Gengblogger Digodam

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:30 PM

comments (18)

Filed Under:

Berkenaan dengan masalah yang melanda GengBlogger baru-baru ini pasti menyakitkan hati banyak pihak yang menjadikan GengBlogger sebagai tempat lepak..Banyak juga khabar angin yang bertiup berkenaan dengan masalah ini..

Kata-kata yang menyakitkan hati

Ada yang mengatakan yang masalah ini berpunca daripada manusia-manusia yang tidak berguna yang cuma atau telah menggodam Gengblogger..Masalah ini berlarutan sehingga menyusahkan aku yang hidup didalam kebuntuan di alam maya ini(selalu lepak kat forum kat sana)..Bangkai betul..

Namun ada kata-kata yang telah melegakan aku

Kata-kata ini aku ambil dari Mr Ben punya Blog

Setelah mendengar kata-kata ini..aku berharapkan masalah ini kan cepat selesai..,gua tengah bosan ni...
Jadi sebagai alternatif kepada semua blogger yang lain..
Korang ping la blog korang di laman web tersebut:

http://www.ozbloggers.com/
http://jombuzz.com/
http://imcurtain.com/

dan kawasan-kawasan yang sama tema dan waktu dengannya...

Info Tentang Pi ( π )-Rahsia Matematik

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:03 PM

comments (17)

Filed Under: , ,


Dikala kebosanan melanda,google yang menjadi penemannya..
Ketika aku melawat google untuk termenung(biasanya mengadap page google kerana tak tahu apa yang nak cari)..Ada sesuatu yang menarik perhatian aku untuk menelitinya..Ianya berkenaan logo..Logo Google yang bertukar kerana menyambut suatu peristiwa yang istimewa..

Ini Logonya

Apakah peristiwa itu??
Peristiwa tersebut ialah sambutan hari Pi (cara sebutnya pai)

Apa yang aku ingin katakan disini.
Selamat Menyambut Hari Pi..(hihi)
(bunyi pelik)

Tarikh bagi menyambut Hari Pi (bunyi kelakar) ialah pada Mac 14 setiap tahun iaitu bertepatan dengan nilai Pi(π) iaitu 3.14..


Cara Menghilangkan tekanan

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 2:35 PM

comments (12)

Filed Under: ,

Setiap manusia biasa mesti menghadapi satu bentuk tekanan perasaan jikalau ditimpa suatu masalah.Masalah yang berlarutan lebih menambah dan mengusutkan pemikiran jikalau tidak diselesaikan dengan segera.Masalah ini juga biasa berlaku kepada semua orang.Baik anda sebagai guru,sebagai blogger,sebagai ibu mahupun sebagai pengemis sekalipun(cemburu sal dapat tahu pengemis di US ada laptop sendiri)..

Pelbagai cara yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mengurangkan tekanan jiwa ini.Antaranya ialah dengan melakukan aktiviti yang disukai seperti bersukan,menonton televisyen,melayari internet mahupun menyanyi.


Anas Tahir:Internetainer Malaysia

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:19 PM

comments (16)

Filed Under: ,

Sememangnya internet mampu memberi kuasa yang besar kepada seseorang yang memanfaatnya.Umpamanya blogger yang berpengaruh yang menggunakan blog sebagai wadah untuk menyampaikan sesuatu pendapat mahupun isu.

Pada entri yang lalu(yang telah berlalu)..,ada dipertontonkan kepada anda entri yang memaparkan kejayaan Rhett dan Link yang menjadi terkenal melalui Youtube.Adakah anda kenal mereka..Mereka merupakan Internetainers yang sangat terkenal di internet kerana kemampuan mereka untuk berlawak dalam lagu dan kemampuan itu digunakan untuk menjana duit melalui internet.Untuk keterangan lebih lanjut,anda boleh melihat entri Anda Kenal Rhett dan Link

Kita sibuk menceritakan tentang Internetainers daripada luar tanpa pandang kedalam negara..Tanpa disangka-sangka,aku berjaya menjejaki seorang intertainer yang sememangnya agak berbakat yang menjadikan Youtube sebagai Platform untuk menyampaikan karyanya..

Adakah anda mengetahui siapa yang dimaksudkan..
Dia adalah

Anas Tahir a.k.a Anas Koq

Siapa tu,masih tak kenal
Adik kandung Faizal Tahir la..


Dia banyak mengupload video yang menarik dan lawak yang dipertontonkan diYoutube untuk tatapan kita semua.Mengikut fakta yang agak jelas,dia berumur 26 tahun pada tahun ni.Anak kepada Dr Tahir ini masih belajar di University Swansea di United Kingdom dan mempunyai perangai yang sangat funky dan gila-gila..Perkara ini jelas sekali terpapar disetiap video yang diuploadnya..

Cuba tengok sedutan video ini:







Jika anda berasakan yang anda berminat untuk melihat video-video yang selebihnya,anda boleh melayari channel beliau di Youtube

Channel Anas Tahir

Sangat Kreatif..
Bagus2..

Info Piala Dunia FIFA 2010

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:49 AM

comments (10)

Filed Under:


Kehangatan Piala Dunia Fifa 2010 yang bakal berlangsung di Afrika Selatan pada 11 Jun ini semakin dirasai oleh para kali bola diluar sana yang begitu teruja untuk menanti dengan penuh debaran siapa yang bakal bergelar juara..Dengan Itali memegang status sebagai juara bertahan,pasti banyak pasukan yang cuba untuk merampasnya.Jadi ,untuk memeriahkan suasana festival sukan terbesar dan berpengaruh di dunia ini,aku akan menyediakan sedikit info tentang Piala dunia 2010 ini..


1.Logo

Setiap edisi Piala Dunia memaparkan logo-logo yang tersendiri mengikut kesesuaian dan citarasa negara penganjur.Jadi beginilah rupanya Logo Piala Dunia Afrika 2010 yang dicipta oleh pihak mereka


2.Maskot

Maskot juga merupakan salah satu perkara penting yang mesti ada untuk memeriah dan mewarnai suatu pertandingan.Jadi pada tahun ini,mereka telah memilih seekor harimau bintang sebagai calon yang sesuai untuk menjadi maskot rasmi penganjur pada kali ini dan maskot tersebut diberi nama sebagai Zakumi,.nama Za merujuk kepada Afrika Selatan manakala kumi pula bermaksud 10..Melambangkan juga 10 bahasa yang digunakan di Afrika.

3.Bola Sepak

Ini merupakan bola rasmi yang akan digunakan di Kejohanan Piala Dunia 2010.Diberi nama sebagai Jabulani yang bermaksud "merayakan" atau "membawa kebahagian" di dalam bahasa Afrika.Bola ini sememangnya mempunyai unsur-unsur seni tempatan selain dicop sebagi bola yang paling bulat yang pernah dihasilkan oleh Adidas.

4.Lagu Tema

Lagu tema juga dikatakan suatu kemestian yang wajib ada ketika kejohanan sedang meriah berlangsung,.Dan pada tahun ni,lagu Wavin Flag nyanyian K'naan menjadi lagu tema Piala Dunia 2010..



Lagu dari K'Naan-Wavin Flag
Muat Turun Lagu Ini



5.Barisan Stadium


Stadium menjadi tumpuan para pengunjung untuk menyaksikan perlawanan yang dipamerkan oleh pasukan kesayangan masing-masing..Faktor keselesaan dan kapesiti juga menjadi faktor penting yang perlu dititik beratkan oleh tuan rumah.

6.Barisan pasukan bertanding
Pasukan bertanding juga menjadi faktor-faktor kemeriahan kejohanan ini..Jadi disini disenaraikan kepada anda 32 pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran Juara..Negara-negara bertanding dibahagikan kepada 8 kumpulan yang terdiri daripada 32 negara..

Jadi itu sahajalah info yang hendak dikongsikan kepada anda mengenai Piala Dunia Fifa 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan.
Jadi,siapa pilihan anda untuk menjadi Juara?

Cara Cepatkan Masa Loading Blog

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:36 PM

comments (14)

Filed Under: ,

Pertama sekali,aku disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan blogger terutama shuko yang sudi menolong aku untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh blog ini iaitu meminimumkan masa untuk mengakses blog yang sedia ada berat ini diketahui umum sarat dengan gajet...Dengan cadangan yang telah dikemukakan.,akhirnya aku telah menjumpai jalan penyelesaian yang selama ini tidak diketahui atau boleh dikatakan agak mustahil untuk mempercepatkan masa loading blog tanpa membuang gajet yang dirasakan perlu..

Pertama sekali.,untuk menyelesaikan masalah ini,apa yang perlu dilakukan adalah dengan menyelidik dan menjiwai blog anda(haha,ayat tak nak kalah,ni gurau je)...Maksud aku mengetahui dan mengenal masalah yang dihadapi oleh blog anda..Seperti yang sedia maklum,setiap masalah yang dihadapi oleh blog ini diketahui oleh aku,cuma tidak tahu cara untuk menyelesaikannya kerana aku hanya seorang blogger yang newbies yang masih belajar daripada blogger2 yang senior..Jadi setelah meminta pertolongan dan cadangan menerusi medium GengBlogger melalui forum(Klik sini),akhirnya aku mendapat jalan penyelesaiannya..Jalan penyelesaian yang tidak memerlukan pengubahsuaian ataupun menggantikan template baru..Caranya adalah dengan memampatkan..

Yang pasti.,untuk menyelesaikan masalah anda,anda perlu menyelidik dahulu mengenai blog anda..Antara cara-cara yang boleh digunakan untuk menyelidik blog anda adalah seperti berikut:

:::Menggunakan
Website Speed Test
Anda akan mendapatkan maklumat mengenai saiz dan masa untuk loading.

:::Melalui
Pingdom
Anda akan mendapat maklumat yang agak teperinci tentang bahagian yang meloading di blog anda.Hanya memerlukan anda memasukkan url blog untuk memula beroperasi..

:::Dengan
Numion
jam masa yang mengukur masa untuk menghabiskan loading blog..

:::Cuba
Web Page Analyzer
Maklumat yang lebih lengkap..

Sekarang anda telah menjalankan penyelidikan tentang blog anda dengan menggunakan laman web yang disediakan seperti yang diatas..

Jadi apa kaitan mengenai penyelidikan blog anda dan cara untuk memampatkan blog anda ini..

Sebenarnya tak ada kena mengena pun..hi
saja nak bagi anda lebih memahami blog anda..
Supaya setelah penyelidikan dibuat.,anda tahu kelemahan blog anda..

Pada kali ini,saya akan mengajarkan kepada anda cara untuk memampatkan(compress) blog anda dengan menggunakan 2 cara..Cara yang pertama ialah dengan memampatkan css dan cara yang kedua dengan memampatkan html..

Tutorial yang pertama
Memampatkan (compress) CSS(Cascading Style Sheet)

Caranya ialah dengan

1.Login ke Blogger dan pilih layout kemudian klik edit html
2.Pastikan anda telah buat backup dengan Download Full Template..Takut-takut ada kemungkinan yang akan berlaku..
3.Cari Kod CSS yang terletak diantara
<b:skin><![CDATA[/* dan ]]></b:skin>

4.Jadi setelah anda menjumpai kod css tersebut dan menghighlightkannya..ambil dan Cut..
5.Kemudan anda pergi ke CSSDrive.com dan memampatkannya di kotak yang disediakan..(ada kotak Insert Css Code)

Switch to Advanced mode instead for greater customization.

Compression mode: (?)
Light
Normal
Super Compact

Comments handling: (?)
Don't strip any comments
Strip ALL comments
Strip comments at least chars long (NOT counting line breaks within comment)

6.Ada disediakan pemilihan seperti berikut.Kepada yang permulaan,dicadangkan anda supaya memilih Light dan Don't Strip any comments dahulu.
7.Sesudah itu,klikkan compress it yang ada dikotak tersebut.
8.Tunggu sebentar sehingga proses selesai..
9.Kemudian copy dan paste kod yang dimampatkan tadi diruangan CSS yang terletak diantara
<b:skin><![CDATA[/* dan ]]></b:skin>

10.Jika sudah selesai jangan lupa savekan Template anda.

Ini merupakan Cara untuk memampatkan kod HTML anda pula..


Tutorial yang kedua:
Mampatkan HTML anda

Cara ni lebih senang daripada memampatkan CSS..tak payah pening kepala..

1.Langkah pertama adalah dengan pergi ke laman web http://www.textfixer.com
2.Ada disediakan kotak kosong di bahagian bawah page yang tertulis html Compression Tool
3.Masukkan kod Html anda..Macam biasa la..Masuk blogger dan pilih layout dan klik edit html..Copy semua kod html tersebut..
4.pastekan di kotak yang disediakan..Kemudian klik compress HTML..
5.Hasilnya akan terpapar di kotak bawah kod HTMl anda yang baru..Copy dan pastekan di akaun blogger anda..

Jadi inilah sedikit sebanyak tutorial yang diajarkan kepada aku untuk meringankan masa loading sesuatu blog.,diharapkan anda faham dengan apa yang disampaikan..

Youtube Perlu Diterokai

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 2:25 PM

comments (7)

Filed Under: ,

Youtube perlu diterokai.
Itulah ayat yang mampu dikata untuk menggambarkan betapa berharga dan pentingnya laman web tersebut kepada umat manusia.Menyediakan video yang pelbagai menjadikan laman web tersebut begitu popular dan dikunjungi oleh manusia dari segenap pelusuk dunia.Mengapa aku berkata sedemikian?begini kisahnya..

Ketika berjalan-jalan di alam maya melawat blog rakan-rakan blogger (istilah lain blogwalking la).,tersesat la pula aku dilaman blog tubelawak (padahal memang sengaja masuk).,ketika berada didalam blog tersebut,ada la satu tajuk entri yang betul-betul menarik perhatian aku untuk membaca iaitu "Terlepas peluang menunjuk macho"..Di dalam entri menceritakan cara menuangkan sos ke dalam pinggan..Aku membaca..Kemudian aku perasan di entri tersebut juga ada disediakn link ke youtube dengan keyword "Teknik menuangkan sos dengan betul dan sangat Macho"..

>>>>>???????

Aku pun singgah untuk melihat video tersebut..
Mati-mati aku ingat ini hanya satu gurauan ataupun publisiti murahan ..Rupa-rupanya betul siot..Dia sangat serius dan memaksudkannya...

Video tersebut mengajar cara dan teknik-teknik untuk menuangkan sos kedalam pinggan dengan betul.Siap dengan Angle(sudut) yang betul sekali..
Gila kentang.tak percaya boleh baca entri tersebut(Klik Sini)
Aku rasa Pak Cik Crayon banyak memberi kesedaran kepada aku untuk mencari benda-benda merapu disana..haha

Setelah memerhati dan meninjau benda yang tidak disangka-sangka yang berkonsepkan tutorial dan mengarut.,banyak yang aku dapat..
Antaranya ialah

Cara melipat baju dalam masa 2 saat
Cara menanggalkan baju dengan pantas
Cara Parking kereta dengan Pantas

Itu merupakan tutorial yang menjimatkan masa..

Dan semestinya.video yang menjadi pilihan aku adalah
"Cara-cara untuk menjadi gengster"
sangat lawak..

Kita berhenti disitu..Bermula kepada perkara yang lain..
Adakah anda kenal dengan UrbanFreeflow...Mereka merupakan kumpulan Parkour yang mempergunakan fungsi Youtube dengan sebaiknya sehingga menjadi kumpulan Parkour yang paling berpengaruh sekali didalam dunia..Mereka seumpama nadi kepada Parkour itu sendiri..
Cara mereka menyampaikan aktiviti terkini juga melalui youtube..

Bukan itu sahaja..Para shuffler diluar sana juga menggunakan Youtube untuk mempelajari teknik baru disamping mencari ilham..

Jadi kesimpulannya disini.,Youtube banyak memberi kebaikan dan faedah kepada kita berbanding keburukan.Jadi gunakanlah dengan sebaiknya.Kepada sesiapa yang inginkan perisian yang terbaik untuk download video di Youtube anda boleh usha disini (Klik sini)

Related Posts with Thumbnails
Print