Lagu Khas Untuk Blogger

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:00 AM

Filed Under: ,

menceburkan diri kedalam arena berblogging ini banyak mengajar PKE tentang ilmu-ilmu baru yang tidak dipelajari disekolah suatu ketika dahulu..Baik dari segi pengubahsuaian template,gajet mahupun teknik-teknik SEO..Disaat memikirkan masa depan yang tidak pasti,PKE mencongak kembali usia blog ini yang mencecah usia 1 Tahun 2 bulan ..Tempoh yang dikatakan masih belum cukup matang..Terasa seperti masih banyak lagi ilmu berblogging yang PKE belum terokai..Disamping itu,banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki supaya blog ini mampu berdiri dengan sebaiknya..

Blog-blog baru terus wujud setiap hari seumpama cendawan yang tumbuh selepas hujan..Sebenarnya,perkembangan ini sangat memberangsangkan disamping menunjukkan penerimaan blog dikalangan masyarakat semakin baik..Dan tugas kepada kita juga sebagai seorang blogger yang menulis dialam fana versi digital ini diharapkan dapat menggunakan platform blog ini dengan sebaiknya supaya aktiviti berblogging tidak tersekat akibat tindakan mereka-mereka yang tidak memikirkan kesannya jika menggunakannya dijalan yang salah..
Kita berhenti disini..



Disaat kita berada dihari yang indah ditemani angin yang bergerak seumpama angin sepoi-sepoi bahasa,terlintas difikiran PKE untuk berkongsi dengan anda sebuah lagu yang menarik yang menceritakan tentang blog..kiranya ada kena mengena dengan blog la..Lagu yang menarik ini dinyanyikan oleh blogger yang terkenal suatau ketika dahulu yang lebih dikenali sebagai Mat Jan kira-kira 4 tahun yang lalu..(17/06/06) dimana persembahan buat pertama kalinya lagu tersebut telah diadakan di Putrajaya pada 01/01/06 ..Ketika PKE melawat blog blogger ini disamping terasa ingin berkenalan dengan blogger senior ini,kelihatannya hajat PKE tidak kesampaian kerana blogger ini kelihatannya telah bersara dari dunia blogging ini..Blog beliau tidak lagi aktif seperti dahulu..Alangkah ruginya PKE..


Dikhabarkan bahawa blogger ini juga mempunyai peminatnya sendiri kerana mereka terpikat dengan hasil penulisan Mat Jan yang bersahaja dan agak Sinis..Mungkin itu sebenarnya daya memikat blog tersebut yang sememangnya menjadi rencah untuk berjaya..


Kepada sesiapa yang ingin mendengar lagu ini,dipersilakan.Lagu ini merupakan lagu parodi yang ditukarkan liriknya.Lagu yang asli sebenarnya dinyanyikan oleh 50cent dengan tajuk P.I.M.P
manakala liriknya pula merupakan karya asal Mat Jan




Lirik:
Mat Jan-B.L.O.G

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Minah ni, di pejabat, dia bukan buat kerja
Asyik membaca si
Rimau, si Dubuk, si Naga
Si
Bukunota, Basri, dan Sultanmuzaffa
Mengadap monitor PC sampai berpinar mata
Dan tinggal sikit komen untuk entry mereka
Lepas empat jam, pergi kantin makan pula
Selepas makan katanya main internet juga
Aku dengar boss dia pernah nak buang dia kerja
Dia suka surf, dia suka chat, dia suka baca blog
Semenjak pagi surfing sambil dengar lagu rock
Kat rumah tak pasang internet nak jimat duit
Kat ofis dia lenjan sampai kepala boss sakit
Satu hari dia tanya dalam
Jongkang Jongket
"Apa nak tulis dekat blog, cuba ajar sikit?"
Look baby tulis blog senang sekali
Kau tak puas hati, kau tulis kat B.L.O.G.

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Mendengar lagu Siti, menonton drama TV
Kalau tak puas hati, tulis B.L.O.G.
Ayat bodoh Menteri, rasa sakit hati
Kalau hendak kongsi, tulis B.L.O.G.
Rasa jatuh hati, angau macam nak mati
Tunggu apa lagi, tulis B.L.O.G.
Pi kedai makan mee, rasa macam basi
Tauke kena maki dalam B.L.O.G.
Oit ada yang komplen, bila naik harga tol
Yang minat bola komen, pasal jaringan gol
Ada bukan main, orang salah dia betul
Tapi kat luar lain, mengalahkan setan gondol
Hipokrasi cyberland macam dunia nyata y'all
Yang bertudung beromen, yang berkopiah merogol
Tak guna satu sen, yang hipokrit habis
Pi blah, pi mampos, pi jahanam, cis!

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Minah tu buka blog, tulis jiwang-jiwang
Asyik cinta, rindu, dan sayang
Belum confirm lagi mamat tu jadi laki
Dia puji-puji, sampai setengah mati
Pabila patah hati, hari-hari dia maki
Ali beruk, Ali setan, Ali iblis dan babi
Oit jantan tu lari, semua orang ketahui
Ada yang simpati, ada ketawa kikiki
Banyak benda lagi, boleh tulis kat blog ni
Bukannya semesti dedah kisah peribadi
Letak gambar diri, peluk kanan peluk kiri
Bukan main lagi, pegang tangan laga pipi
Macamlah dunia ni, kau je ada buah hati
Jikalau tak jadi, kau yang malu sendiri
Tulislah entry yang berfaedah
Ulasan, komentar, jenaka, hah!

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.
(2x)

Yeah,
Blog ikut suka hati,
Tapi kalau blog benda yang terlalu peribadi,
Nanti kau yang malu sendiri,
Haha!

M-J. A-Y-I-E. B-L-O-G.





Apa pendapat korang tentang lagu ini..Pertama kali PKE mendengar lagu sambil membaca lirik,apa yang PKE lakukan hanya sekadar tersenyum sahaja..Liriknya agak menarik disamping mengikut kesesuaian muzik..PKE pasti,blogger2 senior yang lain pasti sudah lebih awal mendengar lagu ini berbanding PKE.Walaupun terasa basi lagu ini untuk diulas.,layankan aje..
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendownload lagu ini,anda boleh klikkan butang download dibawah.
Nota:Kredit diberikan kepada Rjuna.net berkenaan dengan Mp3 diatas manakala kepada Pawaka19,terima kasih diucapkan kepada kamu kerana memberi idea kepada PKE untuk menulis berkenaan hal ini..(Pasal blog dowload lagu kamu tu)


12 comments for this post

kamu kna nyanyi.wat demo nyanyian lepas ni ok:P

Posted on August 21, 2010 at 4:45 AM  

amboi. de jgk ek. lagu diew bley than jgk. dah sedut pon. haha :P

Posted on August 21, 2010 at 6:05 AM  

seronok juga nak belajar lebih lagi mengenai seo, by the way blogging memang fun

Posted on August 21, 2010 at 6:28 AM  

hehe, kreatif, lepas ni kena buat video klip pulak ni

Posted on August 21, 2010 at 12:13 PM  

1st time dengar lagu nih
yups
betul juga tu apa yg dia tulis dalam lirik lagu tu


P/S : Kejadian Lucu Di Jalan Raya Yang Kadang - Kadang Tak Lucu!

Posted on August 21, 2010 at 12:42 PM  

tak sangga ada sungguh lagu tentang blogger ni, dulu pernah gak berangan nak buat lagu cam ni.hehe

Posted on August 21, 2010 at 12:49 PM  

aku pertma kali dgr senyum jer... hahaha ape2pun mmg best! thnkz!

Posted on August 21, 2010 at 4:43 PM  

Sentiasa tersenyum bila dengar lagu ini :) Ada benarnya...

Posted on August 22, 2010 at 2:23 AM  

lagu ni abg aku yg kenalkan..bait2 lagu ni mmg kene dgn kehidupan seorang blogger.

"Kasut Termahal Dunia Tapi Bukan Kasut Raya"

Posted on August 22, 2010 at 7:25 AM  

Pawaka19:ye ke..tapi memang betul la..lirik dia pun mengambarkan keadaan seorg blogger..

Posted on August 22, 2010 at 5:02 PM  

terbaek ar....nk boleh nk post dalam blog...??

Posted on May 20, 2011 at 7:54 AM  
Anonymous

walaupun dah lambat dengar tapi terbaiklah!

Posted on June 6, 2011 at 6:55 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print