10 Bendera Pelik di Dunia

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 10:02 PM

Filed Under: ,


Kemegahan sesebuah negara bukan sahaja terletak kepada nama mahupun prestasi.Tetapi terletak juga kepada suatu benda yang dipanggil bendera.Bendera melambangkan Maruah.Dipijak bendera itu samalah juga memijak mahupun menghina maruah negara mahupun negeri tersebut..

Sebenarnya,untuk mencipta suatu bendera yang baik memerlukan pemeriksaan dan ketelitian dalam pelbagai aspek termasuk aspek latar belakang sesebuah negara bagi memudahkan percambahan idea dalam hal menyelitkan unsur-unsur tempatan didalam bendera tersebut.

Dikala bendera menjadi lambang kepada sesebuah negara,kreativiti mampu menepis segalanya.Dengan berbekalkan kreativiti yang diberikan tuhan "Born to Be"..Habis dibedalnya rekaan bendera yang pelbagai dan unik..Seharusnya anda perlu tahu bahawa orang yang mereka bendera tersebut mestilah mereka yang benar-benar layak dan hanya mempunyai daya kreativiti di atas tahap manusia normal sahaja..Hasilnya adalah seperti berikut:

1.Friesland

Friesland merupakan wilayah yang terletak di utara Belanda.Adakah benda merah di bendera ini ialah buah epal atau???? apapun janji meriah..Fakta yang menarik tentang Friesland,daerah ini merupakan satu-satunya daerah yang mempunyai bahasa rasmi selain daripada bahasa Belanda di Belanda iaitu Bahasa Frisia

2.Guam

Sangat berseni...sangat pelik..

3.Benin

Bendera ni digunakan oleh empire Benin di negara moden Nigeria suatu ketika dahulu.Bendera yang berunsurkan semangat kesukanan yang sangat tinggi..hihi..Negara ini pada waktu sekarang lebih dikenali sebagai Republik Benin atau Dahomey.Sekarang pun dah tukar bendera dah..

4.Swaziland

Swaziland merupakan negara yang terletak di selatan afrika dan tidak mempunyai pantai.Ada la rasanya unsur-unsur kenegerian..Meriah

5.Isle of Man

Ini bukan cap logo minuman penyejuk badan cap kaki tiga ye...Ini merupakan bendera rasmi negara Isle of Man ...Klu nak tahu pasal negara ni cari la sendiri...klu korang nak tahu,mata wang bagi negara ini ialah Pound Isle of Man(setaraf pound sterling)...Kesiannya tentang negara ini,bahasa rasmi yang dituturkan oleh masyarakat Isle of Man iaitu Bahasa Gaelik Manx telah pupus dengan penutur yang terakhirnya telah meninggal ialah pada tahun 1974...Korang nak ke Bahasa Melayu senasib dengan bahasa mereka..Jadi sayangilah bahasa kita..huhu

6.Mozambique

Memang pelik rekaan benderanya..Mozambique merupakan satu-satunya negara yang tidak dijajah British tetapi menyertai Komanwel pada tahun 1995..Apa maksud bendera ini?
Penulis menafsirkan:
Lambang cangkul merupakan punca rezeki utama penduduk Mozambique
lambang buku pula menunjukkan masyarakat mereka mudah belajar
manakala lambang Ak-47..Apa pandang2...nak gaduh..(haha)
Gurau je...

7.Kyrgyzstan

Takraw berasal daripada alam melayu atau daripada Kyrgyzstan???Adakah itu bola tenis...oh hamba pening..

8.Nepal


Tahukah anda,Nepal merupakan satu-satunya negara didunia ini yang mempunyai bendera berbentuk berlainan daripada kebiasaannya yang berbentuk empat segi...

9.Northern Marianas Islands

Orang yang cipta bendera ni tak tahu guna Photoshop ke??Bendera macam tampal guna clip art sikit...

10.Libya

Adakah ini bendera??
Ya tuan-tuan..ini bendera..diadaptasi daripada malam tanpa inspirasi(dalam kata lain malam tak de idea) pada tahun 1977 maka terhasillah bendera ini..Untuk pengetahuan semua.Bendera Libya merupakan satu-satunya bendera yang mempunya design kosong tanpa lencana dan hanya mempunyai satu warna sahaja

JAdi itulah 10 bendera yang disenaraikan oleh hamba pada episod kali..Kesimpulannya disini,jangan kata bendera,namanya pun pasti korang ada yang sampai tak pernah dengar

23 comments for this post

mmg pelik... ahahaha

Posted on February 17, 2010 at 10:44 PM  

woww...btl ke ni...x penah tgk lagi la bndera mcm ni...

Posted on February 17, 2010 at 10:54 PM  

Bendera benin tu yang ganas..

Posted on February 17, 2010 at 10:57 PM  

waaa baguslah ko punya info ni...tak taula pulak sebelum ni...yg libya memang power habis

Posted on February 17, 2010 at 11:41 PM  

Jard The great:memang la...pasal tajuk pun 10 bendera pelik

Afnie:Pasal x penah tngk bendera macam ni la hamba bagi tengok..kita kan kawan2 blogger...berkongsi ilmu pengetahuan merupakan amalan mulia..huhu

Hizaki:Benin memang pelik...

Posted on February 17, 2010 at 11:46 PM  

erk.
pelik..
huh.
mesti susah nak lukis time pendidikan seni..
ahahaha.

Posted on February 18, 2010 at 12:09 AM  

.bendera ke tuh?
.sumpah pelik!
.yg last sekali tu sgt pelik!
.hehehe!

Posted on February 18, 2010 at 12:10 AM  

adehss..
camne r kalo bendera swk ni de bolat-bolat lbh kurang cam bendera yg ade epal tu! :D
x dpt nak d bygkan!

Posted on February 18, 2010 at 12:13 AM  

aku suka yang last. senang giler takyah susah2 design. hakhak

Posted on February 18, 2010 at 12:21 AM  

Bro.. tergelak gelak aku baca entri ko ni.. memang weird gile bendera2 dieorang ni.

bendera libya paling tak buleh blah sekali. tujuan nya mungkin untuk memudahkan budak2 sekolah melukis bendera itu.

lukis empat segi.. pastu kaler je hijau.. setel. wahahaha..

Posted on February 18, 2010 at 11:16 AM  

Klu korang nak tahu fakta yg sebenar
Masa aku menulis benda ni,aku cuma tahu dan penah dengar hanya 4 negara sahaja dari 10..negara itu ialah

Libya
Nepal
Mozambique
Isle of man..

Libya terkenal pasal ketenteraan,nepal biasalah pasal sistem beraja yg dihapuskan,mozambique pasal apa tah dan Isle of man..Negara yang aku ketahui kewujudannya melalui sukan komanwel klu x silap..satu lagi negara termuda ialah Palau..aku x masukkan dalam list pasal bendera dia x pelik...

Posted on February 18, 2010 at 12:46 PM  

sangat sangat pelik.

Posted on February 18, 2010 at 1:21 PM  
Anonymous

yang last sekali tu memg pelik..

Posted on February 18, 2010 at 1:24 PM  

best lah!!!!! tgk bendera yg x sangka wujud! dan pelik

Posted on February 18, 2010 at 1:40 PM  
Anonymous

bndera benin tu agk klakar.. haha.. kejam tuuu

Posted on February 18, 2010 at 3:47 PM  

huhu.. interesting.. =)

Posted on February 19, 2010 at 2:05 AM  

haha aku suke entri ko ni...
one day kalau aku sket2 idea dari entri yang ni boleh tak huu

Posted on February 25, 2010 at 9:25 AM  

Klu ko tulis dengan cara penulisan ko sendiri rasanya x de hal kot...

Jangan tiru 100% cam mamat tu sudah la..Penat aku menulis

Posted on February 25, 2010 at 10:22 AM  

Apa yang peliknya bendera guam dengan Northern Marianas Islands, ???
bulat kat bendera Kyrgyzstan tu bukan bola takraw la..(takde kene mengena ngan bola pun)... bendera2 tu semuanya unik kecuali libya dengan Friesland (simple sangat) :lol:, paling unik bendera Kyrgyzstan!(tapi nepal lagi unik sebab bentuknya) Flag Libya tu sebenarnya macam bendera mesir dulu, tapi sebab rovolusi (kalau x silap) flagnya tlah ditukar kepada hijau, maksud bendera ni ialah:warna kedamaian, :revolusi: dan simbol islam.
P/S:Janganlah terlalu sinis menghina nation lain, flags kt atas tu kebanyakannya unik ape? :lol:

Posted on July 17, 2010 at 4:51 PM  

Hanya dijadikan sumber pengetahuan dalam bentuk yang santai je..Lagipun,jika tidak ditulis,tak ada sesiapa yang tahu..

P/s:Kalau setakat kamu tulis macam kat atas ni,letak je url sekali..Sya x marah punya..ini kan kira komen yang baik..

Posted on July 17, 2010 at 6:58 PM  

@PEJUANG KESENIAN EXTREME
macamana nak letak URL klu blog pun takde :D ^-^' ,
--
BTW saya baru jumpa blog kamu hari ini, saya dapati blog kamu menarik dan memang bermanfaat. Cumanya kenapa ruang post kecil sikit.

(P/S:Saya ni xmahir dlm dunia blogging)

Posted on July 17, 2010 at 8:35 PM  

Terima kasih kerana pujian anda tu..saya senang hati dengan para pembaca yang sukakan entri yang berada didalam blog ini..

p/s:Belajar,lama2 mahir punya..rasa2 hdk mulakan langkah pertama,daftar di blogspot.selepas itu pm saya..nanti saya follow..k

Posted on July 18, 2010 at 5:13 AM  

xpernah aku jumpa bendera satu warna tu.

Posted on August 2, 2010 at 11:59 AM  
Related Posts with Thumbnails
Print