Mat Salleh Belacan dan Paku Berbahasa Melayu

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 1:49 AM

comments (23)

Filed Under: , , ,


Aku mendapat cerita ini ketika melayari facebook untuk mengupdate status disana..Terlihatlah sudah satu iklan yang mengatakan orang putih mampu berbahasa melayu diruangan sidebar sebelah kanan..Kira saje la melawat katakan..Hendak tahu juga.,apa yang menarik sangat tentang mereka..

Sebaik sahaja PKE mengklik iklan tersebut,terpapar page Belacan dan Paku..
Siapa mereka ini???

Kepada sesiapa yang tidak mengetahui,mereka ini sebenarnya berasal daripada USA..Belacan yang berasal daripada Utah dan Paku yang berasal daripada Arizona ini merupakan mereka-mereka yang terbabit didalam tugas sukarelawan di Bintulu,Sarawak sekitar tahun 2007..

Setelah menetap disini didalam tempoh tersebut,mereka berusaha untuk mempelajari Bahasa Melayu dan Bahasa Iban demi memudahkan komunikasi disana..Hasilnya,mereka mampu bertutur dengan baik..(walaupun agak pelat)

Oh lupa nak memperkenalkan mereka..Dua orang Mat Salleh ini menggunakan Nickname Belacan dan Paku..Tidak tahu dari mana asal usul nama ini.,tapi PKE amat terhibur dengan gelagat mereka..Yang belah kanan itu Belacan(yang berisi sikit) dan yang belah kiri itu Paku(kurus)..

Gambar mereka di Sarawak

Apapun.,perhatikan sahaja gelagat mereka yang menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri..(kononnya la)...hahah..Semoga anda terhibur..



Nota:Bangga dengan mereka kerana sudi mempelajari Bahasa Malaysia..walaupun penguasaan bahasa mereka masih berkeadaan memuaskan sahaja,tetapi sekurang-kurangnya mereka buat kita berbangga dengan bahasa kita...Jika anda berminat untuk melihat mereka dengan lebih dekat,anda boleh singgah sebentar di laman Facebook mereka ataupun Channel Youtube mereka..Selamat menonton..

Facebook Belacan dan Paku
Channel Youtube Belacan dan Paku


Paus Unicorn Yang Ganjil

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:05 AM

comments (11)

Filed Under: ,

Sudah semestinya anda biasa mendengar atau melihat keajaiban binatang mitos yang digelar Unicorn yang sememangnya terkenal disebabkan keunikannya dan lagendanya yang tersendiri..Malahan.,daripada mitos-mitos Greek itu sendiri ada diselitkan cerita berkenaan kuda istimewa ini..Tapi bagaimana pula dengan Paus...

Paus Unicorn..Pelik sungguh gelaran tersebut..
Untuk pengetahuan semua,binatang yang PKE maksudkan ialah Narwhal iaitu sejenis Paus yang mirip seperti binatang unicorn yang mempunyai tanduk didepan yang tinggal dikawasan kutub Utara..Paus yang mempunyai nama saintifiknya Monodon Monoseros ini merupakan spesis Paus yang paling jarang diketahui manusia..

Cuba teka dari mana asal nama Paus ini??
Nama Narwhal bukanlah gabungan daripada perkataan North dan Whale sebaliknya nama paus ini berasal daripada bahasa Norse Kuno yang bermaksud "Paus mayat"..Nama yang diberikan kepada binatang ini sememangnya sepadan dengan sifat mereka yang kebiasaannya tidak bergerak dipermukaan air dengan posisi perut menghadap ke atas dan warna kulit yang kelihatan kelabu pucat..

Apa fungsi Tanduk itu??
Tanduk yang mempunyai lebih 10 juta saraf ini berfungsi sebagai pengesan kualiti air laut untuk keselesaan hidup mereka disamping untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh..Selain penggunaan tanduk ini untuk mencari makanan,mereka juga menggunakannya untuk bercumbuan..(gila)

Daripada zaman pertengahan Eropah sehinggalah sekarang,binatang ini masih menjadi buruan ramai pemburu kerana dikatakan khasiat tanduk Narwhal ini sama sahaja dengan khasiat Tanduk Unicorn yang dikatakan sesuai untuk menawar racun ,bahan untuk menyihir dan pembawa kebahagian kepada si pemiliknya..Malah,mengikut harga pasaran.,harganya boleh mencecah USD5000..

Walau apapun yang terjadi,aku berharap nasib paus ini tidak semalang Platypus yang dikatakan hampir atau sememangnya sudah pupus..

Nota:Teringin pula nak mencari info tentang Platypus..



Alam Wakaka Komen Entri PKE (Showdown 2010)

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:57 PM

comments (11)

Filed Under: , ,

Adakah anda kenal dengan entri diatas??
Ini merupakan entri berkenaan Final Showdown 2010 yang memaparkan keputusan dan ulasan pertandingan tarian yang terhangat diMalaysia itu..Untuk pengetahuan anda.,PKE terus menulis entri ini sebaik sahaja tiba di rumah kira-kira jam 1.30pagi selepas menonton Final Showdown 2010 secara live di KL LIVE ...


Entri ini sememangnya mendapat perhatian ramai pihak diluar sana terutama para peminat Showdown 2010..Ada penyokong Giller Battle Crew,ada penyokong Wakaka Crew dan ada juga penyokong Floor Fever yang melawat blog ini..Masing-masing cuba meluahkan pandangan dan ulasan mereka berkenaan aksi Crew kesukaan mereka di pentas..Buat aku..Aku hanya mengulas pandangan secara peribadi mengenai aksi semua crew yang membuat persembahan secara terus dan tanpa selindung.,buat yang kalah aku ulas,yang menang turut begitu..Tapi tidak disangka-sangka,Alam Wakaka Crew turut membaca entri ini dan mengulasnya..Kita ikuti paparan berikut:


Hye Alam here..
tq so much for yr commented of the final Showdown 2010..

yup, xde siapa yg btul or salah dalam hal ini.
semua org ade pendapat n cara masing2 untuk menilai kelebihan serta kekurangan orang lain..
itu yg kita panggil sebagai manusia normal..

jus want to explain something, hope u dont mind.

You Are Welcome Alam..Blog Pejuang Kesenian Extreme merupakan sebuah blog bebas yang tidak menghalang sesiapapun mengomen di setiap entri yang terdapat di blog PKE termasuk Anonymous.Bagaimanapun pengulas masih terikat dengan syarat..Syarat yang cukup mudah dan tidak menyusahkan iaitu dengan cara menjaga bahasa dan tertib ketika mengulas..
Jadi disini alam akan memberikan ulasan berkenaan perkara-perkara yang terbabit dengan Wakaka Crew..Bagaimanapun PKE akan mengulas setiap komen yang diberikan..Teruskan pembacaan anda..

1. wakaka win is not bcause of me.
sebab bukan alam seorang yg menari atas pentas, tetapi semua wakaka memberi 100% tenaga n usaha utk sampai te tahap tertinggi Showdown.

::Memang benar apa yang Alam katakan..Showdown 2010 merupakan sebuah rancangan realiti TV yang mencari kumpulan-kumpulan tarian yang berbakat..Bukan perseorangan tapi berkumpulan...
::Berkenaan dengan Crew pula,memang benar bukan Alam seorang sahaja yang menari di atas pentas.,ahli-ahli yang lain juga turut memberi sumbangan untuk menjayakan persembahan..Tanpa mereka.,tidak mungkin Wakaka akan menjadi Johan..
::Tetapi ada sesuatu yang harus Alam ingat,sejauh mana sekalipun Alam ingin membuang populariti yang Alam kecapi ketika menjadi Juara So You Think You Can Dance dulu.,orang masih akan ingat.."Eh itu Alam,juara SYTUCD dulu"
::Maaflah jika ada pembaca blog ini yang berkata sedemikian..Tetapi bagi PKE,Wakaka Serius ketika membuat persembahan..Bayangkan PKE berada ditempat kalian semua.,sentiasa berada didalam tekanan untuk membuat persembahan terbaik setiap minggu..Ada ke masa nak buat persembahan main-main..
3.kenapa u guys pilih kami sebagai juara??sbb kitorg mcm sirkis?
asik buat drama n acrobatik??hmm.. pernah ke u guys tgk dancer lain buat stunt n acrobatic MENGIKUT RENTAK LAGU? question: ape maksud menari?? pergerakan mengikut rentak dan maksud sesuatu lagu. drama??kitorg xde baca skrip pon atas pentas. itu semua story lines, supaya korg bole paham dengan ape yg kitorg cuba sampaikan semasa menari.xkan kami nk jd robot utk lagu tema madagascar?? n klo wan, naz, joe n aie nak awak ganti tempat dorg jd binatang or pompuan atas stage n perform serta menari untuk 1 MALAYSIA TONTON, dengan kesihatan diri yg tidak tentu, AWAK NAK????

::PKE tidak akan sesekali menganggap kalian semua beraksi seperti Sarkas..Mungkin ada pengunjung Page Showdown 2010 di Facebook yang berkata sedemikian.,tetapi bukan PKE..Bagi PKE..,hanya ada dua jawapan..Persembahan anda Best.,atau persembahan anda hambar..itu sahaja.
::Berkenaan dengan Storyline pula.,kebanyakan storyline persembahan Wakaka memang jelas..Menari juga seperti memaparkan sebuah drama..Dan drama yang dipaparkan oleh Wakaka itu sampai kepada penonton..Dan seperti drama-drama yang lain juga..Ada yang best.,ada yang tidak....
Memang betul pun..dan kelain itulah yang menjadikan Wakaka berbeza..
Rasanya siapa yang mempertikai benda tu pasti kurang arif berkenaan dengan perkara ini..Ini kerana persembahan seperti ini kerap dilakukan oleh penari-penari lain..Sebagai contohnya kumpulan Diversity daripada UK..Cuba lihat Video ini.(Lihat)(cuma bezanya,dia tidak berpakaian wanita la)
Haha.,Betul-betul..Hal ini PKE sokong..
Maaflah ye..PKE tidak dapat mengulas mengenai perkara ini..Yang diulas pun hanya berdasarkan video sahaja..
Hahaha..No Comment

9. who is the real winner in this showdown??? GBC,FF or WAKAKA?
the answer is U.


Ya..Jawapannya ialah........................

Apapun,PKE mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi melawat blog ini..Segala salah silap yang menyebabkan Ahli-ahli Wakaka Crew terasa..PKE minta maaf ya..Ini pula sepatah dua kata daripada Alam.,

10. Conclusion, ALHAMDULILLAH KEPADA ALLAH KERANA WAKAKA BERJAYA KE PERINGKAT TERTINGGI N MEMENANGI SHOWDOWN WLAUPON KAMI TAU KAMI TIDAK LAYAK UTK MASUK AUDITION. TERIMA KASIH KEPADA FAMILI2, SAUDARA MARA, RAKAN2 SEPERJUANGAN, MEREKA YG MENYOKONG SERTA MEMBENCI KAMI, MEREKA YG SANGGUP MENGHABISKAN KREDIT UNTUK WAKAKA SERTA MEREKA YG MENYUMPAH N MENGHINA SBB XSUKA WAKAKA, DAN JUGA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KERANA ANDA ADALAH ORG YG MENGEKALKAN SERTA MENBAWA INDUSTRI TARIAN INI KE MASA HADAPAN...

SALAM DARI ALAM WAKAKA


Nota:Kepada sesiapa yang ingin membaca komen ini versi original,anda boleh lihat di

Cara Download Video dari Facebook

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:45 PM

comments (2)

Filed Under: ,

Jom Download video dari Facebook..huhu
Sudah pasti anda sekalian sudah mengetahui cara untuk mendownload video dari Youtube..Rasanya,caranya lebih senang..Mana tidaknya,apa yang anda perlu lakukan untuk mendownload video dari Youtube hanyalah dengan mengopy Url video tersebut dan pastekan ditempat yang disediakan..Rasanya jika memerlukan Software untuk mendownload video dari Youtube,anda boleh Downloadnya disini(Klik Sini)

Sibuk je cerita pasal Youtube..haha
Kita abaikan cerita berkenaan dengan Youtube..
Sekarang anda semua berada di Segmen bersama Facebook dimana PKE akan mengajarkan kepada anda cara-cara untuk mendownload video dari sana dengan pantas dan tangkas..
Berbalik kepada keperluan.,PKE memohon maaf ye kepada semua orang kerana apa yang PKE ingin tujukan ini hanya untuk pengguna Firefox sahaja pasal yang bakal korang download ni pun merupakan Plugin Firefox..hi

Sebelum memulakan pelajaran kita pada hari ini,semua murid mesti duduk diam dan senyap ye..

Ehem..ehem..(berdehem sekejap)..

Ok..Langkah kita yang pertama untuk kemajuan pada hari ini ialah dengan mendownload Plug in ini..Senang sahaja,apa yang anda perlu ialah dengan menekan butang dibawah..

Selepas selesai menginstall plug In terbabit,anda pasti akan diminta untuk restart balik browser anda..Lakukan sahaja apa yang disuruhnya..(kan tak ikut kira derhaka pulak)

Kemudian anda Login ke akaun Facebook anda dan cuba mendownload video yang berada diFacebook(Pasti video tersebut pure upload dari Facebook,kalau link memang tak mujarab)..
sebagai contohnya,anda bersiar-siar atau dalam erti kata lain merayap-rayap ke Wall rakan-rakan,tiba-tiba anda mendapati ada satu video menarik di wall beliau..Rugi kalau tak download ni..Tapi nak buat macam mana ye..

Alah..,buat-buat tak nampak pulak..Butang Download akan kelihatan dibahagian bawah video tersebut selepas anda mendownload Plug in ini..tak caye tengok..

Kelihatan dengan jelas seperti diatas


Butang Download Juga akan kelihatan disebelah Tepi atau bawah video jika anda pergi menonton video tersebut di galerinya...Jika paparan diatas tidak jelas.,anda boleh melakukan sesuatu untuk menyebabkan gambar tu besar..(Klik la)Jadi apa tunggu lagi..Download je..Bukan susah pun..

Selesai

Nota:Cuba la test..Mesti seronok..hoho...
Selamat mencuba kepada semua..
(Ingat nak download Video di Facebook susah macam jawab soalan SPM ke..Hi)

Pesanan Buat Umat Islam

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:23 PM

comments (8)

Filed Under: , ,


Kala aku pening untuk mengingatkan balik peristiwa yang lepas untuk sambungan Cerita Lelaki misteri di Gunung Ledang 2 yang masih belum siap walaupun mendapat permintaan yang baik punye.,,tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu link yang menarik perhatian untuk dibaca di laman Facebook aku..Memang betul2 menarik perhatian walaupun jika dilihat sekali imbas seperti biasa sahaja..Selepas aku mengklik link tersebut..

klik..(buat bunyi klik sikit)..hihi

Terpamparlah satu artikel yang sangat panjang yang ditulis di laman forum Dinar Emas menceritakan tentang pengalaman seorang penulis(penulis threat tersebut) berbual bersama dengan paderi yang alim..
Ketika pada dasarnya penulis hanya sekadar melihat keanehan paderi terbabit disebuah gereja,mereka terus memulakan perbualan setelah didapati yang mereka sebenarnya berjiran..

Namun apa yang diceritakan oleh paderi tersebut pasti akan menyebabkan meremang bulu roma anda..anda pasti akan berfikir sejenak berapa besar dan berapa banyak iman yang anda lakukan.,berapa lama dan berapa dalam anda mendalami ilmu agama..
Berapa bijak musuh kita yang sentiasa berusaha untuk menjahanamkan umat islam,berapa dahsyatya kebolehan dan pemikiran mereka sehingga mampu merancang perancangan yang begitu hebat sehingga tidak disedari oleh umat manusia itu sendiri kursusnya umat Islam..Disaat itulah anda pasti akan teringat akan rukun Islam yang pertama..

Sesungguhnya anda akan menginsafi segala kesalahan yang lalu..Disaat itu anda akan tersedar,disaat anda terleka dengan hiburan yang mengasyikkan,disaat itulah Musuh Islam sedang bergerak secara senyap untuk menghancurkan agama yang maha suci ini..Baik Freemason,mahupun New World Order,itu semua hanya mainan yang dipergunakan mereka untuk mengalis pandangan kita dari kenyataan sebenar..

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbualan paderi dan lelaki yang beragama Islam ini,silalah anda membaca..Tapi amaran kepada anda,membaca biar Ikhlas,Jika rasakan tidak berkesempatan untuk membacanya,abaikan..Mungkin jika ada masa yang terluang,anda boleh membacanya..Ini kerana untuk membaca artikel ini sehingga habis memerlukan masa kira-kira 1 jam..

Cuma satu yang ingin aku katakan disini..
Sama ada ia benar atau dusta
wallahualam bissawab
Namun yang pasti,perkara ini mungkin dapat memberi kesedaran kepada kita
tentang pentingnya petunjuk..
Walau apapun yang dikatakan mereka..
Kita Jadikan Al-Quran sebagai bimbingan..
Kerana tuhan menjanjikan yang Al-Quran akan tetap terpelihara sehingga la ke hari kiamat..


Jika anda rasakan cerita ini terpesong..Abaikan..
dan berikan pendapat anda diruangan komen entri ini..

Mula Membaca

Nota:Aku sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik forum ini..Saje nak berkongsi bahan bacaan yang berguna untuk dibuat penyelidikan..Apapun terima kasih kepada shaffiq kerana memperkenalkan link ini kepada aku..
(Masih memikir sambungan lelaki misteri diGunung Ledang)

Update:Diharapkan anda hanya menjadikan bahan bacaan ini sebagai bahan pengetahuan sahaja dan anda tidak terlalu taksub dengan cerita- cerita ini..Ianya hanya sekadar memperluaskan pandangan dan penyelidikan kita dalam mencapai sasaran ilmu yang tertinggi sahaja..Seperti mana yang dikatakan saudara Faiz di ruangan komen ini,ini dari sumber yang tidak pasti..Yang baik kita ambil,yang buruk kita tinggalkan..(Jangan jadi macam e-mel yang tersebar pasal Hitler tu sudah la..Tu semua bohong belaka)


Kontroversi Showdown 2010 Yang Patut Anda Ketahui..

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:39 PM

comments (6)

Filed Under: ,

Selepas 5 hari Showdown 2010 berlalu ketika entri ini ditulis,pertandingan ini boleh dikatakan rumah siap pahat berbunyi..Masih banyak lagi fan-fan yang berbalah sesama sendiri menyatakan Crew ini patut menang dan Crew ini pula patut menang..Walhal perkara ini sememangnya sudah diketahui umum yang pertandingan sudah berakhir dan juara milih Wakaka Crew..

Dan sudah semestinya laman yang menjadi sasaran ialah Showdown 2010 Home page di laman web 8TV,Laman Fan 8TV Showdown 2010 di Facebook ,laman-laman Crew yang bertanding dan juga tidak terkecuali,di Wall para ahli kepada crew yang terlibat..

Kenapa perkara ini memberikan impak yang besar kepada para peminatnya??

Perkara ini menjadi tidak keruan sejak beberapa hari lepas kerana bermula di aksi Final Showdown 2010,8TV telahpun menetapkan bahawa kemenangan para Crew ditentukan hasil undian para penonton yang akan memilih diantara 3 crew ini untuk bergelar Johan..Bagi mereka,sikap TV8 yang lebih ingin mengaut keuntungan itu membunuh crew yang dirasakan lebih layak untuk menang..Tapi bagi pendapat aku,kita seharusnya menerima kenyataan ini kerana 8Tv merupakan penganjur kepada rancangan ni..Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mereka (8TV) mengaut keuntungan setelah menyedari yang Showdown 2010 memberi impak yang sangat besar kepada para peminatnya..

Berbalik kepada perbalahan.,setelah kontroversi yang melibatkan Kinobu dan salah seorang ahli Wakaka crew telah berlalu.,timbul pula kontoversi dimana salah seorang Juri pada malam itu pula memberikan pandangan beliau secara peribadi dan tanpa rasa selindung tentang kemenangan yang sepatutnya..Juri yang dimaksudkan ialah B-Boy Choko,seorang Breakdancer dari Taiwan..

Soalan ini diajukan oleh salah seorang facebooker..

Dan soalan ini pula merupakan soalan yang sama tapi ditanya dengan cara yang berlainan(dan orang yang berlainan juga..hi)

Jadi disebabkan komen inilah mereka masih berbalah dan menyebabkan perbalahan ini semakin berpanjangan walaupun Showdown telah tamat atau dalam erti kata lain sudah habis..

Walau bagaimanapun,ada mesej yang akuingin disampaikan disini.Sememangnya Showdown sudah lama berlalu dan biarkan ia berlalu..Kepada yang menang tahniah diucapkan dan kepada yang kalah,mungkin bukan rezeki mereka..
Jadi,kepada semua penyokong crew-cre penari terutama penyokong Wakaka Crew dan Giller Battle Crew.,lupakanlah sahaja apa yang berlaku dan kita tunggu Showdown 2011 pula..Yeah.

Cuba jadi macam Floor Fever,Cool je..

Nota:Aku nak tahu perkembangan terkini terkini Wakaka Crew,Giller Battle Crew dan Floor Fever..Pasti tengah sibuk mengadakan persembahan luar..Good Luck untuk korang..

Jika ingin membaca ulasan di Final terbabit,anda boleh klik disini

5 Fakta Google Yang Jarang Diketahui

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:24 PM

comments (16)

Filed Under: , ,

Cerita Lagi pasal Google...haha
Setelah meletop trafik blog aku sehingga mencecah ratusan visiter dalam sehari selepas Final Showdown 2010,aku ingin menukar topik ke benda paling best pulak..Fakta tentang Google yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia..Fakta yang sangat best untuk dibaca..

1.Seperti mana yang anda sedia maklum,nama Google diambil daripada istilah matematik Googol yang bermaksud nombor yang sangat besar dimana istilah ini diberi oleh Milton Sirotta.,anak saudara kepada pakar matematik terkenal iaitu Edward Kasner..Dari Googol itulah berasalnya nama Google

Betul ke Fakta ni??

Haha.,mengikut kata daripada mereka yang terlibat pada awal kemunculan Google pula,mereka menyatakan bahawa sebenarnya perkataan Google berasal daripada perkataan "Go Girl".,dimana Sergey Brin di suatu masa mendapat idea tersebut ketika menonton rancangan pasukan sorak (Cheerleader) yang menjerit Go Girl!! Go Girl!! (gogel)..
Cerita ini disokong oleh 2 fakta..Antaranya ialah::

1. Sergey Brin amat minat untuk menonton persembahan pasukan sorak
2.Google juga telah menaja ahli pasukan sorak dengan meletakkan logo Google di kous para penyorak..

Kenapa mereka perlu membuat cerita palsu yang lebih masuk akal ini??

Kerana cerita berkenaan Go Girl!! tu tidak sesuai untuk syarikat yang bakal bergelar perusahaan yang sedang membangun..


2.Mungkin anda kenal Dennis Hwang sebagai pencipta Doodles buat Google..Tahukah dimana logo itu tersimpan selepas digunakan..Semua logo khas yang pernah digunakan di laman utama Google telah tersimpan di Muzium Online Google yang beralamatkan
http://www.google.com/logos/..Cuba anda melawat ke laman web ini..Mesti banyak Doodles yang menarik yang disimpan dari tahun 1998..


3.Pencipta Google iaitu Larry Page dan Sergey Brin hanya bergajikan USD 1 sahaja di syarikat Google..Dan menurut Associated Press yang melaporkan pada tahun 2006,walaupun mereka hanya bergajikan USD1 sahaja,mereka masih mendapat imbuhan dalam bentuk lain yang tidak kurang lumayannya..(dah agak dah,tak mungkin senang2 je nak gaji USD1)


4.Pada tahun 2002,servis Google telah disediakan dalam 72 bahasa dunia..(sekarang 119).,Tahukah anda pada tahun 2002 juga bahasa Klingon teah dimasukkan ke dalam servis Google..Jikalau anda ingin tahu,bahasa Klingan ialah bahasa alien yang telah digunakan didalam siri Star Trek..

5.Pada tahun 2006.,perkataan "Google" telah didaftar masuk kedalam kamus merriam Webster Collegiate Dictionary dan Oxford English Dictionary sebagai satu kosa kata dalam bahasa Inggeris .Pada ketika itu,"Google" dikategorikan sebagai satu kata kerja yang bererti "menggunakan seach Engine Google bagi mendapatkan maklumat diinternet"(bilalah nak dimasukkan dalam kamus bahasa Malaysia pulak)

Jika hendak diikutkan,banyak fakta yang dikeluarkan oleh blogger lain yang dapat kita saksikan diinternet..Tapi mungkin ini fakta yang mungkin jarang anda temui di internet ..

Nota:Ingat nak tulis pasal keburukan Google menguasai internet..Tapi malas la pulak..Lain kali je la..

Final Showdown 2010 Result

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:08 AM

comments (13)

Filed Under: , , ,


Persembahan yang mengasyikkan dan meletup..Itulah yang mampu dikatakan oleh aku berkenaan dengan persembahan akhir Showdown 2010 yang berlangsung di KL Life..Kiranya tidak sia-sia aku bergerak dari Muar hingga ke Kuala Lumpur(sampai kira2 pukul 7pm) kerana persembahan yang disajikan oleh mereka sangat menarik..

Rasanya semua yang membaca entri ini tentu sudah mengetahui keputusan Final Showdown 2010 ini dimana pemenang bagi edisi tahun ini dimenangi oleh Wakaka Crew...Tahniah diucapkan kepada mereka..Dan kepada Floor Fever dan Giller Battle Crew,anda sebenarnya pemenang dihati peminat..Mungkin bukan rezeki bagi anda..


menceritakan tentang pengalaman aku disana,aku merupakan insan-insan yang berada dibarisan hadapan ketika persembahan..(haha).,Jadi segala persembahan yang ada didepan mata aku ini dapat dilihat dengan jelas sekali..

Seperti biasalah sebelum persembahan Hafiz akan memperkenalkan kepada kita juri-juri yang akan mengadili pertandingan yang berlangsung,namun pada kali ini,aku amat terkejut kerana ketika selesai memperkenalkan juri kepada para penonton,beliau mengatakan pada aksi final ini,keputusan pertandingan 100% terletak di tangan penonton..Masa tu aku dah berkata didalam hati.(Sah2 dah tahu siapa pemenangnya)..

Bukan aku ingin mengutuk atau apa.,tapi penonton memang tidak layak menjadi juri..Asal anda membuat sedikit gempak yang penonton tidak pernah melihat,mereka pasti mengatakan yang anda hebat padahal sesuatu rutin itu merupakan benda yang biasa sahaja..Itu sememangnya perkara yang tidak memuaskan hati aku..Jadi tugas juri pada hari itu,hanya penyeri majlis sahaja..

Kita tinggalkan aturcara majlis kerana mungkin anda sudah menonton persembahan mereka di Televisyen mahupun secara online,apa yang aku ingin ulaskan adalah berkenaan persembahan::

::Wakaka Crew::

daripada pemerhatian kedua-dua persembahan mereka,banyak dilihat yang mereka melakukan persembahan akrobatik..nampak seperti bukan sebuah tarian..walaupun ia berjaya memikat hati peminat mereka,namun bagi aku,ia cuma persembahan yang biasa sahaja..Aku menilai kepada tarian yang menarik,bukan aksi akrobatik yang pelbagai..Namun persembahan pertama mereka amat menarik,membawa masuk penari latar bagi memperkuatkan persembahan..

::Floor Fever::

Persembahan mereka tidak pernah mengecewakan.,kedua-dua persembahan amat baik..Aku sukakan persembahan yang kedua dimana mereka-mereka yang memainkan alat-alat muzik percussion dan simbol menjadi muzik latar bagi persembahan Floor Fever..Ketika aku berada disana..kedengaran agak grand dan bergaya..bagus habis..

::Giller Battle Crew::
Persembahan yang pertama bagi aku cuma persembahan yang biasa sahaja..namun bagi persembahan yang kedua..fuh,meremang siut bulu roma..Dengan pemilihan lagu yang baik dan aksi yang dipamerkan,gempak habis..Tahukah anda ketika persembahan yang kedua,mereka berjaya membuat penonton dan juri berwajah pucat apabila berpura-pura injurt..Malah,mereka dengan wajah selamba dan real berpura-pura menuju ke arah kameraman dan menyuruh rakaman dihentikan..memang kena tipu habis,tu yang menyebabkan ia gempak..Namun sayang,persembahan itu dirasakan terlalu singkat..

Selepas semua persembahan selesai,tibalah masa penyingkiran dimana hanya dua crew sahaja yang layak untuk bertanding di pusingan terakhir iaitu pusingan battle dimana pemilihan pemenang ditentukan melalui battle sesama mereka..jadi ketika ini,Floor Fever tersingkir daripada pertandingan..Inilah part yang paling aku tidak suka jika menggunakan sms sebagai juri,,

Dipusingan battle pula menemukan Giller battle Crew Vs Wakaka Crew..Battle ini boleh tahan juga saingan sesama mereka..Tapi ada beberapa perkara yang boleh dikatakan tidak seronok untuk didengar..Antaranya::nya::

Ada diantara mereka yang melanggar peraturan battle sehingga menyebabkan kecederaan kepada Kinobu..(Itu aku kurang pasti pasal tak perasan masa tu,tau2 kena angkut lepas battle)..
Tapi rasanya salah Konobu kot masuk masa crew wakaka buat Spin..(melalui video la)

Namun setelah habis battle, telah diumumkan bahawa Wakaka Crew telah diangkat sebagai Johan kepada pertandingan edisi sulong ini..jadi sekali lagi aku ingin mengucapkan tahniah kepada mereka..

Nota:Ada benda aku aku tak puas hati disini..berkenaan sound system..Teruk habis..Lagi2 ketika tomok menyanyi..Seharusnya perkara ini dibaiki pada masa akan datang..
Dan satu lagi berkenaan sesetengah penyokong Giller Battle Crew.,aku benci dengan perangai mereka kerana mengboo Wakaka Crew..Nampaklah juga dari riak wajah Wakaka yang seperti merasa malu sikit akibat diboo.,tapi diorang steady je..Sepatutnya mereka(para penyokong) menunjukkanlah sikap matang sikit..tunjukkan sikap hormat sesama sendiri..baru hidup akan diberkati..hahaha(tak masal)Tapi setelah Wakaka diumumkan sebagai pemenang,terdiam diorang..(Aku datang sebagai penyokong Giller battle Crew,jadi sikap mereka memalukan aku)

Hadiah yang aku dapat disana...haha

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menonton secara langsung pertandingan ini,anda boleh melayari laman web 8TV untuk menonton siaran ulangannya..
Showdown 2010

Kredit:Terima kasih diucapkan kepada En Kumaraguru kerana sudi berkongsi gambar yang beliau ambil ketika disana.Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar,sila layari laman Forum Rentak Sejuta..Banyak gambar cantik yang dipamerkan disana..

8TV Final Showdown 2010 Malaysia

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:40 PM

comments (13)

Filed Under: ,

Pejam celik Pejam celik akhirnya sudah tiba ke Final..
Daripada kita semua melayan Waka Waka ehh ehh (world cup) ke Wakaka Crew (Showdown 2010) pulak..haha

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada anda rancangan Televisyen berbentuk realiti tv ini yang semakin menambah hati rakyat Malaysia dengan kelincahan para pesertanya menari dan menunjukkan bakat masing-masing..Showdown 2010.,Rancangan pencarian crew tarian yang mencari sesiapa yang mempunyai bakat tarian yang terpendam dan menakjubkan. .

Tanpa disangka-sangka,pada hari rabu,14HB Julai 2010 ini merupakan tarikh keramat kepada semua peserta rancangan realiti TV Showdown 2010 ini dimana mereka bakal berentap untuk bergelar Johan sekaligus mengakhiri perjuangan mereka selama berada didalam rancangan yang penuh bergaya dan gempak ini..Kita yang sentiasa ternanti-nanti dengan aksi anak muda ini pastinya tidak sabar untuk disajikan aksi meletup mereka di Final nanti..Dan sudah semestinya mereka juga pasti melakukan aksi yang terbaik dan tergrand yang mampu dilakukan mereka buat kali terakhir..bab kata budak muda zaman sekarang.,
'wa nak kasi habis ini cerita'..haha

Daripada 12 turun kepada 3 crew..Yang manakah pilihan anda daripada 3 ini..
Floor fever Crew
Wakaka Crew
Giler Battle Crew
Sudah semestinya anda mempunyai alasan yang tersendiri untuk memilih crew pilihan anda..Apapun jom kita usha Kebarangkalian untuk menang di final ini sekaligus mengenggam gelaran Johan yang Sulung..

Giler Battle Crew

Crew yang sentiasa memaparkan aksi yang energetik dengan gaya B-Boy yang sulit ini sememangnya terkenal dengan aksi mereka yang bersahaja.Daripada awal kemunculan mereka di Top 12 hinggalah ke Top 3 ,persembahan yang dilakukan mereka jarang menghampakan penonton..Malah crew ini sememangnya menepati ramalan aku untuk masuk ke Final..

Positif:Daripada pengamatan aku,tenaga yang dimiliki mereka merupakan kekuatan.Tidak ada kekuatan itu,jangan sesiapa berani panggil group ini sebagai "Giler Battle Crew"..haha
Negatif:Pada pengamatan aku,group ni kadang-kala agak kurang kreatif dalam mempersembahkan satu tarian mengikut tema..Ada kalanya gaya tarian hampir sama setiap minggu dan kurang kekemasan dalam koreografi..

Apa yang aku cakap ini (Negatif) bukanlah melibatkan semua persembahan mereka.,sebaliknya hanya sesetengah persembahan sahaja..Lagipun aku pernah tengok persembahan mereka yang bagi aku agak kreatif dan mantap..Nak tau,cuba tengok persembahan mereka di Showdown 2010 Episod 15..Part yang paling aku suka..

Wakaka Crew
Crew yang dirasakan paling popular dikalangan 3 crew ini..Diketuai oleh Alam(Juara so You Think You Can dance).,kehebatan mereka juga tidak dapat diragui lagi..Sentiasa memaparkan aksi yang unik dan bersahaja..Berani untuk mencuba sesuatu yang baru..

Positif:Crew ini agak berani dari minggu ke minggu dengan percubaan berani mencuba pelbagai jenis tema tarian..Selain itu,kekangan masa dan tekanan tidak membantutkan kreativiti mereka..

Negatif:Populariti kadang kala boleh membunuh..Jadi berhati-hatilah..Group ini juga adakalanya tidak dapat lari daripada persembahan berkumpulan yang bersepah..Tapi taklah teruk manapun..

Aku harap group di mengekalkan tahap konsisten persembahan mereka jika ingin menjadi juara..Dapat juga tengok wakil Muar masuk Final..hahah

Floor Fever Crew
Satu-satunya kumpulan yang mempunyai ahli wanita yang berjaya masuk ke final tidak lain dan tidak bukan Floor Fever Crew..Bagi aku group ini sememangnya terbaik dari segi persembahan..Wa cakap sama lu..Bukan pasal ada perempuan cantik ye..

Positif:bagi aku Floor Fever Crew ini menampilkan kelainan setiap minggu dengan persembahan yang memukau..Malahan mereka sentiasa datang dengan Idea/corak persembahan yang baru..Sangat Kreatif..Dan yang bagusnya dalam crew ini.,mereka sentiasa menampilkan persembahan yang bertenaga..Malahan lelaki dan perempuan seperti tidak mempunyai perbezaan tahap energynya...Tahniah..

Negatif:Crew ini sentiasa berada di kedudukan botton 4 or 2...Kedudukan yang agak merisaukan juga..Walau bagaimanapun,aku mengsyaki yang sebenarnya mungkin peminat sengaja tidak menggundi mereka..Kerana ingin melihat aksi mereka di Battle..(Kuang ajo punye peminat)..haha
Terus terang aku katakan,aksi mereka sememangnya menarik ketika itu..Nampak kematangan mereka menari berdasarkan pengalaman yang sedia ada..

Download Showdown 2010 Theme Song

Apapun apa yang aku ingin katakan disini,agak sukar meramalkan siapa yang bakal memenangi Showdown 2010 musim pertama ini..Walaupun ramai yang meramalkan yang Wakaka Crew bakal menggondol kejuaraan yang pertama,tapi takdir tuhan adalah segalanya..Kala rasa susah sangat,minta tolong Paul The Octopus la..Minta sebelum aku jumpa dan goreng dia..haha


Padangan aku:
Jika korang inginkan pendapat aku,aku ingin mengatakan yang aku memilih Floor Fever sebagai Target utama crew yang bakal menjadi Juara..Berdasarkan kualiti dan bukannya publisiti..
Aku serius,kerana aku pencinta seni..Kepada semua yang membaca entri ini dan memilih crew lain..terpulanglah kepada anda..Lagipun antara 3 crew ini,salah satu menjadi pemenang,aku tumpang gembira kerana ketiga-tiga team ini merupakan Favourite aku sejak daripada Start ShowDown 2010..

Apa pula Crew pilihan anda??

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui keputusan pertandingan disamping ulasan di malam itu,sila klik sini
(Klik)
Jika anda ingin mengetahui mengenai kontroveri Showdown 2010 pula,sila tekan sini
(Klik)
dan kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan komen Alam wakaka Crew terhadap entri yang dihasilkan oleh PKE,sila klik disini
(Klik)

Google Nak Nenek dan Atok kita Guna Video Chat

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:18 PM

comments (0)

Filed Under: , ,

Kecelikan IT sememangnya menjadikan satu keperluan pada hari ini..Jadi sebagai satu strategi perniagaan.,google menyediakan satu servis percuma yang disediakan khas untuk semua lapisan masyarakat dan umur..

Semua lapisan umur???
Ye,semua lapisan umur...

Baru-baru ini Google telah melakukan kempen bagi menggalakkan Grandparents(Atok dan nenek kita) untuk menggunakan Video chat di Gmail..memang suatu kempen yang menarik,Google telah menyediakan video panduan bagi penggunaan tersebut..haha

Kiranya nanti bila atok aku dah pandai guna,boleh la aku video chat dengan atok..
Tak payah call lagi..Sayang atok..hahahah



Nota:Memang satu kesukaran untuk mengajar Atok dan Nenek aku menggunakannya..Alangkan nak ajar pakai 3G pun susah..,apapun,Aku akan terus mencuba..Adios..(Nenek aku Rock)


Prototaip Notebook Trasparent yang Gempak!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 7:34 AM

comments (9)

Filed Under: , ,

Jika hendak diikutkan,lappy ni merupakan gajet yang paling cool sekali yang mampu menarik perhatian sesiapa yang melihatnya.Notebook prototaip ini direka oleh Samsung dan menyediakan skrin paparan bersaiz 14 inci dan transparent(Trasnparent nak sebut dalam bahasa melayu ape ha..)..kira buleh nampak tembus la cam tu..

Menggunakan teknologi OLED (organic light emitting diode) dengan kadar tembusan cahaya di skrin kira-kira 40%,samsung berjaya menonjolkan teknologi yang canggih dan gah yang ditonjolkan dengan cara yang unik dan bergaya..Untuk pengetahuan anda semua,teknologi OLED ini semakin mendapat perhatian para pengusaha Notebook terutama syarikat Samsung dan Sony kerana selain memberi kemampuan kepada Notebook dari segi pencahayaan,penampilan gambar di skrin juga akan kelihatan lebih jelas..Penggunaan tenaga yang rendah dan menjimatkan juga bakal menjadi salah satu faktor yang kukuh untuk pelanggan memiliki gajet ini..

Jom kita Usha dengan lebih lanjut di video ini::




Nota:Ingat nak buat ulasan tentang Filem terbaru.,Twilight saga:Eclipse..Tapi entah la.,tak ada mood pulak..

Related Posts with Thumbnails