Seni Ukiran Pasir Yang Gempak!!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:44 PM

comments (17)

Filed Under:

Seni ukiran pasir mungkin kelihatan asing di negara ini lebih-lebih lagi dengan keadaan muka bumi di malaysia yang kelihatan tidak mengizinkan sehingga hal ini mengurangkan minat dikalangan belia kita disamping kurang pendedahan terhadap aktiviti ini oleh masyarakat luar....

Jika diperhatikan dari pertandingan-pertandingan yang berlangsung diluar negara,kita dapat meneliti hasil kerja mereka yang sememangnya berseni dengan mempersembahkan karya agung yang menakjubkan...Kadang-kadang perkara ini difikirkan agak mustahil untuk dilakukan tapi ...
Grand abis..

Jadi pada hari ini aku ingin mempersembahkan kepada anda ukiran pasir yang bemotif..Jom lihat...

1.Ukiran seekor Naga

Naga sering dikait dengan masyarakat dunia dahulu yang menyampaikan kehebatan naga ini melalui cerita rakyat..Naga digambarkan seekor binatang yang ganas yang menampilkan mutu seorang pahlawan..(Kononnya la)
Jadi sebagai rasa hormat dan kagum kepada binatang mitologi ini,ukiran naga diukir di timbunan pasir..

2.Binaan Kota

Rekaan binaan yang begitu memakan ruangan disekitaran pantai ialah binaan kota yang begitu mengagumkan...Memerlukan ramai juru ukir didalam projek ini kerana memerlukan komitmen yang tinggi untuk menghasilkannya..

3.Fosil dan Harta Karun

Berimaginasi tentang harta karun dan tulang-tulang dari zaman dahulu kala berjaya mencipta hasil seni seperti diatas..Ini harta Ahmad Albab yang punya..hahaha

4.Para Ilmuan

Ini amat menarik perhatian aku..Kesukaran untuk mengukurnya karya ini begitu terserlah dari raut wajah karya seni..Dibahagian mata dan garisan kedutan..fuh..kagum sangat..

5.Karya Fiksyen

Ukiran watak-watak difilem yang dijadikan motif ukiran..Kenal tak sesiapa diatas..hihi
Bagaimana pula dengan karya-karya dibawah ini..Mesti kenal ma..

6.Gambaran Imaginasi lautan

Sangat cantik..Gambaran ikan duyung yang sedang bersantai disamping keadaan istana dibawah laut yang dijaga oleh sotong kurita..


Syaitan Bertopengkan Binatang

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:11 PM

comments (16)

Filed Under: , ,

Memang dasar perempuan syaitan yang bertopengkan binatang..Membuat perkara ini dengan muka selamba dadah..Adakah dihatinya tidak timbul sedikit pun perasaan kasihan ataupun sayang kepada binatang ciptaan tuhan ini.. Mengharapkan rupa paras yang lawa tetapi perangai buruk tak guna juga..Semua itu tidak bermakna jika dia sendiri mempunyai perangai yang memang macam Anjing!!..

Cuba anda renungkan dan perhatikan setiap perincian video ini..Bukan ke tindakan ini terlalu kejam..Membuat kerja bodoh tanpa sebab yang munasabah.. (aku silap,ada pula kerja bodoh ada yang mempunyai sebab yang munasabah)..

Aku cakap secara terus terang..Aku tidak sukakan kucing..Tetapi tidak sesekali akan buat benda sedemikian rupa kepada binatang..aku tahu,setiap benda ciptaan tuhan didalam dunia ini berhak hidup dengan bebas tanpa sebarang gangguan..Jadi..Tonton video ini..


Apa pandangan ada??
Jengkel bukan..Melihat segala perbuat yang dibuat oleh beliau..memang melampau..
Inilah yang patut kita gelarkan kepada si pemijak itu..

Syaitan bertopengkan Binatang

Game Avatar:The Last AirBender di Facebook

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 7:40 PM

comments (9)

Filed Under: , , ,


Avatar:The Last AirBender merupakan salah satu siri animasi yang terkenal di Amerika diatas keunikan watak dan jalan ceritanya yang menarik.Pengubahsuaian persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur asia disamping gabungan karya yang menonjolkan seni bela diri dan alam berjaya menambat hati puluhan juta insan didunia ini termasuklah dengan aku..Dan sekarang ketika siri animasi menggapai zaman kegemilangannya,tiba masanya pula untuk kita menonjolkan Aang.,watak utama didalam cerita in..Seorang budak berusia 12 tahun yang berasal dari Kuil Utara Selatan dalam versi realiti..

Ketika aku tidak sabar menunggu kemunculan Filem yang bakal keluar tidak lama lagi iaitu Filem The Last AirBender..,muncul pula game di Facebook yang berjaya mengurangkan keterujaan aku kepada filem ini..Hihi..
Game yang agak menarik walaupun mempunyai fungsi yang hampir sama dengan game Mafia War dan Naruto Shippuden..Aku layankan aja..

Ketika anda mula memasuki game ini,anda diminta memilih untuk menjadi Bender yang mana satu diantara empat unsur iaitu Api,Air,Udara dan Tanah..
(Aku pilih untuk menjadi Firebender)
Ketika ini anda dikehendaki menyelesaikan misi-misi untuk meningkatkan level bagi melawan musuh-musuh anda.Boleh membeli barang-barang yang diperlukan untuk berlawan,anda juga boleh membeli aset bagi menambah pendapatan anda..


Sambil-sambil tu,singgah la sekali laman web rasmi Avatar ni..Apa yang boleh aku katakan,.
Laman web dia memang smart..lebih kurang canggihnya maca laman web rasmi Ironman..Dibahagian sisi kanan laman web ini menyediakan maklumat berkenaan 4 nations ni..Berserta peta sekali..Yang pasti,banyak info yang bakal anda dapat dari Flash Website ini...
Sangat bergaya laman web dia..Jadi apa lagi..Lepas main game tu,singgah di laman web dia untuk mengetahui segala info berkenaan filem ni..Nak download wallpaper pun ada sekali..

http://www.thelastairbendermovie.com/

Yang pasti jika anda berminat untuk mengetahui unsur bagi diri anda,boleh klik sini

Banyak juga benda-benda yang menarik yang anda boleh dapati didalam laman web ini..



Wadah Istimewa:Selamat Hari Bapa

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:45 AM

comments (2)

Filed Under:

Kadang kala ada manusia yang membenci seorang insan yang bergelar bapa..Seorang manusia yang telah menjaga anda dari kecil sehinggalah ke keadaan sekarang..Daripada sekecik-kecik umat sehinggalah ke besar-besar manusia..Daripada tadika hinggalah ke menara gading..sehingga ada manusia yang tidak reti bersyukur ini tergamak menghalau bapa kandung mereka sendiri keluar dari rumah setelah hidup mereka mula merasai secebis kesenangan..Mungkinkah itu sebenarnya takdir yang harus ditempuhi oleh si bapa itu sendiri yang mungkin disebabkan balasan tuhan terhadap kesilapannya yang lalu??

Tinggalkan kisah ini..


Mari aku ceritakan tentang kisah bapa aku..
Aku masih mempunyai seorang bapa..Berusia 40-an dan bekerja sendiri..Bapa aku berwatakan serius,berbadan tegap walaupun sudah berumur,kurus dan berwajah agak garang..(bekas tentera la katakan)..Jika hendak diceritakan tentang kisah hidupnya,mungkin tak tertulis la jawabnya..

Apa yang aku ingin katakan disini.,bapa aku seorang yang ringan tulang.,boleh diharap malahan menjadi seorang abang yang baik kepada adik-adiknya..Mungkin kehidupan yang susah semasa kecil dan jarak umur diantara bapa aku dan adik keduanya selama 14 tahun berjaya mendewasakan dirinya lebih daripada yang sepatutnya..Berperanan besar ketika kecil dengan memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya iaitu ketika nenek dan atuk aku keluar bekerja..(masa diorang muda la)..Sejak kecil lagi sudah pandai bekerja..

bapa aku pandai memasak..Bukanlah seteror Chef Wan tapi bolehlah..Bercucuk tanam juga salah satu hobinya jikalau lapang..Digelar mempunyai tangan hijau@tangan sejuk@whateva kerana apa yang ditanamnya mesti menjadi..Itu mungkin salah satu kelebihannya..

Menceritakan hubungan aku dan bapa aku..Boleh dikatakan agak kurang baik atau diklafisikasikan sebagai dingin..Mungkin disebabkan sesuatu hal yang menyebabkan aku agak emo sikit dengan dia..(ada la)..Tapi sekarang semua sudah hampir kembali normal..

Hubungan aku dengan bapa aku tidaklah bermanja-manja baik dari kecik sampai la sekarang..Seperti biasa..,hubungan diantara lelaki..Walaupun tidak nampak rapat,tetapi kasih sayang diantara keluarga masih kuat..Kadang-kadang aku berbual dengan bapa aku..Jika dengan bapa aku,topik semasa yang yang menjadi perbualan antara kami yang sememangnya meliputi semua bidang.,tapi satu benda je bapa aku kalah..Bab IT..Biasanya hal-hal seperti ini dia akan serahkan bulat-bulat kepada aku tanpa banyak tanya..Itu untuk waktu sengang..dan jikalau aku mengajak bapa aku untuk berbincang.,Biasa aku akan berbincang dengan bapa aku benda yang penting sahaja..Bukan niat aku untuk berbuat demikian..tetapi itulah cara bapa aku.Dia kurang sukakan berbual kosong..Bagi dia buang masa..(tak tau la kalau dengan kawan2 dia)..

Apa Faedahnya jika aku berbincang dengan dia??

Faedahnya,jika aku menceritakan masalah aku dengan dia.,dia akan cari jalan penyelesaian masalah aku dengan pantas..Bukan itu sahaja..Dia akan menceritakan situasi ramalan(situasi yang akan berlaku) kepada aku jika aku melakukan begini dan juga begitu..Dan untuk pengetahuan semua,kebanyakan benda yang dia bajet tu betul..Malahan semasa perbincangan itu juga.,dia ada menyediakan sekali back up plan jika berlaku apa2 yang menyebabkan masalah aku ini tidak dapat diselesaikan..Ini untungnya kalau jikalau mempunyai seorang bapa yang mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan disamping dapat membezakan Fakta dan Auta..

Dia selalu berpesan kepada aku supaya berfikir panjang jikalau berbuat sesuatu supaya tidak menyesal dikemudian hari..Jikalau nak dihintungkan,banyak ilmu juga yang dia turunkan kepada aku supaya menjadi orang yang berguna..ini kerana dia lebih suka jika anaknya mampu berdikari tanpa mengharapkan bantuan..Sebab itu dia menyatakan aku masih mampu berfikir mana yang baik dan buruk..

Masakan tidak,ketika aku masih dibangku sekolah dahulu ,aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang menghisap rokok..Malahan aku bersama-sama pergi ke tandas untuk menemani mereka hisap..Tapi aku tak hisap sampai sekarang..Kerana Mind Set aku satu je..Orang hisap rokok ni bodoh..Bapak aku hisap rokok..Dan aku tidak kecualikan bapak aku daripada falsafah Mind Set aku..Aku rasa bapak aku pun sedar dia bodoh pasal hisap rokok..Malahan dia menasihatkan aku supaya tidak mengikut jejak langkahnya yang menghisap rokok sejak dibangku sekolah lagi..
Apa yang aku sukakan tentang bapak aku..
Sikapnye yang gambel..dan aku paling suka dengan bapak aku kalau dia datang ke mesyuarat PIBG sekolah aku dan adik-adik aku suatu ketika dahulu..Panas bontot ajk PIBG dibuatnya..Mana taknye.,bapak aku memang geram dengan mak bapak yang bodoh yang hanya tahu meluahkan ketidak puashatian disebalik tabir sahaja..Apa guna mesyuarat PIBG..Disinilah dimana ibubapa boleh bersuara meluahkan ketidakpuashatian..Ada penyelewengan ke,yuran PIBG mahal ke..cakap..Ni cakap belakang-belakang..ai.,aku pun geram..(kelakar pun ada)

Apapun,disebalik itu,kadang kala..sebagai seorang lelaki.,sukar untuk meluahkan tanda bagaimana dia sayang bapanya sendiri..Sebagaimana anak yang mengetahui bapa dia sayangkan dirinya,begitu juga seorang bapa..Aku tahu dia dapat rasa apa yang aku cuba sampaikan.,cuma dia tidak tunjukkan secara terangan.,cuma berkias..Itu sememangnya perangai bapa aku..(Cara luahan yang pelik)

Jadi,kenapa aku luahkan segala hal ini diblog..Ini kerana aku tahu..
Bapa aku tidak akan tahu pasal blog aku ni..
Dia tak akan tahu apa yang aku cakapkan ini..
Pasal dia tak tahu url blog ini..

Jadi Kepada Abah..
Happy Father's day

MillatFacebook Down Habis

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:24 PM

comments (12)

Filed Under: , , ,


Jika anda melakukan sesi blogwalking di blogsphere ,pasti anda ada terlihat artikel-artikel menarik yang mengulas tentang satu laman web sosial baru berunsur keislaman yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas iaitu MillatFacebook..untuk pengetahuan semua,MillatFacebook yang dicipta oleh jurutera IT Pakistan ini merupakan satu laman web baru yang dilancarkan sebagai simbolik bantahan terhadap sambutan hari Lakar Muhammad(Everyone draw Muhammad Day) yang disambut secara besar-besaran di laman web Facebook..Rasanya jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi,anda boleh membacanya dilaman blog OhMalaysia!

Kisah ini mungkin boleh dijadikan sisa-sisa sejarah yang boleh dibanggakan oleh Warga pakistan mahupun Umat Islam itu sendiri..Namun yang pasti..semua itu hanya tinggal sejarah..

Laman ini masih tidak dapat berfungsi dengan baik setelah mendapat begitu banyak tekanan dari pelbagai pihak..Lebih-lebih Mark Zukerberg telah memberikan tekanan yang berterusan setelah mengadakan usahasama dengan yahoo untuk menghentikan e-mel2 yang dihantar oleh MillatFacebook.

Malahan,mereka masih lagi tidak mendapat Server yang baru setelah semua hosting daripada Amerika Syarikat menyekat Bandwidth dan perkhidmatan mereka terhadap laman web ini tanpa sebarang sebab yang munasabah.Jadi buat masa ini,mereka masih mencari hosting dari negara-negara Islam mahupun Rusia/China..

Untuk gambaran lebih jelas,anda boleh lawati sendiri laman Web MillatFacebook di


Berikan sokongan anda kepada web ini..tak rugi pun..lebih-lebih lagi,ia mungkin memberikan faedah yang besar kepada kita semua..


Laman Web Untuk Tengok Movie Free!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:05 AM

comments (12)

Filed Under: , ,

Menceritakan tentang filem,semua orang sukakannya..
Kerana itu sebenarnya salah satu sumber hiburan buat masa ini untuk menghilangkan segala kebosanan..Jika tidak,masakan anda sendiri semestinya menyimpan sejumlah wang khas untuk menonton wayang..

Kadang kala wayang itu juga banyak pengaruhnya..Lagi-lagi dengan tayangan yang menarik hati..
mau rasanya nak tengok banyak kali..

Tapi satu je
Memang dasar orang berniaga
Klu buat cerita tu,promosinya meletop abis umpama filem itu sangat sempurna baik dari segi jalan cerita mahupun pelakonnya..
Contoh yang kita dapat saksikan disini ialah cerita 2 Alam.,
mengarut-ngarut je target sampai 20 juta hasil kutipan..,
dengan tajuk cerita itu sendiri yang tidak komersial.amat sukar untuk mendapat 2 juta sekalipun..

************************************************************************************
Berbalik kepada Topik utama..
Kepada sesiapa yang menonton cerita Prince Of Persia pasti akan tertarik dengan jalan ceritanya yang mantap disamping keupayaan teknikal yang ditunjukkan oleh para krew yang memukau..
Namun teringinkah anda untuk menontonnya untuk kali ketiga dan seterusnya...(dua x de.,dia demam)..Jadi disinilah internet memaikkan peranan..


Jadi pada kali ini aku ingin memperkenalkan kepada anda laman web yang sangat menarik untuk menonton filem terbaru secara online iaitu Laman Web watchnewfilms.com

Laman web ini sangat menarik kerana ia menyajikan filem-filem terbaru yang sememang-memangnya ditunggu oleh semua para peminat filem...jadi..jom tengok cite terbaru..

Di
http://www.watchnewfilms.com/

Nota:Kepada sesiapa yang berminat untuk menonton filem Karate Kid di pawagam,lupakan sahaja niat anda tu.,cerita sampah..

Liquid Mountaineering : Satu Penipuan!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 7:32 AM

comments (2)

Filed Under: , , ,


Semakin hari semakin banyak manusia yang lahir dimuka bumi cuba untuk membuat benda yang semakin pelik dan terus pelik..bagi mereka ini merupakan satu cabaran yang membezakan mereka dengan kalangan manusia yang lain..Kepelbagaian juga kadang kala memberikan keistimewaan kepada insan itu sendiri dengan mencipta sesuatu yang baru menggunakan akal dan daya pemikiran mereka yang tersendiri.

Jika sebelum ini mungkin anda berasa pelik dengan sukan ekstrem yang semakin mendapat sambutan hebat dari kalangan belia di seluruh dunia iaitu berkenaan dengan sukan 'Parkour' yang kini bukan sahaja dianggap biasa.,malahan terjun bangunan juga menjadi satu kekaguman kepada peminat sukan tersebut,kini muncul pula sukan baru yang tergolong dalam sukan olaraga yang mungkin menjadi kegemaran kita suatu hari nanti..Sukan itu dikenali sebagai

LIQUID MOUNTAINEERING


Apa itu Liquid Mountaineering??


Untuk pengetahuan semua,Liquid Mountaineering ini merupakan sejenis sukan yang memerlukan anda berlari diatas air.Sememangnya idea penciptaan sukan ini bermula dari impian manusia sejak zaman berzaman untuk berlari diatas air dengan menggunakan teknik yang hampir sama dengan konsep yang digunakan ketika kita melemparkan batu keatas permukaan air dan kemudian batu itu melayang diatasnya.

Sukan ini diasaskan oleh Sebastian Landerwerl, Miguel Delfortrie dan Ulf Gartner yang dirintiskan di Sepanyol.Jika anda ingin mengetahui keterangan dengan lebih lanjut,anda boleh melihat paparan video di bawah berkenaan cara sukan ini dimainkan.



Video ini memaparkan segala cara dan langkah kononnya cara untuk melakukan larian dengan betul..Adakah anda tahu bahawa ketika artikel ini ditulis,video ini telah ditonton lebih 4 juta orang yang berminat untuk menyaksikan aksi mereka ..Video ini diupload pada 28 April 2010.

Adakah semua ini benar??
ataupun Dusta??

Jadi kesimpulan bagi aku.,semua ini hanya dusta belaka..
Amat mustahil untuk manusia berjalan diatas air dengan berlari dan berkeadaan begitu kerana kita masih mempunyai hukum fizik yang masih perlu dipatuhi..

Seperti juga kata-kata mamat ini

It's pathetic how low the world's standards on education have become for there to exist so many idiots who truly believe this video is factual. You don't need to be a rocket scientist to figure out that this is a joke.
1. Elementary physics should tell you this is impossible.
2. Common sense should tell you this is a joke.
3. The site from the video's description TELLS you this is all a joke: liquidmountaineering . org / site-disclaimer/

Kebarangkalian untuk berjalan/berlari diatas air amat rendah..kebetulan juga dokumentari di atas dikatakan hanyalah satu helah Syarikat Hi-Tec untuk memasarkan kasut kalis air mereka.
Jadi.kepada sesiapa yang percaya mengenai perkara ini,abaikan..
jika anda tidak mengetahui langsung.,anggaplah ini sebagai pengetahuan tambahan anda supaya anda tidak tertipu dimasa akan datang..

Nota:yang menyebabkan aku bengang,tengah best-best aku melepak melayan lagi One Republic-Secret,aku diganggu pula oleh fakta yang macam gempak ni tapi palsu..hampeh..sakit kepala je..jadi sape nak dengar lagu ni.,leh layan kat sini..


One Republic-Secrets
Muat Turun Lagu ini

Pemenang Kontest Anjuran P.K.E

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:59 PM

comments (6)

Filed Under:

Ha..Bercerita pula tentang kontest,P.K.E ada menganjurkan 2 buah kontest baru-baru ini iaitu kontest 'Kontest Entri Lawak' dan 'Kontest Soal dan Jawab'..Malangnya Kontest Entri Lawak kurang mendapat sambutan tanpa sebarang penyertaan..Mungkin format kontest yang kurang menarik agaknya yang menjadikan Kontest itu tidak mendapat tempat dihati para blogger(walaupun kontest tersebut agak senang)..

Bercerita berkenaan 'Kontest Soal dan Jawab" pula.,ramai blogger yang bertanya dan ingin menyertainya.Walau bagaimanapun,hanya 4 blogger sahaja yang menghantar penyertaan untuk pertandingan tersebut..Berikut merupakan blogger yang menyertai::

::Farah Syafiqah::
http://f-shafiqahamiruddin.blogspot.com

::Ange::
http://zasyikhin.blogspot.com

::Call T::
http://call-t.blogspot.com

::Mish Lolipop::
http://nyokmanis.blogspot.com

Jom kita ulas berkenaan entri ini:

Ulasan berkenaan penyertaan Farah Syafiqah:
Ada silapnya disini..Mungkin Farah tidak melihat dengan teliti di syarat penyertaan..ketika melangkah masuk sahaja ke entri Farah tidak kelihatan Stiker Kontest,.Perkara ini ada diterangkan dientri kontest(bahagian utama) berkenaan kedudukan stiker..Farah pula meletakkan stiker kontest tersebut di bahagian bawah entri..Ini sudah melanggar syarat penyertaan.
Dari segi jawapan pula.,semua soalan yang diberikan berjaya dijawab oleh Farah dengan betul..
Tetapi sayang, sekali lagi Farah melanggar syarat2 penyertaan..Ini berkenaan dengan jawapan..sepatutnya 1 soalan 1 gambar..Ada pula soalan yang diletakkan 2 gambar..Ini umpama satu soalan 2 jawapan..jadi.,peryertaan Farah terpaksa ditolak diatas sebab melanggar syarat-syarat penyertaan.

Ulasan berkenaan penyertaan Ange:
Ange juga turut menjawab soalan yang diberikan..Semua soalan yang dikemukakan dijawab dengan betul tanpa melanggar sebarang terma dan syarat..

Ulasan berkenaan penyertaan Call T:
Sama seperti Ange.Call T tidak melanggar sebarang syarat dengan jawapan yang betul..

Ulasan berkenaan penyertaan Mish Lolipop:
Kondisi sama seperi Ange dan juga Call T..semua jawapan yang diberikan adalah betul tanpa melanggar sebarang syarat..

Jadi untuk pengumuman akan dibuat..
Pemenang kepada kontest ini jatuh kepada

ANGE!!!!

Tahniah diucapkan kepada beliau..
Bagaimana pemilihan pemenang dibuat padahal 3 blogger menjawab soalan dengan betul??

Sebenarnya perkara itu ada diterangkan dientri..Lihat potongan ayat berikut::
***********************************************************************************
Jadi untuk kontest ni.siapa yang menjawab dengan jawapan yang tepat dan tidak melanggar sebarang syarat akan diberi Top Up/Bank in Rm30 beserta iklan di blog PKE selama sebulan..Bagaimanapun,jadi jika ada lebih daripada seorang memberi jawapan yang tepat,mereka yang paling awal menghantar jawapan akan dikira sebagai pemenang..jadi apa tunggu lagi..Jom sertai beramai-ramai... Soalannya x susah pun..kebanyakan jawapannya anda boleh dapati di blog ni dan juga internet..
***********************************************************************************

Jadi jelas ye..Penyertaan Ange merupakan penyertaan awal diantara mereka bertiga..tapi terasa sayang pulak pasal Ms Lolipop merupakan orang pertama antara mereka berempat yang usha dulu kontest ni tapi sebaliknya dia la yang terakhir jawab..(tak ada rezeki kot)

Terima kasih diucapkan kepada mereka berempat kerana sudi menyertai kontest anjuran PKE buat kali pertamanya..Diharapkan selepas ini jika PKe menganjurkan kontest lagi,jangan lupa join ye..

Letak gambar anda di Google Homepage

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:05 AM

comments (6)

Filed Under: ,

Sememangnya dari sehari ke sehari.,google sudah sebati dengan aku.Hasil enjin pencariannya yang menarik dan cekap menjadikan aku tertarik dengannya..

dan jika anda perasan,Google sentiasa ingin menjadi Syarikat yang terbaik dengan menambah baik segala aplikasi yang dibangunkannya walaupun tiada persaingan yang sengit yang perlu dihadapi dari pihak pesaing..Sebagai contohnya ialah berkenaan Enjin pencarinya..sentiasa berubah mengikut keperluan dan perkembangan semasa..Semua itu bermula dari sikap google itu sendiri yang menjaga para pekerjanya dengan baik dengan menjadikan pejabatnya itu sendiri bersuasana bahagia tanpa terasa dalam suasana bekerja.,
(tak percaya tengok sini)
Dengan suasana seperti ini,semestinya para pekerja mereka gembira untuk datang awal bekerja dan lewat untuk pulang..Disebabkan itu.,para pekerjanya boleh menyumbang idea yang hebat demi kebaikan syarikat..

kita tutup cerita pasal pejabat Google dan Syarikat iu sendiri..Jom kita cerita pasal enjin pencari Google pula...kepada sesiapa yang mengikuti laman blog Pejuang Kesenian Extreme selama bertahannya selama satu tahun ini pasti ada membaca satu entri berkenaan bagaimana cara untuk meletakkan nama anda di enjin pencari..Macam mana rupanya.,Lihat dibawah ini::

Amacam.,smart tak.,jika teringin hendak mempunyai page seperti ini.,anda boleh pergi ke entri Letakkan Nama Anda Di Google Home Page

mari kesini aku baru dapat cerita baru..
Untuk pengetahun semua,Google telah menambah baik lagi halaman muka depan enjin pencarinya dengan keupayaan untuk menukar latar belakang home Google dengan gambar anda sendiri.namun begitu,penambahbaikan ini hanya terhad untuk pengguna Google Amerika sahaja kerana ianya belum dilancarkan secara besar-besaran lagi-Kata-kata dari Marissa Mayer..

Jadi ini bermakna yang laman Google Malaysia masih belum mempunyai fungsi ini lagi..Aku sudahpun melawat laman google.com dan nampaknya aplikasi itu berfungsi dengan baik..

Keadaan Page yang diupload dengan gambar
Jika anda ingin mencuba,anda boleh ke
google.com

Cuma ada benda yang tak best dengan aplikasi ini iaitu berkenaan dengan gambar itu sendiri..
Jika anda ingin melihat gambar yang anda upload tadi,anda mestilah log masuk..Jika tidak.,Page biasa yang putih itu akan keluar..bosan..

Juga dikhabarkan,google sebenarnya meniru idea laman web Bing iaitu enjin pencari yang dimiliki oleh syarikat microsoft.Laman pencari itu sememangnya semakin hari semakin banyak mendapat pujian kerana memaparkan imej yang berbeza setiap hari..Malahan perkara ini semakin terserlah kerana Marissa mayer tidak mempunyai sebab yang kukuh mengapa Google menambahkan ciri ini..(dah sah-sah tiru)..

Jom sertai Kontest!!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:23 AM

comments (3)

Filed Under:


Bersempena menyambut Ulang Tahun Kelahiran blog aku untuk tahun yang pertama,aku ingin mengajak semua rakan-rakan blogger diluar sana yang bosan dan teringinkan aktiviti masa lapang untuk menyertai kontest yang dianjurkan oleh aku ni..Kontest yang senang dah sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan umur(tak cukup umur pun leh masuk)..ahakz..

Ok.,untuk sesiapa yang tidak mengetahui,aku ada sikit penerangan disini..Kontest ini terbahagi kepada dua iaitu Kontest "Soal dan Jawab' dan "Entri Lawak"..Kontest "Soal dan jawab" merupakan kontest yang utama didalam hal ini..Cara penyertaan kontest ini juga sangat mudah iaitu dengan menjawab 8 soalan yang diberikan oleh PKE dengan gambar..Berbanding kontest "Entri Lawak" yang merupakan kontest sampingan yang mempunyai level kesenangan tahap dewa punye..huhu(apa yang anda perlukan cuma linkkan entri lawak anda sahaja)

kiranya semua orang boleh masuk..

Tidak ada sebarang halangan kepada semua blogger jika anda berminat dan menyertai kedua-dua kontest ini kerana penyertaan adalah terbuka..


Syarat-syarat sah::

1.Anda mestilah seorang blogger yang mempunyai blog..(ada ke blogger x de blog)
2.mestilah mematuhi kehendak kontest yang disertai
3.hantar penyertaan anda dengan menyertakan url entri anda di ruangan komen di kontest yang anda sertai..
4.Setiap posting mesti meletakkan stiker ini di atas entri mereka..



5.Itu sahaja syarat penyertaannya..tarikh tutup penyertaan ialah pada 7hb Jun 2010 jam 9 Malam.Keputusan akan diumumkan pada 11.59malam di hari yang sama(hihi)..

Jadi anda boleh pilih nak sertai kontest yang mana satu..atau dua-dua pun boleh la..

(Klik Kontest dibawah)

1.Kontest Soal Dan Jawab
2.kontest Entri Lawak


Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan.,anda boleh mengemelkan pertanyaan di
blog.pke@gmail.com

Kontest Entri Lawak!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:24 AM

comments (0)

Filed Under:

Ini merupakan satu kontest sampingan disamping kontest
"Soal dan Jawab"..

Syarat bagi kontest ni senang saje.,Anda seorang blogger.,sudah semestinya anda pernah menulis entri lawak yang semestinya mendapat maklumbalas yang best dari para pelawat blog anda ...Tidak kisah la entri tersebut hasil tulisan tahun ni ke atau tahun lepas ke..namun yang pasti dan paling penting..Ia lawak..
Buat apa anda biarkan entri lama anda yang menarik itu terus terbiar begitu ..Apa kata anda hantar penyertaan..Ada untung.,dapat la Top Up RM10..

Apa yang anda perlu buat cuma linkkan sahaja entri tersebut keruangan komen entri ini..

senang bukan...

Anda tidak perlu menulis kembali cerita tersebut cuma linkkan sahaja cerita lawak yang sedia ada diblog anda..

Kepada sesiapa yang berminat untuk menulis entri baru semata-mata untuk menyertai kontest ini pun tidak mempunyai halangan..Silakan..

Yang pasti,pemenang akan dipilih berdasarkan entri yang terbest dan lawak..

Syarat-syarat:
1.Letakkan stiker kontest di bahagian atas entri(dah abis kontest anda boleh buang)





........................................2.linkkan entri anda di ruangan komen kontest ni

.......................................................................Abis cite..
Jadi tunggu apa lagi..Jom join skg...

Tarikh tutup pernyertaan ialah Pada 7hb Jun 2010 pukul 9 malam

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan.,anda boleh mengemelkan pertanyaan di
blog.pke@gmail.com

Kontest Soal Dan Jawab!!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:34 AM

comments (8)

Filed Under:

Kontest Soal Dan Jawab
Ha..untuk pengetahuan semua,bersempena dengan kelahiran blog aku buat tahun pertama ini aku mengasingkan dua kontest untuk memberikan hadiah kepada dua pemenang..Namun begitu,itu tidak bermakna yang setiap peserta hanya layak untuk memasuki hanya satu kontest sahaja..jika ditakdirkan yang korang menang kedua-dua kontest ni.,memang tak ada masalah punya.. Ok..Berbalik kepada cerita asal.,Kontest untuk bahagian ini bertemakan Soalan dan Jawapan.. Kedengaran agak mudah.. Memang mudah pun.. Cuma yang berbezanya disini.. Jika kita memberi soalan...Anda akan memberikan jawapan..Cuma jawapan itu bukan dalam bentuk perkataan,tetapi gambar.. 1 soalan 1 gambar Contohnya adalah seperti berikut:

Contoh::
1.Apakah makanan kegemaran PKE?
2.Apakah laman web sosial yang selalu PKE kunjungi?
Adakah penerangan ini jelas??

Lebih kurang beginilah cara jawapannya..Soalan yang dijawab dengan 1 gambar bagi setiap satu soalan..Jadi jika ditafsirkan soalan ini akan lagi seperti berikut:

(Seperti yang tertera diatas)
1.Apakah makanan kegemaran PKE?
-Laksa
2.Apakah laman web sosial yang selalu PKE kunjungi?
-Facebook

paham ye...


Cara menyertai::

1.Anda dikehendaki menjawab semua soalan yang diajukan dengan gambar
2.Soalan dan jawapan ini hendaklah ditulis sebagai satu entri di blog anda
3.Entri yang anda tulis mestilah menyertakan sekali stiker khas kontest ni di atas entri anda..





4.Setelah anda mempublishkan entri tersebut.,pastekan url entri tersebut di
ruangan komen entri ini..Entri tersebut akan dilawati oleh PKE utk dinilai..

Jadi untuk kontest ni.siapa yang menjawab dengan jawapan yang tepat dan tidak melanggar sebarang syarat akan diberi Top Up/Bank in Rm30 beserta iklan di blog PKE selama sebulan..Bagaimanapun,jadi jika ada lebih daripada seorang memberi jawapan yang tepat,mereka yang paling awal menhantar jawapan akan dikira sebagai pemenang..jadi apa tunggu lagi..Jom sertai beramai-ramai... Soalannya x susah pun..kebanyakan jawapannya anda boleh dapati di blog ni dan juga internet..

************************************************************************************

Soalan bermula sekarang..Anda akan diberi 8 soalan untuk dijawab::

Soalan ::

1.Bagaimana rupa logo Pejuang Kesenian Extreme?Tunjukkan.

2.Sukan yang menjadi kegemaran Pejuang Kesenian Extreme?

3.Superhero yang pernah berada diulas oleh PKE didalam Entri

4.Siapakah Mamat yang berada di header atas blog PKE ini?Letakkan gambar beliau yang
diambil dari sumber lain berserta namanya sekali.(Anda edit dan letakkan namanya)

5.Entri kegemaran anda didalam blog ini yang anda suka untuk membacanya?
(Berikan screenshotnya)

6.Ada membuat entri berkenaan dengan tarian.Apakah tarian itu?

7.Ada satu gambar tengkorak didalam entri yang ditulis baru-baru ini(bulan lepas),copy dan
paste gambar tersebut sebagai jawapan disini.jangan salah tekan..buruk padahnya..

8.Ini korang teka je..siapa agaknya Perdana Menteri Malaysia yang paling aku segani dan aku
jadikan beliau sebagai idola?

********************************************************************************
Diingatkan kepada anda semua.,jika tidak ada orang yang menjawab secara tepat,jadi PKE terpaksa memilih jawapan yang paling tepat..Time Kasih
Tarikh tutup pernyertaan ialah Pada 7hb Jun 2010 pukul 9 malam
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan.,anda boleh mengemelkan pertanyaan di

Related Posts with Thumbnails
Print