
Kala aku pening untuk mengingatkan balik peristiwa yang lepas untuk sambungan Cerita Lelaki misteri di Gunung Ledang 2 yang masih belum siap walaupun mendapat permintaan yang baik punye.,,tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu link yang menarik perhatian untuk dibaca di laman Facebook aku..Memang betul2 menarik perhatian walaupun jika dilihat sekali imbas seperti biasa sahaja..Selepas aku mengklik link tersebut..
klik..(buat bunyi klik sikit)..hihi
Terpamparlah satu artikel yang sangat panjang yang ditulis di laman forum Dinar Emas menceritakan tentang pengalaman seorang penulis(penulis threat tersebut) berbual bersama dengan paderi yang alim..
Ketika pada dasarnya penulis hanya sekadar melihat keanehan paderi terbabit disebuah gereja,mereka terus memulakan perbualan setelah didapati yang mereka sebenarnya berjiran..
Namun apa yang diceritakan oleh paderi tersebut pasti akan menyebabkan meremang bulu roma anda..anda pasti akan berfikir sejenak berapa besar dan berapa banyak iman yang anda lakukan.,berapa lama dan berapa dalam anda mendalami ilmu agama..
Berapa bijak musuh kita yang sentiasa berusaha untuk menjahanamkan umat islam,berapa dahsyatya kebolehan dan pemikiran mereka sehingga mampu merancang perancangan yang begitu hebat sehingga tidak disedari oleh umat manusia itu sendiri kursusnya umat Islam..Disaat itulah anda pasti akan teringat akan rukun Islam yang pertama..
Sesungguhnya anda akan menginsafi segala kesalahan yang lalu..Disaat itu anda akan tersedar,disaat anda terleka dengan hiburan yang mengasyikkan,disaat itulah Musuh Islam sedang bergerak secara senyap untuk menghancurkan agama yang maha suci ini..Baik Freemason,mahupun New World Order,itu semua hanya mainan yang dipergunakan mereka untuk mengalis pandangan kita dari kenyataan sebenar..
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbualan paderi dan lelaki yang beragama Islam ini,silalah anda membaca..Tapi amaran kepada anda,membaca biar Ikhlas,Jika rasakan tidak berkesempatan untuk membacanya,abaikan..Mungkin jika ada masa yang terluang,anda boleh membacanya..Ini kerana untuk membaca artikel ini sehingga habis memerlukan masa kira-kira 1 jam..
Cuma satu yang ingin aku katakan disini..
Sama ada ia benar atau dusta
wallahualam bissawab
Namun yang pasti,perkara ini mungkin dapat memberi kesedaran kepada kita
tentang pentingnya petunjuk..
Walau apapun yang dikatakan mereka..
Kita Jadikan Al-Quran sebagai bimbingan..
Kerana tuhan menjanjikan yang Al-Quran akan tetap terpelihara sehingga la ke hari kiamat..
(Masih memikir sambungan lelaki misteri diGunung Ledang)

Buat muka nak kena hentak
Sebenarnya benda yang menyebabkan aku marah sejak kebelakangan ini ialah mengenai hasrat mangkuk ni untuk kembali ke Malaysia..Kira kalau boleh nak mati kat malaysia la..
Dia pikir pasal mangkuk ni..Dia tak pikir pula..Pasal si Chin Peng ni berapa banyak yang terkorban.Nak aku aku beri statistik ke..
Boleh dikatakan semua orang tahu tentang kekejaman komunis.,malah sejarah tersebut telah dirungkaikan dalam buku teks sejarah tingkatan 3..Jadi apa lagi yang tak cukup..
- 1.Pada 6 Ogos 1945.,Amerika Syarikat telah mengebom Hiroshima dan pada tanggal 9 Ogos 1945 pula,Nagasaki pula menjadi mangsa..Akibatnya ,Jepun pada ketika itu menjajah Tanah melayu terpaksa menyerahkan semula pada British..Pada ketika itulah Komunis mengambil kesempatan kerana British masih belum sampai di tanah melayu akibat diusir ketika Jepun berkuasa..Inilah dinamakan menangguk di air yang keruh..
- 2.Boleh dikatakan juga yang komunis ni kebanyakan rakyat tempatan..Tu yang tak boleh bla(Kebanyakan cina,melayu pun ada tetapi dalam jumlah yang sikit)...
- 3.Kekejaman yang melampau...korang sume kan tau yang Bintang Tiga(Komunis la tu) hanya bekuasa selama berapa minggu sahaja..,tetapi kerosakan yang dilakukan umpama dajal
Orang Awam:2500 orang mati
Pasukan keselamatan:1865 orang mati
maklumat lebih lanjut,sila klik disini
Korang tahu tak berapa duit yang kerajaan persekutuan yang terpaksa dikeluarkan
RM203 juta (1953)
RM169 juta (1954)
Banyak tu beb...Klu buat pembangunan negara..,dah lama maju dah..

Pada ketika itu.,banyak wanita yang menjadi balu akibat kekejaman komunis..
ha...,aku baru teringat sesuatu..,Korang tak kan tak pernah baca novel ni..Kanang Cerita seorang Pahlawan..Tu kisah benar..Bace dari situ je dah tau macam mana peritnya pejuang dulu membanteras kekejaman komunis..

Kanang Cerita Seorang Pahlawan
Korang tak puas hati..Kanang masih hidup lagi beb..kalau tak caye jumpa la sendiri

Wajah terkini Pahlawan yang banyak berjasa ini..Kanang Anak Langkau
Aku cuma berharap..,kepada sesiapa yang cuba menghidupkan semangat komunisme dan cuba untuk membawa balik bekas pemimpin sialan ini..,henti2kan lah..Banyak keburukannya..
Keburukannya:
- 1.Menimbulkan ketidakpuasan hati bekas tentera yang ketika dahulu memerangi komunis demi mewujudkan keamanan didalam negara
- 2.Memecah belahkan perpaduan.
- 3.Membolehkan 13 mei berulang semula..Tak caye tengoklah..
Kepada semua blogger.,jika ingin mengeluarkan pendapat anda..,silalah meninggalkan komen anda pada artikal ini
Demi menaikkan semangat patriotik korang..aku harap korang tekan link ini


