Setelah merampas takhta No 1 sebagai laman web yang paling kerap dikunjungi daripada Google,Facebook terus mengorak langkah cemerlangnya dengan menambah baik pelbagai aplikasi yang terdapat di Facebook..Yang mana buruk dan menjengkelkan dibuang manakala yang baik diperbaikkan lagi..Bila menceritakan tentang Facebook,berapa kerap anda lawati laman web ini dalam seminggu????Janganlah berbohong jika anda mengatakan yang anda tidak meluangkan masa langsung untuk melawat laman web Facebook dan mengupdate status di Wall anda dalam masa seminggu..Itu semua dusta belaka..Lainlah kalau korang tak ada akaun…Tanpa anda sedari, Facebook ini mula secara perlahan-lahan menguasai diri anda sehingga anda menjadikan ketagih..
Bila melihat kembali ruang talian perhubungan secara maya,kita akan dapat lihat mereka-mereka yang terdiri daripada rakan-rakan kita sendiri menggunakan aplikasi ini..Bila sang Jejaka seperti aku ini ingin mengurat awek yang cun tetapi tidak dikenali,aku pasti menggunakan ayat yang power supaya mereka berasa selasa dengan aku..Jadi mungkin lebih elok jika perbualan itu dimulakan dengan perbualan yang santai dan menarik bagi menjadikan perbualan itu tidak boring dan menjengkelkan..
Rasanya anda mesti perasankan sesuatu..melalui perkataan kita sukar untuk meluahkan perasaan dan maksud yang ingin disampaikan tanpa menggunakan pelbagai tanda....Bagi mereka yang biasa didalam penulisan,mereka akan menambah tanda-tanda yang sememangnya diajar disekolah seperti tanda seru,tanda soal dan bermacam-macam lagi la..Bagaimana pula dengan ketawa..
Itu merupakan cara ketawa didalam penulisan yang agak bosan dan tidak pelbagai guna..(maksudnya adakala tidak sesuai berada didalam situasi ketawa yang tertentu)
Ada cara ketawa yang lebih unik daripada ini??
Sebenarnya ada..Sebelum aku mengajar anda cara-cara ketawa di Facebook,PKE Cuma ingin mengingatkan sesuatu kepada anda..,walaupun ada yang merasakan benda yang diajar ini kelihatan bodoh.,korang layan je..Bagus juga sebenarnya untuk diketahui..
Hahahahaha….
Ini merupakan cara ketawa klasik yang banyak digunakan disemua penulisan klasik mahupun moden..Walaupun cara ketawa ini amat popular,tapi adakalanya ia tidak sesuai dengan keadaan..Lebih-lebih lagi jika anda ingin menggunakannya sebagai pemanis ayat..
Sebagai Contoh:;
Awak ni memang suka la macam ni..hahahah
(tak kena bukan)
.jpg)
Hihihi…
Ketawa ini agak sesuai digunakan sebagai pemanis ayat..Selain daripada menunjukkan sifat yang menggelikan hati versi manja,ia juga adakalanya kerap digunakan untuk menutup malu..
Sebagai Contoh:;
Awek A:Awak suka saya tak?
Lelaki B:tak…
Awek A:saya tau awak tak suka saya..hihihi
Cara Ketawa yang Ketiga:;Huhu….
Ini merupakan cara ketawa yang menunjukkan keseronokan yang sekejap disebabkan ada sesuatu paradikma yang berlaku..Maksudnya seperti ini,ketika anda berbual dengan rakan anda,tiba tiba dia menceritakan tentang sesuatu yang menyebabkan anda teruja..jadi anda mesti membalas mesej kawan anda itu dengan ayat dikehendaki dengan ketawa teruja dibelakangnya..
Sebagai Contohnya:;
Aku:Wei,Wakaka menang Showdown 2010 la..
Kau:Baguslah…huhu
Cara Ketawa yang keempat:;Kikiki…
________________________________________________________________
Ha.,cara ketawa ni tak elok..Kalau boleh jangan digunakan..walaupun kegunaan ketawa ini sama sahaja fungsinya seperti cara ketawa Hahaha.,tetapi jika perempuan,ia sebenarnya menunjukkan yang perempuan itu berperangai tidak elok..Sama juga didalam dunia realiti,jika anda menjumpai perempuan yang ketawa seperti ini.,Jauhkan diri ye..Bahaya..
Sebagai Contohnya:;
Roy:benda ni kan,macam ni macam ni..
Rozy:kikiki…lawak la you ni..
Cara ketawa yang Kelima:;Kuikuikui…
_________________________________________________________________
PKE pun sebenarnya pelik dengan cara ketawa ini..Macam mana boleh wujud pun PKE tak pasti..Tapi ada juga manusia yang menggunakannya..Ketawa ini juga boleh dikategorikan sebagai ketawa versi Cyberpet..Kira ketawa yang memberi gambaran Cute kepada si pengetawa,..
Sebagai Contoh:;
Hantu Bungkus:Aku tengok ko ni makin lawa la..Terasa semakin hari semakin sayang..
Pontianak:ye ke..seronoknya..kuikuikui…
Cara ketawa Keenam:;Ahak…
_________________________________________________________________
Ini merupakan sejenis ketawa yang mengunakan versi tunggal dalam satu perkataan.ketawa ini juga kelihatan seperti kahak..(hi).. sebenarnya si pengetawa ini memerlukan ketawa yang pendek sahaja didalam perbicaraan diantara dia dan kamu..
Sebagai Contoh:;
Lola:kau nak tau,si meon tu,masa balik sekolah tadi jatuh parit..
Lulu:Padan muka dia…ahak..
Cara Ketawa Ketujuh:;Hohoho…
_________________________________________________________________
Ketawa yang seiras Santa Claus ini menunjukkan yang si pengetawa ini ingin menunjukkan kelainan untuk memaniskan ayat..Sebagai contohnya,anda dipuji..anda suka dipuji tetapi tidak mahu menunjukkannya..Jadi anda ketawa sedemikian hanya sebagai tidak balas..
Sebagai Contohnya:
Awek:PKE,ko ni kacak la..
PKE:Ye ke..hohoho..
Cara Ketawa Kelapan:;Muahaha..
________________________________________________________________
Seperti penjahat yang Berjaya menjatuhkan lawannya..Ni la cara ketawanya..jangan marah..hi
Cara ketawa ini umpama seseorang yang melepaskan kepuasan disebabkan kejayaan sesuatu..
Sebagai Contoh:
Leman:Wei.,produk kita dah Berjaya menembusi Afrika Selatan la..
Lemon:Ye ke..Ini merupakan suatu kepuasan ni…Muahahah..jom minum
Alam Wakaka Komen Entri PKE (Showdown 2010)
By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:57 PM
Filed Under: Facebook, Isu Menarik, Showdown 2010
Adakah anda kenal dengan entri diatas??Ini merupakan entri berkenaan Final Showdown 2010 yang memaparkan keputusan dan ulasan pertandingan tarian yang terhangat diMalaysia itu..Untuk pengetahuan anda.,PKE terus menulis entri ini sebaik sahaja tiba di rumah kira-kira jam 1.30pagi selepas menonton Final Showdown 2010 secara live di KL LIVE ...

Hye Alam here..
tq so much for yr commented of the final Showdown 2010..
yup, xde siapa yg btul or salah dalam hal ini.
semua org ade pendapat n cara masing2 untuk menilai kelebihan serta kekurangan orang lain..
itu yg kita panggil sebagai manusia normal..
jus want to explain something, hope u dont mind.
1. wakaka win is not bcause of me.
sebab bukan alam seorang yg menari atas pentas, tetapi semua wakaka memberi 100% tenaga n usaha utk sampai te tahap tertinggi Showdown.
::Berkenaan dengan Crew pula,memang benar bukan Alam seorang sahaja yang menari di atas pentas.,ahli-ahli yang lain juga turut memberi sumbangan untuk menjayakan persembahan..Tanpa mereka.,tidak mungkin Wakaka akan menjadi Johan..
::Tetapi ada sesuatu yang harus Alam ingat,sejauh mana sekalipun Alam ingin membuang populariti yang Alam kecapi ketika menjadi Juara So You Think You Can Dance dulu.,orang masih akan ingat.."Eh itu Alam,juara SYTUCD dulu"
3.kenapa u guys pilih kami sebagai juara??sbb kitorg mcm sirkis?
asik buat drama n acrobatik??hmm.. pernah ke u guys tgk dancer lain buat stunt n acrobatic MENGIKUT RENTAK LAGU? question: ape maksud menari?? pergerakan mengikut rentak dan maksud sesuatu lagu. drama??kitorg xde baca skrip pon atas pentas. itu semua story lines, supaya korg bole paham dengan ape yg kitorg cuba sampaikan semasa menari.xkan kami nk jd robot utk lagu tema madagascar?? n klo wan, naz, joe n aie nak awak ganti tempat dorg jd binatang or pompuan atas stage n perform serta menari untuk 1 MALAYSIA TONTON, dengan kesihatan diri yg tidak tentu, AWAK NAK????
::Berkenaan dengan Storyline pula.,kebanyakan storyline persembahan Wakaka memang jelas..Menari juga seperti memaparkan sebuah drama..Dan drama yang dipaparkan oleh Wakaka itu sampai kepada penonton..Dan seperti drama-drama yang lain juga..Ada yang best.,ada yang tidak....
Rasanya siapa yang mempertikai benda tu pasti kurang arif berkenaan dengan perkara ini..Ini kerana persembahan seperti ini kerap dilakukan oleh penari-penari lain..Sebagai contohnya kumpulan Diversity daripada UK..Cuba lihat Video ini.(Lihat)(cuma bezanya,dia tidak berpakaian wanita la)
Haha.,Betul-betul..Hal ini PKE sokong..
Maaflah ye..PKE tidak dapat mengulas mengenai perkara ini..Yang diulas pun hanya berdasarkan video sahaja..
Hahaha..No Comment
9. who is the real winner in this showdown??? GBC,FF or WAKAKA?
the answer is U.
Ya..Jawapannya ialah........................
Apapun,PKE mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi melawat blog ini..Segala salah silap yang menyebabkan Ahli-ahli Wakaka Crew terasa..PKE minta maaf ya..Ini pula sepatah dua kata daripada Alam.,
10. Conclusion, ALHAMDULILLAH KEPADA ALLAH KERANA WAKAKA BERJAYA KE PERINGKAT TERTINGGI N MEMENANGI SHOWDOWN WLAUPON KAMI TAU KAMI TIDAK LAYAK UTK MASUK AUDITION. TERIMA KASIH KEPADA FAMILI2, SAUDARA MARA, RAKAN2 SEPERJUANGAN, MEREKA YG MENYOKONG SERTA MEMBENCI KAMI, MEREKA YG SANGGUP MENGHABISKAN KREDIT UNTUK WAKAKA SERTA MEREKA YG MENYUMPAH N MENGHINA SBB XSUKA WAKAKA, DAN JUGA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KERANA ANDA ADALAH ORG YG MENGEKALKAN SERTA MENBAWA INDUSTRI TARIAN INI KE MASA HADAPAN...
SALAM DARI ALAM WAKAKA
Jom Download video dari Facebook..huhu
Sudah pasti anda sekalian sudah mengetahui cara untuk mendownload video dari Youtube..Rasanya,caranya lebih senang..Mana tidaknya,apa yang anda perlu lakukan untuk mendownload video dari Youtube hanyalah dengan mengopy Url video tersebut dan pastekan ditempat yang disediakan..Rasanya jika memerlukan Software untuk mendownload video dari Youtube,anda boleh Downloadnya disini(Klik Sini)
Sibuk je cerita pasal Youtube..haha
Kita abaikan cerita berkenaan dengan Youtube..
Sekarang anda semua berada di Segmen bersama Facebook dimana PKE akan mengajarkan kepada anda cara-cara untuk mendownload video dari sana dengan pantas dan tangkas..
Berbalik kepada keperluan.,PKE memohon maaf ye kepada semua orang kerana apa yang PKE ingin tujukan ini hanya untuk pengguna Firefox sahaja pasal yang bakal korang download ni pun merupakan Plugin Firefox..hi
Sebelum memulakan pelajaran kita pada hari ini,semua murid mesti duduk diam dan senyap ye..
Ehem..ehem..(berdehem sekejap)..
Ok..Langkah kita yang pertama untuk kemajuan pada hari ini ialah dengan mendownload Plug in ini..Senang sahaja,apa yang anda perlu ialah dengan menekan butang dibawah..
Kemudian anda Login ke akaun Facebook anda dan cuba mendownload video yang berada diFacebook(Pasti video tersebut pure upload dari Facebook,kalau link memang tak mujarab)..
sebagai contohnya,anda bersiar-siar atau dalam erti kata lain merayap-rayap ke Wall rakan-rakan,tiba-tiba anda mendapati ada satu video menarik di wall beliau..Rugi kalau tak download ni..Tapi nak buat macam mana ye..
Alah..,buat-buat tak nampak pulak..Butang Download akan kelihatan dibahagian bawah video tersebut selepas anda mendownload Plug in ini..tak caye tengok..


Butang Download Juga akan kelihatan disebelah Tepi atau bawah video jika anda pergi menonton video tersebut di galerinya...Jika paparan diatas tidak jelas.,anda boleh melakukan sesuatu untuk menyebabkan gambar tu besar..(Klik la)Jadi apa tunggu lagi..Download je..Bukan susah pun..
Nota:Cuba la test..Mesti seronok..hoho...
Selamat mencuba kepada semua..
(Ingat nak download Video di Facebook susah macam jawab soalan SPM ke..Hi)
Ketika aku tidak sabar menunggu kemunculan Filem yang bakal keluar tidak lama lagi iaitu Filem The Last AirBender..,muncul pula game di Facebook yang berjaya mengurangkan keterujaan aku kepada filem ini..Hihi..
Game yang agak menarik walaupun mempunyai fungsi yang hampir sama dengan game Mafia War dan Naruto Shippuden..Aku layankan aja..
Ketika anda mula memasuki game ini,anda diminta memilih untuk menjadi Bender yang mana satu diantara empat unsur iaitu Api,Air,Udara dan Tanah..(Aku pilih untuk menjadi Firebender)
Ketika ini anda dikehendaki menyelesaikan misi-misi untuk meningkatkan level bagi melawan musuh-musuh anda.Boleh membeli barang-barang yang diperlukan untuk berlawan,anda juga boleh membeli aset bagi menambah pendapatan anda..
Sambil-sambil tu,singgah la sekali laman web rasmi Avatar ni..Apa yang boleh aku katakan,.
Laman web dia memang smart..lebih kurang canggihnya maca laman web rasmi Ironman..Dibahagian sisi kanan laman web ini menyediakan maklumat berkenaan 4 nations ni..Berserta peta sekali..Yang pasti,banyak info yang bakal anda dapat dari Flash Website ini...

http://www.thelastairbendermovie.com/
MillatFacebook Down Habis
By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:24 PM
Filed Under: Facebook, info menarik, Internet, Millatfacebook

Jika anda melakukan sesi blogwalking di blogsphere ,pasti anda ada terlihat artikel-artikel menarik yang mengulas tentang satu laman web sosial baru berunsur keislaman yang baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas iaitu MillatFacebook..untuk pengetahuan semua,MillatFacebook yang dicipta oleh jurutera IT Pakistan ini merupakan satu laman web baru yang dilancarkan sebagai simbolik bantahan terhadap sambutan hari Lakar Muhammad(Everyone draw Muhammad Day) yang disambut secara besar-besaran di laman web Facebook..Rasanya jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi,anda boleh membacanya dilaman blog OhMalaysia!
Kisah ini mungkin boleh dijadikan sisa-sisa sejarah yang boleh dibanggakan oleh Warga pakistan mahupun Umat Islam itu sendiri..Namun yang pasti..semua itu hanya tinggal sejarah..
Laman ini masih tidak dapat berfungsi dengan baik setelah mendapat begitu banyak tekanan dari pelbagai pihak..Lebih-lebih Mark Zukerberg telah memberikan tekanan yang berterusan setelah mengadakan usahasama dengan yahoo untuk menghentikan e-mel2 yang dihantar oleh MillatFacebook.
Malahan,mereka masih lagi tidak mendapat Server yang baru setelah semua hosting daripada Amerika Syarikat menyekat Bandwidth dan perkhidmatan mereka terhadap laman web ini tanpa sebarang sebab yang munasabah.Jadi buat masa ini,mereka masih mencari hosting dari negara-negara Islam mahupun Rusia/China..
Untuk gambaran lebih jelas,anda boleh lawati sendiri laman Web MillatFacebook di
Berikan sokongan anda kepada web ini..tak rugi pun..lebih-lebih lagi,ia mungkin memberikan faedah yang besar kepada kita semua..

Web popular yang dibuka dalam 1 browser
By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:32 AM
Filed Under: Blog, Facebook, Gengblogger, Internet, Twitter

Aii., mungkin kerana buat masa ini aku menghadapi penyakit malas yang melampau disamping kesibukan dalam menjalani kehidupan kot yang menyebabkan aku malas menulis..(hi,ayat skema)..Terasa juga kelainan ketika menulis..Menulis tanpa semangat..Perkara ini dirasai semenjak Gengblogger bertukar server dan tidak mampu berfungsi selama beberapa hari(walaupun hal ni dah lama berlalu)..aii.,malulah nak cakap..
Kita tinggalkan pasal kisah aku ini dah teruskan dengan topik yang seterusnya..
Nak juga tau
Apa browser yang anda guna..
Google Chrome,mozilla FireFox,Opera mahupun safari (IE malas nak sebut)
Mesti berbagai-bagai jawapan yang akan diberikan oleh anda
Jawapan anda sahaja sudah menunjukkan bahawa terdapat banyak Browser canggih yang terdapat dipasaran yang boleh didapatkan secara percuma dan mudah..
Aku disini bukan ingin menceritakan tentang browser apa yang aku gunakan,sebaliknya aku ingin menceritakan kepada anda web yang wajib aku buka mengunakan satu browser ni..
Aku biasanya selalu guna Mozilla Firefox 3.6 (nak juga bitau,hi)..
Jom kita usha web yang selalu aku buka menggunakan browser pertama
1.Facebook

Laman wajib..Sebaik-baik website yang leh aku lepak..banyak kawan siot yang ada melepak kat sini..klu satu hari tak online rasanya tak sah hidup ni..
2.Myspace
Web yang mula terasa boringnya.,tapi aku masih masuk juga untuk mengcheck friends request..
Laman web yang sangat berguna untuk aku dalam bersosial terutama kepada rakan-rakan blogger..Mikroblogging la katakan..
4.Blogger
Buat masa ni aku amat jarang update blog kerana kesibukan urusan kerja..Tetapi boleh dikatakan setiap hari aku login ke dalam laman web ini untuk memeriksa benda-benda yang sepatutnya..
5.Gengblogger
Gengblogger.tempat yang sangat best untuk dibuat melepak..dengan forum yang sesuai untuk semua lapisan umur disamping membaca entri-entri terbaru yang agak menarik(dah nama pun tempat ping)..Memang tak bosan la disini..Nak chat dengan blogger lain pun boleh..
Banyak benda yang aku dapat belajar dari Google..Dengan Google aku merasakan diri aku ini amat berkuasa..jika aku tidak mengetahui mengenai sesuatu hal.,dialah yang mencarikan jawapannya..Terima kasih Google..
Itulah serba sedikit maklumat jika aku melayari internet..Kiranyanya benda pertama sekali yang aku buka mesti Faceb0ok dan diikuti new tab laman-laman web seperti yang diatas..

boleh dikatakan Facebook merupakan satu-satunya laman web sosial yang memberikan impak yang sangat besar kepada kita semua.Dengan kemudahan menarik yang disediakan di web tersebut,ketagihan laman web itu menular dengan sangat pantas diseluruh pelusuk dunia.Perkara ini sememangnya amat mengejutkan para pengkritik malahan pemilik laman web itu sendiri
Dikala leka dalam penggunaan,ada pula segelintir manusia di muka bumi ini mula menyalah gunakan Facebook demi kepentingan pihak-pihak tertentu dengan menyebarkan propaganda dan fitnah secara berleluasa didalamnya..Menganggap bahawa mereka ini berada dijalan yang benar padahal mereka ini umpama manusia yang menegakkan benang yang basah.
Antaranya ialah mereka yang
1.Melakukan perkara yang menjatuhkan Maruah
Rafiqin Dariwisy..budak bodoh yang berumur 14 tahun mempersendakan Allahyarham Din Beramboi dengan menyatakan Al-Fuck kepada Din beramboi..Budak ini sememangnya mempunyai tahap IQ yang sama macam kaki aku.2.Membela benda-benda yang tidak sepatutnya

Ada yang mempertahankan hak asasi manusia sebagai seorang Gay ataupun Lesbian..Aku pun tidak tahu apa yang ingin dikatakan..Punyalah tahap kronik sampai ada yang sanggup juga membela nasib babi sekali selaku haiwan yang boleh dimakan...bangkai
3.Menghina Agama
Ini memang biasa la..Musuh Islam sentiasa cuba untuk muncul dimana-mana sahaja bagi mencapai matlamat terbesar mereka itu sendiri untuk menjatuhkan Islam..Aku nasihat korang,bila jumpa group ni janganlah menjadi ahlinya..Masuk tanda menyokong...Janganlah cuba memberi alasan yang tidak berfaedah..4.Melakukan perkara yang berunsurkan Perkauman
dah naik menyampah dah melayan suma ini..5.Benci membenci
fenomena yang semakin menjadi-jadi..kamu benci tu,kami benci ni..Ahh.,benci arr sume ni..Jadi baik tak payah layan..
Tu la perkara-perkara yang wujud secara berleluasa di Facebook..Henti-hentikanlah semua ini..
Mungkin sambil-sambil melayan facebook tu,sudi-sudi la menjadi fan PKE sekali ye..
Fan Page PKE








