Kepentingan Sejarah

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 2:27 PM

Filed Under:

Hari paling bersejarah dalam negara
Jatuh bangun sesuatu bangsa itu sebenarnya bergantung kepada bangsa itu sendiri untuk mempelajari dan menyedari kepentingan sejarah dalam kehidupan seharian mereka.Masakan tidak,negara yang maju seperti Amerika Syarikat dan negara Eropah lain juga turut mewajibkan pembelajaran sejarah untuk dimasukkan didalam silibus pembelajaran di semua sekolah di negara mereka.


Apa pentingnya sejarah?

Kenapa ramai rakyat Malaysia bosan untuk mempelajari Sejarah?

Mengapa kita sibuk mengenang kisah yang lampau ini?


Sejarah sememangnya suatu mata pelajaran yang agak membosankan.Malahan peratusan pelajar yang memonteng kelas sejarah juga agak tinggi.Selain itu,ada juga sebahagian pelajar yang memepelajari sejarah hanya sekadar untuk lulus peperiksaan sahaja.

Mengapa ini semua terjadi?

Sejarah sebenarnya pelengkap kepada kehidupan kita.Apa yang kita lakukan pada hari ini pasti akan menjadi sejarah pada masa akan datang.Masa tidak akan berhenti,begitu juga dengan sejarah.Kenangan dan kelakuan kita pada hari ini pasti akan menjadi sebahagian daripadanya.

Jadi segala kesilapan dan kejayaan untuk suatu ketika dahulu hendaklah direnungi.Benda yang baik kita teruskan,Kejayaan dahulu digandakan,kesilapan dahulu diperbaiki supaya kita ridak akan mengulanginya lagi

Mengapa begitu ramai remaja dan belia Malaysia begitu malas untuk mempelajari sejarah?

Sebabnya hanya satu iaitu bosan.

Tiada kesedaran beginilah jadinya.Disebabkan itulah,ramai yang berani melakukan demontrasi jalanan atas nama keadilan hanya untuk benda2 yang tidak berfaedah.Ramai juga pemimpin dan rakyat biasa yang mula mengulangi kesilapan orang2 yang terdahulu.

Ingatlah,masa depan Malaysia ada ditangan kita,kitalah yang mencorak pembangunan dan kemajuan negara kita yang tercinta ini dan terus memelihara keamanan serta kemakmuran negara demi kesejahteraan yang berpanjangan demi mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Bila kita renungkan kembali sejarah negara,kita pernah melihat gambaran bagaimana negara kita dahulu dijajah,dipijak dan dikhianati.Berapa ramai penjajah yang menjajah negara kita.Bagaimana pula tokoh2 terdahulu cuba mewujudkan perpaduan serta membangunkan negara.

Selain daripada sejarah negara kita,kita juga seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas tentang sejarah negara/kerajaan lain.Ini tidak lain hanyalah sekadar mengambil iktibar untuk mengkaji kejayaan dan kejatuhan negara2 terdahulu.

Piramid

Sebagai contohnya.,salah satu kerajaan dahulu kala iaitu kerajaan mesir purba.Bagaimana mereka mendapat idea untuk menghasilkan Piramid,kebijaksanaan dan kecekalan mereka mempelajari ilmu2 yang baru dan begitu asing bagi mereka untuk mereka terus hidup di kawasan padang pasir itu.Begitu juga dengan sistem tulisan yang dihasilkan mereka.,ilmu matematik,ilmu pembuatan kertas menggunakan pohon papyrus,ilmu astronomi.

Sistem tulisan Kerajaan Mesir Purba

Timbul juga kesedaran buat mereka tentang kepentingan masa sehingga terhasilnya kalender yang mempunyai 12 bulan.

Begitu juga dengan kerajaan Khulafah Arrashidin,Umaiyah,uthmaniah.


Apa penyebab mereka berjaya,dan apa juga penyebab mereka jatuh.Semua itu sepatutnya menjadi pengajaran untuk kita maju dimasa akan datang.

Kuncinya hanya satu iaitu : SEJARAH

Tun dr Mahathir

Seperti kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad,orang yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulanginya.

Ingatlah,apa perbezaan diri anda dengan orang lain jika anda mempelajari sejarah:

  1. Anda akan menjadi seorang yang berwawasan
  2. Seorang yang sentiasa belajar dari kesilapan
  3. Seorang yang sentiasa berusaha memajukan diri supaya menjadi lebih hebat daripada orang lain

1 comments for this post

saya mohon keizinan untuk "Share" penulisan anda di FB saya.
Terima Kasih kerana membantu saya dalam kerja saya.
Zaniza Bt A. Rahman
Shah Alam

Posted on November 20, 2010 at 11:05 AM  
Related Posts with Thumbnails
Print