Teacher Shida:Selebriti Youtube Terbaru

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:18 AM

comments (11)

Filed Under: , , , , ,

Sejak kebelakangan ini,nama Cikgu Shida menjadi perbualan di laman web perkongsian video Youtube dan di laman Facebook rakan-rakan blogger berkenaan dengan pembikinan video mimingnya yang sangat menghiburkan penonton.Kenalkah anda siapa Cikgu Shida??


Cikgu yang bernama sebenar Roshida Binti Abd Aziz ini merupakan seorang cikgu Bahasa Inggeris yang mengajar di SK Pulau Padang yang terletak di Bota,Perak.Mungkin disebabkan terpengaruh dengan aksi MoyMoy Palaboy atau mendapat ilham daripada video Jojo dan Sinta-Keong Racun menjadikan Cikgu Shida memberanikan diri untuk beraksi didepan kamera dengan bermiming lagu-lagu yang beliau minati.Dengan kata-kata keramat di Channel Youtube yang berbunyi "Kalau suka tengok,kalo tak suka boleh blah!",memang pedih la sehingga menusuk hulu hati..hihi

Bagaimana pula reaksi mereka yang menontonnya??
Seperti biasalah ada penonton yang memberi reaksi yang positif dan ada juga mereka-mereka yang memberi reaksi yang negatif.Bagi PKE pula,reaksi positif diberikan kepada Cikgu kerana memberanikan diri untuk mencuba aksi ini dirumah..hihi..Terasa seperti tidak akan ada cikgu yang berani buat aksi yang sebegini didepan kamera selain daripada Cikgu Shida..SERIUS!!

Berkenaan dengan koleksi video pula,dirasakan masing-masing mempunyai pilihan yang tersendiri.Bagi PKE,video miming Stacy-Pakai buang menjadi kegemaran dan tontonan PKE..hih



Jikalau anda berminat untuk menonton video yang lain,anda boleh menontonnya di Chanel Cikgu Shida @TeacherShida di Youtube.Banyak lagi koleksi miming disana.Bagi mereka yang berminat untuk bersosial pula,anda boleh melayari FanPage Facebook Cikgu Shida di Link berikut:


Nota:Diharapkan anda berpuas hati dengan maklumat yang disediakan.Jenuh juga nak menyelongkar pasal maklumat yang boleh didapati di internet sedikit sangat..hihi
Lagi satu,diharapkan jikalau Cikgu Shida membaca entri blog ini,Cikgu bukalah kembali video di Youtube ini untuk tatapan umum.Susah la bila dah Privatekan video dan perlu log ini untuk menontonnya..Banyak video pun dah didelete.
(Terimalah rayuan daripada salah seorang penonton setia video Cikgu)

Inginkan senarai lain internetainer yang pernah diulas PKE,sila klik link dibawah:


Website Khas Untuk Kaki Gaduh

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:26 AM

comments (8)

Filed Under: , , ,

Mungkin ada kesilapan disini dimana jikalau hendak diikutkan,tajuk bagi entri ini ialah "Website Khas untuk Video Gaduh".Tetapi atas dasar penyedap ayat,tajuk "Website Khas untuk Kaki Gaduh" digunakan sebagai pendahulu ayat bagi memberi ruang kepada apa yang bakal diketengah oleh PKE pada entri ini.

Adakah anda kaki Gaduh??
(Jawapannya terletak ditangan anda)
hihi,..

Tidak dapat dinafikan yang setiap insan dimuka bumi ini pernah bergaduh tidak kira melalui cakap mulut,Facebook mahupun didunia realiti.Semuanya pasti pahit bukan..(Gaduh mana ada manis)
Inilah yang ingin dikongsikan oleh PKE pada kali ini iaitu Laman Web Khas yang digunakan untuk mengupload Video gaduh sahaja.Manalah tahu yang anda ini mempunyai koleksi peribadi video pergaduhan yang dashyat yang boleh dikongsi bersama.Kalau tak dapat video yang bunuh orang,pukul sampai lembik pun jadilah...hihi (Jahatnya PKE ni..)

Laman Web yang ingin dikongsikan disini ialah laman Fight In School.
Walaupun namanya pergaduhan disekolah,tetapi ianya hanya sekadar pada nama kerana laman web ini mengalami evolusi dimana video-video selain daripada disekolah juga turut dimuat naik.

http://www.fightsinschool.com/

Selain daripada itu,ada laman web lain yang menyediakan koleksi video pergaduhan

http://www.schoolfightsdump.com/

Malahan,ada laman web yang menyediakan tutorial bagaimana hendak mempertahankan diri ketika pergaduhan.Diterangkan secara terperinci bahagian-bahagian penting yang bakal dan akan jadi sasaran.

Bahagian yang Bakal menjadi sasaran ketika bergaduh

Nota:sekadar hiburan,jangan diambil serius ye..PKE pun sebenarnya cuba untuk mendapat mood yang sebenar setelah bercuti Raya..Adeh


Edit Gambar Raya Anda Dengan Photoscape (Cara Kreatif)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:15 PM

comments (8)

Filed Under: , ,


Semakin hari semakin sukar untuk memisahkan Hari Raya yang mulia ini dengan Kamera.Dimana sahaja mereka-mereka yang menyambut Hari Raya wujud,disitu jugalah juga wujudnya Kameralah yang ditugaskan untuk merakam detik-detik yang indah itu.Senang cerita,kamera diberi tanggungjawab yang besarlah untuk menangkap gambar yang terbaik.Tetapi,selepas itu...

Selepas itu,ia sudah menjadi tanggungjawab anda untuk mencantik gambar tersebut sama ada anda ingin mengubah pencahayaannya,rupanya atau sebagainya.Terpulanglah sama kamu.Seperti biasalah,banyak perisian pengeditan gambar yang tersedia di internet ini.Apa yang anda perlu buat cuma memilih yang terbaik sahaja.Dan bagi yang sudah biasa pula,Photoscape juga yang menjadi pilihan dihati disebabkan aturcara yang mudah dan ringkas.

Adakah anda kenal Zahir,rakan yang diceritakan PKE di entri Lelaki Misteri di Gunung Ledang dimana PKE dan dia turut menjejakkan kaki kesana(Gunung Ledang).Di hari Raya ini,dia telah mengubah gambar hanya menggunakan photoscape yang menyerlahkan lagi kreativiti beliau.Anda ingin melihat hasilnya.Lihatlah Gambar dibawah:

Ni gambar lelaki bernama Zahir (Kalau nak berkenalan Klik sini)Belakangnya tett..Identiti dirahsiakan (padahal kurang kenal)



Ini pula komik ringkas yang dihasilkan Zahir.Hanya menggunakan photoscape.Ingat,jika anda ingin melihat komik ini dengan lebih jelas,anda boleh klik gambar untuk tumbesaran maksimum hasil suntikan Calsiyum.hi

Jadi itulah sahaja cerita yang mampu aku tulis sempena raya ni..Maklumlah kesibukan hari yang istimewa ini membantutkan idea.Jadi kepada sesiapa yang teringin untuk memilihi Photoscape ini,anda boleh downloadnya disini ye..


Nota:Terasa bosan pula dihari raya ketika suasana santai.Facebook kurang orang,trafik blog pun kurang..umm..Ada juga Fan Page yang bercuti selama seminggu lagi..Hari raya kena kerja..ahh.,bosan

Siapa Tak Baca Tak Boleh Raya!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:33 PM

comments (14)

Filed Under:

Sudah hampir genap sebulan kita berpuasa dimana bulan Syawal semakin hampir datang kemari dan bulan Ramadhan pula semakin berlalu pergi.Semoga hari-hari yang dilalui sepanjang bulan Ramadhan ini memberi pelbagai manfaat kepada kita semua baik yang tua mahupun muda.Sememangnya bulan ramadhan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang hanya boleh didapati dibulan tersebut dan kita pasti akan merinduinya.Namun yang pasti,Kerinduan di bulan ramadhan itu pasti akan diubati dengan cahaya kegembiraan di bulan syawal.Lebih-lebih lagi kelibat pak Cik yang glamour setiap kali menyambut bulan baik ini pasti akan muncul dikaca tv..(rindu la pak cik)hii..

Yang pertama sekali,PKE yang dilantik selaku pemilih sah blog ini (lantik diri sendiri) ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan blogger,rakan-rakan sekerja dan seangkatan dengannya,mereka-mereka yang pernah disakiti oleh PKE,mereka-mereka yang terasa dengan penulisan PKE,mereka-mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada PKE,mereka-mereka yang aktif di page facebook PKE,dan mereka-mereka yang tak ada buat salah dengan PKE..hi

Kepada semua pembaca blog ini baik yang visible reader mahupun silence reader,PKE ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi membaca blog yang tidak seberapa ini.Selamat Hari Raya diucapkan kepada anda semua.Maaf zahir dan batin..

Mari kita semua mengimbau kembali nostalgia di Hari Raya,kehangatannya pasti akan dirai dengan dendangan lagu-lagu raya yang memang menusuk kalbulah katakan.Tapi tidakkah anda berasa bosan dengan dendangan lagu yang hampir sama saban tahun.Terus terang PKE katakan,hampir bosan sampai tahap gaban.Manalah taknya,balik-balik lagu dendang perantau(P.Ramlee),Selamat Hari Raya(saloma),ku pohon restu ayah bonda (Mamat Exist) dan pelbagai jenis lagi lagu yang agak membosankan..(sangat bosan)..

kelihatannya lagu-lagu raya yang baru amat jarang sekali kedengaran di corong-corong radio.Adakah lagunya tidak best atau dalam erti kata lain,lagunya tidak sedap.Berkenaan dengan hal itu,mungkin ada benarnya,mungkin juga tidak..Apa pandangan anda???
Bagi blogger Ariff Shah,beliau sudah mengeluarkan pandangan beliau di entri Lagu Raya dulu dulu juga yang best yang beliau merasakan yang lagu dulu-dulu lebih sedap didengar..
Kenyataan itu tidak dapt dinafikan kerana PKE sendiri membesar dengan lagu-lagu ini.Cuma ada benda yang PKe cuba pertikaikan,punyalah banyak lagu lama-lama yang sedap didengar,apa pasal la lagu yang sama juga dimainkan setiap tahun..Balik-balik lagu tu,balik-balik lagu tu..kan banyak lagu lain..

Berkenaan lagu-lagu baru pula,ramai cakap yang lagu baru kurang memikat.Kurang jiwa dan kurang kekayaan bahasa yang diterapkan didalam lirik.Memang betul pun.Tapi kita harus ingat,kebanyakan lagu sememangnya begitu,tapi bukan semua.Ada lagu yang sedap didengar dan besar kemungkinan mampu kekal selamanya(evergreen)..Lagu yang PKE maksudkan ialah Lagu Bondaku yang jauh dimata hasil nyanyian Kristal.Kita dengar dengan teliti dengan lenggok lagunya,sangat sedap didengar.Versi Rock lagi..Ada sesiapa nak Komen??



Kristal-Bondaku Yang Jauh Dimata
Download Lagu Ini

Jadi kepada sesiapa yang hendak mendengar lagu raya yang baru mahupun lama tetapi jarang didengar,anda boleh memuat turunnya disini.Daripada kebosanan dengar lagu raya yang sama,apa kata kita layan lagu raya yang lain.Walaupun ada lagu yang biasa didengar,anggap sahaja kita klafisikasikan ia sebagai lagu best:

Jalil Hamid-Raya
Download
Jalil Hamid : Dendang Hari Raya
Download

Jamal Abdillah & Saleem-Lambaian Aidilfitri
Download

Hattan-Selamat Datang Sayang
Download

Spider:Rindu raya
Download

Sharifah Aini - Nostalgia Aidilfitri
Download

Nota:Masih mencari lagu raya irama Hip hop yang best..hi

Jangan Bermain Ketika Cikgu Mengajar,Jika Tidak!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:12 PM

comments (5)

Filed Under: , ,

"Ketika Cikgu mengajar dikelas,murid-murid dikehendaki diam!!"
Itulah kata-kata yang biasa diucapkan oleh kebanyakan cikgu-cikgu yang mengajar PKE disekolah suatu ketika dahulu.Bagi mereka,tumpuan ketika pembelajaran sangat penting bagi meningkatkan kefahaman didalam sesuatu mata pelajaran.Jadi,jika tahap pemahaman didalam mata pelajaran itu tinggi,peratusan untuk lulus didalam peperiksaan juga tinggi..

PKE hanya merenungkan sahaja kembali kenangan yang dilalui dizaman persekolahan suatu ketika dahulu.Bila hendak difikirkan kembali,bermacam-macam ragam cikgu yang PKE jumpai.Ada yang sporting dan ada juga yang sebaiknya.Yang pasti,PKE sememangnya bersyukur kerana belajar dengan cikgu-cikgu yang kebanyakannya memang sporting dan best..hi

Pernah anda semua terfikir,apa yang bakal terjadi jika kita bermain-main dikelas ketika cikgu sedang mengajar dan secara kebetulannya juga,Cikgu itu sememangnya garang tahap gaban.Mesti secara manualnya anda akan mula terfikir dan terbayangkan cikgu-cikgu yang garang disekolah anda suatu ketika dahulu.Entah apalah tindakan yang bakal dia lakukan kepada anda jika anda bermain-main ketika dia sedang mengajar.Cuba saksikan video ini,mungkin ini agaknya perkara yang mungkin cikgu anda bakal lakukan jika anda bermain-main ketika dia sedang mengajar:



Kalau macam inilah cikgunya,silap hari bulan cikgu ini bakal menjadi Bintang paling popular di Malaysia kerana menghiasi ruangan muka depan akhbar-akhbar utama dan juga blog di Malaysia.memang terkenal habis..Mungkin juga tahap popularnya juga bakal mengalahkan Siti Nurhaliza dan juga Namewee..hi

Siapa Tahu

Related Posts with Thumbnails
Print