Gua Harap Lu Baca Entri ini

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:35 PM

Filed Under: ,

Blogging merupakan perkara yang sangat bermanfaat kepada kita semua jika dilakukan dengan cara yang betul..Dengan corak dan penyampaian yang pelbagai dan berwarna warni berjaya melahirkan ramai blogger dari Malaysia pada setiap hari..Perkara ini tidak dapat dinafikan...Lebih-lebih lagi kenyataan yang menyatakan blog boleh mendatangkan duit..

Blogger juga seorang manusia biasa yang sentiasa cuba berkarya(ye ke) dan menghasilkan entri baru sekerap yang mungkin atau setidak-tidaknya seminggu sekali..Masalah kehabisan idea mahupun masalah penghasilan entri terbaru merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh setiap blogger..Termasuk aku...Jadi sebagai seorang blogger sejati yang menghadapi masalah yang serupa seperti ini,kita akan cuba bersantai menenangkan fikiran mahupun mencari ilham dengan melayari Youtube atau mencuba berbagai cara untuk mencari inspirasi..Ini semua dilakukan supaya kita tidak melanggar perkara yang sepatutnya iaitu melanggar etika ketika berblogging..

Apa yang ingin aku katakan disini berkenaan perkara yang benar-benar membuatkan aku marah iaitu mencuri hasil kerja orang lain..Benda itu adalah Sindrom Copy and Paste..kalau korang semua perasan di laman blog Rasmi Pejuang Kesenian Extreme ini..

Ada ke aku letakkan Watermark kat Gambar
Ada ke aku buat No right Click
Ada ke aku buat Copyright(korang bleh tengok je,x leh copy)

Aku tak ada buat benda-benda macam ni...
Apa tujuan aku..
Tujuannya hanya satu...
aku ingin berkongsi
berkongsi dengan semua blogger terutama blogger dari Malaysia mengenai pengetahuan..
Pengetahuan Am yang mungkin kamu ingin tahu..Pengetahuan yang menarik untuk dikongsi bersama..

Jadi tidak bermakna aku sengaja berbuat sedemikian,korang boleh copy dan paste entri yang menarik di blog ini...Aku cuma berharap jikalau korang berminat dengan salah satu entri di blog ini dan kamu sangat sukakannya,ambil fakta tersebut dan olahkan dengan cara dan penulisan kamu sendiri...Mungkin perkara itu lebih memuaskan...Korang akan berasa lebih puas jika penulisan kamu itu dikomen oleh blogger lain..

Jadi sekarang ni,perkara yang menyebabkan aku marah ialah ada seorang blogger yang sanggup meniru 100% entri aku...Aku rasa terbakar juga dengan blog tersebut..Entri yang dicuri ialah Entri
Pangkat yang ditawarkan diDunia Naruto
tidak ada cacat cela...100% copy dan paste...Memang agak kelakar kerana blogger ini mencopy entri budak-budak tetapi ia masih salah..Umpama ko tidak menghormati aku sebagai owner blog ini...

Entri Kat blog Aku
Baca Entri kat blog aku

Entri di blog mamat ni...
Baca Entri kat Blog dia

Sama siot..Aku post entri pasal ni 10 Februari...tepat pada hari itu juga entri aku dicopy..dah la yang beza cuma Tajuk sahaja...Yang menyebabkan aku bertambah marah,lagu yang disertai dalam entri ni pun dia tiru sekali...wah.handal...

Jangan fikir aku tidak tahu apa yang dilakukan oleh setiap pengunjung blog aku...Nasib baik adalah seorang pengunjung daripada Indonesia meninggalkan jejak untuk menjejaki laman Blog tersebut..

Jejak yang ditinggalkan dengan Keyword sekali(Terima Kasih kepada kamu)
Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Bajet-bajet la...Aku tahu ramai peminat Naruto diluar sana..Malahan orang yang sudah berkahwin dan besar panjang pun masih meminati naruto,tapi jangan wat cam ni mengambil entri orang semata-mata untuk mendapat tempat di seach engine...

Aku juga ketahui melalui Copyscape

Sedang aku meneliti bagaimana dia mengetahui mengenai entri tersebut,tiba2 aku terpandang sesuatu...

Ada logo gengblogger disebelah sisi kanan blog tersebut...Mungkin dari sini kot...
Dia ahli Gengblogger...

Jadi aku harap ini kali pertama dan kali terakhir orang menplagiat entri aku..
Klu ko nak,ambil fakta,tulis dengan cara kamu sendiri..Aku pun bukannya tegas sangat sampai korang tak boleh amik apa2 maklumat daripada blog aku...Ingat ini blog perkongsian pengetahuan..Korang boleh baca dan ambil..Ambil dan gubahnya dengan cara kamu sendiri..Aku pun kadang-kala ada mengambil info daripada blog orang lain...Kemudian aku kongsi bersama kalian...

Ketika blogwalking tadi,aku terserempak la juga dengan blogger yang mempunya masalah yang sama...

Zack pun ada masalah yang sama...owner kepada
http://zackzukhairi.blogspot.com/

Tidak dapat dinafikan..Aku biasa nampak orang copy entri dia..pompuan lak tu


Tu saja aku nak cakap...


Berita Terkini
"Untuk pengetahuan semua,Blogger tersebut telah pun meminta maaf,sememangnya pemohonan maaf diterima dengan hati yang sangat terbuka..Ni kerana aku menganggap setiap orang tidak lari dari kesilapan..Jadi kepada semua,diulangi sekali lagi,aku menjadikan blog ini sebagai perkongsian pengetahuan..Jadi jika anda berminat untuk mengambil entri yang dirasakan menarik buat anda..ambillah..
Tapi pastikan anda menulis dengan cara yang tersendiri
Bukan Copy dan paste"

21 comments for this post

mie

isk isk.....
xkan xde idea langsung....
kalau stakat gambar saja boleh diabaikan...
karangan pun sama???

Posted on February 19, 2010 at 8:57 PM  

Tau x pe...
tiba2 je blog tu berjaya dikesan...
siot tol...

Posted on February 19, 2010 at 9:03 PM  

tsk! tsk!

Mungkin boleh ajer hang tinggalkan komen dan maklum cara elok2.

Tak perlu marah2 tapi maklum dengan berhemah tapi tegas tanya kenapa sama..

Apa2 pun harap hang berjaya selesaikan isu ni, sebab ini bukan kali pertama berlaku dalam dunia "blogging" Malaysia ni : )

Salam Jummat

Posted on February 19, 2010 at 9:03 PM  

Aku x nak tanya sebab n kenapa dia copy entri aq rasanya aq dah tau jawapannya apa...

Cuma aku x berhasrat n marah dia...
Cuma harap dia wat sesuatu dengan entri tu..

emm...

Posted on February 19, 2010 at 9:11 PM  

fuhh gilalah tiru.tak bersalah ke apa.

Posted on February 19, 2010 at 9:41 PM  

i dont mind my entries are copied, but as long as the credit is there =)

kenwooi.com

Posted on February 19, 2010 at 9:44 PM  

kasik report je la kat blogspot.. hehe.. bleh ke?

Posted on February 19, 2010 at 10:03 PM  

bro...tu la masalah yg blogger kena hadapi..memang bodoh la mamat tu tiru sebijik artikel ko...kalau nak copy pun at least bagi la kredit kat owner artikel tu...

Posted on February 19, 2010 at 10:12 PM  

iskh...copy bulat2..


dah lama terstop lyn naruto..ape cerita la skang ni ek?

Posted on February 19, 2010 at 10:36 PM  

xpatut la copy & paste camtu..kok yer pun ulas la cara masing2..ish3

Posted on February 19, 2010 at 11:11 PM  
Anonymous

wahh, patot bangga org copy entri ko. hakhak..
tp ye arr, berpada2 arr... kena arr mintak izin dlu.
mamat/minah tuh mesti tobat xnak copy daripada blog ko dah lepas nih kan? xD

Posted on February 19, 2010 at 11:33 PM  

Fikri:patut bangga???
penat do aku wat cantik2...

nanti aku kontak blogger tu..

Posted on February 20, 2010 at 12:46 AM  

Asslamualaikum semua,,,,

Maaf kerana menganggu.... terima kasih ke atas teguran saudara....
saya sudah padamkan entry tersebut dan saya mengaku ianya salah saya namun saya ada minta izin pada chat rool tuk copy and paste agar ianya menjadi perkongsian ilmu.... mungkin permintaan itu tak sampai kepada saudara.... selain daripada itu saya ada linkkkan sumbernya melalui blogspot link agar siapa yang membaca tahu siapa pemilik sebenar link tersebut....

Namun begitu saya hormati permintaan saudara dan terima kasih kerana menegur.

Asslamualaikum
Nizam

Posted on February 20, 2010 at 2:33 AM  

Terima kasih kerana menghormati permintaan saya..

Seperti yang disebutkan secara berulang-ulang..ni laman blog perkongsian..Laman blog pengetahuan untuk semua..Jika kamu merasakan yang entri berkenaan pangkat dalam dunia naruto itu menarik..,kamu boleh ambil..Aku x marah punya..Tapi dengan syarat..

gunakan kreativiti kamu untuk mengolah entri tersebut dengan cara dan penulisan kamu..bukan apa,untuk mengolah penulisan itu,aku memerlukan 2 jam untuk menyiapkannya...sebab tu aku amat marah jika entri itu diplagiat..aku yakin kamu mesti boleh mengolah entri itu dengan cara kamu sendiri..aku yakin kamu boleh buat punya..Blogger malaysia mesti boleh..

Begitulah cara untuk menjadi blogger yang bagus..Klu nak diikutkan banyak blogger diluar sana meniru entri daripada blog lain..terutama blog totorial..Tetapi mereka cuba mencipta kelainan dengan mengolah entri tersebut supaya menjadi lebih menarik melalui cara penulisan dan penyampaian yang tersendiri...

Aku menegur bukan kerana apa..
Aku tidak suka meletakkan watermark di setiap gambar entri aku..
dan aku juga tidak suka memasang aplikasi no right click seolah-olah blog aku ni bagus sangat sampai tak ada benda yang boleh diambil..

Jadi nasihat aku..jangan copy sebarangan..

Posted on February 20, 2010 at 3:28 AM  

siot jer copy paste jer dia reti??
tp pada Pojie klo xminta izin pun atleast biarlah ada backlink, so at the same time org leh tau mana dtg nya bahan tuh..
so kira dia xlupa jasa org yg dia copy tuh, balas balk dgn kunjungan teman2 lain..

Posted on February 20, 2010 at 7:54 PM  

pergh. ada juga orang macam ni. sungguh mara bahaya :D hahaha

Posted on February 20, 2010 at 9:14 PM  

aku setuju dengan pendapat ko " no right click merupakan pelindungan hak yang paling lemah" ..rasa macam xselesa.klau org copy hasil kerja kita.saman je diorang.kita dpt duit.

Posted on February 21, 2010 at 12:30 PM  

budak baru mcm aku kot... bagi peluang bro.. sesama kita belajar

Posted on February 22, 2010 at 12:37 PM  

Jangan risau...Aku sudah bagi peluang pun...Lagipun dia sudah memina maaf kepada aku dengan cara yang baik...Jadi aku menerima maafnya dengan hati yang terbuka...

Posted on February 22, 2010 at 12:57 PM  

benci gile orang yang curi post orang nie xade identiti sendiri langsung!

Posted on February 23, 2010 at 11:08 AM  

iyaa.. say no to plagiarism ..hahaha

Posted on February 23, 2010 at 9:55 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print