='Blog description' name='Description'/>

Kuatkan Iman di Bulan Ramadhan:Dakwah Islam(Bahagian 4)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:36 AM

comments (2)

Filed Under: , , ,

Kitab suci Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad beribu tahun dahulu sebagai wasiat untuk dijadikan petunjuk kepada seluruh umat manusia(malah alam)..Gaya bahasa dan isu kandungan yang tiada tolok bandingnya ini menjadikannya begitu istimewa disamping isinya yang mencakupi semua aspek kehidupan yang sesuai dijadikan panduan seluruh umat manusia..

Pada episod kali ini,anda akan disajikan dengan aspek-aspek kehidupan yang terkandung didalam Al-Quran..Selain daripada gaya bahasa yang indah sehingga menyebabkan mereka yang membacanya terpegun dan memeluk Islam(kepada yang Non-Islam),kita juga akan disajikan segala kebenaran yang tertera didalamnya..

Sesungguhnya Allah itu maha besar dan maha mengetahui


Ikuti Siri Segmen Ini::

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 4)(Sedang Baca)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 5)(belum Ditulis)

Kuatkan Iman dibulan Ramadhan:Dakwah Islam(Bahagian 3)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:26 PM

comments (5)

Filed Under: , , ,

Syukur kepada tuhan yang segmen ini terus bersambung dan diikuti walaupun tidak mendapat respon yang banyak seperti entri-entri yang lain..Walaupun respon tidak banyak,tapi aku dapat mengenal pasti yang ramai juga mereka-mereka yangmembaca entri disegmen ini..Mungkin para blogger yang melawat entri ini terasa bosan dan tidak mencukupi masa untuk menonton video ini..Tidak apalah,Aku memahami kerana aku juga blogger..

Tiba-tiba aku teringat yang suatu ketika dahulu aku pernah juga dinasihatkan oleh seseorang yang senior sikit daripada aku ketika mula2 memasuki arena berblogging ini..Beliau bertanya apa motif aku berblogging..

Mamat tu:Apa motif kau berblogging ini??
Aku:Saje je..Terasa nak menulis pun ada..Tapi sebab utamanya kerana ingin berkongsi ilmu pengetahuan..Entah la bro..Bila aq berblogging ni.dan setiap benda ilmiah yang aq tulis ini ditulis,aku tulis dan aku baca,aku terasa puas..
Mamat Tu:ko rasa puas,macam mana pulak dengan pembaca??
Aku:Nampaknya pembaca kebanyakannya kurang suka sangat la perkara-perkara ilmiah ini..diorang kebanyakannya suka-suka sahaja..ah lantaklah..Janji aku tulis..
Mamat Tu:Mana boleh janji tulis..Mana tujuan sebenar kau yang sememangnya ingin berkongsi pengetahuan..Aku cakap ni mungkin menyebabkan ko terasa,tapi sebenarnya penulisan ko tu bosan..
Aku:Bosan??
(Aku tersentak,terasa pun ada juga)
Mamat Tu:ye la..bosan..Bila aku baca entri ko seumpama aku baca buku teks sekolah menengah..Terlalu lurus dan pemberian fakta secara terus..Umpama aku baca buku sejarah yang sememangnya aku benci..
Aku:ye ke..tapi memang aku minat sejarah pun..hih
Mamat Tu:ko kena ingat,para pembaca blog ni lingkungan muda..aku tau punye..Jadi ko kena sesuaikan cara penulisan kau dengan diorang..Macam mana ko nak berkongsi ilmu yang ingin disampaikan jika penulisan kau terlalu serius..kiranya blog ko dengan buku teks tak ada bezanya..bajet2 sudah..
Aku:betul juga ye bro..Ok aku faham..Aku akan ikhtiarkan..

**********

Begitu antara perbualan yang diucapkan diantara aku dengan seorang manusia yang agak awal memasuki dunia blogging..Mungkin dia ini bukan problogger,tapi sekurang-kurangnya apa yang dicakapkan itu ada benarnya..Korang cuba bayangkan yang penulisan aku pada awal masa berblogging ini agak serius..Ada orang baca tapi orang yang betul2 minat..Kebanyakannya tentang sejarah..Aku pula masa itu teruja menulis walaupun tahu bilangan manusia yang membaca pula amat sedikit..Jadi setelah mendengar nasihat dari beliau,aku buang semua entri yang membosankan itu,aku cuba menulis entri baru yang lebih santai..Entri ringan yang masih menarik untuk dibaca..


Jadi bila aku menyajikan kepada anda entri ini yang boleh dikatakan entri ilmiah yang agak berat,aku rasakan yang aku sudah mengulangi kesilapan yang terdahulu iaitu entri yang membosan..Tidak akan ada orang yang akan membaca entri yang membosankan ini..Ahh
Seharian juga aku fikirkan kerana Segmen ini iaitu Segmen Kuatkan Iman dibulan Ramadhan:Dakwah Islam boleh dikatakan hanya memaparkan video yang mencungkil rahsia kebenaran yang sebenarnya disorakkan dari dunia nyata sejak beribu tahun dahulu..Itu sebenarnya yang cuba aku tonjolkan kepada umum..Setelah rakan Facebook aku iaitu Lemon Ichimei memberi video ini..aku menontonnya..Aku dapat rasakan yang banyak rahsia dan fakta menarik yang patut dikongsikan bersama anda..Biar kita tahu akan kebenarannya.. Jika hendak diikutkan,aku ingin merungkaikan keistimewaan bulan Ramadhan ini secara lebih meluas..Biar semua para manusia mengetahuinya..Tapi buat apa??

Ini kerana rakan-rakan blogger aku yang lain sudahpun menulis berkenaan hal ini..jikalau aku menulis pun,lebih kurang je dengan mereka..Jadi bukankah seumpama buang masa..jadi aku fikirkan,lebih elok jika aku memberikan sesuatu kepada para pembaca benda benda yang istimewa iaitu kesedaran..Kesedaran yang menyebabkan mereka mencari keistimewaan bulan Ramadhan sehingga merasakan,alangkah bertuahnya aku dilahirkan sebagai seorang Islam.Itu sahaja..Ok la..Panjang pulak membebel..Jom tonton sambungan video yang lepas..


Diharapkan anda berpuas hati dengan video yang disampaikan ini kepada anda..Teruskan menonton sehingga ke bahagian 5..Lagi dua bahagian lagi habis la..


Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 1)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 2)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 3)(Sedang Baca)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 4)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 5)(belum Ditulis)

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 2)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:53 PM

comments (5)

Filed Under: , ,

Melihat kepada jumlah manusia yang membanjiri masjid nampaknya semakin berkurang dan perkara ini sememangnya tepat seperti yang dijangka oleh PKE..Jika pada hari puasa yang pertama ,jumlah kehadiran para jemaah kira-kira 300 orang(kiraan jemaah lelaki sahaja) sehingga PKE sendiri terpaksa bersembahyang terawih di ruangkan koridor masjid,,nampaknya
pada hari kedua,jumlah jemaah sedikit berkurang iaitu kira-kira 270 orang..(jemaah lelaki sahaja)..Walaupun pengurangkan itu sedikit sahaja jika hendak dibandingkan dengan hari pertama,dijangka kadar pengurangan itu dijangka akan terus berkurang sehinggalah ke malam 10 terakhir..(kononnya nak cari malam Lailatulqadar)..

Mengikut kadar secara purata,ramai jemaah mula meninggalkan masjid setelah menunaikan 8 rakaat terawih (suku) manakala sejumlah jemaah pula menamatkan sesi sembahyang terawih mereka di rakaat ke 12..(Suku daripada bilangan jemaah)..Manakala selebihnya tidak dapat dijangka..Tetapi kebanyakannya terus bersembahyang terawih sehingga habis..

Ok..sambung balik menonton video tentang dakwah Islamiah untuk bahagian ke 2 episod 3 dan 4..




Pada kali ini anda akan ditunjukkan dengan rahsia Al-Quran..Juga hal berkenaan Bible,..Kitab injil dan juga Taurat yang sebenar..Segala Rahsia akan terus juga dibongkar..
Perkara yang tersembunyi disebarkan manakala yang mengelirukan akan dirungkai..

Ikuti Siri-siri Segmen Ini::

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 1)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 2)(Sedang Baca)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 3)(Klik Link Ini)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 4)(belum Ditulis)
Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 5)(belum Ditulis)

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 1)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:01 PM

comments (7)

Filed Under: , ,

Dihari pertama kita semua menyambut Ramadhan,nampaknya PKE tidak lagi melihat manusia-manusia yang mengaku Islam tetapi tidak berpuasa..Tidak seperti tahun-tahun lepas di bandar tempat dimana PKE bekerja,gejala ponteng Puasa begitu berleluasa..Mungkin kesedaran tidak muncul dijiwa mereka..Perasaan malu seperti hilang dijiwa mereka..apakan tidak,dengan muka selamba membeli makan di McDonald,selepas itu makan dikhalayak ramai..memang itu kelakuan yang memalukan..

Banyak karenah yang melanda manusia spesis ini..Yang lelaki seperti biasalah alasan Gastrik dan kerja berat sebagai alasan utama manakala perempuan pula "Datang Bulan"..Itu semua alasan basi yang seperti biasa digunakan juga setiap tahun..Ahh.,Biarkan sahajalah..Itu urusan mereka dengan tuhan..tugas PKE hanya menegur sahaja jika benda ini berlaku di depan mata..


Bila memperkatakan tentang segmen khas yang dnyatakan PKE ini,apa segmennya??


Sebenarnya segmen ini tidak ada kena mengena pun dengan Ramadhan..Segmen ini hanya sedar memberi kesedaran kepada semua umat Islam tentang kebesar Allah SWT..Tuhan sekalian alam..Segmen yang dibahagikan sebanyak 5 bahagian ini akan memaparkan video-video yang berunsur dakwah yang sememangnya sangat sesuai ditunjukkan kepada bukan Islam..Dan kepada mereka yang Islam pula,sekurang-kurangnya kesedaran yang muncul ketika melihat video ini memberikan anda ketenangan untuk mengharungi bulan puasa ini dengan sebaiknya..
Dipersilakan kepada anda untuk menontonnya..



Maaflah jika anda melihat video ini,mereka banyak menyebut berkenaan Nabi Musa dan Isa berbanding Nabi Muhammad..Ini kerana video ini direka bagi memberi kesedaran kepada agama samawi yang lain bahawa Islamlah agama yang sebenar-benarnya..
Anda perhatikan dan fahami dengan jelas maksud yang hendak disampaikan video ini..Sambungannya akan diupdate setiap hari sehingga Tamat..
Jadi tunggukan kemunculan Episod yang seterusnya,..


Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 2)(Klik Link Ini)

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 3)(Klik Link Ini)

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 4)(Klik Link Ini)

Kuatkan Iman Dibulan Ramadhan:Dakwah Islam (Bahagian 5)(belum Ditulis)

Nota:
PKE patut berterima kasih kepada Lemon Ichimei(nickname beliau) kerana memberitahu sumber video ini kepada PKE..Dan juga berterima kasih kepada semua kerana memberi respon yang baik kepada entri PKE yang sebelum ini iaitu entri

Pak Cik yang Glamour Dibulan Puasa dan hari Raya


Related Posts with Thumbnails
Print