8TV Final Showdown 2010 Malaysia

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:40 PM

Filed Under: ,

Pejam celik Pejam celik akhirnya sudah tiba ke Final..
Daripada kita semua melayan Waka Waka ehh ehh (world cup) ke Wakaka Crew (Showdown 2010) pulak..haha

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada anda rancangan Televisyen berbentuk realiti tv ini yang semakin menambah hati rakyat Malaysia dengan kelincahan para pesertanya menari dan menunjukkan bakat masing-masing..Showdown 2010.,Rancangan pencarian crew tarian yang mencari sesiapa yang mempunyai bakat tarian yang terpendam dan menakjubkan. .

Tanpa disangka-sangka,pada hari rabu,14HB Julai 2010 ini merupakan tarikh keramat kepada semua peserta rancangan realiti TV Showdown 2010 ini dimana mereka bakal berentap untuk bergelar Johan sekaligus mengakhiri perjuangan mereka selama berada didalam rancangan yang penuh bergaya dan gempak ini..Kita yang sentiasa ternanti-nanti dengan aksi anak muda ini pastinya tidak sabar untuk disajikan aksi meletup mereka di Final nanti..Dan sudah semestinya mereka juga pasti melakukan aksi yang terbaik dan tergrand yang mampu dilakukan mereka buat kali terakhir..bab kata budak muda zaman sekarang.,
'wa nak kasi habis ini cerita'..haha

Daripada 12 turun kepada 3 crew..Yang manakah pilihan anda daripada 3 ini..
Floor fever Crew
Wakaka Crew
Giler Battle Crew
Sudah semestinya anda mempunyai alasan yang tersendiri untuk memilih crew pilihan anda..Apapun jom kita usha Kebarangkalian untuk menang di final ini sekaligus mengenggam gelaran Johan yang Sulung..

Giler Battle Crew

Crew yang sentiasa memaparkan aksi yang energetik dengan gaya B-Boy yang sulit ini sememangnya terkenal dengan aksi mereka yang bersahaja.Daripada awal kemunculan mereka di Top 12 hinggalah ke Top 3 ,persembahan yang dilakukan mereka jarang menghampakan penonton..Malah crew ini sememangnya menepati ramalan aku untuk masuk ke Final..

Positif:Daripada pengamatan aku,tenaga yang dimiliki mereka merupakan kekuatan.Tidak ada kekuatan itu,jangan sesiapa berani panggil group ini sebagai "Giler Battle Crew"..haha
Negatif:Pada pengamatan aku,group ni kadang-kala agak kurang kreatif dalam mempersembahkan satu tarian mengikut tema..Ada kalanya gaya tarian hampir sama setiap minggu dan kurang kekemasan dalam koreografi..

Apa yang aku cakap ini (Negatif) bukanlah melibatkan semua persembahan mereka.,sebaliknya hanya sesetengah persembahan sahaja..Lagipun aku pernah tengok persembahan mereka yang bagi aku agak kreatif dan mantap..Nak tau,cuba tengok persembahan mereka di Showdown 2010 Episod 15..Part yang paling aku suka..

Wakaka Crew
Crew yang dirasakan paling popular dikalangan 3 crew ini..Diketuai oleh Alam(Juara so You Think You Can dance).,kehebatan mereka juga tidak dapat diragui lagi..Sentiasa memaparkan aksi yang unik dan bersahaja..Berani untuk mencuba sesuatu yang baru..

Positif:Crew ini agak berani dari minggu ke minggu dengan percubaan berani mencuba pelbagai jenis tema tarian..Selain itu,kekangan masa dan tekanan tidak membantutkan kreativiti mereka..

Negatif:Populariti kadang kala boleh membunuh..Jadi berhati-hatilah..Group ini juga adakalanya tidak dapat lari daripada persembahan berkumpulan yang bersepah..Tapi taklah teruk manapun..

Aku harap group di mengekalkan tahap konsisten persembahan mereka jika ingin menjadi juara..Dapat juga tengok wakil Muar masuk Final..hahah

Floor Fever Crew
Satu-satunya kumpulan yang mempunyai ahli wanita yang berjaya masuk ke final tidak lain dan tidak bukan Floor Fever Crew..Bagi aku group ini sememangnya terbaik dari segi persembahan..Wa cakap sama lu..Bukan pasal ada perempuan cantik ye..

Positif:bagi aku Floor Fever Crew ini menampilkan kelainan setiap minggu dengan persembahan yang memukau..Malahan mereka sentiasa datang dengan Idea/corak persembahan yang baru..Sangat Kreatif..Dan yang bagusnya dalam crew ini.,mereka sentiasa menampilkan persembahan yang bertenaga..Malahan lelaki dan perempuan seperti tidak mempunyai perbezaan tahap energynya...Tahniah..

Negatif:Crew ini sentiasa berada di kedudukan botton 4 or 2...Kedudukan yang agak merisaukan juga..Walau bagaimanapun,aku mengsyaki yang sebenarnya mungkin peminat sengaja tidak menggundi mereka..Kerana ingin melihat aksi mereka di Battle..(Kuang ajo punye peminat)..haha
Terus terang aku katakan,aksi mereka sememangnya menarik ketika itu..Nampak kematangan mereka menari berdasarkan pengalaman yang sedia ada..

Download Showdown 2010 Theme Song

Apapun apa yang aku ingin katakan disini,agak sukar meramalkan siapa yang bakal memenangi Showdown 2010 musim pertama ini..Walaupun ramai yang meramalkan yang Wakaka Crew bakal menggondol kejuaraan yang pertama,tapi takdir tuhan adalah segalanya..Kala rasa susah sangat,minta tolong Paul The Octopus la..Minta sebelum aku jumpa dan goreng dia..haha


Padangan aku:
Jika korang inginkan pendapat aku,aku ingin mengatakan yang aku memilih Floor Fever sebagai Target utama crew yang bakal menjadi Juara..Berdasarkan kualiti dan bukannya publisiti..
Aku serius,kerana aku pencinta seni..Kepada semua yang membaca entri ini dan memilih crew lain..terpulanglah kepada anda..Lagipun antara 3 crew ini,salah satu menjadi pemenang,aku tumpang gembira kerana ketiga-tiga team ini merupakan Favourite aku sejak daripada Start ShowDown 2010..

Apa pula Crew pilihan anda??

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui keputusan pertandingan disamping ulasan di malam itu,sila klik sini
(Klik)
Jika anda ingin mengetahui mengenai kontroveri Showdown 2010 pula,sila tekan sini
(Klik)
dan kepada sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan komen Alam wakaka Crew terhadap entri yang dihasilkan oleh PKE,sila klik disini
(Klik)

13 comments for this post

unik tol nama kumpulan dia..wakaka krew..hehe

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Negara Jutawan Fakir Yang Sebenar"

Posted on July 12, 2010 at 5:00 PM  

Tau x pe..
apapun top 3 ni memang layak pergi Final..Diaorg sememangnya berbakat..

Posted on July 12, 2010 at 11:45 PM  

Tgok drpd trend semasa, Wakaka ada peluang cerah nak menang kot. Mungkin gak Floor Fever sbb diorg mmg da terkenal sebelum nih. Actually aku suka tgok HMC Phlow tp diorang da tersingkir.huhu

btw Showdown mmg best! wo0t!

Posted on July 13, 2010 at 12:13 AM  

nama kumpulan tu wakaka tiru world cup ke? gagaga



Aiz latest entry
Original waka waka bukan shakira laaa
Negara millionaire yang miskin
Trik iklan mangga Ad yang aiz guna
Kenapa blogger nak bersaing? haishh



ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

Posted on July 13, 2010 at 12:38 AM  

Aiz:tak ada la..memang nama dia macam tu..diorg ni klu nak diikutkan memang dah terkenal dah sebelum Showdown 2010..

dGEo:HMC Phlow tu juga sebenarnya berbakat..

Posted on July 13, 2010 at 12:51 AM  

wakaka krew boleh tahan tgk diaorang menari

Posted on July 13, 2010 at 2:50 PM  

aku root awal2 lagi for GBC aka Giller Battle Crew.. the dopest bboy Crew and who put Malaysia on the bboy Map.. Congrats to all crew yang dah capai top3.. battle with Respect and dun play play.. ^__^

Posted on July 14, 2010 at 4:04 AM  

betul ezone:
Buat pertama kalinya dalam pertandingan..,aku tak kisah sape pun yang benang antara 3 crew ini..
sebab diorg sememangnya layak..

Posted on July 14, 2010 at 6:39 AM  

cepat kan masa berlalu

Posted on July 14, 2010 at 11:48 AM  

x kesah sape2 yg menang...

wakaka crew it's stand for "walau aku kalah, aku kisah apa?"

hahaha

paul the octopos ramal apa pulak nie..

Posted on July 14, 2010 at 4:41 PM  

wah, best nama team wakaka team tu hahaha

Posted on July 14, 2010 at 5:15 PM  

hmmm.. layan.. tengs sebab entri ni dapat info sket, :)

Posted on July 16, 2010 at 1:06 PM  
Anonymous

I'm really enjoying the theme/design of your site. Do you ever run into any web browser compatibility issues? A small number of my blog visitors have complained about my blog not working correctly in Explorer but looks great in Chrome. Do you have any suggestions to help fix this issue?

My homepage: visit the next internet site

Posted on May 13, 2013 at 1:17 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print