20 Cara menghilangkan tekanan dengan Roommate

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:32 PM

Filed Under: ,

Adakalanya tinggal berjauhan dengan keluarga untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi sememangnya memberikan tekanan kepada seseorang pelajar.Apatah lagi jika mereka-mereka yang berjauhan ini terdiri daripada anak-anak yang manja.Pasti situasi ini memberikan mereka suatu impak tekanan yang dahsyat.

Ok,untuk melegakan tekanan itu,PKE akan menunjukkan cara bagaimana untuk melegakannya dengan cara memindah tekanan tersebut kepada roommate anda pula.(Tekanan mana boleh hilang,dia kena pindahkan je..hihi)Keberkesanan teknik ini bergantung kepada tahap tekanan anda.Jika tahap tekanan yang dihadapi anda tahap melampau,mungkin apa yang anda buat ini mampu menjadikan roommate anda gila..Begini cara-caranya:

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

SELAMAT MENCUBA!

Nota:Kredit diberikan kepada Yasmine Danny kerana berkongsikan cerita yang menarik ni untuk tatapan semua penduduk planet bumi di FB..Sekurang-kurangnya ia menjadi tatapan santai yang sesuai untuk tontonan umum..hihi

10 comments for this post

baca quran jangan lupe
=)

Posted on October 12, 2010 at 9:47 PM  

..dan juga baca wikipedia :)

Posted on October 12, 2010 at 10:59 PM  

we love wakaka

Posted on October 14, 2010 at 10:58 AM  

okeh.dah try..tapi room8 wat tatau jer..hurm..

Posted on November 7, 2010 at 11:54 PM  
meo

berus gigi? apakah?

Posted on December 16, 2010 at 9:02 PM  
zam

lama dah tak masuk blog PKE ...hehehe...good info...tq

Posted on May 27, 2011 at 8:25 AM  

ne jungan perdana saya disinia
salam kenal.

Posted on June 18, 2012 at 10:25 PM  
Nas

blog PKE xleh bukak je... boleh bukak tp kuar bende lain.. nape eh?

Posted on January 2, 2013 at 3:09 PM  

like it .......

Posted on February 8, 2013 at 3:34 PM  
Anonymous

Stupid suggestion!!! kelakar doe...sangat *double jerk*

Posted on August 28, 2016 at 8:53 AM  
Related Posts with Thumbnails
Print