You Can Dance dulu.,orang masih akan ingat.."Eh itu Alam,juara SYTUCD dulu"
3.kenapa u guys pilih kami sebagai juara??sbb kitorg mcm sirkis?
asik buat drama n acrobatik??hmm.. pernah ke u guys tgk dancer lain buat stunt n acrobatic MENGIKUT RENTAK LAGU? question: ape maksud menari?? pergerakan mengikut rentak dan maksud sesuatu lagu. drama??kitorg xde baca skrip pon atas pentas. itu semua story lines, supaya korg bole paham dengan ape yg kitorg cuba sampaikan semasa menari.xkan kami nk jd robot utk lagu tema madagascar?? n klo wan, naz, joe n aie nak awak ganti tempat dorg jd binatang or pompuan atas stage n perform serta menari untuk 1 MALAYSIA TONTON, dengan kesihatan diri yg tidak tentu, AWAK NAK????
::Berkenaan dengan Storyline pula.,kebanyakan storyline persembahan Wakaka memang jelas..Menari juga seperti memaparkan sebuah drama..Dan drama yang dipaparkan oleh Wakaka itu sampai kepada penonton..Dan seperti drama-drama yang lain juga..Ada yang best.,ada yang tidak....
Rasanya siapa yang mempertikai benda tu pasti kurang arif berkenaan dengan perkara ini..Ini kerana persembahan seperti ini kerap dilakukan oleh penari-penari lain..Sebagai contohnya kumpulan Diversity daripada UK..Cuba lihat Video ini.(Lihat)(cuma bezanya,dia tidak berpakaian wanita la)
Haha.,Betul-betul..Hal ini PKE sokong..
Maaflah ye..PKE tidak dapat mengulas mengenai perkara ini..Yang diulas pun hanya berdasarkan video sahaja..
Hahaha..No Comment
9. who is the real winner in this showdown??? GBC,FF or WAKAKA?
the answer is U.
Ya..Jawapannya ialah........................
Apapun,PKE mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi melawat blog ini..Segala salah silap yang menyebabkan Ahli-ahli Wakaka Crew terasa..PKE minta maaf ya..Ini pula sepatah dua kata daripada Alam.,
10. Conclusion, ALHAMDULILLAH KEPADA ALLAH KERANA WAKAKA BERJAYA KE PERINGKAT TERTINGGI N MEMENANGI SHOWDOWN WLAUPON KAMI TAU KAMI TIDAK LAYAK UTK MASUK AUDITION. TERIMA KASIH KEPADA FAMILI2, SAUDARA MARA, RAKAN2 SEPERJUANGAN, MEREKA YG MENYOKONG SERTA MEMBENCI KAMI, MEREKA YG SANGGUP MENGHABISKAN KREDIT UNTUK WAKAKA SERTA MEREKA YG MENYUMPAH N MENGHINA SBB XSUKA WAKAKA, DAN JUGA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KERANA ANDA ADALAH ORG YG MENGEKALKAN SERTA MENBAWA INDUSTRI TARIAN INI KE MASA HADAPAN...
SALAM DARI ALAM WAKAKA
Seni ukiran pasir mungkin kelihatan asing di negara ini lebih-lebih lagi dengan keadaan muka bumi di malaysia yang kelihatan tidak mengizinkan sehingga hal ini mengurangkan minat dikalangan belia kita disamping kurang pendedahan terhadap aktiviti ini oleh masyarakat luar....Jika diperhatikan dari pertandingan-pertandingan yang berlangsung diluar negara,kita dapat meneliti hasil kerja mereka yang sememangnya berseni dengan mempersembahkan karya agung yang menakjubkan...Kadang-kadang perkara ini difikirkan agak mustahil untuk dilakukan tapi ...
Grand abis..
Jadi pada hari ini aku ingin mempersembahkan kepada anda ukiran pasir yang bemotif..Jom lihat...
1.Ukiran seekor Naga
Naga sering dikait dengan masyarakat dunia dahulu yang menyampaikan kehebatan naga ini melalui cerita rakyat..Naga digambarkan seekor binatang yang ganas yang menampilkan mutu seorang pahlawan..(Kononnya la)Jadi sebagai rasa hormat dan kagum kepada binatang mitologi ini,ukiran naga diukir di timbunan pasir..
2.Binaan Kota
Rekaan binaan yang begitu memakan ruangan disekitaran pantai ialah binaan kota yang begitu mengagumkan...Memerlukan ramai juru ukir didalam projek ini kerana memerlukan komitmen yang tinggi untuk menghasilkannya..3.Fosil dan Harta Karun
Berimaginasi tentang harta karun dan tulang-tulang dari zaman dahulu kala berjaya mencipta hasil seni seperti diatas..Ini harta Ahmad Albab yang punya..hahaha4.Para Ilmuan
Ini amat menarik perhatian aku..Kesukaran untuk mengukurnya karya ini begitu terserlah dari raut wajah karya seni..Dibahagian mata dan garisan kedutan..fuh..kagum sangat..5.Karya Fiksyen
Ukiran watak-watak difilem yang dijadikan motif ukiran..Kenal tak sesiapa diatas..hihiBagaimana pula dengan karya-karya dibawah ini..Mesti kenal ma..
6.Gambaran Imaginasi lautan
Sangat cantik..Gambaran ikan duyung yang sedang bersantai disamping keadaan istana dibawah laut yang dijaga oleh sotong kurita..
Memang dasar perempuan syaitan yang bertopengkan binatang..Membuat perkara ini dengan muka selamba dadah..Adakah dihatinya tidak timbul sedikit pun perasaan kasihan ataupun sayang kepada binatang ciptaan tuhan ini.. Mengharapkan rupa paras yang lawa tetapi perangai buruk tak guna juga..Semua itu tidak bermakna jika dia sendiri mempunyai perangai yang memang macam Anjing!!.. Cuba anda renungkan dan perhatikan setiap perincian video ini..Bukan ke tindakan ini terlalu kejam..Membuat kerja bodoh tanpa sebab yang munasabah.. (aku silap,ada pula kerja bodoh ada yang mempunyai sebab yang munasabah)..
Aku cakap secara terus terang..Aku tidak sukakan kucing..Tetapi tidak sesekali akan buat benda sedemikian rupa kepada binatang..aku tahu,setiap benda ciptaan tuhan didalam dunia ini berhak hidup dengan bebas tanpa sebarang gangguan..Jadi..Tonton video ini..
Jengkel bukan..Melihat segala perbuat yang dibuat oleh beliau..memang melampau..
Inilah yang patut kita gelarkan kepada si pemijak itu..
Syaitan bertopengkan Binatang
Liquid Mountaineering : Satu Penipuan!!
By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 7:32 AM
Filed Under: Fakta Menarik, Internet, Isu Menarik, liquid mountaineering
Jika sebelum ini mungkin anda berasa pelik dengan sukan ekstrem yang semakin mendapat sambutan hebat dari kalangan belia di seluruh dunia iaitu berkenaan dengan sukan 'Parkour' yang kini bukan sahaja dianggap biasa.,malahan terjun bangunan juga menjadi satu kekaguman kepada peminat sukan tersebut,kini muncul pula sukan baru yang tergolong dalam sukan olaraga yang mungkin menjadi kegemaran kita suatu hari nanti..Sukan itu dikenali sebagai
LIQUID MOUNTAINEERING
Apa itu Liquid Mountaineering??
Untuk pengetahuan semua,Liquid Mountaineering ini merupakan sejenis sukan yang memerlukan anda berlari diatas air.Sememangnya idea penciptaan sukan ini bermula dari impian manusia sejak zaman berzaman untuk berlari diatas air dengan menggunakan teknik yang hampir sama dengan konsep yang digunakan ketika kita melemparkan batu keatas permukaan air dan kemudian batu itu melayang diatasnya.
Sukan ini diasaskan oleh Sebastian Landerwerl, Miguel Delfortrie dan Ulf Gartner yang dirintiskan di Sepanyol.Jika anda ingin mengetahui keterangan dengan lebih lanjut,anda boleh melihat paparan video di bawah berkenaan cara sukan ini dimainkan.
Video ini memaparkan segala cara dan langkah kononnya cara untuk melakukan larian dengan betul..Adakah anda tahu bahawa ketika artikel ini ditulis,video ini telah ditonton lebih 4 juta orang yang berminat untuk menyaksikan aksi mereka ..Video ini diupload pada 28 April 2010.
Adakah semua ini benar??
ataupun Dusta??
Jadi kesimpulan bagi aku.,semua ini hanya dusta belaka..
Amat mustahil untuk manusia berjalan diatas air dengan berlari dan berkeadaan begitu kerana kita masih mempunyai hukum fizik yang masih perlu dipatuhi..

It's pathetic how low the world's standards on education have become for there to exist so many idiots who truly believe this video is factual. You don't need to be a rocket scientist to figure out that this is a joke.
1. Elementary physics should tell you this is impossible.
2. Common sense should tell you this is a joke.
3. The site from the video's description TELLS you this is all a joke: liquidmountaineering . org / site-disclaimer/
Kebarangkalian untuk berjalan/berlari diatas air amat rendah..kebetulan juga dokumentari di atas dikatakan hanyalah satu helah Syarikat Hi-Tec untuk memasarkan kasut kalis air mereka.
Jadi.kepada sesiapa yang percaya mengenai perkara ini,abaikan..
jika anda tidak mengetahui langsung.,anggaplah ini sebagai pengetahuan tambahan anda supaya anda tidak tertipu dimasa akan datang..
Setelah lama bercuti menulis blog..,bersiar-siarlah aku dialam maya melawat laman2 web dan blog menarik yang sedia ada bersepah di internet..Terdetik dihati aku untuk melawat laman web Ironman,Adiwira yang aku minati sejak akhir-akhir ini disebabkan tertawan dengan jalan ceritanya yang menarik dan sut yang bergaya..Walaupun Ironman 2 sudah lama ditayangkan di pawagam pada 30 April yang lalu,tetapi dihati kecil aku ini masih juga ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai watak-watak yang dilakonkan didalam cerita yang gempak ini..(kerana aku bukan peminat fanatik yang mula membaca dari komek)..Kepada sesiapa yang masih belum menonton cerita Ironman 2,anda boleh Klikkan diTV.
Ok kita abaikan mengenai cerita ini..Apa yang aku ingin ceritakan disini ialah berkenaan laman web rasmi Ironman..
SMARt Gila!!!
Apabila anda mula melangkah masuk ke laman web tersebut ..wah..disambut dengan logo dua yang elegen melambangkan filem Ironman 2 yang masih ditayangkan..
Namun apa yang mengagumkan aku.,apa yang dipaparkan ini lebih kurang sama dengan teknologi khayalan yang ditunjukkan didalam filem Ironman..Maksud aku teknologi yang nampak sangat canggih..Paparan grafik yang menarik..anda juga boleh memilih sama ada anda ingin paparan yang memaparkan Mark 6 atau War Machine..
Muka dengan Laman Web yang Memaparkan IronmanYang menjadikan aku lebih kagum adalah diruangan menu dimana ...aii..,cantik gila siot..
Cam ni la ruangan menu tersebutSetiap klik yang anda lakukan juga akan diiringi dengan bunyi yang menarik..Muzik latar juga disediakan...
Diruangan About The Movie ada memaparkan maklumat diri watak-watak penting yang turut terbabit didalam Filem Ironman 2..Di ruangan video pula ada memaparkan triller dan part2 penting didalam filem yang mesti ditonton..
Ruangan Gallery ada memaparkan gambar-gambar menarik..Tapi aku ambil gambar awek ni...jangan marah ye..
Download..ruangan yang paling orang suka..Disini anda boleh memuat turun poster2 menarik dengan paparan gambar yang sangat jelas mengikut ukuran saiz yang disediakan..
Rakan penaja diorang pun ada disertai sekali..
Yang ini hanya diruangan Extra sahaja..sangat menarik..aku tak boleh ulas pasal canggih sangat..rasa2 nak masuk.,silakan..sangat canggih beb..(kali kedua aku ulang)Jadi jikalau anda teringin untuk memasuki laman web ini,silalah layari
http://ironmanmovie.marvel.com/
Sebelum tu.,mungkin korang berminat untuk membaca teori mengenai reaktor didada Tony Stark ni di laman blog rakan blogger aku ini...silakan..
(klik Gambar)

Info Tentang Pi ( π )-Rahsia Matematik
By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:03 PM
Filed Under: Fakta Menarik, Internet, Isu Menarik
Setiap manusia biasa mesti menghadapi satu bentuk tekanan perasaan jikalau ditimpa suatu masalah.Masalah yang berlarutan lebih menambah dan mengusutkan pemikiran jikalau tidak diselesaikan dengan segera.Masalah ini juga biasa berlaku kepada semua orang.Baik anda sebagai guru,sebagai blogger,sebagai ibu mahupun sebagai pengemis sekalipun(cemburu sal dapat tahu pengemis di US ada laptop sendiri)..Pelbagai cara yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mengurangkan tekanan jiwa ini.Antaranya ialah dengan melakukan aktiviti yang disukai seperti bersukan,menonton televisyen,melayari internet mahupun menyanyi.
Sememangnya internet mampu memberi kuasa yang besar kepada seseorang yang memanfaatnya.Umpamanya blogger yang berpengaruh yang menggunakan blog sebagai wadah untuk menyampaikan sesuatu pendapat mahupun isu.Pada entri yang lalu(yang telah berlalu)..,ada dipertontonkan kepada anda entri yang memaparkan kejayaan Rhett dan Link yang menjadi terkenal melalui Youtube.Adakah anda kenal mereka..Mereka merupakan Internetainers yang sangat terkenal di internet kerana kemampuan mereka untuk berlawak dalam lagu dan kemampuan itu digunakan untuk menjana duit melalui internet.Untuk keterangan lebih lanjut,anda boleh melihat entri Anda Kenal Rhett dan Link
Kita sibuk menceritakan tentang Internetainers daripada luar tanpa pandang kedalam negara..Tanpa disangka-sangka,aku berjaya menjejaki seorang intertainer yang sememangnya agak berbakat yang menjadikan Youtube sebagai Platform untuk menyampaikan karyanya..
Adakah anda mengetahui siapa yang dimaksudkan..
Dia adalah
Anas Tahir a.k.a Anas Koq
Siapa tu,masih tak kenal
Adik kandung Faizal Tahir la..

Dia banyak mengupload video yang menarik dan lawak yang dipertontonkan diYoutube untuk tatapan kita semua.Mengikut fakta yang agak jelas,dia berumur 26 tahun pada tahun ni.Anak kepada Dr Tahir ini masih belajar di University Swansea di United Kingdom dan mempunyai perangai yang sangat funky dan gila-gila..Perkara ini jelas sekali terpapar disetiap video yang diuploadnya..
Cuba tengok sedutan video ini:
Jika anda berasakan yang anda berminat untuk melihat video-video yang selebihnya,anda boleh melayari channel beliau di Youtube
Channel Anas Tahir
Sangat Kreatif..
Bagus2..
Brunei merupakan negara yang terkenal dengan hasil kekayaan sumber asli minyaknya yang terletak di kawasan asia tenggara disamping berjiran dengan Malaysia.Negara yang diketuai oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ini merupakan salah sebuah negara kaya didunia dengan corak pemerintahan monarki yang memberikan kuasa kepada Sultan untuk memerintah negara secara Mutlak.Dengan corak pemerintahan yang baik disamping kekayaan sumber,rakyat Brunei hidup dengan mewah dan aman.
Kekayaan yang dimiliki Sultan juga agak terserlah dengan cara dan gaya yang ditonjolkan melalui penampilan baginda..Jadi pada entri kali ini,aku akan mempamerkan kepada anda keadaan sebenar pesawat peribadi Baginda..
Ini merupakan pesawat peribadi yang dimiliki Sultan Brunei iaitu AirBus 340 yang berharga lebih kurang USD220 juta.Pesawat ini mempunya kelengkapan umpama sebuah rumah yang sangat mewah dengan disediakan singki yang diperbuat daripada emas sepuh.
Inilah singkinyaJAdi dipamerkan kepada anda keadaan dalam pesawat tersebut






Sangat kaya...Keadaan dalam pesawat dah macam dalam rumah pulak
Blogging merupakan perkara yang sangat bermanfaat kepada kita semua jika dilakukan dengan cara yang betul..Dengan corak dan penyampaian yang pelbagai dan berwarna warni berjaya melahirkan ramai blogger dari Malaysia pada setiap hari..Perkara ini tidak dapat dinafikan...Lebih-lebih lagi kenyataan yang menyatakan blog boleh mendatangkan duit..Blogger juga seorang manusia biasa yang sentiasa cuba berkarya(ye ke) dan menghasilkan entri baru sekerap yang mungkin atau setidak-tidaknya seminggu sekali..Masalah kehabisan idea mahupun masalah penghasilan entri terbaru merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh setiap blogger..Termasuk aku...Jadi sebagai seorang blogger sejati yang menghadapi masalah yang serupa seperti ini,kita akan cuba bersantai menenangkan fikiran mahupun mencari ilham dengan melayari Youtube atau mencuba berbagai cara untuk mencari inspirasi..Ini semua dilakukan supaya kita tidak melanggar perkara yang sepatutnya iaitu melanggar etika ketika berblogging..
Apa yang ingin aku katakan disini berkenaan perkara yang benar-benar membuatkan aku marah iaitu mencuri hasil kerja orang lain..Benda itu adalah Sindrom Copy and Paste..kalau korang semua perasan di laman blog Rasmi Pejuang Kesenian Extreme ini..
Ada ke aku letakkan Watermark kat Gambar
Ada ke aku buat No right Click
Ada ke aku buat Copyright(korang bleh tengok je,x leh copy)
Aku tak ada buat benda-benda macam ni...
Apa tujuan aku..
Tujuannya hanya satu...
aku ingin berkongsi
berkongsi dengan semua blogger terutama blogger dari Malaysia mengenai pengetahuan..
Pengetahuan Am yang mungkin kamu ingin tahu..Pengetahuan yang menarik untuk dikongsi bersama..
Jadi tidak bermakna aku sengaja berbuat sedemikian,korang boleh copy dan paste entri yang menarik di blog ini...Aku cuma berharap jikalau korang berminat dengan salah satu entri di blog ini dan kamu sangat sukakannya,ambil fakta tersebut dan olahkan dengan cara dan penulisan kamu sendiri...Mungkin perkara itu lebih memuaskan...Korang akan berasa lebih puas jika penulisan kamu itu dikomen oleh blogger lain..
Jadi sekarang ni,perkara yang menyebabkan aku marah ialah ada seorang blogger yang sanggup meniru 100% entri aku...Aku rasa terbakar juga dengan blog tersebut..Entri yang dicuri ialah Entri
Pangkat yang ditawarkan diDunia Naruto
tidak ada cacat cela...100% copy dan paste...Memang agak kelakar kerana blogger ini mencopy entri budak-budak tetapi ia masih salah..Umpama ko tidak menghormati aku sebagai owner blog ini...
Entri Kat blog AkuBaca Entri kat blog aku
Entri di blog mamat ni...Baca Entri kat Blog dia
Sama siot..Aku post entri pasal ni 10 Februari...tepat pada hari itu juga entri aku dicopy..dah la yang beza cuma Tajuk sahaja...Yang menyebabkan aku bertambah marah,lagu yang disertai dalam entri ni pun dia tiru sekali...wah.handal...
Jangan fikir aku tidak tahu apa yang dilakukan oleh setiap pengunjung blog aku...Nasib baik adalah seorang pengunjung daripada Indonesia meninggalkan jejak untuk menjejaki laman Blog tersebut..
Jejak yang ditinggalkan dengan Keyword sekali(Terima Kasih kepada kamu)Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas
Bajet-bajet la...Aku tahu ramai peminat Naruto diluar sana..Malahan orang yang sudah berkahwin dan besar panjang pun masih meminati naruto,tapi jangan wat cam ni mengambil entri orang semata-mata untuk mendapat tempat di seach engine...
Aku juga ketahui melalui CopyscapeSedang aku meneliti bagaimana dia mengetahui mengenai entri tersebut,tiba2 aku terpandang sesuatu...
Ada logo gengblogger disebelah sisi kanan blog tersebut...Mungkin dari sini kot...Dia ahli Gengblogger...
Jadi aku harap ini kali pertama dan kali terakhir orang menplagiat entri aku..
Klu ko nak,ambil fakta,tulis dengan cara kamu sendiri..Aku pun bukannya tegas sangat sampai korang tak boleh amik apa2 maklumat daripada blog aku...Ingat ini blog perkongsian pengetahuan..Korang boleh baca dan ambil..Ambil dan gubahnya dengan cara kamu sendiri..Aku pun kadang-kala ada mengambil info daripada blog orang lain...Kemudian aku kongsi bersama kalian...
Ketika blogwalking tadi,aku terserempak la juga dengan blogger yang mempunya masalah yang sama...
Zack pun ada masalah yang sama...owner kepadahttp://zackzukhairi.blogspot.com/
Tidak dapat dinafikan..Aku biasa nampak orang copy entri dia..pompuan lak tu

Tu saja aku nak cakap...
Sebenarnya,untuk mencipta suatu bendera yang baik memerlukan pemeriksaan dan ketelitian dalam pelbagai aspek termasuk aspek latar belakang sesebuah negara bagi memudahkan percambahan idea dalam hal menyelitkan unsur-unsur tempatan didalam bendera tersebut.
Dikala bendera menjadi lambang kepada sesebuah negara,kreativiti mampu menepis segalanya.Dengan berbekalkan kreativiti yang diberikan tuhan "Born to Be"..Habis dibedalnya rekaan bendera yang pelbagai dan unik..Seharusnya anda perlu tahu bahawa orang yang mereka bendera tersebut mestilah mereka yang benar-benar layak dan hanya mempunyai daya kreativiti di atas tahap manusia normal sahaja..Hasilnya adalah seperti berikut:
1.Friesland
Friesland merupakan wilayah yang terletak di utara Belanda.Adakah benda merah di bendera ini ialah buah epal atau???? apapun janji meriah..Fakta yang menarik tentang Friesland,daerah ini merupakan satu-satunya daerah yang mempunyai bahasa rasmi selain daripada bahasa Belanda di Belanda iaitu Bahasa Frisia2.Guam
Sangat berseni...sangat pelik..3.Benin
Bendera ni digunakan oleh empire Benin di negara moden Nigeria suatu ketika dahulu.Bendera yang berunsurkan semangat kesukanan yang sangat tinggi..hihi..Negara ini pada waktu sekarang lebih dikenali sebagai Republik Benin atau Dahomey.Sekarang pun dah tukar bendera dah..4.Swaziland
Swaziland merupakan negara yang terletak di selatan afrika dan tidak mempunyai pantai.Ada la rasanya unsur-unsur kenegerian..Meriah5.Isle of Man
Ini bukan cap logo minuman penyejuk badan cap kaki tiga ye...Ini merupakan bendera rasmi negara Isle of Man ...Klu nak tahu pasal negara ni cari la sendiri...klu korang nak tahu,mata wang bagi negara ini ialah Pound Isle of Man(setaraf pound sterling)...Kesiannya tentang negara ini,bahasa rasmi yang dituturkan oleh masyarakat Isle of Man iaitu Bahasa Gaelik Manx telah pupus dengan penutur yang terakhirnya telah meninggal ialah pada tahun 1974...Korang nak ke Bahasa Melayu senasib dengan bahasa mereka..Jadi sayangilah bahasa kita..huhu6.Mozambique
Memang pelik rekaan benderanya..Mozambique merupakan satu-satunya negara yang tidak dijajah British tetapi menyertai Komanwel pada tahun 1995..Apa maksud bendera ini?Penulis menafsirkan:
Lambang cangkul merupakan punca rezeki utama penduduk Mozambique
lambang buku pula menunjukkan masyarakat mereka mudah belajar
manakala lambang Ak-47..Apa pandang2...nak gaduh..(haha)
Gurau je...
7.Kyrgyzstan
Takraw berasal daripada alam melayu atau daripada Kyrgyzstan???Adakah itu bola tenis...oh hamba pening..8.Nepal

Tahukah anda,Nepal merupakan satu-satunya negara didunia ini yang mempunyai bendera berbentuk berlainan daripada kebiasaannya yang berbentuk empat segi...
9.Northern Marianas Islands
Orang yang cipta bendera ni tak tahu guna Photoshop ke??Bendera macam tampal guna clip art sikit...10.Libya
Adakah ini bendera??Ya tuan-tuan..ini bendera..diadaptasi daripada malam tanpa inspirasi(dalam kata lain malam tak de idea) pada tahun 1977 maka terhasillah bendera ini..Untuk pengetahuan semua.Bendera Libya merupakan satu-satunya bendera yang mempunya design kosong tanpa lencana dan hanya mempunyai satu warna sahaja
JAdi itulah 10 bendera yang disenaraikan oleh hamba pada episod kali..Kesimpulannya disini,jangan kata bendera,namanya pun pasti korang ada yang sampai tak pernah dengar




