Kontroversi Showdown 2010 Yang Patut Anda Ketahui..

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:39 PM

Filed Under: ,

Selepas 5 hari Showdown 2010 berlalu ketika entri ini ditulis,pertandingan ini boleh dikatakan rumah siap pahat berbunyi..Masih banyak lagi fan-fan yang berbalah sesama sendiri menyatakan Crew ini patut menang dan Crew ini pula patut menang..Walhal perkara ini sememangnya sudah diketahui umum yang pertandingan sudah berakhir dan juara milih Wakaka Crew..

Dan sudah semestinya laman yang menjadi sasaran ialah Showdown 2010 Home page di laman web 8TV,Laman Fan 8TV Showdown 2010 di Facebook ,laman-laman Crew yang bertanding dan juga tidak terkecuali,di Wall para ahli kepada crew yang terlibat..

Kenapa perkara ini memberikan impak yang besar kepada para peminatnya??

Perkara ini menjadi tidak keruan sejak beberapa hari lepas kerana bermula di aksi Final Showdown 2010,8TV telahpun menetapkan bahawa kemenangan para Crew ditentukan hasil undian para penonton yang akan memilih diantara 3 crew ini untuk bergelar Johan..Bagi mereka,sikap TV8 yang lebih ingin mengaut keuntungan itu membunuh crew yang dirasakan lebih layak untuk menang..Tapi bagi pendapat aku,kita seharusnya menerima kenyataan ini kerana 8Tv merupakan penganjur kepada rancangan ni..Mungkin inilah masa yang sesuai untuk mereka (8TV) mengaut keuntungan setelah menyedari yang Showdown 2010 memberi impak yang sangat besar kepada para peminatnya..

Berbalik kepada perbalahan.,setelah kontroversi yang melibatkan Kinobu dan salah seorang ahli Wakaka crew telah berlalu.,timbul pula kontoversi dimana salah seorang Juri pada malam itu pula memberikan pandangan beliau secara peribadi dan tanpa rasa selindung tentang kemenangan yang sepatutnya..Juri yang dimaksudkan ialah B-Boy Choko,seorang Breakdancer dari Taiwan..

Soalan ini diajukan oleh salah seorang facebooker..

Dan soalan ini pula merupakan soalan yang sama tapi ditanya dengan cara yang berlainan(dan orang yang berlainan juga..hi)

Jadi disebabkan komen inilah mereka masih berbalah dan menyebabkan perbalahan ini semakin berpanjangan walaupun Showdown telah tamat atau dalam erti kata lain sudah habis..

Walau bagaimanapun,ada mesej yang akuingin disampaikan disini.Sememangnya Showdown sudah lama berlalu dan biarkan ia berlalu..Kepada yang menang tahniah diucapkan dan kepada yang kalah,mungkin bukan rezeki mereka..
Jadi,kepada semua penyokong crew-cre penari terutama penyokong Wakaka Crew dan Giller Battle Crew.,lupakanlah sahaja apa yang berlaku dan kita tunggu Showdown 2011 pula..Yeah.

Cuba jadi macam Floor Fever,Cool je..

Nota:Aku nak tahu perkembangan terkini terkini Wakaka Crew,Giller Battle Crew dan Floor Fever..Pasti tengah sibuk mengadakan persembahan luar..Good Luck untuk korang..

Jika ingin membaca ulasan di Final terbabit,anda boleh klik disini

6 comments for this post

pasti ramai yang tak puas ati.. so far juri pun dah decide kan sape menang.. menang ke tak menang ke kalo group tue pandai nak survive kat dunia luar..

Posted on July 18, 2010 at 6:36 AM  

Tu la..
Keputusan muktamad..surat menyurat tidak dilayan..
E-mel bakal dipertimbangkan..hahaha

Posted on July 18, 2010 at 7:06 AM  

eh! wakaka crew menang ke? aku ingat lawan dia.. tp n buat mcm mne juri yg judges kan?

Posted on July 19, 2010 at 7:53 AM  

dia pakai sistem juri ke..elok pakai sms je akan datang..klau tak takdelah gado camni

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Teknologi Night Vision Pada Kereta Masa Kini"

Posted on July 19, 2010 at 9:40 PM  

Pasal dia pakai sistem sms la jadi macam ni..klu pakai juru yang profesional x de jadi cam ni..

Posted on July 19, 2010 at 10:00 PM  

guna sms laa tu... final 100% sms... guna alasan yg sama pihak penganjur bagi utk setiap pertandingan reality tv, walau penyanyi atau penari tu bagus skali pun, kejayaan mereka tetap bergantung pada peminat... peminat yg sanggup mengundi, adalah peminat yg dijangka sanggup beli cd or dvd artis yg dihasilkan melalui rancangan realiti terbabit...

Posted on July 21, 2010 at 1:42 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print