Alam Wakaka Komen Entri PKE (Showdown 2010)
By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:57 PM
Filed Under: Facebook, Isu Menarik, Showdown 2010
Adakah anda kenal dengan entri diatas??Ini merupakan entri berkenaan Final Showdown 2010 yang memaparkan keputusan dan ulasan pertandingan tarian yang terhangat diMalaysia itu..Untuk pengetahuan anda.,PKE terus menulis entri ini sebaik sahaja tiba di rumah kira-kira jam 1.30pagi selepas menonton Final Showdown 2010 secara live di KL LIVE ...

Hye Alam here..
tq so much for yr commented of the final Showdown 2010..
yup, xde siapa yg btul or salah dalam hal ini.
semua org ade pendapat n cara masing2 untuk menilai kelebihan serta kekurangan orang lain..
itu yg kita panggil sebagai manusia normal..
jus want to explain something, hope u dont mind.
1. wakaka win is not bcause of me.
sebab bukan alam seorang yg menari atas pentas, tetapi semua wakaka memberi 100% tenaga n usaha utk sampai te tahap tertinggi Showdown.
::Berkenaan dengan Crew pula,memang benar bukan Alam seorang sahaja yang menari di atas pentas.,ahli-ahli yang lain juga turut memberi sumbangan untuk menjayakan persembahan..Tanpa mereka.,tidak mungkin Wakaka akan menjadi Johan..
::Tetapi ada sesuatu yang harus Alam ingat,sejauh mana sekalipun Alam ingin membuang populariti yang Alam kecapi ketika menjadi Juara So You Think You Can Dance dulu.,orang masih akan ingat.."Eh itu Alam,juara SYTUCD dulu"
3.kenapa u guys pilih kami sebagai juara??sbb kitorg mcm sirkis?
asik buat drama n acrobatik??hmm.. pernah ke u guys tgk dancer lain buat stunt n acrobatic MENGIKUT RENTAK LAGU? question: ape maksud menari?? pergerakan mengikut rentak dan maksud sesuatu lagu. drama??kitorg xde baca skrip pon atas pentas. itu semua story lines, supaya korg bole paham dengan ape yg kitorg cuba sampaikan semasa menari.xkan kami nk jd robot utk lagu tema madagascar?? n klo wan, naz, joe n aie nak awak ganti tempat dorg jd binatang or pompuan atas stage n perform serta menari untuk 1 MALAYSIA TONTON, dengan kesihatan diri yg tidak tentu, AWAK NAK????
::Berkenaan dengan Storyline pula.,kebanyakan storyline persembahan Wakaka memang jelas..Menari juga seperti memaparkan sebuah drama..Dan drama yang dipaparkan oleh Wakaka itu sampai kepada penonton..Dan seperti drama-drama yang lain juga..Ada yang best.,ada yang tidak....
Rasanya siapa yang mempertikai benda tu pasti kurang arif berkenaan dengan perkara ini..Ini kerana persembahan seperti ini kerap dilakukan oleh penari-penari lain..Sebagai contohnya kumpulan Diversity daripada UK..Cuba lihat Video ini.(Lihat)(cuma bezanya,dia tidak berpakaian wanita la)
Haha.,Betul-betul..Hal ini PKE sokong..
Maaflah ye..PKE tidak dapat mengulas mengenai perkara ini..Yang diulas pun hanya berdasarkan video sahaja..
Hahaha..No Comment
9. who is the real winner in this showdown??? GBC,FF or WAKAKA?
the answer is U.
Ya..Jawapannya ialah........................
Apapun,PKE mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi melawat blog ini..Segala salah silap yang menyebabkan Ahli-ahli Wakaka Crew terasa..PKE minta maaf ya..Ini pula sepatah dua kata daripada Alam.,
10. Conclusion, ALHAMDULILLAH KEPADA ALLAH KERANA WAKAKA BERJAYA KE PERINGKAT TERTINGGI N MEMENANGI SHOWDOWN WLAUPON KAMI TAU KAMI TIDAK LAYAK UTK MASUK AUDITION. TERIMA KASIH KEPADA FAMILI2, SAUDARA MARA, RAKAN2 SEPERJUANGAN, MEREKA YG MENYOKONG SERTA MEMBENCI KAMI, MEREKA YG SANGGUP MENGHABISKAN KREDIT UNTUK WAKAKA SERTA MEREKA YG MENYUMPAH N MENGHINA SBB XSUKA WAKAKA, DAN JUGA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KERANA ANDA ADALAH ORG YG MENGEKALKAN SERTA MENBAWA INDUSTRI TARIAN INI KE MASA HADAPAN...
SALAM DARI ALAM WAKAKA

Dan sudah semestinya laman yang menjadi sasaran ialah Showdown 2010 Home page di laman web 8TV,Laman Fan 8TV Showdown 2010 di Facebook ,laman-laman Crew yang bertanding dan juga tidak terkecuali,di Wall para ahli kepada crew yang terlibat..
Kenapa perkara ini memberikan impak yang besar kepada para peminatnya??
Perkara ini menjadi tidak keruan sejak beberapa hari lepas kerana bermula di aksi Final Showdown 2010,8TV telahpun menetapkan bahawa kemenangan para Crew ditentukan hasil undian para penonton yang akan memilih diantara 3 crew ini untuk bergelar Johan..Bagi mereka,sikap TV8 yang lebih ingin mengaut keuntungan itu membunuh crew yang dirasakan lebih layak untuk menang..Tapi bagi pendapat aku,kita seharusnya menerima kenyataan ini kerana 8Tv merupakan penganjur kepada rancangan ni..Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mereka (8TV) mengaut keuntungan setelah menyedari yang Showdown 2010 memberi impak yang sangat besar kepada para peminatnya..
Berbalik kepada perbalahan.,setelah kontroversi yang melibatkan Kinobu dan salah seorang ahli Wakaka crew telah berlalu.,timbul pula kontoversi dimana salah seorang Juri pada malam itu pula memberikan pandangan beliau secara peribadi dan tanpa rasa selindung tentang kemenangan yang sepatutnya..Juri yang dimaksudkan ialah B-Boy Choko,seorang Breakdancer dari Taiwan..



Jika ingin membaca ulasan di Final terbabit,anda boleh klik disini
Final Showdown 2010 Result
By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:08 AM
Filed Under: Hiburan, Ironman, Isu Semasa, Showdown 2010

Persembahan yang mengasyikkan dan meletup..Itulah yang mampu dikatakan oleh aku berkenaan dengan persembahan akhir Showdown 2010 yang berlangsung di KL Life..Kiranya tidak sia-sia aku bergerak dari Muar hingga ke Kuala Lumpur(sampai kira2 pukul 7pm) kerana persembahan yang disajikan oleh mereka sangat menarik..
Rasanya semua yang membaca entri ini tentu sudah mengetahui keputusan Final Showdown 2010 ini dimana pemenang bagi edisi tahun ini dimenangi oleh Wakaka Crew...Tahniah diucapkan kepada mereka..Dan kepada Floor Fever dan Giller Battle Crew,anda sebenarnya pemenang dihati peminat..Mungkin bukan rezeki bagi anda..
menceritakan tentang pengalaman aku disana,aku merupakan insan-insan yang berada dibarisan hadapan ketika persembahan..(haha).,Jadi segala persembahan yang ada didepan mata aku ini dapat dilihat dengan jelas sekali..
Seperti biasalah sebelum persembahan Hafiz akan memperkenalkan kepada kita juri-juri yang akan mengadili pertandingan yang berlangsung,namun pada kali ini,aku amat terkejut kerana ketika selesai memperkenalkan juri kepada para penonton,beliau mengatakan pada aksi final ini,keputusan pertandingan 100% terletak di tangan penonton..Masa tu aku dah berkata didalam hati.(Sah2 dah tahu siapa pemenangnya)..
Bukan aku ingin mengutuk atau apa.,tapi penonton memang tidak layak menjadi juri..Asal anda membuat sedikit gempak yang penonton tidak pernah melihat,mereka pasti mengatakan yang anda hebat padahal sesuatu rutin itu merupakan benda yang biasa sahaja..Itu sememangnya perkara yang tidak memuaskan hati aku..Jadi tugas juri pada hari itu,hanya penyeri majlis sahaja..
Kita tinggalkan aturcara majlis kerana mungkin anda sudah menonton persembahan mereka di Televisyen mahupun secara online,apa yang aku ingin ulaskan adalah berkenaan persembahan::

daripada pemerhatian kedua-dua persembahan mereka,banyak dilihat yang mereka melakukan persembahan akrobatik..nampak seperti bukan sebuah tarian..walaupun ia berjaya memikat hati peminat mereka,namun bagi aku,ia cuma persembahan yang biasa sahaja..Aku menilai kepada tarian yang menarik,bukan aksi akrobatik yang pelbagai..Namun persembahan pertama mereka amat menarik,membawa masuk penari latar bagi memperkuatkan persembahan..

Persembahan mereka tidak pernah mengecewakan.,kedua-dua persembahan amat baik..Aku sukakan persembahan yang kedua dimana mereka-mereka yang memainkan alat-alat muzik percussion dan simbol menjadi muzik latar bagi persembahan Floor Fever..Ketika aku berada disana..kedengaran agak grand dan bergaya..bagus habis..
Persembahan yang pertama bagi aku cuma persembahan yang biasa sahaja..namun bagi persembahan yang kedua..fuh,meremang siut bulu roma..Dengan pemilihan lagu yang baik dan aksi yang dipamerkan,gempak habis..Tahukah anda ketika persembahan yang kedua,mereka berjaya membuat penonton dan juri berwajah pucat apabila berpura-pura injurt..Malah,mereka dengan wajah selamba dan real berpura-pura menuju ke arah kameraman dan menyuruh rakaman dihentikan..memang kena tipu habis,tu yang menyebabkan ia gempak..Namun sayang,persembahan itu dirasakan terlalu singkat..Selepas semua persembahan selesai,tibalah masa penyingkiran dimana hanya dua crew sahaja yang layak untuk bertanding di pusingan terakhir iaitu pusingan battle dimana pemilihan pemenang ditentukan melalui battle sesama mereka..jadi ketika ini,Floor Fever tersingkir daripada pertandingan..Inilah part yang paling aku tidak suka jika menggunakan sms sebagai juri,,

Dipusingan battle pula menemukan Giller battle Crew Vs Wakaka Crew..Battle ini boleh tahan juga saingan sesama mereka..Tapi ada beberapa perkara yang boleh dikatakan tidak seronok untuk didengar..Antaranya::nya::
Ada diantara mereka yang melanggar peraturan battle sehingga menyebabkan kecederaan kepada Kinobu..(Itu aku kurang pasti pasal tak perasan masa tu,tau2 kena angkut lepas battle)..
Tapi rasanya salah Konobu kot masuk masa crew wakaka buat Spin..(melalui video la)
Namun setelah habis battle, telah diumumkan bahawa Wakaka Crew telah diangkat sebagai Johan kepada pertandingan edisi sulong ini..jadi sekali lagi aku ingin mengucapkan tahniah kepada mereka..
Nota:Ada benda aku aku tak puas hati disini..berkenaan sound system..Teruk habis..Lagi2 ketika tomok menyanyi..Seharusnya perkara ini dibaiki pada masa akan datang..Dan satu lagi berkenaan sesetengah penyokong Giller Battle Crew.,aku benci dengan perangai mereka kerana mengboo Wakaka Crew..Nampaklah juga dari riak wajah Wakaka yang seperti merasa malu sikit akibat diboo.,tapi diorang steady je..Sepatutnya mereka(para penyokong) menunjukkanlah sikap matang sikit..tunjukkan sikap hormat sesama sendiri..baru hidup akan diberkati..hahaha(tak masal)Tapi setelah Wakaka diumumkan sebagai pemenang,terdiam diorang..(Aku datang sebagai penyokong Giller battle Crew,jadi sikap mereka memalukan aku)
Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menonton secara langsung pertandingan ini,anda boleh melayari laman web 8TV untuk menonton siaran ulangannya..
Kredit:Terima kasih diucapkan kepada En Kumaraguru kerana sudi berkongsi gambar yang beliau ambil ketika disana.Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar,sila layari laman Forum Rentak Sejuta..Banyak gambar cantik yang dipamerkan disana..
Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada anda rancangan Televisyen berbentuk realiti tv ini yang semakin menambah hati rakyat Malaysia dengan kelincahan para pesertanya menari dan menunjukkan bakat masing-masing..Showdown 2010.,Rancangan pencarian crew tarian yang mencari sesiapa yang mempunyai bakat tarian yang terpendam dan menakjubkan. .
Tanpa disangka-sangka,pada hari rabu,14HB Julai 2010 ini merupakan tarikh keramat kepada semua peserta rancangan realiti TV Showdown 2010 ini dimana mereka bakal berentap untuk bergelar Johan sekaligus mengakhiri perjuangan mereka selama berada didalam rancangan yang penuh bergaya dan gempak ini..Kita yang sentiasa ternanti-nanti dengan aksi anak muda ini pastinya tidak sabar untuk disajikan aksi meletup mereka di Final nanti..Dan sudah semestinya mereka juga pasti melakukan aksi yang terbaik dan tergrand yang mampu dilakukan mereka buat kali terakhir..bab kata budak muda zaman sekarang.,
'wa nak kasi habis ini cerita'..haha
Daripada 12 turun kepada 3 crew..Yang manakah pilihan anda daripada 3 ini..
Floor fever Crew
Wakaka Crew
Giler Battle Crew
Giler Battle Crew
Crew yang sentiasa memaparkan aksi yang energetik dengan gaya B-Boy yang sulit ini sememangnya terkenal dengan aksi mereka yang bersahaja.Daripada awal kemunculan mereka di Top 12 hinggalah ke Top 3 ,persembahan yang dilakukan mereka jarang menghampakan penonton..Malah crew ini sememangnya menepati ramalan aku untuk masuk ke Final..Positif:Daripada pengamatan aku,tenaga yang dimiliki mereka merupakan kekuatan.Tidak ada kekuatan itu,jangan sesiapa berani panggil group ini sebagai "Giler Battle Crew"..haha
Negatif:Pada pengamatan aku,group ni kadang-kala agak kurang kreatif dalam mempersembahkan satu tarian mengikut tema..Ada kalanya gaya tarian hampir sama setiap minggu dan kurang kekemasan dalam koreografi..
Apa yang aku cakap ini (Negatif) bukanlah melibatkan semua persembahan mereka.,sebaliknya hanya sesetengah persembahan sahaja..Lagipun aku pernah tengok persembahan mereka yang bagi aku agak kreatif dan mantap..Nak tau,cuba tengok persembahan mereka di Showdown 2010 Episod 15..Part yang paling aku suka..
Wakaka Crew
Crew yang dirasakan paling popular dikalangan 3 crew ini..Diketuai oleh Alam(Juara so You Think You Can dance).,kehebatan mereka juga tidak dapat diragui lagi..Sentiasa memaparkan aksi yang unik dan bersahaja..Berani untuk mencuba sesuatu yang baru..Positif:Crew ini agak berani dari minggu ke minggu dengan percubaan berani mencuba pelbagai jenis tema tarian..Selain itu,kekangan masa dan tekanan tidak membantutkan kreativiti mereka..
Negatif:Populariti kadang kala boleh membunuh..Jadi berhati-hatilah..Group ini juga adakalanya tidak dapat lari daripada persembahan berkumpulan yang bersepah..Tapi taklah teruk manapun..
Aku harap group di mengekalkan tahap konsisten persembahan mereka jika ingin menjadi juara..Dapat juga tengok wakil Muar masuk Final..hahah
Floor Fever Crew
Satu-satunya kumpulan yang mempunyai ahli wanita yang berjaya masuk ke final tidak lain dan tidak bukan Floor Fever Crew..Bagi aku group ini sememangnya terbaik dari segi persembahan..Wa cakap sama lu..Bukan pasal ada perempuan cantik ye..Positif:bagi aku Floor Fever Crew ini menampilkan kelainan setiap minggu dengan persembahan yang memukau..Malahan mereka sentiasa datang dengan Idea/corak persembahan yang baru..Sangat Kreatif..Dan yang bagusnya dalam crew ini.,mereka sentiasa menampilkan persembahan yang bertenaga..Malahan lelaki dan perempuan seperti tidak mempunyai perbezaan tahap energynya...Tahniah..
Negatif:Crew ini sentiasa berada di kedudukan botton 4 or 2...Kedudukan yang agak merisaukan juga..Walau bagaimanapun,aku mengsyaki yang sebenarnya mungkin peminat sengaja tidak menggundi mereka..Kerana ingin melihat aksi mereka di Battle..(Kuang ajo punye peminat)..haha
Terus terang aku katakan,aksi mereka sememangnya menarik ketika itu..Nampak kematangan mereka menari berdasarkan pengalaman yang sedia ada..
Download Showdown 2010 Theme SongApapun apa yang aku ingin katakan disini,agak sukar meramalkan siapa yang bakal memenangi Showdown 2010 musim pertama ini..Walaupun ramai yang meramalkan yang Wakaka Crew bakal menggondol kejuaraan yang pertama,tapi takdir tuhan adalah segalanya..Kala rasa susah sangat,minta tolong Paul The Octopus la..Minta sebelum aku jumpa dan goreng dia..haha
Padangan aku:
Jika korang inginkan pendapat aku,aku ingin mengatakan yang aku memilih Floor Fever sebagai Target utama crew yang bakal menjadi Juara..Berdasarkan kualiti dan bukannya publisiti..
Aku serius,kerana aku pencinta seni..Kepada semua yang membaca entri ini dan memilih crew lain..terpulanglah kepada anda..Lagipun antara 3 crew ini,salah satu menjadi pemenang,aku tumpang gembira kerana ketiga-tiga team ini merupakan Favourite aku sejak daripada Start ShowDown 2010..
Apa pula Crew pilihan anda??
Kepada sesiapa yang ingin mengetahui keputusan pertandingan disamping ulasan di malam itu,sila klik sini
(Klik)
Jika anda ingin mengetahui mengenai kontroveri Showdown 2010 pula,sila tekan sini
(Klik)
dan kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan komen Alam wakaka Crew terhadap entri yang dihasilkan oleh PKE,sila klik disini
(Klik)




