Gambar Pesawat Peribadi Sultan Brunei

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:11 PM

comments (23)

Filed Under:

Brunei merupakan negara yang terkenal dengan hasil kekayaan sumber asli minyaknya yang terletak di kawasan asia tenggara disamping berjiran dengan Malaysia.

Negara yang diketuai oleh Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ini merupakan salah sebuah negara kaya didunia dengan corak pemerintahan monarki yang memberikan kuasa kepada Sultan untuk memerintah negara secara Mutlak.Dengan corak pemerintahan yang baik disamping kekayaan sumber,rakyat Brunei hidup dengan mewah dan aman.

Kekayaan yang dimiliki Sultan juga agak terserlah dengan cara dan gaya yang ditonjolkan melalui penampilan baginda..Jadi pada entri kali ini,aku akan mempamerkan kepada anda keadaan sebenar pesawat peribadi Baginda..

Ini merupakan pesawat peribadi yang dimiliki Sultan Brunei iaitu AirBus 340 yang berharga lebih kurang USD220 juta.Pesawat ini mempunya kelengkapan umpama sebuah rumah yang sangat mewah dengan disediakan singki yang diperbuat daripada emas sepuh.

Inilah singkinya

JAdi dipamerkan kepada anda keadaan dalam pesawat tersebut

Sangat kaya...Keadaan dalam pesawat dah macam dalam rumah pulak

Cara Disablekan No Right Click

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:50 PM

comments (10)

Filed Under: ,

Pejuang Kesenian Extreme bergelumang dengan masalah plagiat baru-baru ini.,tetapi aku telah mengatakan bahawa aku tidak suka kepada No Right Click..

Ini kerana akan timbul persoalan yang akan timbul di minda aku..
Apa yang istimewa sangat dengan blog ini sehingga dibuatkan

No Right Click


Untuk pengetahuan semua,Laman blog ini merupakan laman blog perkongsian yang sudi berkongsi ilmu pengetahuan bersama anda..Jika berlakunya aktiviti plagiat seperti aktiviti Copy dan Paste,itu merupakan risiko yang perlu ditanggung sendiri oleh setiap blogger yang mengelola sesebuah blog.Jadi aku akan memberikan sebab mengapa aku tidak suka kepada No right click.

Sebabnya:

Sebab yang pertama::



Anda telah melakukan diskriminasi terhadap tetikus.Sememangnya anda mengetahui bahawa barangan yang dicipta oleh Douglas Engelbart ini mempunyai dua butang klik diatas badannya..Dalam keadaan serba elok fungsinya dicipta.tetapi dengan sikap yang mementingkan diri,anda menghilangkan keupayaan tetikus tersebut(hahaha)..,itu satu diskriminasi dan melanggar hak asasi tetikus..hi

Sebab yang kedua::

Buang masa sahaja buat No Right Click..boleh adjust..tak payah pakai perisian-perisian canggih pun...Fungsi tersebut boleh disablekan dan berfungsi secara normal..

Jadi pada kali ini saya akan menerangkan kepada anda mengenai cara-cara untuk mendisablekan fungsi No Right Click..

Ini merupakan salah satu lawan web aku yang sengaja dilakukan no right click..Cuba anda klik kanan..Akan terteralah mesej "Sorry,no right click allowed"

Cara hendak mendisablekannya senang sahaja..Pada penerangan kali ini saya akan menerangkan mendisablekan menggunakan Fozilla Firefox. Tidak perlu perisian yang canggih..Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1.Pergi ke laman yang membuat No Right Click
2.Pergi ke Tool

Pilih Options

Kemudian akan terpamparlah aplikasi options.pergi ke "Content" dan uncheck
"Enable JavaScript"..Kemudian klik ok..

Siap..Sekarang laman blog mahupun web yang No right click dah boleh klik kanan..Jikalau anda ingin mencuba,pergilah ke laman yang melarang penggunaan klik kanan mahupun singgah ke page ini untuk mencuba..

Klik untuk mencuba tutorial

Jangan lupa untuk mengaktifkan semua javascript tersebut jika anda ingin beraleh ke laman lain kerana banyak laman yang memerlukan javascript..

Perhatian:Kebanyakan blogger yang ingin melindungi hasil kerja mereka hanya melakukan No Right Click padahal no right click merupakan pelindungan hak yang paling lemah..Jadi jikalau anda benar-benar ingin menjaga blog anda daripada plagiat,anda harus meng-encrypt source code..Apa itu,cari sendiri atau merujuk kepada mereka yang lebih pakar kerana aku pun tidak tahu bagaimana cara untuk melakukannya..

Gua Harap Lu Baca Entri ini

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:35 PM

comments (21)

Filed Under: ,

Blogging merupakan perkara yang sangat bermanfaat kepada kita semua jika dilakukan dengan cara yang betul..Dengan corak dan penyampaian yang pelbagai dan berwarna warni berjaya melahirkan ramai blogger dari Malaysia pada setiap hari..Perkara ini tidak dapat dinafikan...Lebih-lebih lagi kenyataan yang menyatakan blog boleh mendatangkan duit..

Blogger juga seorang manusia biasa yang sentiasa cuba berkarya(ye ke) dan menghasilkan entri baru sekerap yang mungkin atau setidak-tidaknya seminggu sekali..Masalah kehabisan idea mahupun masalah penghasilan entri terbaru merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh setiap blogger..Termasuk aku...Jadi sebagai seorang blogger sejati yang menghadapi masalah yang serupa seperti ini,kita akan cuba bersantai menenangkan fikiran mahupun mencari ilham dengan melayari Youtube atau mencuba berbagai cara untuk mencari inspirasi..Ini semua dilakukan supaya kita tidak melanggar perkara yang sepatutnya iaitu melanggar etika ketika berblogging..

Apa yang ingin aku katakan disini berkenaan perkara yang benar-benar membuatkan aku marah iaitu mencuri hasil kerja orang lain..Benda itu adalah Sindrom Copy and Paste..kalau korang semua perasan di laman blog Rasmi Pejuang Kesenian Extreme ini..

Ada ke aku letakkan Watermark kat Gambar
Ada ke aku buat No right Click
Ada ke aku buat Copyright(korang bleh tengok je,x leh copy)

Aku tak ada buat benda-benda macam ni...
Apa tujuan aku..
Tujuannya hanya satu...
aku ingin berkongsi
berkongsi dengan semua blogger terutama blogger dari Malaysia mengenai pengetahuan..
Pengetahuan Am yang mungkin kamu ingin tahu..Pengetahuan yang menarik untuk dikongsi bersama..

Jadi tidak bermakna aku sengaja berbuat sedemikian,korang boleh copy dan paste entri yang menarik di blog ini...Aku cuma berharap jikalau korang berminat dengan salah satu entri di blog ini dan kamu sangat sukakannya,ambil fakta tersebut dan olahkan dengan cara dan penulisan kamu sendiri...Mungkin perkara itu lebih memuaskan...Korang akan berasa lebih puas jika penulisan kamu itu dikomen oleh blogger lain..

Jadi sekarang ni,perkara yang menyebabkan aku marah ialah ada seorang blogger yang sanggup meniru 100% entri aku...Aku rasa terbakar juga dengan blog tersebut..Entri yang dicuri ialah Entri
Pangkat yang ditawarkan diDunia Naruto
tidak ada cacat cela...100% copy dan paste...Memang agak kelakar kerana blogger ini mencopy entri budak-budak tetapi ia masih salah..Umpama ko tidak menghormati aku sebagai owner blog ini...

Entri Kat blog Aku
Baca Entri kat blog aku

Entri di blog mamat ni...
Baca Entri kat Blog dia

Sama siot..Aku post entri pasal ni 10 Februari...tepat pada hari itu juga entri aku dicopy..dah la yang beza cuma Tajuk sahaja...Yang menyebabkan aku bertambah marah,lagu yang disertai dalam entri ni pun dia tiru sekali...wah.handal...

Jangan fikir aku tidak tahu apa yang dilakukan oleh setiap pengunjung blog aku...Nasib baik adalah seorang pengunjung daripada Indonesia meninggalkan jejak untuk menjejaki laman Blog tersebut..

Jejak yang ditinggalkan dengan Keyword sekali(Terima Kasih kepada kamu)
Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Bajet-bajet la...Aku tahu ramai peminat Naruto diluar sana..Malahan orang yang sudah berkahwin dan besar panjang pun masih meminati naruto,tapi jangan wat cam ni mengambil entri orang semata-mata untuk mendapat tempat di seach engine...

Aku juga ketahui melalui Copyscape

Sedang aku meneliti bagaimana dia mengetahui mengenai entri tersebut,tiba2 aku terpandang sesuatu...

Ada logo gengblogger disebelah sisi kanan blog tersebut...Mungkin dari sini kot...
Dia ahli Gengblogger...

Jadi aku harap ini kali pertama dan kali terakhir orang menplagiat entri aku..
Klu ko nak,ambil fakta,tulis dengan cara kamu sendiri..Aku pun bukannya tegas sangat sampai korang tak boleh amik apa2 maklumat daripada blog aku...Ingat ini blog perkongsian pengetahuan..Korang boleh baca dan ambil..Ambil dan gubahnya dengan cara kamu sendiri..Aku pun kadang-kala ada mengambil info daripada blog orang lain...Kemudian aku kongsi bersama kalian...

Ketika blogwalking tadi,aku terserempak la juga dengan blogger yang mempunya masalah yang sama...

Zack pun ada masalah yang sama...owner kepada
http://zackzukhairi.blogspot.com/

Tidak dapat dinafikan..Aku biasa nampak orang copy entri dia..pompuan lak tu


Tu saja aku nak cakap...


Berita Terkini
"Untuk pengetahuan semua,Blogger tersebut telah pun meminta maaf,sememangnya pemohonan maaf diterima dengan hati yang sangat terbuka..Ni kerana aku menganggap setiap orang tidak lari dari kesilapan..Jadi kepada semua,diulangi sekali lagi,aku menjadikan blog ini sebagai perkongsian pengetahuan..Jadi jika anda berminat untuk mengambil entri yang dirasakan menarik buat anda..ambillah..
Tapi pastikan anda menulis dengan cara yang tersendiri
Bukan Copy dan paste"

10 Bendera Pelik di Dunia

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 10:02 PM

comments (23)

Filed Under: ,


Kemegahan sesebuah negara bukan sahaja terletak kepada nama mahupun prestasi.Tetapi terletak juga kepada suatu benda yang dipanggil bendera.Bendera melambangkan Maruah.Dipijak bendera itu samalah juga memijak mahupun menghina maruah negara mahupun negeri tersebut..

Sebenarnya,untuk mencipta suatu bendera yang baik memerlukan pemeriksaan dan ketelitian dalam pelbagai aspek termasuk aspek latar belakang sesebuah negara bagi memudahkan percambahan idea dalam hal menyelitkan unsur-unsur tempatan didalam bendera tersebut.

Dikala bendera menjadi lambang kepada sesebuah negara,kreativiti mampu menepis segalanya.Dengan berbekalkan kreativiti yang diberikan tuhan "Born to Be"..Habis dibedalnya rekaan bendera yang pelbagai dan unik..Seharusnya anda perlu tahu bahawa orang yang mereka bendera tersebut mestilah mereka yang benar-benar layak dan hanya mempunyai daya kreativiti di atas tahap manusia normal sahaja..Hasilnya adalah seperti berikut:

1.Friesland

Friesland merupakan wilayah yang terletak di utara Belanda.Adakah benda merah di bendera ini ialah buah epal atau???? apapun janji meriah..Fakta yang menarik tentang Friesland,daerah ini merupakan satu-satunya daerah yang mempunyai bahasa rasmi selain daripada bahasa Belanda di Belanda iaitu Bahasa Frisia

2.Guam

Sangat berseni...sangat pelik..

3.Benin

Bendera ni digunakan oleh empire Benin di negara moden Nigeria suatu ketika dahulu.Bendera yang berunsurkan semangat kesukanan yang sangat tinggi..hihi..Negara ini pada waktu sekarang lebih dikenali sebagai Republik Benin atau Dahomey.Sekarang pun dah tukar bendera dah..

4.Swaziland

Swaziland merupakan negara yang terletak di selatan afrika dan tidak mempunyai pantai.Ada la rasanya unsur-unsur kenegerian..Meriah

5.Isle of Man

Ini bukan cap logo minuman penyejuk badan cap kaki tiga ye...Ini merupakan bendera rasmi negara Isle of Man ...Klu nak tahu pasal negara ni cari la sendiri...klu korang nak tahu,mata wang bagi negara ini ialah Pound Isle of Man(setaraf pound sterling)...Kesiannya tentang negara ini,bahasa rasmi yang dituturkan oleh masyarakat Isle of Man iaitu Bahasa Gaelik Manx telah pupus dengan penutur yang terakhirnya telah meninggal ialah pada tahun 1974...Korang nak ke Bahasa Melayu senasib dengan bahasa mereka..Jadi sayangilah bahasa kita..huhu

6.Mozambique

Memang pelik rekaan benderanya..Mozambique merupakan satu-satunya negara yang tidak dijajah British tetapi menyertai Komanwel pada tahun 1995..Apa maksud bendera ini?
Penulis menafsirkan:
Lambang cangkul merupakan punca rezeki utama penduduk Mozambique
lambang buku pula menunjukkan masyarakat mereka mudah belajar
manakala lambang Ak-47..Apa pandang2...nak gaduh..(haha)
Gurau je...

7.Kyrgyzstan

Takraw berasal daripada alam melayu atau daripada Kyrgyzstan???Adakah itu bola tenis...oh hamba pening..

8.Nepal


Tahukah anda,Nepal merupakan satu-satunya negara didunia ini yang mempunyai bendera berbentuk berlainan daripada kebiasaannya yang berbentuk empat segi...

9.Northern Marianas Islands

Orang yang cipta bendera ni tak tahu guna Photoshop ke??Bendera macam tampal guna clip art sikit...

10.Libya

Adakah ini bendera??
Ya tuan-tuan..ini bendera..diadaptasi daripada malam tanpa inspirasi(dalam kata lain malam tak de idea) pada tahun 1977 maka terhasillah bendera ini..Untuk pengetahuan semua.Bendera Libya merupakan satu-satunya bendera yang mempunya design kosong tanpa lencana dan hanya mempunyai satu warna sahaja

JAdi itulah 10 bendera yang disenaraikan oleh hamba pada episod kali..Kesimpulannya disini,jangan kata bendera,namanya pun pasti korang ada yang sampai tak pernah dengar

6 Permainan Moden yang Popular ketika dahulu

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 2:33 PM

comments (25)

Filed Under: , ,

Zaman kebudak-budakan dahulu boleh juga dikategorikan sebagai zaman kegemilangan hampir kepada seluruh umat manusia dimuka bumi ini kerana zaman itu merupakan zaman dimana kehidupan tanpa masalah besar yang muncul di kotak pemikiran.Yang ada hanya keseronokan.Pagi petang siang dan malam hanya fikirkan main.Lebih-lebih lagi budak lelaki.,pantang ada kawan,pasti akan ada aktiviti yang dilakukan..


Dan ketika aku temenung diwaktu malam mengenangkan masa depan yang tidak pasti,terlintas pula difikiran aku untuk menulis mengenai permainan moden yang dimainkan oleh aku dan rakan-rakan sebaya ketika mereka masih kecil.Permainan ini berjaya mencipta fenomena dalam tempoh masa yang singkat sehingga aku terpengaruh untuk memilikinya.

Apakah permainan itu??
Disini akan aku rungkaikan 6 permainan moden yang popular ketika aku masih kecil yang menarik budak-budak lelaki untuk meminati dan memilikinya..



1.Digivice

Permainan yang sangat popular ketika Digimon ditayangkan di NTV7 suatu ketika dahulu.Pada ketika ini,banyak budak-budak lelaki yang berhabis duit untuk memilikinya walaupun pada ketika itu beharga rm80(mahal siot)..Kononnya boleh battle dengan kawan-kawan..Goncang-goncang dah macam orang gila dah(mengikut teori,klu goncang lagi kuat,ada harapan menang battle...hahah)..Bagi budak perempuan pula,Cyber pet mungkin menjadi pilihan..



2.Kad Yu-Gi-Oh

Budak-budak pada masa ni memang gila dengan kad.,cara permainan dia memang pelik.Sebab tu budak lelaki suka.Disatukan dengan kad barangan dan magik menjadikan permainan ini semakin menarik..Bila dah dapat Blue Eye white Dragon,mula la terkinja-kinja..Ada yang lagi gempak pastu macam kena histeria bila main dapat kad Exodia,monster yang mempunyai kuasa tanpa batasan..



3.Beyblade

Permainan umpama gasing yang dcipta oleh Takara daripada Jepun.Beyblade juga permainan yang agak best pasal tak payah pakai bateri..bila terkenang kisah ketika masih kebudak-budakan,teringat aku tentang teori yang dikemukakan oleh rakan-rakan ketika itu,perlukan tali yang lebih panjang baru pusingan lebih laju.Besi pun perlu lebih besar..Kalau nak kesan percikan api,belilah besi yang beharga kira-kira Rm2 ketika itu..


4.Crush Gear

Dalam banyak-banyak permainan,Crush Gearlah permainan yang memerlukan banyak duit kerana terpaksa membeli bateri yang banyak..Banyak makan bateri ni beb..Janganlah anda cuba membuat modifikasi keterlaluan pada Crush Gear ni,akibatnya,Crush Gear anda akan kurang berkuasa..Jawapan kepada masalah itu..
"KALAH"



5.Yoyo

Yoyo memang kesukaan aku..Punya la minat sampai aku berusaha sedaya upaya untuk menguasai 30 teknik basic bermain yoyo daripada Long Sleeper sehingga ke double loop...Punya la seksa belajar tanpa cikgu..Beli CD belajar bermain yoyo daripada Auldey dan berusaha sehingga berjaya,itu saja kunci kejayaannya..Punya la minat sampai masuk pertandingan Hwo Will Win Super Yoyo Challenge...tak lepas lak tu(Segan)..untuk yoyo sahaja abis RM200..Idola aku adalah Hiroyuki suzuki..memang terror..Masa aku melawat laman web Youtube,tiba-tiba terjumpa budak ni,Takeshi Matsuura..Terror juga main yoyo



Yoyo Boy...Berbakat"Born to be"
Cara dia main ni ialah Freehand..Maksudnya tali yoyo itu tidak diikat di tangan.




6.Kereta Tamiya

Fuh...ni permainan yang paling aku suka dan paling mendatangkan faedah kepada aku..Pasal kereta ni aku buat business jual kereta(Ayat gempak).Bermodalkan bawah Rm10..aku bikin kereta tu dengan menukar enjin dan benda2 yang sepatutnya,dan jual balik dengan harga Rm20..Untung habis..Rolling balik modal,aku boleh dapat lebih kurang Rm100...tu pun jual lebih kurang 10 kereta..huhu

Itulah sedikit sebanyak permainan moden yang kebanyakannya diminati oleh budak-budak lelaki suatu ketika dahulu..Sanggup berhabis duit demi permainan...umm..

Pangkat yang ditawarkan Di Dunia Naruto

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:32 PM

comments (19)

Filed Under:



Adakah anda peminat naruto..Jika ya.adakah anda tahu mengenai peringkat-peringkat tahap ninja yang berjawatan..Apakah pula nama jawatan tersebut.Untuk pengetahuan anda semua,semua peringkat-peringkat yang ditawarkan ini mestilah melalui ujian yang diberikan oleh ninja tertinggi bagi melayakkan mereka mendapatkan jawatan tersebut.Tidak semua ninja ditingkatan yang sama memiliki kemampuan yang sama, begitu juga seorang ninja dengan tingkatan rendah mungkin memiliki kemampuan yang lebih besar daripada ninja di tingkatan atasnya.

Sebagai tambahan, terdapat beberapa tingkatan jabatan atau gelar khusus yang dapat diterima seorang ninja. Jabatan dan gelar ini berbeza dengan tingkatan normal, seorang ninja mungkin memiliki gelar yang sama dengan seorang yang tingkatan normalnya lebih tinggi atau lebih rendah daripada ninja tersebut.


Sambil baca boleh dengar lagu
Download Lagu ini

Peringkat Rasmi

Murid Akademi



Akademi merupakan tempat dimana calon2 yang berminat untuk menjadi ninja memulakan latihan dan ujian untuk menjadi seorang ninja.Latihan-latihan akan diberikan kepada mereka supaya menguasai teknik-teknik bela diri yang asas seperti Teknik Jurus bunshin no jutsu,kawarini no jutsu dan lain-lain.Setelah menjalankan latihan dan mereka lulus dengan jayanya, murid-murid akan menerima sebuah ikat kepala dari kain dengan sebuah lapisan metal ditengahnya, dan di atas lapisan metal tersebut tercetak lambang desa.

Genin



Setelah lulus dari akedemi,mereka akan digelar ninja berpangkat Genin.Genin merupakan ninja kelas rendah yang memerlukan bimbingan seorang Jounin dan menjalankan misi kelas D seperti membersihkan bakul dan menagkap kucing..(haha).Biasanya ninja berpangkat genin ini dibahagikan kepada kumpulan seramai 4 orang.Selain itu,hanya Naruto sahaja pernah diberi misi kelas C untuk mengawal tazuna, yang malah berubah menjadi misi kelas A karena adanya ninja pelarian yang menyerang.

Chuunin



Setelah para ninja berpangkat Genin berjaya melepasi ujian yang diberikan.,mereka akan dinaikkan pangkat sebagai Chuunin oleh Hokage.Pangkat Chuunin ini setaraf juga dengan dengan ketua pasukan dan kadang-kala juga digandingkan dengan Genin bagi menjalankan misi kelas B dan C.Misi yang dilakukan mereka tidaklah terlalu sulit tetapi berisiko dengan bahaya berbanding Genin.Jumlahpara Chunnin juga jauh lebih sedikit berbanding Genin didalam dunia naruto.

Jounin



Jounin merupakan ninja elit yang mempunyai pangkat yang agak tinggi. Para Jounin ini adalah kekuatan utama sebuah desa tersembunyi, setelah ANBU. Para Jounin biasa diberi misi untuk menyerang daerah musuh, pembunuhan,sabotaj, dan sebagainya. Misi yang mereka tempuhi mengharuskan mereka untuk berfikir dengan cepat .Mereka biasanya mengambil misi kelas A dan kelas S. Para jounin ini sangatlah kuat dan melawan mereka tanpa persiapan matang adalah tindakan bunuh diri. Para jounin juga ada yang ditugaskan sebagai pembimbing pasukan Genin rookie. Mereka juga bertindak sebagai guru bagi para Genin tersebut.

Jounin Istimewa



Jounin istimewa memiliki tugas khusus seperti mengajar, mengubat dan sebagainya. Para ninja perubatan adalah Jounin khusus yang tugasnya hanya mencari dan mengubati/memulihkan ninja yang tercedera. Tapi tidak semua ninja perubatan adalah jounin Istimewa. Ninja jenis ini adalah Seperti Sakura dan Shizune.

ANBU



ANBU adalah pasukan elit pembunuh rahsia yang ditugaskan untuk melakukan misi yang sangat berbahaya. Ketika melakukan misi, mereka tidak memakai nama dan tidak boleh melepas topengnya. Para anbu biasa bertindak sebagai mata-mata, Oinin ( ninja pemburu ), pemusnah mayat, pembunuhan rahsia, penjaga desa, dan jugasebagai perlindungan kepada hokage. Mereka juga diberi tugas menghadapi ninja kelas S yang kebanyakan sukar untuk ditewaskan oleh ninja kelas lain.. Kakashi masuk Pasukan Anbu di umur 16 tahun, sementara itachi menjadi anbu pada umur 13 tahun dan menjadi ketua pada umur 15 tahun. Para anbu bergerak secara misteri dan diam-diam. Para ANBU biasanya terdiri dari para Jounin. Di konoha, ada divisi anbu yang terpisah dan bergerak lebih rahsia lagi yang diberi sebutan ANBU "Roots" . Mereka dididik untuk menjadi mesin perang sempurna dan tanpa perasaan. Sai adalah anggota divisi ini. Mereka tidak punya nama, perasaan, rumah, keluarga, yang mereka punya hanyalah misi; itulah motto dari "roots"

Setelah diterangkan kepada anda mengenai jawatan yang ditawarkan oleh Kage setiap kampung..Bagaimana pula dengan pangkat yang tidak rasmi tetapi wujud di dunia naruto

Peringkat tidak Rasmi

Nukenin



Nukenin adalah ninja yang lari dan mengkhianati desanya. Seorang ninja seumur hidupnya harus tinggal di desa mereka dan keluar hanya untuk menjalankan misi. Nukenin ini ada yang berkelompok ada pula yang personal. Nukenin ini kebanyakan adalah penjenayah di desa asal mereka. Ada pula ninja tersebut yang masuk ke desa lain dan menjadi anggota desa tersebut.Ahli Akatsuki adalah salah satu jenis Nukenin

Kelas S



Shinobi kelas S adalah shinobi dengan tingkat kekuatan tertinggi dalam dunia naruto. Mereka sangat kuat dan beberapa diantaranya adalah kage dari desa-desa tersembunyi. Hampir semua ninja lebih memilih untuk mengelak daripada berhadapan dengan ninja kelas S. Banyak dari ninja kelas S adalah ninja pelarian dan Penjenayah. Para Sannin adalah ninja dalam golongan ini. Semua anggota Akatsuki juga golongan ninja ini.

Sannin



Sannin berertii 3 ninja. Legenda Sanin adalah julukan yang diberikan Hanzou kepada Jiraiya, Tsunade, dan Orochimaru pada saat akhir peperangan antara negeri api dan negeri hujan. Hanzou sangat terkesan dengan kemampuan mereka bertiga karena dapat bertahan dalam perang tersebut. Dan akhirnya ketiga ninja yang dulunya sahabat itu dikenal sebagai Legendary Sannin. Kekuatan mereka yang tersohor dan sekelas Kage membuat kawan maupun lawan hormat pada mereka.

Legendary Sannin telah memilih murid tempat menurunkan kemampuan mereka.

Gamma Sennin, Jiraiya telah memilih Naruto sebagai murid terakhir. Dan seperti yang diramalkan tetua kodok bahawa murid terakhirnya itulah yang akan mengakhiri kekacauan di dunia. Sifat mereka pun tidak jauh berbeza. Naruto dan Jiraiya adalah sama-sama pecundang yang kemudian menjadi orang yang sangat disegani. From Zero to Hero

Sang Hokage ke-5, Tsunade memilih Haruno Sakura sebagai muridnya. Dengan kecerdasan dan kesungguh-sungguhannya, Sakura berhasil melalui tahap-tahap pelajaran yang berat dari Tsunade. Dan ia pun mempunyai potensi untuk melampaui kemampuan gurunya itu.

Si jahat Orochimaru mengambil Sasuke sebagai muridnya. Sasuke yang haus akan balas dendam, memilih untuk bersama dengan orochimaru untuk belajar jutsu baru. Dengan kecerdasannya dan tekadnya yang kuat, Sasuke dengan cepat melampaui Orochimaru.

Latar belakang The Legendary Sannin Jiraiya, Tsunade dan Orochimaru sama dengan Naruto, Sasuke dan Sakura. Mereka adalah sahabat yang kemudian berpisah kerana mempunyai cita-cita masing-masing. Mungkin Naruto, Sasuke dan Sakura yang merupakan anggota pasukan tujuh akan melajutkan nama Legendary Sannin dikemudian hari

Kage



Hokage, Mizukage, Kazekage, Raikage, Tsuchikage adalah ninja tertinggi yang memimpin suatu desa tersembunyi. Biasanya mereka memiliki kemampuan diatas rata-rata dan cukup disegani. Sejauh ini Hokage Mizukage Raikage Tsuchikage Kazekage sudah ditunjukkan rupanya. Gelar kage hanya diberikan pada pemimpin 5 desa tersembunyi negara besar ninja saja.

Jika anda tidak mendapat bayangan mengenai perkara ini,akan ditunjukkan kepada anda peta dunia naruto.


Peta

Jadi,inilah penerangan serba sedikit mengenai pangkat-pangkat yang diberikan kepada ninja di dunia naruto..

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah Konoha pula,anda boleh melayari laman blog ini.

Sejarah Konoha

Related Posts with Thumbnails
Print