Aku mendapat cerita ini ketika melayari facebook untuk mengupdate status disana..Terlihatlah sudah satu iklan yang mengatakan orang putih mampu berbahasa melayu diruangan sidebar sebelah kanan..Kira saje la melawat katakan..Hendak tahu juga.,apa yang menarik sangat tentang mereka..
Sebaik sahaja PKE mengklik iklan tersebut,terpapar page Belacan dan Paku..
Siapa mereka ini???
Kepada sesiapa yang tidak mengetahui,mereka ini sebenarnya berasal daripada USA..Belacan yang berasal daripada Utah dan Paku yang berasal daripada Arizona ini merupakan mereka-mereka yang terbabit didalam tugas sukarelawan di Bintulu,Sarawak sekitar tahun 2007..
Setelah menetap disini didalam tempoh tersebut,mereka berusaha untuk mempelajari Bahasa Melayu dan Bahasa Iban demi memudahkan komunikasi disana..Hasilnya,mereka mampu bertutur dengan baik..(walaupun agak pelat)
Oh lupa nak memperkenalkan mereka..Dua orang Mat Salleh ini menggunakan Nickname Belacan dan Paku..Tidak tahu dari mana asal usul nama ini.,tapi PKE amat terhibur dengan gelagat mereka..Yang belah kanan itu Belacan(yang berisi sikit) dan yang belah kiri itu Paku(kurus)..
Gambar mereka di Sarawak
Apapun.,perhatikan sahaja gelagat mereka yang menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri..(kononnya la)...hahah..Semoga anda terhibur..
Nota:Bangga dengan mereka kerana sudi mempelajari Bahasa Malaysia..walaupun penguasaan bahasa mereka masih berkeadaan memuaskan sahaja,tetapi sekurang-kurangnya mereka buat kita berbangga dengan bahasa kita...Jika anda berminat untuk melihat mereka dengan lebih dekat,anda boleh singgah sebentar di laman Facebook mereka ataupun Channel Youtube mereka..Selamat menonton..
Facebook Belacan dan Paku
Channel Youtube Belacan dan Paku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments for this post
bagus mat leh ni,..baru tadi aku heran tengok satu iklan kat TV yg cerita pasal kejayaan bisness 2 anak melayu, yg si laki ok je cakap melayu nya, yg pompuan tu cakap macam mat saleh baru belajar cakap melayu la pulak hahahah
Sporting ah diorang ni! ;)
Latest Updated From Me: Body Shop (Kedai Badan) ;)
hak hak.. klakar tul.. hei mat salleh... hei hei.. nasi lemak.. hei hei hei.. haha
Aiz latest entry
Ketika bercinta monyet waktu zaman persekolahan
thanks bro kongsi!
bangga jadi anak melayu:)
proud to be malaysian..;)
"Tutorial Kongsi atau Embed Video Facebook ke Blog"
Tq guys 4 da comment..
kahkahkahkah....ni baru betul lawak antarabangsa.....i like....!!!haha
mat salleh yang pandai baca jawi pon ada
suke2 :D
Sporting giler Mat Saleh dua orang ni haha
at least dorg ada usaha utk belajar bhsa lain.. hihi~
hehe...saya kenal ngan mereka dua ni..apa2pun sokong ;))tqtq
Aciapai...Kenal ke..saya jumpa mereka pun kat facebook je..
hahaha. bangge mat salleh pndai ckp melayu. smart r! :D
kelakar lah pulak..hehe
tapi smart la diorang, mampu blajar berbahasa malaysia..
dh like pages dorg...
he lawak...
tp best sgt bila org lain hrgai bhs kita. meh Budu n belacan, jd nak murid bhs melayu cikgu..hehe
hehe...boleh le.. kalau ko terjumpe mereka kt mne2 just tanye mereka kenal tak ngan sye..kalau mereka kte kenal, kenal la kot kalau tak..hurmm...(nak masak pucuk paku belacan la..keke)
hahaha. bagus gile dorg belajar bahasa Melayu! tabik aku!
ade juga usaha mereka berdua ni nk Belajar Bahasa Melayu.wlpun xberapa fasih.
Mereka ni pergi ke Malaysia Timur untuk berdakwah. Satu-satunya cara untuk berdakwah dengan efektif adalah dengan bertutur BM. Orang Asli kan cakap Iban/BM. Jadi, bila mereka belajar BM dengan lebih baik , bolehlah mereka dtg lagi ke sini untuk berdakwah. Tengoklah pakaian mereka. Sebijik macam Abang Mormon yang cuba mengconvertkan saya semasa saya bercuti d Melbourne. Nak bangga lagi ke, diaorg guna BM untuk tujuan berdakwah.
Oh ye, kalau nak tahu lebih lanjut mengenai agama mereka (Latter Day Saints) bolehlah google "missionary Mormon Malaysia". Saya terjumpa bahan menarik di sini: http://www.cumorah.com/index.php?target=missiology_articles&story_id=22
Kat bahagian terakhir: "Breakthroughs among the ethnic Malay population are still needed. Foreigners in West Malaysia can also help grow the Church and prepare for when Malays become more receptive to the Gospel. The Church may eventually experience greater success in missionary work among Malays who are already Christian."
Ya, mereka merancang utk mengkristiankan org Melayu! Nak berbangga lagi ke?
diorg ni orang mormon ! pendakwah mormon !
Mungkin anda para pembaca boleh membaca link ni..Bagi kesedaran kepada semua..
http://blog-pke.com/siapa-ben-bradshaw-a-k-a-gigi-putih