Persembahan yang mengasyikkan dan meletup..Itulah yang mampu dikatakan oleh aku berkenaan dengan persembahan akhir Showdown 2010 yang berlangsung di KL Life..Kiranya tidak sia-sia aku bergerak dari Muar hingga ke Kuala Lumpur(sampai kira2 pukul 7pm) kerana persembahan yang disajikan oleh mereka sangat menarik..
Rasanya semua yang membaca entri ini tentu sudah mengetahui keputusan Final Showdown 2010 ini dimana pemenang bagi edisi tahun ini dimenangi oleh Wakaka Crew...Tahniah diucapkan kepada mereka..Dan kepada Floor Fever dan Giller Battle Crew,anda sebenarnya pemenang dihati peminat..Mungkin bukan rezeki bagi anda..
menceritakan tentang pengalaman aku disana,aku merupakan insan-insan yang berada dibarisan hadapan ketika persembahan..(haha).,Jadi segala persembahan yang ada didepan mata aku ini dapat dilihat dengan jelas sekali..
Seperti biasalah sebelum persembahan Hafiz akan memperkenalkan kepada kita juri-juri yang akan mengadili pertandingan yang berlangsung,namun pada kali ini,aku amat terkejut kerana ketika selesai memperkenalkan juri kepada para penonton,beliau mengatakan pada aksi final ini,keputusan pertandingan 100% terletak di tangan penonton..Masa tu aku dah berkata didalam hati.(Sah2 dah tahu siapa pemenangnya)..
Bukan aku ingin mengutuk atau apa.,tapi penonton memang tidak layak menjadi juri..Asal anda membuat sedikit gempak yang penonton tidak pernah melihat,mereka pasti mengatakan yang anda hebat padahal sesuatu rutin itu merupakan benda yang biasa sahaja..Itu sememangnya perkara yang tidak memuaskan hati aku..Jadi tugas juri pada hari itu,hanya penyeri majlis sahaja..
Kita tinggalkan aturcara majlis kerana mungkin anda sudah menonton persembahan mereka di Televisyen mahupun secara online,apa yang aku ingin ulaskan adalah berkenaan persembahan::
daripada pemerhatian kedua-dua persembahan mereka,banyak dilihat yang mereka melakukan persembahan akrobatik..nampak seperti bukan sebuah tarian..walaupun ia berjaya memikat hati peminat mereka,namun bagi aku,ia cuma persembahan yang biasa sahaja..Aku menilai kepada tarian yang menarik,bukan aksi akrobatik yang pelbagai..Namun persembahan pertama mereka amat menarik,membawa masuk penari latar bagi memperkuatkan persembahan..
Persembahan mereka tidak pernah mengecewakan.,kedua-dua persembahan amat baik..Aku sukakan persembahan yang kedua dimana mereka-mereka yang memainkan alat-alat muzik percussion dan simbol menjadi muzik latar bagi persembahan Floor Fever..Ketika aku berada disana..kedengaran agak grand dan bergaya..bagus habis..
Selepas semua persembahan selesai,tibalah masa penyingkiran dimana hanya dua crew sahaja yang layak untuk bertanding di pusingan terakhir iaitu pusingan battle dimana pemilihan pemenang ditentukan melalui battle sesama mereka..jadi ketika ini,Floor Fever tersingkir daripada pertandingan..Inilah part yang paling aku tidak suka jika menggunakan sms sebagai juri,,
Dipusingan battle pula menemukan Giller battle Crew Vs Wakaka Crew..Battle ini boleh tahan juga saingan sesama mereka..Tapi ada beberapa perkara yang boleh dikatakan tidak seronok untuk didengar..Antaranya::nya::
Ada diantara mereka yang melanggar peraturan battle sehingga menyebabkan kecederaan kepada Kinobu..(Itu aku kurang pasti pasal tak perasan masa tu,tau2 kena angkut lepas battle)..
Tapi rasanya salah Konobu kot masuk masa crew wakaka buat Spin..(melalui video la)
Namun setelah habis battle, telah diumumkan bahawa Wakaka Crew telah diangkat sebagai Johan kepada pertandingan edisi sulong ini..jadi sekali lagi aku ingin mengucapkan tahniah kepada mereka..
Nota:Ada benda aku aku tak puas hati disini..berkenaan sound system..Teruk habis..Lagi2 ketika tomok menyanyi..Seharusnya perkara ini dibaiki pada masa akan datang..
Dan satu lagi berkenaan sesetengah penyokong Giller Battle Crew.,aku benci dengan perangai mereka kerana mengboo Wakaka Crew..Nampaklah juga dari riak wajah Wakaka yang seperti merasa malu sikit akibat diboo.,tapi diorang steady je..Sepatutnya mereka(para penyokong) menunjukkanlah sikap matang sikit..tunjukkan sikap hormat sesama sendiri..baru hidup akan diberkati..hahaha(tak masal)Tapi setelah Wakaka diumumkan sebagai pemenang,terdiam diorang..(Aku datang sebagai penyokong Giller battle Crew,jadi sikap mereka memalukan aku)
Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menonton secara langsung pertandingan ini,anda boleh melayari laman web 8TV untuk menonton siaran ulangannya..
Kredit:Terima kasih diucapkan kepada En Kumaraguru kerana sudi berkongsi gambar yang beliau ambil ketika disana.Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar,sila layari laman Forum Rentak Sejuta..Banyak gambar cantik yang dipamerkan disana..
13 comments for this post
1.letihnye ..xde moodnya bangun pagi ni haha..(..x masal..)..haha tiru ayat ko..
2.aku x dtg..aku tgk aje dr kaca tv...apapun, aku salute GBC psl aku kipas-susah-mati GBC!tp aku bkn fan yg buta tuli..aku salute psl dorang mmg bagus..
3.psl psembahan solo tu...a'ah rs GBC punya sekejap sgt..tau2 je dh habis..baru nak panas enjin..huhu..tp..mmg kreatif, unik, trsendiri, fresh, berani..
4. empat..aku still tgh sedih..hahaha
wakaka crew mmg dh agak bleh menang dr 1st audition lgi..
tp zaza lebih suka gila battle ngan floor fever lagi.. sbb diorg ni mcm mesra alam ckt.. hehe
Shemmi:Aku sokong mereka semua..kerana bagi aku,mereka semua sememangnya berbakat..
Zaza:Sebenarnya klu keputusan melalui sms.,tak payah battle,dah tau keputusannya apa..
x sempat nk tengok dan follow program ni..hehe..tau sikit2 je..
tahniah para pemenang best dance crew..wakaka crew..nama unik gak yg menang..
New Entry Pawaka19 Dot Com
"Mak Aii! Kerusi Tajam Yang Kedekut"
huhu..aku pun dah memang agak sapa pemenang..tapi still nak cuba nasib.. vote bagai nak rak..sesaja mana tau boleh berubah plak pegi gbc.. that final yg best show cuma GBC ngan Floor Fever je.. wakaka asyik memain je kat stage.memula episode dulu ok.. tapi last2 mcm ntah la...apa2pn Congrats to Wakaka sbb Champion 8tv Showdown 2010.. but GBC.. will support you till end..Floor Fever..ur move so damn sync.. i loikeeeeeeee
Hye Alam here..
tq so much for yr commented of the final Showdown 2010..
yup, xde siapa yg btul or salah dalam hal ini.
semua org ade pendapat n cara masing2 untuk menilai kelebihan serta kekurangan orang lain..
itu yg kita panggil sebagai manusia normal..
jus want to explain something, hope u dont mind.
1. wakaka win is not bcause of me.
sebab bukan alam seorang yg menari atas pentas, tetapi semua wakaka memberi 100% tenaga n usaha utk sampai te tahap tertinggi Showdown.
2.kenapa org cakap wakaka main2 atas pentas??
klo kitorg main2, kitorg xkan buat stunt, xkan dance, n xkan ade sape2 atas pentas sbb semua wakaka demam panas.
3.kenapa u guys pilih kami sebagai juara??sbb kitorg mcm sirkis?
asik buat drama n acrobatik??hmm.. pernah ke u guys tgk dancer lain buat stunt n acrobatic MENGIKUT RENTAK LAGU? question: ape maksud menari?? pergerakan mengikut rentak dan maksud sesuatu lagu. drama??kitorg xde baca skrip pon atas pentas. itu semua story lines, supaya korg bole paham dengan ape yg kitorg cuba sampaikan semasa menari.xkan kami nk jd robot utk lagu tema madagascar?? n klo wan, naz, joe n aie nak awak ganti tempat dorg jd binatang or pompuan atas stage n perform serta menari untuk 1 MALAYSIA TONTON, dengan kesihatan diri yg tidak tentu, AWAK NAK????
4.kenapa wakaka buat benda lain je..?
sbb klo kitorg buat cm FF, nnti u gak cakap kitorg tiru FF, kang buat cm GBC lak korg ckp wakaka meniru group lain.n sbb wakaka is wakaka! wakaka not HMC or Return Crew!
5. kenapa wakaka nye show ade yg jd pondan?? korg amati lah lagu yg kitorg dapat, xkan beyonce jantan lak!
6.kenapa wakaka menganjing GBC mse battle?
dah namanya battle, xkan nk cium2 pipi lak...
7. khenobu sakit sbb kne sepak ke or sengaja di sepak? no answer for this..but for bboy or anyone involve in this line and also who know about the time limitation, 5 saat terakhir xkan ade org yg nk saje2 buat top rock, semua nk bg kaw2 terus, semua nk throw down.ajim buat powermove bukan kat tmpt GBC, tp kat bahagian tengah stage, so ape2 yg berlaku, semua adalah kemalangan yg xdpt dielakkan.
8.nk kne support sape dlm hal ni???kita support semua nya.klo xde GBC, xkan ade bboy kat malaysia ni sbb dorg antara group yg terawal yg membawa BBOY ke malaysia. xde FF, xkan ade aliran old n new school hiphop kat malaysia. xde Wakaka, xkan ade org yg nak menari spt sircus kat malaysia ni.haha
9. who is the real winner in this showdown??? GBC,FF or WAKAKA?
the answer is U.
10. Conclusion, ALHAMDULILLAH KEPADA ALLAH KERANA WAKAKA BERJAYA KE PERINGKAT TERTINGGI N MEMENANGI SHOWDOWN WLAUPON KAMI TAU KAMI TIDAK LAYAK UTK MASUK AUDITION. TERIMA KASIH KEPADA FAMILI2, SAUDARA MARA, RAKAN2 SEPERJUANGAN, MEREKA YG MENYOKONG SERTA MEMBENCI KAMI, MEREKA YG SANGGUP MENGHABISKAN KREDIT UNTUK WAKAKA SERTA MEREKA YG MENYUMPAH N MENGHINA SBB XSUKA WAKAKA, DAN JUGA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KERANA ANDA ADALAH ORG YG MENGEKALKAN SERTA MENBAWA INDUSTRI TARIAN INI KE MASA HADAPAN...
SALAM DARI ALAM WAKAKA
good job alam!!!sokong sgt ngan komen alam...kepada sapa yg x hbis2 nk mengutuk or menghina wakaka , 'TERUSKAN' lar ngan kutukan anda...hanya ALLAH shj yg mampu membalasnya...korang x hbis2 kata yg buruk2 kat wakaka tapi korang x tau yg wakaka n all crews dh buat yg terbaik utk peminat2 mereka...xpe kalau korang x minat wakaka sbb dunia seni memang mcm 2 ada yg minat n ada yg x minat tapi jgn lar sampai korang kutuk dorang plak...dorang pon ada perasaan jugak...cuba kalau org lain kutuk korang,agak2nya apa perasaan korang??? :)
congrats to wakaka crew!!!semoga sabar menghadapi kutukan yg diterima n semoga berjaya dalam bidang yg diceburi...n x lupa juga kepada smua crew yg join showdown...
salam dari fans WAKAKA ^_^
TQ 4 da comment Azirah
tak sabar nak tgk showdown yg seterusnya...kpd sesiapa yg tak layan,mmg rugi...
Suvi...
hi..wise say Alam WKK....it sound a true dancer,cause u can take the criticisms open mindedly from the public.And for me at 1st i dont know nothing about the Street Dance but after i watch WKK and the other crew i start to admire and learn about the BBOY culture & dance.For me whenever WKK on stage they can do any performance,they can make the audience look at them silencely and understand the message,at the same time they SERVE a good Entertainment...for me this is cal a TRUE ENTERTAINER...Support WKK alwazzz good "Team Spirit"..GOOD LUCK & GOD BLESS!!!
I would like to exchange links with your site pejuang-kesenian-extreme.blogspot.com
Is this possible?
saya peminat baru streetdance.. apepun... saya sokong sume.. bagi saya... x semua orang boleh menari... so.. semua adalah pemenang!!!! tahniah.. n ko GBC and Wakaka!!! aku sokong korang dengan kelebihan masing2... lagipon its kind of art n sports.. for me its gud!!!