3 Laman Web Photo Effect Terbaik

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 7:22 PM

comments (27)

Filed Under:


Adakalanya anda pasti ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana rakan-rakan anda melakukan photo editing yang sangat sempurna sehingga nampak sangat REAL.Kadang-kadang perkara itu menggangu diri anda akibat ketidakpercayaan kepada kepandaian rakan anda menggunakan software tertentu untuk melakukannya(selalunya mesti target photoshop)..

Mungkinkah itu Photo Editing?
Mungkinkah itu Photo Effect??
Pening Kepala..hahah

Pada posting kali ini,saya akan memperkenalkan kepada anda 3 laman web yang menyediakan servis yang tip top dalam menyediakan perkhidmatan photo effect.Antara laman web itu adalah seperti berikut:

PhotoFunia

Laman web ni memaparkan foto-foto yang menarik untuk dijadikan eksperimen yang memaparkan gambar-gambar yang diupload oleh anda untuk dijadikan gambar kesan khas.

Salah satu gambar yang dihasilkan oleh PhotoFunia

Link:
http://www.photofunia.com/

Laman web yang kedua pula ialah Fun Photo Box

FunPhotoBox

Laman web yang memaparkan fungsi yang hampir sama seperti Photofunia.Yang penting menghiburkan dan REAL

Salah satu gambar yang dihasilkan oleh FunPhotoBox

Link:
http://www.funphotobox.com/

Laman web ketiga yang ingin diperkenalkan kepada anda pada kali ini ialah laman yang memaparkan keratan surat khabar pula

Fodey

Laman web ini memaparkan keratan surat khabar yang direka khas oleh anda yang berjaya mahupun akan berjaya mengenakan rakan anda.Yang penting cerita kena gempak,baru ada gaya.

Hasil yang dipaparkan untuk anda

Link:
http://www.fodey.com

Amacam info,best tak

Aku amat Memerlukan undian anda

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:47 AM

comments (11)

Filed Under:


Aku amat memerlukan undian kamu semua dalam menentukan nasib hand phone aku yang telah buat taik dengan aku.Pasal handphone buruk ni la aku terpaksa berhenti sebentar menggunakan teknologi.Tak boleh dengar mp3,tak boleh melayari internet menggunakan HP,banyak lagi la.Ni memang menyebabkan aku betul2 marah.Ni adalah cadangan2 yang disuarakan oleh rakan rapat aku.kepada anda yang yang merasakan ingin memberi idea untuk jalan penyelesaian(iaitu bagi cara lain yang lebih dramatik dan bergaya),apa yang anda perlukan cuma suarakan di ruangan komen..


Ingat!!!!

Aku memerlukan undian anda


Anda boleh mengundi di ruangan mengundi di sebelah kanan blog aku.Cadangan yang anda sertakan akan dikemaskini dalam masa dua hari.

Pada akhir sekali,anda akan dapat menyaksikan aksi yang mendapat undian tertinggi ini didalam Youtube dan akan diupload sekali di laman blog rasmi Pejuang Kesenian Extreme

Tarikh tutup undian ialah pada 05 januari 2010

Keajaiban Azan

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:11 PM

comments (6)

Filed Under:

Azan seperti yang sedia maklum merupakan lafaz kursus yang diamalkan oleh umat islam sebagai tanda bagi menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang mukmin segera untuk mengerjakan solat.

Azan mula diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama Hijrah.

Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.

Itu merupakan serba sedikit sejarah azan yang diambil dari Wikipedia.Disebalik tajuk yang menarik dan benda yang ingin diceritakan disini sebenarnya bukanlah berkenaan sejarah azan mahupun pengasasnya tetapi benda yang ingin diceritakan disini ialah waktu azan dilaungkan.


Saya rasa jikalau benda ini tidak dibuat pendedahan pasti tiada siapa yang perasan.Sila lihat video yang disediakan:






Sesungguhnya Allah itu maha berkuasa yang menjadikan segala benda di muka bumi ini.Bila diperhatikan video yang disediakan ini,dapat dirungkaikan bahawa Azan tidak pernah berhenti berkumandang di seluruh dunia.


MasyaAllah..Besarnya keagungan tuhan

Blog untuk download lagu terkini

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:51 PM

comments (4)

Filed Under:



Jika anda merasakan yang anda memerlukan muzik untuk berhibur

Itu bermakna anda manusia normal

Saya ada menyediakan blog yang khas yang menyediakan lirik,video,mp3 dan link download sekali.Apa yang anda perlu hanya melayari laman blog ini dan pilih lagu apa yang anda suka untuk didownload.

Peringatan kepada anda semua,ini bukanlah gudang lagu kerana blog ini masih mentah.Walau bagaimanapun,blog ini menghimpunkan lagu-lagu terbaru yang berada di dalam carta radio popular.Ini pasti tidak akan mengecewakan anda.Jika lagu yang anda inginkan tidak berada di dalam blog dan anda malas untuk mencarinya,apa yang perlu cuma tinggalkan pesanan di ruangan yang disediakan di sebelah tepi blog dan biarkan pemilih blog itu yang mencarikan untuk anda.

Apa tunggu lagi.Layarilah

http://freelyric4u.blogspot.com/

Free Lyricz For You

Twitter digodam Pada 18/12/09

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:49 PM

comments (4)

Filed Under:




Berita tergempar...

Twitter telah dihack oleh manusia yang menggelarkan diri mereka Iranian Cyber Army.
pada awal pagi pukul 6 waktu tempatan 18/12/09.

Gila la..
Kejadian yang berlaku selama 2 jam ini menyebabkan ramai pengguna twitter tidak dapat mengakses laman web tersebut.
Ini adalah paparan di google seach

Paparan yang terpapar di muka twitter.com ketika digodam

Ini adalah petikan yang sempat dipaparkan di twitter:

Iranian Cyber Army

THIS SITE HAS BEEN HACKED BY IRANIAN CYBER ARMY


iRANiAN.CYBER.ARMY@GMAIL.COM


U.S.A. Think They Controlling And Managing Internet By Their Access, But THey Don’t, We Control And Manage Internet By Our Power, So Do Not Try To Stimulation Iranian Peoples To….


NOW WHICH COUNTRY IN EMBARGO LIST? IRAN? USA?


WE PUSH THEM IN EMBARGO LIST


Take Care.





Seperti yang anda semua sedia maklum,Twitter sememangnya menghadapi masalah mengenai sistem keselamatan mereka.Perkara ini sudah menjadi isu semasa Twitter mula menjadi terkenal lagi.Jadi aku memang tak pelik.



Malah Twitter pernah dikritik disebabkan kelonggaran sistem keselamatan mereka.

Nota:sebab tu la aku tak de akaun twitter. lagipun baru 1 minggu lepas aku menulis artikel tentang polis internet.Demi keselamatan anda,dinasihatkan sama ada anda menukar password twitter anda ataupun tutup terus akaun.

Letakkan Nama Anda Di Google Home Page

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:50 PM

comments (13)

Filed Under:


Adakah pelayar internet anda menggunakan Google sebagai HomePage ..

Jika betul adakah adakah anda akan rasa gempak kalau nama anda terpampar di pelayar Google yang terkenal tu.

(Cuba lihat gambar di Atas)

Tahu bagaimanakah cara untuk melakukannya

senang sahaja

Yang anda perlu hanyalah melayari laman web pengubah itu di

funnylogo.info

Cuma pilih Bagaimana

Mula-mula anda pergi ke


Kemudian pilih sebagaimana yang anda inginkan
Dah bertukar.

Selepas itu Anda tukarkan ia sebagai HomePage pelayar anda.

Mula-mula anda copy url yang anda dapat tadi



Pergi ke Tools

Klik Options

Paste Url anda di ruangan Homepage.Kemudian tekan ok.

Anda tidak perlu risau dengan prestasi seach engine ini kerana yang bertukar hanya logo sahaja.Fungsinya tetap sama seperti google asli.

Tak percaya cuba la sendiri.

Dunia Memerlukan Polis Internet

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:15 PM

comments (6)

Filed Under:


Merujuk kepada perkara di atas,sememangnya perkara ini ada kebenarannya.Dunia internet yang dikatakan tanpa sempadan ini menjadi platform bagi penjenayah seber melakukan jenayah tanpa halangan.

Tahukah anda bahawa di internet juga wujud pasaran gelap dimana segala aktiviti jahat berlaku secara berleluasa.Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti penawaran perkhidmatan menggodam,menjual akaun perbankan,maklumat kad kredit dan juga penjualan perisian yang canggih dalam penciptaan kod-kod jahat (Contohnya kod Malicious).Malahan,urus niaga yang semakin rancak ini dilakukan seperti perniagaan sebenar menyebabkan ia terus berkembang pesat sehingga menjana keuntungan berjuta-juta dollar hasil daripada pembelian dan penggunaan perkhidmatan oleh pelanggan yang mementingkan diri sendiri untuk mencapai tujuan jahat mereka.

Seharusnya undang-undang global mesti digubal bagi membendung gejala ini daripada berleluasa.Walaupun memakan masa,namun tidak mustahil untuk dikuatkuasakan.

FaceBook sentiasa menjadi ancaman pengodam dan phishing


Orang yang berniat jahat dengan menggodam rangkaian syarikat,melakukan phishing di laman-laman web perbankan bagi mencuri maklumat akaun dan laman web sosial bagi mencuri identiti seharusnya diberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Mereka ini sememangnya menyusahkan orang ramai dalam banyak hal.Jadi kita sebagai pengguna seharusna berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan yang melibatkan internet.

Amaran:

Anda juga sebagai seorang blogger juga berisiko berhadapan dengan dengan penjenayah ini

Jadi siapa yang sokong Polis Internet ditubuhkan angkat tangan..

(Tulis komen sudah)

Anda Kenal Rhett dan Link

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:34 PM

comments (6)

Filed Under: , ,


Adakah anda kenal mereka berdua.Mereka merupakan pelawak yang sangat terkenal di Internet dengan menjadikan Youtube sebagai medan utama untuk memaparkan karya-karya mereka.

Rhett McLaughlin dan Link Neal menjadi sangat terkenal di pelusuk internet terutama di Amerika disebabkan penglibatan mereka yang menghasilkan banyak video-video komedi dan muzik sehingga diri mereka digelar internetainers.

Dikatakan mereka juga berjaya menghasil kira-kira 200 video komedi yang dilihat kira-kira 30juta kali dan menjadi channel youtube mereka dilanggan lebih daripada 100 000 orang.


Antara Video Mereka yang terkenal adalah seperti berikut:


Video hasil gubahan mereka yang pertama yang aku tengok di youtube.Kalau korang tengok video ini di internet,disediakan sekali lirik disebelahnya.





Kesimpulannya disini,mereka sangat kreatif dalam mempelbagaikan komedi.

Kiranya kamu berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang mereka,anda hanya perlu melayari laman web rasmi mereka di http://rhettandlink.com/

Logo Rasmi Pejuang Kesenian Extreme

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:10 PM

comments (2)

Filed Under:

pejuang kesenian extreme

Selepas mula berblogging dengan platform nama samaran dan url sebagai Pejuang Kesenian Extreme,Sekarang giliran pengeluaran logo pula.Sila lihat dan komen tentang logo ini kerana sesungguhnya pendapat anda sangat berharga bagi saya.




Get your own Poll!




Related Posts with Thumbnails
Print