Sedar tak sedar,tarikh 31 Ogos semakin lama semakin hampir tiba.Kita sebagai warga semenanjung seharusnya bersyukur kerana diberi keamanan dan kesejahteraan hasil daripada kemerdekaan yang dikecapi setelah berhempas pulas nenek moyang kita memperjuangan kemerdekaan .
Ketika aku menonton Buletin Utama diTV 3 dan berita jam 8 diTV1,pihak pemberita ada mengulas hal berkenaan sikap para penduduk semenanjung yang tidak menunjukkan semangat patrotisme mereka seperti tahun-tahun terdahulu yang mengibarkan Jalur Gemilang di Bangunan-bangunan,rumah-rumah mahupun kenderaan persendirian mereka.Sikap ini amat mengecewakan diri PKE sendiri yang merasakan bahawa semangat patrotisme dikalangan rakyat Malaysia semakin suram.Malahan,sikap tidak sedar diri itu semakin meruncing ditempat PKE sendiri dimana dari semalam,kelihatan hanya 4 buah kenderaan sahaja yang PKE jumpai yang memasang bendera malaysia dikenderaan mereka,yang lain haram..
Jadi apa kata Kita tunjukkan rasa sayang kepada negara kita dengan hanya mengibar bendera Malaysia dirumah yang sedia indah tu.Manakala kepada para blogger pulak,sudi-sudilah meletakkan bendera Malaysia di sidebar blog anda sebagai tanda kita sedang meraikan ketibaan hari yang paling bermakna didalam sejarah penubuhan negara yang tercintai ini.Meletakkan sehingga 31 Ogos 2010 rasanya tidak memberi kesan yang besar kepada masa loading blog anda.Jadi tunjukkan sebagai tanda sokongan dan mulakan sekarang..Yeah..
(PKE tak letak di sidebar,PKE letak dibawah Header terus)
******
Sebenarnya untuk menyambut hari kemerdekaan ini bukanlah sekadar menyambut hu ha hu ha sahaja, sebaliknya sambutan itu mestilah dengan penuh pengertian dengan menghayati kesan sejarah itu sendiri..Jika kita sendiri tidak memahami sejarah,maka terjadilah konsert-konsert yang merosakkan nilai sambutan tersebut..Cara tu salah..
Pengajaran dan pembelajaran sejarah itu sememangnya penting..Dengan sejarah anda akan mempelajari kesilapan pemimpin-pemimpin yang terdahulu supaya kesilapan tersebut tidak diulangi dimasa akan datang ..Tanpa disangka,jika anda mempelajari sejarah,anda pasti akan lebih menghargai kemerdekaan yang kita kecapi kerana tanpanya,keamanan tidak akan dapat dikecapi seperti sekarang..Sebab itu PKE ada menulis entri mengenai Kepentingan Sejarah suatu ketika dahulu..
Jika anda memahami sejarah,anda pasti akan mempersoalkan kebanyakan statement mereka-mereka yang menyatakan bahawa 31 OGOS 1957 merupakan tarikah kemerdekaan Malaysia..Bila masa pulak Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957??
Jika hendak diikutkan,penubuhan Malaysia yang sebenar ialah pada tarikh 16 september 1963 dimana sabah dan sarawak turut bergabung.Jadi 31 Ogos itu sebenarnya tarikh dimana tanah melayu sahaja yang merdeka,bukan Malaysia,.Disebabkan itulah mereka2 kaum peribumi sabah dan sarawak merasa terkilan untuk menyambut Hari Kemerdekaan ini kerana tarikh tersebut tidak memberi makna kepada mereka..Jadi mulai tahun lepas tahun 2009,16 September telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia..Keputusan itu sememangnya adil untuk semua.
Tahukah anda tentang sejarah penting 31 Ogos ini..Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut,anda boleh melayari laman Wiki dan Laman MalaysiaMerdeka yang menyediakan penerangan dengan lebih jelas.Lagipun anda mesti teringin untuk menonton siaran dimana Tunku mengiystiharkan kemerdekaan bukan..Jadi jom saksikan video ini::
Cuba gambarkan perasaan Pak Cik dan Mak Cik-makcik yang berada di Stadium tersebut.Perasaan mereka-mereka yang berada di Stadium tersebut tidak kira tua mahupun muda..Pasti menitis air mata setelah mendengar Tunku Abdul Rahman berteriak MERDEKA!!!
Terasa usaha dan penat lelah mereka menuntut kemerdekaan tidak sia-sia..Dengar cerita,perempuan-perempuan ditanah melayu terpaksa bergadai emas semata-mata untuk menampung Tunku dan sekutunya pergi ke England untuk menuntut kemerdekaan..
Kesimpulannya disini,kita harus bersyukur dengan nikmat yang diberi ini.Mungkin majlis doa selamat dapat diadakan di masjid-masjid diseluruh negara pada 31 Ogos sebagai tanda kesyukuran kita kepada tuhan diatas nikmat yang diberi ini..
1 Malaysia:Menjana Transformasi
Nota:Terasa bangga kerana sempat belajar dengan Cikgu Arbaiyah,Cikgu sejarah yang terbaik di Muar..(mungkin juga Johor) kerana dengan beliaulah,subjek sejarah aku dalam SPM dapat A
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments for this post
selamat menyambut kemerdekaan bro!
salam kemerdekaan malaysia ke 53 drpd Oh Malaysia. :-)
walaupun masih awal..selamat hari kemerdekaan yang ke 53 juga..=)
latest entry Resepi Tepung Pelita
selamat hari raya.
eh eh eh.
salah eh
haha
dah kibar.. kat header.. kalau sudi singgah la jenguk..
selamat ,menyambut kemerdekaan.. aku terfikir nak letak bendera kat blog..
selamat sambut merdeka bro..lepas ni layan filem sarjan hassan atau bukit kepong :D
info menarik bro,kami buat entry pasal merdeka pun kira semangat merdeka juge kan.. kdg2 kalau ko tanya member ko mesti ade yg tak ingat pun da brape kali merdeka,cuba ko try..
Selamat menyambut Hari kemerdekaan semua..
Pereka cerita:betul tu..aq dah pernah test dah..