Liquid Mountaineering : Satu Penipuan!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 7:32 AM

Filed Under: , , ,


Semakin hari semakin banyak manusia yang lahir dimuka bumi cuba untuk membuat benda yang semakin pelik dan terus pelik..bagi mereka ini merupakan satu cabaran yang membezakan mereka dengan kalangan manusia yang lain..Kepelbagaian juga kadang kala memberikan keistimewaan kepada insan itu sendiri dengan mencipta sesuatu yang baru menggunakan akal dan daya pemikiran mereka yang tersendiri.

Jika sebelum ini mungkin anda berasa pelik dengan sukan ekstrem yang semakin mendapat sambutan hebat dari kalangan belia di seluruh dunia iaitu berkenaan dengan sukan 'Parkour' yang kini bukan sahaja dianggap biasa.,malahan terjun bangunan juga menjadi satu kekaguman kepada peminat sukan tersebut,kini muncul pula sukan baru yang tergolong dalam sukan olaraga yang mungkin menjadi kegemaran kita suatu hari nanti..Sukan itu dikenali sebagai

LIQUID MOUNTAINEERING


Apa itu Liquid Mountaineering??


Untuk pengetahuan semua,Liquid Mountaineering ini merupakan sejenis sukan yang memerlukan anda berlari diatas air.Sememangnya idea penciptaan sukan ini bermula dari impian manusia sejak zaman berzaman untuk berlari diatas air dengan menggunakan teknik yang hampir sama dengan konsep yang digunakan ketika kita melemparkan batu keatas permukaan air dan kemudian batu itu melayang diatasnya.

Sukan ini diasaskan oleh Sebastian Landerwerl, Miguel Delfortrie dan Ulf Gartner yang dirintiskan di Sepanyol.Jika anda ingin mengetahui keterangan dengan lebih lanjut,anda boleh melihat paparan video di bawah berkenaan cara sukan ini dimainkan.



Video ini memaparkan segala cara dan langkah kononnya cara untuk melakukan larian dengan betul..Adakah anda tahu bahawa ketika artikel ini ditulis,video ini telah ditonton lebih 4 juta orang yang berminat untuk menyaksikan aksi mereka ..Video ini diupload pada 28 April 2010.

Adakah semua ini benar??
ataupun Dusta??

Jadi kesimpulan bagi aku.,semua ini hanya dusta belaka..
Amat mustahil untuk manusia berjalan diatas air dengan berlari dan berkeadaan begitu kerana kita masih mempunyai hukum fizik yang masih perlu dipatuhi..

Seperti juga kata-kata mamat ini

It's pathetic how low the world's standards on education have become for there to exist so many idiots who truly believe this video is factual. You don't need to be a rocket scientist to figure out that this is a joke.
1. Elementary physics should tell you this is impossible.
2. Common sense should tell you this is a joke.
3. The site from the video's description TELLS you this is all a joke: liquidmountaineering . org / site-disclaimer/

Kebarangkalian untuk berjalan/berlari diatas air amat rendah..kebetulan juga dokumentari di atas dikatakan hanyalah satu helah Syarikat Hi-Tec untuk memasarkan kasut kalis air mereka.
Jadi.kepada sesiapa yang percaya mengenai perkara ini,abaikan..
jika anda tidak mengetahui langsung.,anggaplah ini sebagai pengetahuan tambahan anda supaya anda tidak tertipu dimasa akan datang..

Nota:yang menyebabkan aku bengang,tengah best-best aku melepak melayan lagi One Republic-Secret,aku diganggu pula oleh fakta yang macam gempak ni tapi palsu..hampeh..sakit kepala je..jadi sape nak dengar lagu ni.,leh layan kat sini..


One Republic-Secrets
Muat Turun Lagu ini

2 comments for this post

eemm...nampak menakjubkan.tp bile da tau semua nih auta.
xder ape yg nk dikagumkan

Posted on June 1, 2010 at 11:51 AM  

tau x pe...

Posted on June 1, 2010 at 7:32 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print