Sumbangan Komen Anda Di Entri Blog

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:10 AM

Filed Under:

Menulis berkenaan sesuatu entri sememangnya menjadi kegilaan ramai blogger pada masa kini..Bagi mereka,blog mesti sentiasa diupdate bagi mendapatkan trafik yang mencurah-curah walaupun ada kalanya entri tersebut seperti melepaskan batuk ditangga..PKE tidak akan berasa pelik jika melawat blog yang hanya menulis entri sepanjang dua ayat sahaja umpama menulis status dan aktiviti terkini di laman Facebook atau Twitter..Kerana PKE telah menyaksikan dengan mata kepala lutut siku dagu dan pipi PKE sendiri yang blog tersebut memang mengupdate entri tersebut dengan dua ayat..(Gila mau makan batu)

Bila sebut pasal komen,pasti ramai diantara anda yang pernah mengomen entri-entri menarik yang telah ditulis oleh para blogger diluar sana..baik yang otai atau tidak..Apa tujuan sebenarnya anda mengomen entri tersebut??

Bagi PKE yang sangat suka membuat onar diruangan komen blog blogger lain..(hihi),PKe mengomen blog mereka kerana merasakan apa yang ditulis oleh mereka merupakan benda yang sangat bermanfaat kepada PKE..Ada juga komen yang diberikan disebabkan penulisan mereka yang agak santai dan bercirikan lawak yang semestinya sangat sesuai untuk menenangkan otak yang sedang berserabut ini..

Selain itu PKE dengan rela hati mengomen sesuatu blog jika merasakan apa yang diulas mereka itu sesuai dengan fakta yang sebenarnya...Adakala komen yang diberikan itu sekadar satu teguran sesama blogger sahaja..Namun yang pasti,komen tetap komen..sebab itulah kerja PKE ketika berblogwalking hanya mengomen sahaja..hihi..

Jika hendak diikutkan,PKE sebenarnya hanya mencari trafik menggunakan kaedah ini selepas berasa selesa dengannya..Kiranya berblogwalking didalam suasana yang santai..PKE tidak terkejar-kejar trafik yang beratus-ratus tahap gaban,tidak juga pening kepala jika trafik merudum teruk kerana bagi PKE,jika trafik merudum,mungkin masalah berpunca daripada entri PKE sendiri yang kurang daya memikat..Jadi disitulah kita mula mengulangkaji semua apa yang diajar oleh blogger-blogger senior kita tentang cara menarik pembaca..

Sibuk kita mengomen,
adakah kita baca entri yang kita komen..

Adakah kita faham apa yang mereka tulis..
Adakah kita suka apa yang mereka tulis..
Semua jawapannya terletak ditangan anda..

Ketika sedang termenung memikirkan masa depan blog ini yang belum pasti,PKE terfikir..Apa kata kita uji pembaca blog ini sejenak..Adakah mereka faham dengan apa yang mereka baca..Adakah mereka sekadar mengomen untuk meninggalkan jejak..
Tanpa disedari,PKE telah membuat entri yang memang boleh diklasifikasikan sebagai aksi melampau kerana menggunakan bahasa-bahasa yang baik punya..Entri penguji yang PKE maksudkan ialah entri
Iklan Di T.V yang memaparkan Buas..

PKE ingin menguji sejauh mana kefahaman mereka setelah membaca entri tersebut..Entri ini dikaitkan dengan sebuah video yang sengaja tidak diletakkan diblog ini sebaliknya diganti dengan link..Konsep PKE cuma satu,Cerita yang diceritakan di blog berkisahkan tentang hal lain manakala video tersebut itu berkisahkan tentang hal lain..Jika anda membaca dengan teliti atau kurang teliti,pasti anda dapat mengenal pasti bahawa sebenarnya PKE menceritakan tentang suatu iklan yang melampau..PKE cuba untuk menghasut anda semua untuk menonton video tersebut dan memberi komen..

Tapi nampak gaya hasutan itu tidak berhasil kerana mereka kurang faham dengan apa yang PKE cuba tonjolkan dengan agak jelas..Sepatutnya setelah mereka menonton video tersebut yang dirasakan aksi terlampau,mereka terus tersedar dengan helah PKE,tetapi apa yang berlaku sebaliknya pulak,,mereka terus memberi komen tanpa menonton video..
Disini sahaja sudah menonjolkan yang mereka dalam keadaan terkejar-kejar ketika berblogwalking..Untuk komen disesuatu entri,bagi mereka kefahaman tidak diperlukan..Yang penting jejak..(supaya berharap pemilik blog yang mereka komen itu melawat mereka balik)

Sepatutnya kita tidak harus berpikiran sedemikian..Jadikan blogwalking yang bersifat "sambil menyelam minum air" sebagai amalan kita..Sambil2 cari trafik,sambil itu juga kita menambah ilmu pengetahuan kita..Kalau setakat hanya ingin trafik,bila korang semua sibuk dengan kehidupan seharian dan tidak menjengok blog sendiri,trafik akan turun juga..Tapi bagaimana pula dengan ilmu pengetahuan yang korang dapat semasa blogwalking itu tadi..Masih tersemat didalam minda bukan..(kalau yang lemah ingatan tu,buatlah entri tu bookmark ke,print ke,apa2 yang patutlah)..

Daripada 9 komen yang tercatat disitu,hanya dua blogger sahaja yang perasan berkenaan hal ini (Nick dan Fiq)..Malahan mereka juga menegur cara blogger yang mengomen tanpa usul periksa..Mesti tidak best bukan..

Kadangkala seorang yang mengejar trafik berusaha untuk mendapatkan jumlah jejak sekurang-kurangnya 400 jejak di blog lain setiap hari..Mungkin agaknya mereka mengejar masa..Mungkin mereka tidak berkesempatan untuk memahami isi kandungan entri tersebut..Jadi cara ini menjadi pilihan..

Tidak apalah..Yang penting koranglah mereka-mereka yang memeriahkan blog PKE yang tidak seberapa ini..Asalkan korang suka dengan apa yang dituliskan oleh PKE,itu sudah mencukupi untuk membuat PKE rasa dihargai..Jika disebabkan entri ini ada segelintir antara mereka yang kecik hati,PKE minta maaf ye..

Nota:Inilah salah satu cara untuk mengenali pembaca..Meneliti dan memerhati statistik gerak geri mereka supaya kita dapat mencari bahan yang terbaik untuk dijadikan entri untuk santapan mereka..Sekian

10 comments for this post

memang ada kala org blogwlaking, tinggal komen tanpa baca entry.haha..selalu la kena:)

nice bro!kdg2 ada yg tggl komen sekadar nak ambil hati
@ memang tertarik ngan entry tu la.

cam entry ko ni.berhemah betul:))

Posted on August 8, 2010 at 11:40 AM  

Tu la..aq pernah kena..Pengomen terkomen salah entri..ish..

Posted on August 8, 2010 at 12:23 PM  

ramai camtu. baca ke idak tah? tp syukur pengunjung blog sy setakat ini baik-baik dan matang Insya Allah...

Posted on August 8, 2010 at 12:37 PM  
Nas

kalau aku,aku akan singgahbalas kepada blogger yang komen kat entri post aku walaupun entri mereka sometimes kurang menarik untuk dibace..at least bace sikit2...
tapi kalao ader orang buat entri yg best2,aku akan komen best2..ehehehe

jom bace entri terbaru nas klik:

jom berkaraoke!!

Posted on August 8, 2010 at 12:44 PM  

Mummynana:tu hanya diorg sahaja yang tahu..Hak masing2..lagipun sy x pernah paksa diorg baca entri kalau x suke..

Nas:Aq pun akan singgah balik..jika aq tidak komen,sekurang-kurangnya aq menjadi salah seorang penyumbang kepada trafik blog diaorg..

Posted on August 8, 2010 at 1:00 PM  

ada juga yang jenis tak baca entri, juz letak link kat shoutbox tp ada yang siap suruh klik2 iklan lagi.. adeh..macam2..

Posted on August 9, 2010 at 1:24 PM  

biasa la..Manusia..

Posted on August 9, 2010 at 2:25 PM  

menyedari yg aku rupe2nye lom follow blog ko so aku sggah jap. huhu.

xptot btol la lom bce abes da nk m'komen. btol xpe ag, siap melencong ag tuh. hm.. sabo je laa~

Posted on August 9, 2010 at 3:19 PM  

pada awalnya aku dah tau..kalau tulis byk..pembaca hanya terpikat gambar or video yg diletak..diorang kadang2 tak baca abis

"Rancangan Menarik Astro Sempena Ramadhan 2010"

Posted on August 9, 2010 at 4:21 PM  

kdg2 mmeng kita beri komen berdasarkan apa yg kita rasa dn ada org semata2 nak tgglkn jejak.kdg2 bila kita baca kita sgt excited nk mengomen walaupun entri itu adalah zero knowledge. entri pasal life blogger tu sendiri.tp selalunya wlaupun blog yg kita suka cuma ada 2 baris ayat, kita ttp komen juga. iya, reader suka dgn gmbr sbb mmng picture speaks for itself.pd stgh org blogging is passion, traffic lain citer

Posted on August 10, 2010 at 3:49 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print