Voguelicious:PussyCat Dolls Versi Lelaki

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:35 PM

comments (10)

Filed Under: ,

Kenalkan anda dengan mereka??
Kepada sesiapa yang masih tidak mengetahui,mereka ini merupakan Penari Gay dan lembut yang berasal dari Singapura..Ahli kumpulan penari ini terdiri daripada mereka-mereka yang berumur 14-22 tahun dan secara terang terangan mengakui bahawa mereka ini Gay!!..Mengakui juga kecintaan mereka terhadap seni tarian menyebabkan mereka digelar di Singapura sebagai Male Pussycat Dolls kerana aksi mereka ketika menari ala2 menggoda gitu..(uwek..,muntah jap)

Kumpulan Voguelicious ini mula ditubuhkan sejak 2007 setelah ada diantara mereka tamat sekolah.Bagi mereka,sekolah menengah itu adalah penjara kerana mereka masih terikat dengan undang-undang sekolah yang mengkehendaki mereka supaya berpakaian seperti lelaki.Malahan,teori yang dinyatakan oleh mereka itu sendiri yang mereka ini sebenarnya mempunyai jiwa perempuan yang terperangkap didalam tubuh lelaki.Oleh sebab itu selepas menghabiskan pengajian di peringkat menengah,mereka mula memakai pakaian perempuan dan kasut tumit tinggi.Walaupun hampir setiap kali dicemuh kerana berwatakan seperti perempuan,mereka beduli apa,janji pakai baju...Ish..ish..ish
Bukan itu sahaja,salah seorang daripada ahli mereka bernama Luke Idham juga menyatakan yang dia tidak ingat kali terakhir dia berpakaian lelaki..

Macam-macam la pula ragam manusia pada zaman sekarang.Jika anda ingin melihat lagak mereka menari ala-ala Pussycat Dolls tu,anda boleh menonton video dibawah ini..



Sudahkah anda menonton video diatas??
Apa pandangan anda??

Bagi PKE,hal ini sangat memalukan diri PKE sendiri sebagai seorang melayu yang melihat anak melayu ini (walaupun bukan dari Malaysia) berkelakuan sangat menjengkelkan..Lagak pondan seperti ini,apalah yang kamu semua dapat...
Malahan,mengaku secara terang terangan yang kamu ini sebagai Gay??
WHat The Hell??
Bukankan tuhan itu telah mencipta makhluk didunia ini secara berpasangan..

Siang dengan malam..
Jantan dengan betina..
Panas dengan sejuk...
Lelaki dengan Perempuan..

Jadi buat apalah nak syok dengan orang yang sama spesis..Benda sama je..(maksud mendalam ni)

Diharapkan ahli kumpulan ini mendapat petunjuk sempena ramadhan ini agar mereka sedar dengan kesilapan yang mereka lakukan yang jauh menyimpang dari landasan sepatutnya..

"Jadi Renung-renungkan,dan selamat beramal"

Nota:Dikhabarkan ada diantara ahli Voguelicious ini merupakan blogger yang aktif juga..


Blackshot WallHack For Sale

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:55 AM

comments (6)

Filed Under: , ,

Maaflah jika entri pada kali ini hanya menarik perhatian para Gamer diluar sana sahaja.Maklumlah,boleh dikatakan hampir 80% daripada 100% pemilik pc diluar sana menjadikan game di PC sebagai hiburan buat diri mereka ketika menghadapi masalah kekusutan yang kronik..Jadi PKE disini hanya sekadar memperkenalkan permainan ini kepada anda..

Jika melihat pada gambar diatas ini,sudah pasti anda mengenali game ini yang berjaya memikat jiwa anak muda untuk menjadi ketagih kepadanya iaitu Blackshot Online..(kalau korang tak kenal pun,kat atas tu ada tulis Blackshot,kira kenal la tu.,hihi)
Garena dengan Blackshot memang tidak dapat dipisahkan kerana garena itu sendiri terkenal diseluruh Malaysia sebagai Platform Game..Jadi,disenangkan cerita,Blackshot merupakan salah satu game online yang disediakan oleh pihak Garena yang boleh dimainkan secara percuma sahaja oleh semua pemegang akaunnya...

Jadi kepada semua peminat dan gamer untuk Game Blackshot,PKE ingin membuat tawaran yang menarik kepada anda semua..Disini PKE ingin memperkenalkan kepada anda Software yang berguna untuk anda bermain Blackshot untuk menjadi Waller..

Apa itu Waller?
Waller itu ialah mereka-mereka yang bermain WallHack..Kiranya main tipulah kerana nampak musuh menembusi dinding..jadi kemungkinan untuk anda menang itu tinggi ye..kejayaan untuk anda menang itu mungkin tinggi jika anda memakai software Wallhack ini ditemani kegunaan senjata HK416..Mesti mengancam punye..

Aksi Bersama HK416

Berkenaan dengan waller ini pula,ia sebenarnya versi terbaru yang berjaya melepasi sistem keselamatan Game..Malahan tidak sukar untuk digunakan berbanding software waller terdahulu yang lebih leceh kerana terpaksa memadam laman web Garena terlebih dahulu sebelum mengaktifkan perisian tersebut..Lagipun,waller ini memang tidak memeningkan kepala anda..

Amacam..Berminat??

jika anda kurang mahir untuk menggunakan perisian ini,usah khuatir..tutorial akan die-mel ke alamat e-mel anda disamping juga disediakan link untuk mendownload perisian Wallhack mtersebut yang hanya sah selama 24 jam sahaja..

Tetapi perisian tersebut bukan free la beb..Kena la bayar.,bayaran yang dikenakan sangat berpatutan iaitu sebanyak RM10 Ringgit sahaja..Jika anda berminat,anda boleh menempahnya melalui e-mel rasmi PKE iaitu ::

blog.pke@gmail.com

Nota:ketika entri ini ditulis,Wall Hack ini masih boleh digunakan tanpa sebarang halangan.Diingatkan kepada anda yang GM Blackshot sentiasa mengupdate sistem..Jadi sebelum pembayaran dilakukan,PKE akan memastikan Perisian ini boleh digunakan..Status waller ini juga akan dinyatakan dibawah ini..Jika wallHack ini tidak boleh digunakan lagi,paparan "Tidak Boleh Digunakan" akan terpapar di status bawah..terima Kasih


MoyMoy Palaboy:Jadi Ikon Di Filipina Disebabkan YouTube

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:50 PM

comments (5)

Filed Under: , ,

Ketika PKE menulis entri ini,PKE berasa sangat terganggu dengan video dari mereka ini..Buka satu video,teringin nak buka satu video lagi..Ades,hahaha..Disini PKE ingin memperkenalkan kepada anda Internetainer yang berasal dari Filipina ini yang menggelarkan diri mereka ini sebagai Moymoy Palaboy.Mungkin ada diantara anda yang sudah mengenali mereka ini dan ada juga yang belum..Jadi PKE akan memberi sedikit penerangan mengenai mereka.

Moymoy Palaboy ini merupakan kumpulan duo yang terdiri daripada James Ronald a.k.a Moymoy dan Rodfil a.k.a Rodfil (sama je) yang berasal daripada bandar Pasay,Filipina.Mereka ini merupakan internetainer yang mula menjadi terkenal melalui Youtube dimana mereka menyanyikan sesebuah lagu dengan cara lip sync a.k.a Miming..Mereka berdua ini merupakan adik beradik yang bersama-sama mengupload video miming tersebut di youtube sejak tahun 2007.

Kesportingan mereka ini berjaya menarik ramai penonton dari seluruh dunia untuk menonton video mereka sehingga mencecah 5 juta hit disamping 130 000++ orang yang melanggan chanel Youtube mereka..Malahan,video yang dibuat mereka ini berjaya menarik perhatian mereka-mereka yang bukan sahaja dari Filipina tetapi turut juga diminati mereka-mereka yang berasal dari Amerika dan Mexico..Malaysia juga tidak terkecuali.

Bagi PKE pula,PKE mula mengenai mereka setelah melawati Youtube untuk mencari video lagu paling bodoh didalam sejarah peradapan manusia iaitu video Serangga Pilihan..haha
Ketika PKE mendengar lagu serangga pilihan tersebut,PKE terlihat video sesat mereka ini di suggestions list di Youtube yang bertajuk Volare..Tapi harap maaf la ye pasal video tersebut sudah tidak wujud lagi di Youtube disebabkan diban akibat masalah Hak Cipta..Malahan mereka bergelumang dengan masalah ini yang tidak berkesudahan..Disebabkan itu mereka mula membuka Page di Facebook dan mula membina laman web mereka sendiri.Jika anda ingin melihat aksi mereka ini,anda boleh menonton video ini::



Punya la khusyuk rakam video sampai mak cik diorang yang seksi pun turut terakam sekali,haha...Jika anda meminati untuk menonton lebih banyak video,anda boleh melayari Laman-laman berikut:

Chanel Moymoy Palaboy di Youtube
Page Facebook Moymoy Palaboy
Laman Web Moymoy Palaboy

Nota:Ini merupakan internetainer daripada Filipina..Jika anda berminat untuk melihat Internetainer dari Amerika(Rhett dan Link),sila tekan link ini.Internetainer dari Malaysia pula(Anas Tahir),sila klik sini.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke 53

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:54 AM

comments (9)

Filed Under: , ,


Sedar tak sedar,tarikh 31 Ogos semakin lama semakin hampir tiba.Kita sebagai warga semenanjung seharusnya bersyukur kerana diberi keamanan dan kesejahteraan hasil daripada kemerdekaan yang dikecapi setelah berhempas pulas nenek moyang kita memperjuangan kemerdekaan .

Ketika aku menonton Buletin Utama diTV 3 dan berita jam 8 diTV1,pihak pemberita ada mengulas hal berkenaan sikap para penduduk semenanjung yang tidak menunjukkan semangat patrotisme mereka seperti tahun-tahun terdahulu yang mengibarkan Jalur Gemilang di Bangunan-bangunan,rumah-rumah mahupun kenderaan persendirian mereka.Sikap ini amat mengecewakan diri PKE sendiri yang merasakan bahawa semangat patrotisme dikalangan rakyat Malaysia semakin suram.Malahan,sikap tidak sedar diri itu semakin meruncing ditempat PKE sendiri dimana dari semalam,kelihatan hanya 4 buah kenderaan sahaja yang PKE jumpai yang memasang bendera malaysia dikenderaan mereka,yang lain haram..

Jadi apa kata Kita tunjukkan rasa sayang kepada negara kita dengan hanya mengibar bendera Malaysia dirumah yang sedia indah tu.Manakala kepada para blogger pulak,sudi-sudilah meletakkan bendera Malaysia di sidebar blog anda sebagai tanda kita sedang meraikan ketibaan hari yang paling bermakna didalam sejarah penubuhan negara yang tercintai ini.Meletakkan sehingga 31 Ogos 2010 rasanya tidak memberi kesan yang besar kepada masa loading blog anda.Jadi tunjukkan sebagai tanda sokongan dan mulakan sekarang..Yeah..
(PKE tak letak di sidebar,PKE letak dibawah Header terus)

******

Sebenarnya untuk menyambut hari kemerdekaan ini bukanlah sekadar menyambut hu ha hu ha sahaja, sebaliknya sambutan itu mestilah dengan penuh pengertian dengan menghayati kesan sejarah itu sendiri..Jika kita sendiri tidak memahami sejarah,maka terjadilah konsert-konsert yang merosakkan nilai sambutan tersebut..Cara tu salah..

Pengajaran dan pembelajaran sejarah itu sememangnya penting..Dengan sejarah anda akan mempelajari kesilapan pemimpin-pemimpin yang terdahulu supaya kesilapan tersebut tidak diulangi dimasa akan datang ..Tanpa disangka,jika anda mempelajari sejarah,anda pasti akan lebih menghargai kemerdekaan yang kita kecapi kerana tanpanya,keamanan tidak akan dapat dikecapi seperti sekarang..Sebab itu PKE ada menulis entri mengenai Kepentingan Sejarah suatu ketika dahulu..

Jika anda memahami sejarah,anda pasti akan mempersoalkan kebanyakan statement mereka-mereka yang menyatakan bahawa 31 OGOS 1957 merupakan tarikah kemerdekaan Malaysia..Bila masa pulak Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957??

Jika hendak diikutkan,penubuhan Malaysia yang sebenar ialah pada tarikh 16 september 1963 dimana sabah dan sarawak turut bergabung.Jadi 31 Ogos itu sebenarnya tarikh dimana tanah melayu sahaja yang merdeka,bukan Malaysia,.Disebabkan itulah mereka2 kaum peribumi sabah dan sarawak merasa terkilan untuk menyambut Hari Kemerdekaan ini kerana tarikh tersebut tidak memberi makna kepada mereka..Jadi mulai tahun lepas tahun 2009,16 September telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia..Keputusan itu sememangnya adil untuk semua.

Tahukah anda tentang sejarah penting 31 Ogos ini..Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut,anda boleh melayari laman Wiki dan Laman MalaysiaMerdeka yang menyediakan penerangan dengan lebih jelas.Lagipun anda mesti teringin untuk menonton siaran dimana Tunku mengiystiharkan kemerdekaan bukan..Jadi jom saksikan video ini::


Cuba gambarkan perasaan Pak Cik dan Mak Cik-makcik yang berada di Stadium tersebut.Perasaan mereka-mereka yang berada di Stadium tersebut tidak kira tua mahupun muda..Pasti menitis air mata setelah mendengar Tunku Abdul Rahman berteriak MERDEKA!!!
Terasa usaha dan penat lelah mereka menuntut kemerdekaan tidak sia-sia..Dengar cerita,perempuan-perempuan ditanah melayu terpaksa bergadai emas semata-mata untuk menampung Tunku dan sekutunya pergi ke England untuk menuntut kemerdekaan..

Kesimpulannya disini,kita harus bersyukur dengan nikmat yang diberi ini.Mungkin majlis doa selamat dapat diadakan di masjid-masjid diseluruh negara pada 31 Ogos sebagai tanda kesyukuran kita kepada tuhan diatas nikmat yang diberi ini..

1 Malaysia:Menjana Transformasi

Nota:Terasa bangga kerana sempat belajar dengan Cikgu Arbaiyah,Cikgu sejarah yang terbaik di Muar..(mungkin juga Johor) kerana dengan beliaulah,subjek sejarah aku dalam SPM dapat A


Lagu Khas Untuk Blogger

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:00 AM

comments (12)

Filed Under: ,

menceburkan diri kedalam arena berblogging ini banyak mengajar PKE tentang ilmu-ilmu baru yang tidak dipelajari disekolah suatu ketika dahulu..Baik dari segi pengubahsuaian template,gajet mahupun teknik-teknik SEO..Disaat memikirkan masa depan yang tidak pasti,PKE mencongak kembali usia blog ini yang mencecah usia 1 Tahun 2 bulan ..Tempoh yang dikatakan masih belum cukup matang..Terasa seperti masih banyak lagi ilmu berblogging yang PKE belum terokai..Disamping itu,banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki supaya blog ini mampu berdiri dengan sebaiknya..

Blog-blog baru terus wujud setiap hari seumpama cendawan yang tumbuh selepas hujan..Sebenarnya,perkembangan ini sangat memberangsangkan disamping menunjukkan penerimaan blog dikalangan masyarakat semakin baik..Dan tugas kepada kita juga sebagai seorang blogger yang menulis dialam fana versi digital ini diharapkan dapat menggunakan platform blog ini dengan sebaiknya supaya aktiviti berblogging tidak tersekat akibat tindakan mereka-mereka yang tidak memikirkan kesannya jika menggunakannya dijalan yang salah..
Kita berhenti disini..



Disaat kita berada dihari yang indah ditemani angin yang bergerak seumpama angin sepoi-sepoi bahasa,terlintas difikiran PKE untuk berkongsi dengan anda sebuah lagu yang menarik yang menceritakan tentang blog..kiranya ada kena mengena dengan blog la..Lagu yang menarik ini dinyanyikan oleh blogger yang terkenal suatau ketika dahulu yang lebih dikenali sebagai Mat Jan kira-kira 4 tahun yang lalu..(17/06/06) dimana persembahan buat pertama kalinya lagu tersebut telah diadakan di Putrajaya pada 01/01/06 ..Ketika PKE melawat blog blogger ini disamping terasa ingin berkenalan dengan blogger senior ini,kelihatannya hajat PKE tidak kesampaian kerana blogger ini kelihatannya telah bersara dari dunia blogging ini..Blog beliau tidak lagi aktif seperti dahulu..Alangkah ruginya PKE..


Dikhabarkan bahawa blogger ini juga mempunyai peminatnya sendiri kerana mereka terpikat dengan hasil penulisan Mat Jan yang bersahaja dan agak Sinis..Mungkin itu sebenarnya daya memikat blog tersebut yang sememangnya menjadi rencah untuk berjaya..


Kepada sesiapa yang ingin mendengar lagu ini,dipersilakan.Lagu ini merupakan lagu parodi yang ditukarkan liriknya.Lagu yang asli sebenarnya dinyanyikan oleh 50cent dengan tajuk P.I.M.P
manakala liriknya pula merupakan karya asal Mat Jan




Lirik:
Mat Jan-B.L.O.G

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Minah ni, di pejabat, dia bukan buat kerja
Asyik membaca si
Rimau, si Dubuk, si Naga
Si
Bukunota, Basri, dan Sultanmuzaffa
Mengadap monitor PC sampai berpinar mata
Dan tinggal sikit komen untuk entry mereka
Lepas empat jam, pergi kantin makan pula
Selepas makan katanya main internet juga
Aku dengar boss dia pernah nak buang dia kerja
Dia suka surf, dia suka chat, dia suka baca blog
Semenjak pagi surfing sambil dengar lagu rock
Kat rumah tak pasang internet nak jimat duit
Kat ofis dia lenjan sampai kepala boss sakit
Satu hari dia tanya dalam
Jongkang Jongket
"Apa nak tulis dekat blog, cuba ajar sikit?"
Look baby tulis blog senang sekali
Kau tak puas hati, kau tulis kat B.L.O.G.

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Mendengar lagu Siti, menonton drama TV
Kalau tak puas hati, tulis B.L.O.G.
Ayat bodoh Menteri, rasa sakit hati
Kalau hendak kongsi, tulis B.L.O.G.
Rasa jatuh hati, angau macam nak mati
Tunggu apa lagi, tulis B.L.O.G.
Pi kedai makan mee, rasa macam basi
Tauke kena maki dalam B.L.O.G.
Oit ada yang komplen, bila naik harga tol
Yang minat bola komen, pasal jaringan gol
Ada bukan main, orang salah dia betul
Tapi kat luar lain, mengalahkan setan gondol
Hipokrasi cyberland macam dunia nyata y'all
Yang bertudung beromen, yang berkopiah merogol
Tak guna satu sen, yang hipokrit habis
Pi blah, pi mampos, pi jahanam, cis!

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Minah tu buka blog, tulis jiwang-jiwang
Asyik cinta, rindu, dan sayang
Belum confirm lagi mamat tu jadi laki
Dia puji-puji, sampai setengah mati
Pabila patah hati, hari-hari dia maki
Ali beruk, Ali setan, Ali iblis dan babi
Oit jantan tu lari, semua orang ketahui
Ada yang simpati, ada ketawa kikiki
Banyak benda lagi, boleh tulis kat blog ni
Bukannya semesti dedah kisah peribadi
Letak gambar diri, peluk kanan peluk kiri
Bukan main lagi, pegang tangan laga pipi
Macamlah dunia ni, kau je ada buah hati
Jikalau tak jadi, kau yang malu sendiri
Tulislah entry yang berfaedah
Ulasan, komentar, jenaka, hah!

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Yeah,
Blog ikut suka hati,
Tapi kalau blog benda yang terlalu peribadi,
Nanti kau yang malu sendiri,
Haha!

M-J. A-Y-I-E. B-L-O-G.





Apa pendapat korang tentang lagu ini..Pertama kali PKE mendengar lagu sambil membaca lirik,apa yang PKE lakukan hanya sekadar tersenyum sahaja..Liriknya agak menarik disamping mengikut kesesuaian muzik..PKE pasti,blogger2 senior yang lain pasti sudah lebih awal mendengar lagu ini berbanding PKE.Walaupun terasa basi lagu ini untuk diulas.,layankan aje..
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendownload lagu ini,anda boleh klikkan butang download dibawah.
Nota:Kredit diberikan kepada Rjuna.net berkenaan dengan Mp3 diatas manakala kepada Pawaka19,terima kasih diucapkan kepada kamu kerana memberi idea kepada PKE untuk menulis berkenaan hal ini..(Pasal blog dowload lagu kamu tu)


lukisan menakjubkan daripada pensil

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:49 AM

comments (19)

Filed Under: ,

Kreativiti tanpa batasan..Itulah yang mampu dilakukan oleh pelukis yang berbakat walaupun dibekalkan dengan hanya sebatang pensel..(tapi lukisan yang bakal dipaparkan ini bukan sebatang je la)..Setelah puas meneroka keindahan di alam fana versi digital ini(internet la tu),terjejaklah PKE disebuah tempat seperti galeri lukisan yang memaparkan lukisan-lukisan menarik yang dilukis dengan hanya menggunakan pensil sahaja..Walaupun dibekalkan hanya dengan alatan asas tersebut,lukisan yang terhasil tidak mengecewakan..

Kelihatan cantik dan kemas..Itu sahaja yang mampu mampu dikatakan tentang lukisan tersebut..Menjadikan selebriti-selebriti terkenal sebagai model berjaya menarik perhatian si penontonnya..

Berikut merupakan hasil lukisannya seperti yang diperkatakan::


::Selamat Terpegun::

Pembunuhan Tragis Sang Lembu (18PL)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:13 PM

comments (11)

Filed Under: ,

Jika anda perasan,sejak kebelakangan ini,PKE banyak membuat entri yang kebanyakannya mengulas berkenaan paparan video..Daripada video itulah menerbitkan idea yang tergumpal di benak fikiran PKE ini untuk menulis entri..

Mungkin entri yang dipaparkan dientri ini kelihatan amat ganas sekali sehingga layak diklasifikasikan sebagai 18 PL (terlalu ganas),jadi jika anda berusia 18 tahun ke bawah,sila menonton bersama bimbingan ibu bapa..

Video ini berkisarkan tentang lembu yang dibunuh kejam dengan mesin pengisar gergasi..Ramai yang membuat andaian yang lembu tersebut dikisar untuk dibuat daging Burger..Namun yang pasti,PKE tidak mahu membuat andaian..Kepada sesiapa yang sudah menonton video ini dan mendengar cerita yang sebenar disebalik video ini,bolehlah anda mengemukakan hal itu..Nak juga PKE ketahui apa tujuan sebenar lembu ini dikisar..



Kejam bukan..Sudah PKE katakan..Apa jenis manusialah yang tergamat membuat hal seperti ini..Setelah entri Syaitan Bertopengkan Binatang disebarkan secara meluas yang berkisarkan tentang kekejaman manusia terhadap binatang..Timbul pula video ini..Tidak hairanlah jika bayi dibuang dimerata-rata tempat umpama sampah jikalau perasaan belas kasihan sesama hidupan ciptaan tuhan hilang didalam diri manusia..Hampeh

P/s:Sebenarnya ramai juga yang kena tipu dengan entri ini..PKE saje je tulis macam ni bagi saspen..Sebenarnya video sudahpun mengatakan bahawa binatang yang dibunuh dengan kejam ini sudah mati disebabkan berpenyakit..jadi mereka2 ini hanya sekadar melakukan pembersihan sahaja..Mungkin untuk ditanam..Jadi kesimpulannya disini..anda telah ditipu..Maaf ye..hi

Hendak Tahu Rahsia,Highlight perkataan diatas ini..---^
(-.-)

Wayang Pasir Cun!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:45 AM

comments (6)

Filed Under: ,

Kata orang seni itu memilih orang..kerana ia bersemadi didalam diri ini sejak kita kecil lagi..Mungkin apa yang dipaparkan kepada anda ini merupakan salah satu cabang seni..Seni yang jarang ditunjukkan di dalam Negara Malaysia yang indah ini..Jika anda merupakan insan-insan yang sentiasa mengikuti perkembangan dan entri terbaru PKE didalam blog pejuang yang extreme ni..(hi),anda pasti pernah membaca entri
Seni Ukiran Pasir Yang Gempak!!

Karya hebat yang dihasilkan menggunakan pasir..karya ini sememangnya memerlukan ketelitian yang maksimum untuk menghasilkan Masterpiece yang agung..(Cakap maca ahli falsafah pulak)
Tapi ini semua cerita entri terdahulu..Kita cerita pasal entri sekarang pulak..

Apa yang PKE ingin perkenalkan kepada anda semua pada kali ini ialah berkenaan dengan pasir juga..bukan seni ukiran,sebaliknya wayang pasir..

Wayang Pasir??
Apa itu wayang pasir??

Wayang pasir ini merupakan teknik persembahan yang menceritakan tentang sesuatu cerita yang diimaginasikan oleh si Tok dalang atau lebih dikenali sebagai sand Animator..Jalan cerita yang menarik mampu memikat sesiapa sahaja yang melihatnya..Jika anda ingin melihat bagaimana contoh wayang pasir ditayangkan,anda boleh menonton video dibawah ini::



Apa pandangan anda mengenai tayangan video ini,cun bukan..Err,Tok dalang dia pun cun juga..hihi..Rasanya tayangan wayang pasir ini lebih best dari menonton cerita Karate Kids..

Mungkin anda ingin mengetahui mengenai perempuan ini,beliau bernama Kseniya Simonova (Ксенія Симонова) berasal dari Ukraine..Beliau mula memulakan karier melukis menggunakan pasir ini sejak krisis kewangan sejak tahun 2008..bakat beliau mula menyerlah dan menyinar setelah memenangi Ukraine's Got Talent sekaligus memenangi USD 125,000 ..Video yang anda tonton diatas ini merupakan video beliau yang hits mencecah 15 juta orang penonton dilaman web Youtube...

Ketika aku googling di seach Engine Google(dah nama googling tak akan kat Yahoo! pulak),aku ternampak kumpulan yang memperjuangkan seni wayang pasir ini yang berasal dari Indonesia..Nampaknya mereka maju setapak dari kita kerana kelihatan mereka lebih laman terdedah dengan hal ini daripada kita..mereka menggelar diri mereka
Wayang Pasir Okestra
mereka juga tidak kurang hebatnya..Karya mereka juga dapat dilihat dilaman facebook wayang Pasir Okestra itu sendiri..

Nota:belum lagi nampak Wayang pasir ini akan menular di malaysia..


Kuatkan Iman di Bulan Ramadhan:Dakwah Islam(Bahagian 4)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:36 AM

comments (2)

Filed Under: , , ,

Kitab suci Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad beribu tahun dahulu sebagai wasiat untuk dijadikan petunjuk kepada seluruh umat manusia(malah alam)..Gaya bahasa dan isu kandungan yang tiada tolok bandingnya ini menjadikannya begitu istimewa disamping isinya yang mencakupi semua aspek kehidupan yang sesuai dijadikan panduan seluruh umat manusia..

Pada episod kali ini,anda akan disajikan dengan aspek-aspek kehidupan yang terkandung didalam Al-Quran..Selain daripada gaya bahasa yang indah sehingga menyebabkan mereka yang membacanya terpegun dan memeluk Islam(kepada yang Non-Islam),kita juga akan disajikan segala kebenaran yang tertera didalamnya..

Sesungguhnya Allah itu maha besar dan maha mengetahui


Ikuti Siri Segmen Ini::

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 4)(Sedang Baca)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 5)(belum Ditulis)

Kuatkan Iman dibulan Ramadhan:Dakwah Islam(Bahagian 3)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:26 PM

comments (5)

Filed Under: , , ,

Syukur kepada tuhan yang segmen ini terus bersambung dan diikuti walaupun tidak mendapat respon yang banyak seperti entri-entri yang lain..Walaupun respon tidak banyak,tapi aku dapat mengenal pasti yang ramai juga mereka-mereka yangmembaca entri disegmen ini..Mungkin para blogger yang melawat entri ini terasa bosan dan tidak mencukupi masa untuk menonton video ini..Tidak apalah,Aku memahami kerana aku juga blogger..

Tiba-tiba aku teringat yang suatu ketika dahulu aku pernah juga dinasihatkan oleh seseorang yang senior sikit daripada aku ketika mula2 memasuki arena berblogging ini..Beliau bertanya apa motif aku berblogging..

Mamat tu:Apa motif kau berblogging ini??
Aku:Saje je..Terasa nak menulis pun ada..Tapi sebab utamanya kerana ingin berkongsi ilmu pengetahuan..Entah la bro..Bila aq berblogging ni.dan setiap benda ilmiah yang aq tulis ini ditulis,aku tulis dan aku baca,aku terasa puas..
Mamat Tu:ko rasa puas,macam mana pulak dengan pembaca??
Aku:Nampaknya pembaca kebanyakannya kurang suka sangat la perkara-perkara ilmiah ini..diorang kebanyakannya suka-suka sahaja..ah lantaklah..Janji aku tulis..
Mamat Tu:Mana boleh janji tulis..Mana tujuan sebenar kau yang sememangnya ingin berkongsi pengetahuan..Aku cakap ni mungkin menyebabkan ko terasa,tapi sebenarnya penulisan ko tu bosan..
Aku:Bosan??
(Aku tersentak,terasa pun ada juga)
Mamat Tu:ye la..bosan..Bila aku baca entri ko seumpama aku baca buku teks sekolah menengah..Terlalu lurus dan pemberian fakta secara terus..Umpama aku baca buku sejarah yang sememangnya aku benci..
Aku:ye ke..tapi memang aku minat sejarah pun..hih
Mamat Tu:ko kena ingat,para pembaca blog ni lingkungan muda..aku tau punye..Jadi ko kena sesuaikan cara penulisan kau dengan diorang..Macam mana ko nak berkongsi ilmu yang ingin disampaikan jika penulisan kau terlalu serius..kiranya blog ko dengan buku teks tak ada bezanya..bajet2 sudah..
Aku:betul juga ye bro..Ok aku faham..Aku akan ikhtiarkan..

**********

Begitu antara perbualan yang diucapkan diantara aku dengan seorang manusia yang agak awal memasuki dunia blogging..Mungkin dia ini bukan problogger,tapi sekurang-kurangnya apa yang dicakapkan itu ada benarnya..Korang cuba bayangkan yang penulisan aku pada awal masa berblogging ini agak serius..Ada orang baca tapi orang yang betul2 minat..Kebanyakannya tentang sejarah..Aku pula masa itu teruja menulis walaupun tahu bilangan manusia yang membaca pula amat sedikit..Jadi setelah mendengar nasihat dari beliau,aku buang semua entri yang membosankan itu,aku cuba menulis entri baru yang lebih santai..Entri ringan yang masih menarik untuk dibaca..


Jadi bila aku menyajikan kepada anda entri ini yang boleh dikatakan entri ilmiah yang agak berat,aku rasakan yang aku sudah mengulangi kesilapan yang terdahulu iaitu entri yang membosan..Tidak akan ada orang yang akan membaca entri yang membosankan ini..Ahh
Seharian juga aku fikirkan kerana Segmen ini iaitu Segmen Kuatkan Iman dibulan Ramadhan:Dakwah Islam boleh dikatakan hanya memaparkan video yang mencungkil rahsia kebenaran yang sebenarnya disorakkan dari dunia nyata sejak beribu tahun dahulu..Itu sebenarnya yang cuba aku tonjolkan kepada umum..Setelah rakan Facebook aku iaitu Lemon Ichimei memberi video ini..aku menontonnya..Aku dapat rasakan yang banyak rahsia dan fakta menarik yang patut dikongsikan bersama anda..Biar kita tahu akan kebenarannya.. Jika hendak diikutkan,aku ingin merungkaikan keistimewaan bulan Ramadhan ini secara lebih meluas..Biar semua para manusia mengetahuinya..Tapi buat apa??

Ini kerana rakan-rakan blogger aku yang lain sudahpun menulis berkenaan hal ini..jikalau aku menulis pun,lebih kurang je dengan mereka..Jadi bukankah seumpama buang masa..jadi aku fikirkan,lebih elok jika aku memberikan sesuatu kepada para pembaca benda benda yang istimewa iaitu kesedaran..Kesedaran yang menyebabkan mereka mencari keistimewaan bulan Ramadhan sehingga merasakan,alangkah bertuahnya aku dilahirkan sebagai seorang Islam.Itu sahaja..Ok la..Panjang pulak membebel..Jom tonton sambungan video yang lepas..


Diharapkan anda berpuas hati dengan video yang disampaikan ini kepada anda..Teruskan menonton sehingga ke bahagian 5..Lagi dua bahagian lagi habis la..


Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 1)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 2)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 3)(Sedang Baca)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 4)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 5)(belum Ditulis)

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 2)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:53 PM

comments (5)

Filed Under: , ,

Melihat kepada jumlah manusia yang membanjiri masjid nampaknya semakin berkurang dan perkara ini sememangnya tepat seperti yang dijangka oleh PKE..Jika pada hari puasa yang pertama ,jumlah kehadiran para jemaah kira-kira 300 orang(kiraan jemaah lelaki sahaja) sehingga PKE sendiri terpaksa bersembahyang terawih di ruangkan koridor masjid,,nampaknya
pada hari kedua,jumlah jemaah sedikit berkurang iaitu kira-kira 270 orang..(jemaah lelaki sahaja)..Walaupun pengurangkan itu sedikit sahaja jika hendak dibandingkan dengan hari pertama,dijangka kadar pengurangan itu dijangka akan terus berkurang sehinggalah ke malam 10 terakhir..(kononnya nak cari malam Lailatulqadar)..

Mengikut kadar secara purata,ramai jemaah mula meninggalkan masjid setelah menunaikan 8 rakaat terawih (suku) manakala sejumlah jemaah pula menamatkan sesi sembahyang terawih mereka di rakaat ke 12..(Suku daripada bilangan jemaah)..Manakala selebihnya tidak dapat dijangka..Tetapi kebanyakannya terus bersembahyang terawih sehingga habis..

Ok..sambung balik menonton video tentang dakwah Islamiah untuk bahagian ke 2 episod 3 dan 4..




Pada kali ini anda akan ditunjukkan dengan rahsia Al-Quran..Juga hal berkenaan Bible,..Kitab injil dan juga Taurat yang sebenar..Segala Rahsia akan terus juga dibongkar..
Perkara yang tersembunyi disebarkan manakala yang mengelirukan akan dirungkai..

Ikuti Siri-siri Segmen Ini::

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 1)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 2)(Sedang Baca)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 3)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 4)(belum Ditulis)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 5)(belum Ditulis)

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 1)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:01 PM

comments (7)

Filed Under: , ,

Dihari pertama kita semua menyambut Ramadhan,nampaknya PKE tidak lagi melihat manusia-manusia yang mengaku Islam tetapi tidak berpuasa..Tidak seperti tahun-tahun lepas di bandar tempat dimana PKE bekerja,gejala ponteng Puasa begitu berleluasa..Mungkin kesedaran tidak muncul dijiwa mereka..Perasaan malu seperti hilang dijiwa mereka..apakan tidak,dengan muka selamba membeli makan di McDonald,selepas itu makan dikhalayak ramai..memang itu kelakuan yang memalukan..

Banyak karenah yang melanda manusia spesis ini..Yang lelaki seperti biasalah alasan Gastrik dan kerja berat sebagai alasan utama manakala perempuan pula "Datang Bulan"..Itu semua alasan basi yang seperti biasa digunakan juga setiap tahun..Ahh.,Biarkan sahajalah..Itu urusan mereka dengan tuhan..tugas PKE hanya menegur sahaja jika benda ini berlaku di depan mata..


Bila memperkatakan tentang segmen khas yang dnyatakan PKE ini,apa segmennya??


Sebenarnya segmen ini tidak ada kena mengena pun dengan Ramadhan..Segmen ini hanya sedar memberi kesedaran kepada semua umat Islam tentang kebesar Allah SWT..Tuhan sekalian alam..Segmen yang dibahagikan sebanyak 5 bahagian ini akan memaparkan video-video yang berunsur dakwah yang sememangnya sangat sesuai ditunjukkan kepada bukan Islam..Dan kepada mereka yang Islam pula,sekurang-kurangnya kesedaran yang muncul ketika melihat video ini memberikan anda ketenangan untuk mengharungi bulan puasa ini dengan sebaiknya..
Dipersilakan kepada anda untuk menontonnya..



Maaflah jika anda melihat video ini,mereka banyak menyebut berkenaan Nabi Musa dan Isa berbanding Nabi Muhammad..Ini kerana video ini direka bagi memberi kesedaran kepada agama samawi yang lain bahawa Islamlah agama yang sebenar-benarnya..
Anda perhatikan dan fahami dengan jelas maksud yang hendak disampaikan video ini..Sambungannya akan diupdate setiap hari sehingga Tamat..
Jadi tunggukan kemunculan Episod yang seterusnya,..


Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 2)(Klik Link Ini)

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 3)(Klik Link Ini)

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 4)(Klik Link Ini)

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 5)(belum Ditulis)

Nota:
PKE patut berterima kasih kepada Lemon Ichimei(nickname beliau) kerana memberitahu sumber video ini kepada PKE..Dan juga berterima kasih kepada semua kerana memberi respon yang baik kepada entri PKE yang sebelum ini iaitu entri

Pak Cik yang Glamour Dibulan Puasa dan hari Raya


Pak Cik yang Glamour di bulan Puasa dan Hari Raya

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 7:47 PM

comments (8)

Filed Under: , , , ,

Alhamdullillah..Setelah sekian lama menunggu,bulan ramadhan datang kembali..Bulan yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..Jika tiada aral melintang juga,dijangkakan yang kita akan mula berpuasa pada 11 Ogos 2010 bersamaan 1 ramadhan 1431 Hijrah..Semoga kemuliaan bulan ini akan digunakan sebaik mungkin bagi kita menambah pahala yang sememangnya sentiasa tidak mencukupi berbanding dosa yang sedia ada yang semestinya sudah berbakul-bakul..

Sebut tentang Ramadhan dan syawal,pasti anda akan teringatkan sesuatu..iaitu seseorang yang boleh dikira penting disetiap tahun yang sememangnya ditugas untuk mengumumkan hari yang penting ini..beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah,pemegang Mohor besar raja-Raja yang bertanggungjawab untuk mengumumkan Tarikh permulaan Puasa dan Raya .beliau telah menjalankan tugas ini dengan penuh dedikasi sejak tahun 1989 sehinggalah sekarang sehingga menjadi identiti hari perayaan itu sendiri..Jikalau beliau diganti,entah bagaimana agaknya penganti beliau.,..Mesti ramai yang rindu kepada Engku..

Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Adakalanya orang tidak mengetahui mengenai fungsi pemegang Mohor besar raja-raja..PKE pun pada mulanya tidak mengetahui..tetapi atas dasar ingin tahu,diselidiki juga fungsi pemegang dan Cop itu sekali..Tapi harap maaflah.,Cop itu tidak dapat ditunjukkan kepada anda kerana kesukaran untuk mencari sumber maklumatnya..apapun jika anda ingin mengetahui serba sedikit mengenai maklumatnya,anda boleh layari dilaman web Pejabat Penyimpan Mohor Besar raja-Raja

Tahukah anda yang Y.M Engku ini mempunyai Group Khas untuk fan beliau di Laman sosial facebook..Tapi bukan beliaulah yang membuatnya..Sebaliknya seorang blogger yang sememangnya sentiasa sempoi didalam penulisannya iaitu Zack Zukhairi..Tak caye tengoklah sendiri..

Join group Ini

Group ini merupakan tempat facebooker meluahkan keterujaan mereka yang ingin melihat T.M Engku muncul di T.V untuk membuat pengumuman..PKE pun join sekali..Korang bila pulak..

Apapun yang berlaku.,diharapkan bakal penganti Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah ini tidak mengumumkan tarikh berpuasa seperti dibawah ni..hihi



Sempena bulan puasa ini juga,PKE akan menyediakan segmen khas selama 5 hari berturut-turut puasa pertama..Segmen ini ialah segmen Dakwah Islam dimana penceritaan dakwah khas yang ditujukan kepada bukan Islam supaya mereka lebih terbuka untuk memeluk Islam..kepada mereka yang sedia ada Islam sejak dari kecil juga digalakkan menonton untuk renungan atau lebih senang diklasifikasikan sebagi muhasabah diri..Jadi nantikan ye..

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua rakan Blogger dan pelawat Blog ini..Semoga kita dapat berpuasa tanpa sebarang masalah dan halangan demi kesenangan diakhirat kelak..

Nota:Entah bagaimana pula tahun ini,PKE berasa begitu teruja untuk menyambut bulan ramadhan..Perasaan yang begitu lain daripada yang lain..tidak pernah merasai perasaan sebegitu sebelum ini..Keterujaan itu melampau..hihi


Sumbangan Komen Anda Di Entri Blog

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:10 AM

comments (10)

Filed Under:

Menulis berkenaan sesuatu entri sememangnya menjadi kegilaan ramai blogger pada masa kini..Bagi mereka,blog mesti sentiasa diupdate bagi mendapatkan trafik yang mencurah-curah walaupun ada kalanya entri tersebut seperti melepaskan batuk ditangga..PKE tidak akan berasa pelik jika melawat blog yang hanya menulis entri sepanjang dua ayat sahaja umpama menulis status dan aktiviti terkini di laman Facebook atau Twitter..Kerana PKE telah menyaksikan dengan mata kepala lutut siku dagu dan pipi PKE sendiri yang blog tersebut memang mengupdate entri tersebut dengan dua ayat..(Gila mau makan batu)

Bila sebut pasal komen,pasti ramai diantara anda yang pernah mengomen entri-entri menarik yang telah ditulis oleh para blogger diluar sana..baik yang otai atau tidak..Apa tujuan sebenarnya anda mengomen entri tersebut??

Bagi PKE yang sangat suka membuat onar diruangan komen blog blogger lain..(hihi),PKe mengomen blog mereka kerana merasakan apa yang ditulis oleh mereka merupakan benda yang sangat bermanfaat kepada PKE..Ada juga komen yang diberikan disebabkan penulisan mereka yang agak santai dan bercirikan lawak yang semestinya sangat sesuai untuk menenangkan otak yang sedang berserabut ini..

Selain itu PKE dengan rela hati mengomen sesuatu blog jika merasakan apa yang diulas mereka itu sesuai dengan fakta yang sebenarnya...Adakala komen yang diberikan itu sekadar satu teguran sesama blogger sahaja..Namun yang pasti,komen tetap komen..sebab itulah kerja PKE ketika berblogwalking hanya mengomen sahaja..hihi..

Jika hendak diikutkan,PKE sebenarnya hanya mencari trafik menggunakan kaedah ini selepas berasa selesa dengannya..Kiranya berblogwalking didalam suasana yang santai..PKE tidak terkejar-kejar trafik yang beratus-ratus tahap gaban,tidak juga pening kepala jika trafik merudum teruk kerana bagi PKE,jika trafik merudum,mungkin masalah berpunca daripada entri PKE sendiri yang kurang daya memikat..Jadi disitulah kita mula mengulangkaji semua apa yang diajar oleh blogger-blogger senior kita tentang cara menarik pembaca..

Sibuk kita mengomen,
adakah kita baca entri yang kita komen..

Adakah kita faham apa yang mereka tulis..
Adakah kita suka apa yang mereka tulis..
Semua jawapannya terletak ditangan anda..

Ketika sedang termenung memikirkan masa depan blog ini yang belum pasti,PKE terfikir..Apa kata kita uji pembaca blog ini sejenak..Adakah mereka faham dengan apa yang mereka baca..Adakah mereka sekadar mengomen untuk meninggalkan jejak..
Tanpa disedari,PKE telah membuat entri yang memang boleh diklasifikasikan sebagai aksi melampau kerana menggunakan bahasa-bahasa yang baik punya..Entri penguji yang PKE maksudkan ialah entri
Iklan Di T.V yang memaparkan Buas..

PKE ingin menguji sejauh mana kefahaman mereka setelah membaca entri tersebut..Entri ini dikaitkan dengan sebuah video yang sengaja tidak diletakkan diblog ini sebaliknya diganti dengan link..Konsep PKE cuma satu,Cerita yang diceritakan di blog berkisahkan tentang hal lain manakala video tersebut itu berkisahkan tentang hal lain..Jika anda membaca dengan teliti atau kurang teliti,pasti anda dapat mengenal pasti bahawa sebenarnya PKE menceritakan tentang suatu iklan yang melampau..PKE cuba untuk menghasut anda semua untuk menonton video tersebut dan memberi komen..

Tapi nampak gaya hasutan itu tidak berhasil kerana mereka kurang faham dengan apa yang PKE cuba tonjolkan dengan agak jelas..Sepatutnya setelah mereka menonton video tersebut yang dirasakan aksi terlampau,mereka terus tersedar dengan helah PKE,tetapi apa yang berlaku sebaliknya pulak,,mereka terus memberi komen tanpa menonton video..
Disini sahaja sudah menonjolkan yang mereka dalam keadaan terkejar-kejar ketika berblogwalking..Untuk komen disesuatu entri,bagi mereka kefahaman tidak diperlukan..Yang penting jejak..(supaya berharap pemilik blog yang mereka komen itu melawat mereka balik)

Sepatutnya kita tidak harus berpikiran sedemikian..Jadikan blogwalking yang bersifat "sambil menyelam minum air" sebagai amalan kita..Sambil2 cari trafik,sambil itu juga kita menambah ilmu pengetahuan kita..Kalau setakat hanya ingin trafik,bila korang semua sibuk dengan kehidupan seharian dan tidak menjengok blog sendiri,trafik akan turun juga..Tapi bagaimana pula dengan ilmu pengetahuan yang korang dapat semasa blogwalking itu tadi..Masih tersemat didalam minda bukan..(kalau yang lemah ingatan tu,buatlah entri tu bookmark ke,print ke,apa2 yang patutlah)..

Daripada 9 komen yang tercatat disitu,hanya dua blogger sahaja yang perasan berkenaan hal ini (Nick dan Fiq)..Malahan mereka juga menegur cara blogger yang mengomen tanpa usul periksa..Mesti tidak best bukan..

Kadangkala seorang yang mengejar trafik berusaha untuk mendapatkan jumlah jejak sekurang-kurangnya 400 jejak di blog lain setiap hari..Mungkin agaknya mereka mengejar masa..Mungkin mereka tidak berkesempatan untuk memahami isi kandungan entri tersebut..Jadi cara ini menjadi pilihan..

Tidak apalah..Yang penting koranglah mereka-mereka yang memeriahkan blog PKE yang tidak seberapa ini..Asalkan korang suka dengan apa yang dituliskan oleh PKE,itu sudah mencukupi untuk membuat PKE rasa dihargai..Jika disebabkan entri ini ada segelintir antara mereka yang kecik hati,PKE minta maaf ye..

Nota:Inilah salah satu cara untuk mengenali pembaca..Meneliti dan memerhati statistik gerak geri mereka supaya kita dapat mencari bahan yang terbaik untuk dijadikan entri untuk santapan mereka..Sekian

Iklan Di T.V yang memaparkan aksi Buas

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:41 AM

comments (13)

Filed Under: ,


Agak melampau batas..Itulah yang mampu aku katakan berkenaan aksi yang dipaparkan disalah satu stesen televisyen di Malaysia..Aksi yang menjengkelkan ini menarik perhatian perhatian umum kerana kebuasannya disamping keunikannya yang tersendiri..

Aku sebenarnya agak lama memerhatikan iklan ini..Makin ditenung semakin buas pula dia mengganas..Dengan paparan keningnya yang agak berombak menyebabkan aku terasa nak cekik je si pelakonnya..Patutkah aksi ini disiarkan dikaca televisyen Malaysia dan patutkah ia diklasifikasikan sebagi tonton umum??

Kelihatannya sepasang budak-budak ini beraksi dengan agak rakus sekali..Dengan budak perempuan yang berbaju agak cerah itu duduk agak sopan pada mulanya mengganas dengan tiba-tiba setelah budak lelaki itu melihat jam dan merasakan line sudah clear untuk mereka beraksi disebalik tabir..Ceh..aksi mereka ini menyebabkan aku mengeleng kepala..

Sepatutnya aksi mereka ini diklasifikasikan sebagai 18SX..bukan tontonan umum..Jika budak-budak mahupun remaja di Malaysia meniru aksi ini,bukankah membazir duit kerajaan untuk mengeluarkan dana bagi membasmi gejala tidak sihat ini..Sepatutnya hal itu tidak sepatutnya terjadi..

Aku malas nak menulis dengan lebih banyak,membazir dakwat je..korang tengok la sendiri..

Amaran:Video ini bukan didownload daripada redTube,tetapi daripada laman sosial sahaja..Jika anda menghadapi halangan untuk menonton video ini,anda refresh sahaja page berkenaan..maka video ini akan dimainkan secara automatik..Bersedia untuk menonton video tersebut..Sila tekan link dibawah ini..

Tonton Video Tersebut

Nota:Selepas menonton jangan lupa bagi komen ye...
Maaf dengan gambar yang agak melampau,tetapi terpaksa..hi




Wonder girls Vs Wonder Gay

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:32 PM

comments (11)

Filed Under: ,

Sebenarnya sudah lama tergerak dihati hendak mengulas mengenai hal ini..Malahan hal ini begitu meluas perkembangannya di facebook kira-kira dua-tiga bulan yang lalu..Tapi apakan daya,sibuk yang berpanjangan membantutkan segala niat..Maklumlah,aku ni kalau nak dibandingkan dengan Perdana Menteri,lagi sibuk Perdana Menteri sikit je daripada aku..Jadi disebabkan kesibukan yang berpanjangan ini,aku hanya mampu memendamkan idea mengenai penulisan ini sahaja..

Wonder girls khabarnya baru mengadakan persembahan baru-baru ini dikuala Lumpur dengan penampilan beberapa artis luar negara bersempena MTV World Stage Live In Malaysia 2010..sayangnya aku tidak dapat mengunjungi di acara tersebut disebabkan kekangan masa dan masa..(sebut dua kali baru afdhal)..Bosannya teramat sangat menyebabkan aku hanya mampu melayan Wonderpet yang cute itu di internet..eh silap..Wonder girls..Comel-comel je gua tengok awek-awek tu semua...hihi

Sayangnya kemasyuran Wonder girls itu tidak mampu bertahan lama..Setelah terkenal dipersada dunia sehingga ke Barat dengan single mereka yang agak catcy itu iaitu "Nobody",muncul pula pencabar mereka di Asia Tenggara yang mula menampakkan taring dinegara asal mereka iaitu Thailand dengan single mereka yang juga menarik perhatian para blogger,Facebooker,twitterer,myspacer dan sebagainya..haha(pandai cipta ayat)

Kumpulan yang aku maksudkan ialah Wonder Gay..Penyanyi yang mempunyai nama yang hampir sama dengan Wonder Girls..Malah single mereka juga mempunyai nada dan nama yang sama iaitu "Nobody"..Bukan itu sahaja,gaya rambut juga sama..Bukan itu sahaja,baju juga hampir sama...Bukan itu sahaja,tona pun hampir sama...Bukan itu sahaja.....(Berapa banyak bukan itu sahaja daaa...)

Video ini berjaya menggoda para wanita dan menyebabkan para lelaki termuntah-muntah sehingga menyebabkan mereka hampir menemui maut..Ketika aku menonton video ini,aku menghadapi tahap trauma yang sangat kritikal sehingga terpaksa berkurung di almari baju selama 2350 saat..Tragis sungguh..korang tengok la sendiri..



baik punye..Kalau ada sakit jantung kompom dah gugur dah jantung tu..Kira tak terasa sakit la rasa nak mati..hihi..

Apa komen korang setelah menonton video ini..Mesti jengkelkan rasanya..

Related Posts with Thumbnails
Print