Melihat susuk-susuk gunung di muka bumi,.
kelihatan hijau dan berseri dengan megahnya berdiri seumpama seorang pahlawan yang gagah berani..
Itulah Gunung yang disanjungi oleh masyarakat kita,masyarakat Johor,tidak lain dan tidak bukan ialah Gunung Ledang.
Mengikut cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut mengenai keajaiban yang terdapat di Gunung Ledang,pastinya kita akan terdengar cerita yang mempunyai pelbagai versinya..Tapi yang pasti,Puteri Gunung Ledang tetap menjadi sebutan kerana puteri ini digambarkan mempunyai rupa paras yang cantik jelita yang memerintah rakyatnya disana..Jadi telanjor aku menceritakan tentang Gunung Ledang,biarlah aku menceritakan pula kepada anda pengalaman yang aku alami semasa melakukan ekspedisi ke di Gunung Ini..
Mengikut perancang yang sepatutnya,seharusnya kami semua berkumpul dan terus bergerak ke Gunung Ledang pada awal pagi kira-kira jam 7.30 ..Dan seperti biasalah masyarakat kita yang masih berpegang kepada semangat janji melayu,terlewatlah sudah..hihi..Jika hendak diikutkan,penat juga menunggu..Tapi apa nak buat,nama pun ekspedisi..Setelah puas menunggu ketibaan peserta-peserta yang masih belum sampai,kira-kira setengah jam kemudian, kami pun bertolak dari bandar Muar ke Gunung Ledang dengan menaiki bas ke Segamat bernombor 65 berjenama North South.(Jenama tak Top) ..haha....Untuk pengetahuan anda hanya 15 peserta sahaja yang menaiki bas kesana dan selebihnya menaiki motorsikal..
Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan seronok yang dirasakan menggelitik didalam jiwa ini..Apakah tidaknya,Ekspedisi ini merupakan ekspedisi persendirian yang pertama kali dianjurkan oleh aku dan Zahir secara bersama tanpa bantuan pihak yang lebih besar demi melepaskan kebosanan kitaorang dicuti sekolah ini..Malahan ,terpancar juga dari raut wajah setiap peserta perasaan teruja yang turut menjadikan suasana sangat menggembirakan ketika perjalanan..Dan seperti biasa.,aku dan Zahir melolong sepanjang perjalanan dari bandar Muar ke Ledang menyanyikan apa sahaja lagu yang bermain difikiran kami..(Ika tengok je)
Puas berada didalam bas,Kira-kira satu setengah jam perjalanan,kami pun tiba di lokasinya iaitu Di Gunung Ledang(Pintu A)..mengikut pada perancangan asalnya,kami sememangnya menempah pondok di kawasan Resort Pintu B pada 7,8,dan 9hb yang lalu,namun ekspidisi itu terpaksa dibatalkan diatas sebab-sebab yang tertentu.Mungkin teringinkan satu percutian yang menyeronokkan bagi mengisi masa lapang di cuti sekolah ,kami buat juga tempahan yang berikutnya dan berjaya menempah 3 buah kabin disana dengan harga Rm50 semalam dipintu A..(pintu B dah penuh)..Seperti biasalah,jika kita sebutkan tentang pintu A,sudah semestinya aktiviti utamanya ialah mandi manda..Jadi dengan sikap mereka yang agak kebudak-budakan,(padahal memang budak pun).,sampai sahaja disana,tanpa berfikir panjang,mereka pun menukar pakaian dan terjun ke kolam tersebut tanpa rasa bersalah..
Di sebalik hal ini,Aku dan Zahir pula mula mendaftar masuk di kaunter pendaftaran yang terletak di bangunan yang berhampiran dengan sungai .Disitu,kami menyelesaikan hal pembayaran deposit dan penyerahan kunci kabin..
Ketika aku memerhatikan keindahan alam yang menghijau ditemani bunyi-bunyian yang terhasil dari deseran air sungai yang mengalir,terganggu pula aku didalam keasyikan apabila melihat warna air sungai yang agak keruh..Tidak dapat dinafikan,mungkin disebabkan terlalu ramai pengunjung yang datang sejak pagi tadi menyebabkan air berwarna begitu.
Ahhh,Pedulikan semua itu..yang pasti selepas pendaftaran,aku dan Zahir terus bergegas ke kabin dan menukar pakaian untuk turut bersama mereka bersuka ria di bawah sana(perangai macam budak-budak betul)..
Selepas dia berkata sedemikian,dia terus bergerak lalu menuju ke atas Gunung meninggalkan kami disini yang berada didalam kebingungan sambil menoleh sesama sendiri dan bertanyakan didalam hati.,apa masalah mamat tu sampai menyuruh kami tunggu disini..
Setelah bosan menunggu kira-kira 5 minit,Zahir pun mencadangkan lebih elok jika mereka menunaikan solat Maghrib dahulu sementara aku dan Leman menjaga budak2 perempuan yang berada di kabin..Aku menganggokkan sahaja..
Kira-kira 2 minit selepas itu,mamat tadi pun sampai di depan kabin kami sambil bertanyakan dimana Zahir..
Mamat Tu:Mana budak yang aku suruh tunggu tadi?
(sambil menunjukkan mata yang bulat dan menakutkan,dah macam Joker dah aku tengok)
Aku:Dia pergi sembahyang bang..
Mamat Tu:OOoo..(sambil memandang dengan penuh curiga ke kabin kami)
Aku:Bang,boleh tau tak kenapa abang panggil zahir tadi..pasal tiba-tiba je kan..terkejut juga..
Mamat tu:tah ada la.,budak Zaman sekarang ni tak tahu buat-buat tahu..
Aku:..............(kebingungan)
Mamat Tu:Lain kali jaga mulut..
Aku:(Aku buat muka pelik)
(padahal aku baru bercakap dengan dia..lagipun aku tahu pantang larang bercakap didalam hutan)
mamat Tu:Besar badan ko.,ko ada berapa orang kat sini..(berkata-kata seperti nak bergaduh)
Aku:eh jangan macam tu bang..saya cuma tanye je...
Mamat Tu:Ko pergi tengok kat kabin 26 sekarang..
Aku:(lagi perasaan aku pelik)...ehhh
(Aku pergi juga ke kabin 26 dengan ditemani Rasyid)
Memang aku ada merasai sesuatu yang pelik dengan mamat tu.,kenapa dia tiba-tiba sahaja menyuruh aku pergi ke kabin 26????
Aku pun mendaki ke atas untuk pergi ke kabin itu..
Kebetulan pula didepan kabin 26 ialah kabin 15 dan kabin tersebut diduduki oleh abang yang bekerja sebagai Polis..
Aku:Asalamualaikum bang.,boleh tumpang tanya.,kabin belakang ni kabin 26 ada orang tak..
Abang tu:Waalaikumsalam.,eh kabin 26 tu tak de orang..kenapa tanye??
Aku:Tak de la.,tadi ada abang Ranjer tu dia suruh tengok kabin ni,tak tau la pasal apa pulak..
Abang Tu:brother tadi tu ke??
Aku:ha ye la.,
Abang tu:Eh.,dia bukan Ranjer tu
Aku terdiam..
Aku berfikir banyak kali sape agaknya gerangan mamat yang berani bajet macam ranjer tu..
Tapi buat masa ini aku lupakan dahulu hal ini..Aku bersama Rasyid pergi ke Kabin 26 tu dalam suasana yang agak mula gelap..
Aku meneliti kabin bernombor 26..Tak berani membuka pintu.,cuma memerhati dari luar keadaaan sekeliling kabin..Disaat itu,aku terpandang notis didepan pintu kabin tersebut.
"Dilarang memasak di dalam Kabin"
Aku menarik nafas lega setelah terasa saspen..mungkin brother tu marah agaknya aku memasang lilin didalam kabin..(aku ada pasang 2 batang lilin didalam kabin)..
Aku pun dengan perasaan tenang pun menuruni bukit dan balik semula ke kabin aku dibahagian bawah dan bertemu semula dengan mamat tersebut..
Aku:Bang,abang tak bagi kitaorang pasang lilin dalam kabin ke..klu tak bagi nanti saya padamkan..
Mamat Tu:Eh.,boleh la..dalam kabin tu ada mentol kecik.,boleh pasang..
Aku kemudian pergi ke kabin 3 dan memeriksa disetiap penjuru kabin tersebut bagi mencari mentol yang dikatakan..namun usaha aku itu hanya sia-sia..aku memanggil lagi abang tu..
Aku:Bang tak de pun..Mamat Tu:Oh..dulu ada..
(dia pun pergi ke kabin aku sambil menyuluh-yuluh lampu didalam kabin)
Dekat sini rupanya ko simpan benda ni(Dengan nada marah)...
Aku:Apa bang..(sambil aku memerhati didalam tu dan memijak seketul batu)
Mamat Tu:Besar badan ko.,sape nama?(sambil membuat muka bengis bertanyakan nama aku)
Aku:Mohd A**** Shah....
Mamat Tu:Bin...
AKu:Az**...
Mamat Tu:Bin...
Aku:Az**...(aku mengulangi buat kali kedua)
Kemudian dia memandang Leman yang berdiri dipintu kabin dengan wajah yang bengis umpama seorang Joker..
Mamat Tu:Tinggi kau berdiri,ko turun sekarang.
Leman:(tanpa sebarang bantahan,leman menurut perintah)
Mamat Tu:Dah ada kat sini mulut tu jaga,jangan sampai nanti berjumpa dengan rambut merebang tu..kau berani..
Aku:tak de la bang..
Mamat Tu:Kalau rasa berani jom kita pergi ke atas bukit sana climbing..kita tengok sape berani sape tak berani..
Aku:Tak de la bang..,tak beranilah saya..
(Aku terpinga-pinga pasal aku tak de cari gaduh dengan dia pun,tiba-tiba macam nak cari pasal dengan aku)
Mamat Tu:Jaga lain kali..ko bawak anak dara orang..apa-apa hal boleh la ko nikah..abis ramai macam ni tak kan semua ko nak nikah??
Aku:oo..ok bang,.,saya paham (pening pale)...
(dalam hati,apa kejadahnya brother ni.,jangan kata satu kabin.,sentuh tanpa sebab pun gua tak buat dengan dak2 pompuan.,adohyai)
Mamat Tu:Ha.,paham pun.,ingatkan tak paham-paham lagi..
Selepas berkata sedemikian.,mamat tadi terus keluar meninggalkan kawasan kabin..aku ingat dia ingin terus keluar meninggalkan kami..tetapi aku silap..dia berhenti di kawasan tangga di pintu masuk kawasan kabin sambil berkata-kata..Dia berhenti..Kemudian dia seperti bercakap dengan seseorang padahal disitu tiada orang..Aku dah pening kepala dengan Leman..
@Kejadian:Disurau@
Di tempat lain dimasa kejadian,Zahir,Mizan dan Daus menunaikan kewajiban mereka bersembahyang di surau berhampiran dengan pintu Masuk kawasan bermandi manda di Pintu A..Sesudah selesai mereka bersembahyang.,mereka bertiga pun bergerak pulang ke kabin dimana tempat kami berkumpul untuk memulakan aktiviti malam iaitu BBQ..Ketika mereka enak berlenggang berjalan pulang menuju ke kabin,pada ketika ini mereka ditahan oleh Mamat misteri tadi di persimpangan kantin(@tempat makan@whateva)..
Pada saat inilah Zahir disuruh mengikut dia kesuatu tempat manakala Mizan dan Daus disuruh pergi dari situ..Masing-masing berada didalam kebingungan..Namun mereka masih mengikut segala apa yang diperintahkan oleh Mamat tadi..Sebagai langkah berjaga-jaga,Daus dan Mizan tidak beredar terus ke Kabin sebaliknya mereka menunggu Zahir di tempat makan bersebelahan dengan tandas (bunyi macam hina tetapi itulah kenyataannya)..
Kisah Mizan dan Daus
Ketika Mizan danDaus diusir oleh lelaki tersebut daripada terus mengikuti dan menemani Zahir,seorang Mak Cik Misteri lalu disitu.,
Mak Cik:Kenapa tu dik?
Mizan:Entah la mak Cik,tiba-tiba je panggil..
Mak Cik:Bagus la tu belajar..
Mizan:Belajar ilmu baik tak apa cik,jangan ilmu tak elok sudahlah..
Mak Cik tu pun berlalu pergi begitu sahaja..
(Mak Cik ini merupakan watak sampingan yang tidak penting tetapi masih lagi memegang watak sebagai seorang yang misteri)
Kisah Zahir
Zahir yang ketika itu masih dalam kebingungan dan mempunyai perasaan berdebar-debar serta curiga tentang tujuan lelaki misteri itu memanggilnya memberanikan juga dirinya mengikut segala apa yang disuruh oleh lelaki tersebut..Sesampai sahaja mereka didepan Chalet lelaki misteri bernombor 333 itu,mereka pun berhenti...
Mamat Tu:Pergi kau dari sini,tak kan aku nak halau kau pakai lampu suluh lagi(berkata-kata pada sebatang pokok)
Zahir:(Terpingga-pingga kerana gelagat lelaki itu seperti menghalau seseorang yang mengikutnya dari tadi)
Pada ketika ini,,mereka berpandangan sesama sendiri..Seketika kemudian,Lelaki misteri itu pun duduk di depan tangga Chalet dimana dia menginap dan mengarahkan Zahir untuk duduk didepannya..
Ketika itu dia mengajukan soalan..
Lelaki itu:Err.,ada belajar silat??
Zahir:Tak ada..
Lelaki Itu:Belajar betul-betul ye,jangan nakal..awak itu istimewa..
Dalam keadaan terpingga-pingga Zahir berkata::
Zahir:Bang,saya ada buat salah ke,kalau ada saya minta maaf..
Lelaki Itu:tidak apa,Beta ampunkan..
Zahir:Beta????
Lelaki itu:Beta tu apa??
Zahir:Raja.. (Kemudian Zahir diam)
Lelaki Itu:Beta penjaga disini.,yang lain semua sudah tua..(sambil bangun)...Nak belajar..
Zahir:(dengan perasaan pelik,zahir mengangguk sahaja..)
Lelaki Itu:Ketuk pintu ini tiga kali kemudian bagi salam..
Zahir melakukan apa yang disuruhnya...dalam keadaan pelik..Kelihatan lelaki itu berpuas hati dengan apa yang diajarkan kepada Zahir.Lelaki itu berpesan supaya Zahir menjadikan apa yang diajar itu tadi sebagai amalan jika ingin memasuki sesebuah rumah..ketika itu juga beliau bertanya lagi..
Lelaki itu:Nak emas tak??
Zahir:Emas??????
Dia masuk seketika didalam Chaletnya dan keluar semula dengan menggengam sesuatu..Ketika itu,lelaki misteri ini berdiri tegak betul-betul dihadapan Zahir..
Lelaki Misteri itu:Awak ni masih teruna??
Zahir:Ma...masih..(tergagap-gagap)
Dia menghulurkan tangan yang menggenggam sesuatu kepada Zahir ...Zahir menerimanya..Ketika itu Zahir membuka tangannya yang menggenggam sesuatu itu secara perlahan-lahan dan apa yang dia dapati ialah.......
...Keris Emas...
Saiznya pulak agak kecil tapi sefahaman Zahir.,keris ini sememangnya sinonim dengan silat..
Dengan mengulang percakapan yang sama,lelaki itu berkata::
"Belajar rajin-rajin,jangan nakal,awak tu istimewa"
Setelah mengucapkan terima kasih,Zahir pun beredar dari situ dengan seribu satu pertanyaan didalam mindanya tentang motif lelaki itu..
***********************************************
Aku yang berada di kabin berasa gelisah memikirkan siapa sebenarnya lelaki itu..Apa salah kitaorang sampai dia macam tak puas hati je..Ketika aktiviti BBQ sudah dimulakan,Zahir,Mizan dan Daus pun sampai ke kabin..Belum sempat aku berkata apa,Zahir mengajak aku untuk masuk ke Kabin untuk berbincang mengenai perkara ini..
Pada ketika itu,aku,zahir,Mizan dan Daus pun menceritakan segala hal yang berlaku...Kami amat merasa curiga terhadap apa yang berlaku...Siapa gerangan sebenarnya lelaki misteri ini..Pada ketika itu,aku menjadi lebih terkejut setelah melihat keris kecil yang diberikan lelaki tersebut kepada Zahir..Pelbagai spekulasi yang dicipta oleh kami berkenaan hal ini...
Agak lama juga kami membincangkan hal ini dikabin.bukan apa,setelah kejadian Maghrib tadi,kami amat risaukan keselamatan budak-budak yang menyertai ekspedisi ini.Takut kejadian yang tidak dingini berlaku dikemudian masa..Apapun setelah puas berbincang,kami keluar daripada kabin dengan harapan perkara ini dirahsia daripada pengetahuan peserta lain..Agak terserlah dari raut wajah Ruby yang dia kelihatan agak geram(Mungkin marah) dengan aku pasal dia merasai yang aku seperti menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan dia..Sama juga dengan Ika dan Ita...Aku buat bodoh je..,
Aku tidak berapa pasti siapa yang memberitahu Ika dan Ruby.,tetapi yang pasti,kira-kira 5 minit selepas perjumpaan pertama didalam kabin.,aku,Zahir dan Leman masuk semula didalam Kabin untuk membincangkan mengenai perkara ini..
Ketika tengah sibuk berbincang,Ika dan Ruby pun masuk sekali..(sah dia dah tau)..mereka duduk di pintu depan kabin..Pada ketika itu,Ika menasihatkan Zahir supaya memulangkan keris tersebut kepada lelaki Misteri itu takut keris itu mempunyai penjaganya..Ini juga sebagai langkah berjaga-jaga takut ada benda yang akan mengikut balik nanti..
Aku perhatikan sahaja gelagat Zahir..dia seperti ragu-ragu dengan cadangan itu..Aku berfikir sejenak.."Apa kata ko telefon bapak ko Zahir,ceritakan pasal hal ini"...(Bapa Zahir sedikit arif berkenaan perkara seperti ini)..
Zahir pun menghubungi bapanya...Setelah menceritakan apa yang berlaku kepada bapa zahir,bapa Zahir menyuruh Zahir menyimpan keris tersebut..Jadi kata putus perbincangan kali ini..
Sambung balik BBQ
yang pasti,semasa menjamah makanan pada waktu itu.,aku berasa sangat tidak berselera..walaupun terasa lapar yang amat sangat...Kepeningan memikirkan hal ini berjaya memutuskan selera makan aku.....
kebetulan pula ada seorang peserta perempuan yang semput..pening kepala aku memikirkannya masa itu..Nasib baik Ika,Ita dan Ruby ada untuk membantu..sekurang-kurangnya,ada juga perempuan yang boleh menjaganya..
Belum selesai satu masalah satu lagi masalah timbul..Ada salah seorang dikalangan peserta yang pengsan..Aku dah pening kepala masa tu terpaksalah juga menyelesaikan hal ini dengan membawa masuk dia kedalam kabin..Pada ketika itu,aku dibantu oleh Speck-kid dan Rashid..
Tidak pasti sama ada dia pengsan akibat kepenatan atau hal yang lain..(pasal sebelum ni ketika maghrib seperti ada benda yang mengganggu di kabin)..Sesudah meletakkan dia di kabin 3,Mizan pun pergi meminta tolong kepada Abg Jaafar(penghuni kabin 15) berkenaan hal ini..
*****
Setelah keadaan kembali normal dan dia sudah kembali sihat seperti biasa(Syukur alhamdulillah)..,mereka pun menyambung semula aktiviti sebelumnya seperti biasa...Aktiviti ini dijalankan sehingga lewat malam..
Selesai aktiviti kira-kira pukul 11 malam,budak-budak lelaki dibawah jagaan Zahir dibawa pergi ke Surau untuk menunaikan solat Isyak yang telah tertangguh sejak dari tadi..Manakala aku dan Daus tinggal di Kabin untuk menjaga budak2 perempuan yang menunggu giliran mereka ke surau untuk bersembahyang..
Lebih kurang setengah jam budak lelaki bersembahyang disurau,mereka pun pulang ke kabin..Aku dan Daus pun menemani sekumpulan budak perempuan ini pergi ke Surau untuk menunaikan solat Isyak..Malangnya nasib kami,ketika menaiki tangga dikawasan berhampiran tandas ,kami terserempak pula dengan Lelaki tu lagi..Dia bertanya kepada aku menunjukkan kearah Seri(Nama budak yang semput Tu)
Lelaki Tu:Nak pergi mana ni?? Aku:gi sembahyang bang.. Lelaki Tu:Solat..(Berkata dengan muka bengis) Aku:Ye la sembahyang.. Lelaki Tu:Solat!!! Aku:(Aku terdiam)... Lelaki Tu:Kenapa ni??..(bertanyakan tentang keadaan Seri yang kelihatan seperti kurang sihat) Aku:Semput la bang..
Kemudian dia pergi ke arah Seri dan meletakkan keris di atas kepala Seri..dia mendiamkan diri untuk seketika dan berlalu pergi begitu sahaja..(kononnya check la)..
Sebelum dia pergi,dia memanggil Daus supaya mengikutnya..
Lelaki Tu:Nak teman sorang lelaki je cukup.. Ruby:Mana boleh,dia kena berdua...
Aku tak pasti apa yang Ruby cakap dengan si Beta tu,tapi yang pasti,dia tidak mengizinkan Daus tidak ikut..Jadi lelaki itu terdiam sahaja dan berlalu pergi menuju ke Kabin..Kami pun meneruskan perjalanan ke Surau..Semasa perjalanan ke Surau tu,aku dan Daus berbual bertanyakan apa masalah sebenar mamat tu..lain macam je rupanya..
Setelah gagal membuat onar dengan kumpulan kami yang menuju ke surau ketika itu,mamat ini pun menjenguk pula ke kabin kami...Ketika itu,Leman dan mizan memetik gitar mereka dimalam hari ini bagi memeriahkan susasana yang suram selepas berlaku kejadian yang tidak diduga pada malam ini...lelaki itu datang dan menyuluh-nyuluh ke dalam kabin 3 dan bertanya kepada Zahir..
Lelaki Tu:tengah buat apa tu,belajar ke?? Zahir:(Buat tak tau je)
**Aku dah tak ingat apa yang dikatakan selepas itu.,tetapi melihat kepada gelagak zahir yang tidak melayannya yang kelihatan beria-ria untuk mengajak berbual.,dia pun berbual dengan Mizan,Rasyid,Leman dan Akmal..
Ketika mula berbicara,dia menyapa Rasyid dengan soalan yang pelik..
Lelaki Tu:ko nak tengok setan melompat..(sambil menunjukkan sesuatu dibalik pokok..) Rasyid:err..(Pelik) Lelaki TU:Tu setan melompat..eh.,jadi patung pulak... Semua berasa pelik dengan perangai ganjil dia..Seperti melihat makhluk halus la kononnya..
Walau bagaimanapun,mereka mengabaikan sahaja apa yang dikatakan itu..Tanpa sebarang sebab,tiba-tiba dia memberi satu pandangan tajam kepada Rasyid..(ketika itu mereka pun duduk dibangku)
Lelaki itu:berani kau duduk depan aku.,hanya Panglima sahaja yang boleh duduk didepan aku..ko pakai baju merah eek??Maju merah tu warna menentang...Ko pergi tukar baju ni sekarang..(dengan nada menengking) Rasyid:.....(terdiam)..
Rasyid pun menukar pakaian yang yang berwarna merah itu tadi..Kemudian dia duduk ditempatnya semua..
Lelaki Tu:Ko ada rosakkan anak dara orang ye.. baik ko minta maafkan kat mak bapak dia.. Rasyid:Mana ada.. Lelaki tu:Ko ada rosakkan anak dara orangkan..jangan tipu,baik kau minta maaf dengan mak bapak dia.. Rasyid:Mana ada.. Lelaki Itu:Jangan Tipu,.. Rasyid:Betul bang.,mana ada.. Lelaki Tu:Jangan Tipu Rasyid:betul bang..memang tak ada... Lelaki Tu:kalau tak ada tak apa... (sambil mengeluarkan syiling yang dikatakan emas) Aku ada emas.,tapi budak kecik tak boleh pegang emas.. (Sambil-sambil itu dia mengeluarkan sebatang Rokok.. ) Lelaki Tu:Nak rokok.,amik rokok ni.. Rasyid:tak apa la bang,saya tak hisap., Lelaki itu:Ambil!!! Rasyid:tak apa la bang..saya tak hisap..
Akibat bosan dengan keadaan yang tidak ada kesudahan,Mizan dan Leman pun menyampuk..
Mizan dan Leman:Ala Rasyid,orang dah bagi tu amik je la..(Takut lelaki tu wat pasal) Rasyid:(Rasyid terdiam..dia pun mengambil rokok itu dengan perasaan ragu-ragu)
Selesai sahaja bersolat..kami pun bergegas ke kabin untuk memulakan aktiviti yang selanjutnya..Aktiviti yang dirancang oleh aku,Zahir dan Daus.. Aku dan Daus stayby mengumpulkan budak perempuan tadi..Setelah mereka semua berkumpul,aku pun membawa mereka balik ke kabin secara beramai-ramai..malangnya ketika perjalanan balik ke kabin,di tempat yang sama..
Kami terserempak dengan Mamat tu lagi...(dalam hati aku berkata,celaka tul mamat ni)...
Kami melayankan sahaja...Sebaik sahaja menuruni tangga di kawasan lapang,mereka semua(Budak perempuan) diarahkan bergerak ke tepi manakala Daus disuruh pergi kesuatu tempat..Aku tidak pasti tentang apa yang dinyatakan tetapi yang pasti,dia menyuruh aku mengikut Daus..
Aku dan Daus pun bergerak lalu begitu sahaja..Mengenangkan nasib budak perempuan yang tidak diketahui,aku dan Daus agak risau juga..Sebagai langkah berjaga-jaga,kami berdua duduk di bangku yang disediakan disitu tidak jauh daripada tempat dimana budak perempuan berkumpul..Aku perasan yang mamat tu ada memegang parang dan kayu yang mungkin disyaki rotan...aku agak risau sebenarnya..Jika diperhatikan dengan teliti sejak dari tadi.,mamat tu tidak pernah lekang dengan parang itu..Sentiasa bersenjata....
++Situasi budak perempuan++
Selepas budak perempuan diasingkan daripada jagaan aku dan Daus,mereka diarahkan duduk oleh Beta(Gelaran mamat tu sal dia gelar diri dia beta) di kawasan lapang..sambil itu,dia duduk dibatu besar ..Kiranya dia mengadap budak perempuan yang duduk tadi tu la..
Disitu bermacam soalan pelik yang diajukan kepada budak-budak perempuan..Tapi sebelum tu dia ada memperkenalkan diri dia..haha..,mesti lawak korang dengar...
Untuk pengetahuan semua..dia menyatakan bahawa dia sebenarnya anak Sultan Brunei yang mempunyai pertalian darah dengan keturunan Tok Akil..(aku tak tahu sape Tok Akil)..Dia mengatakan yang dia kehilangan identiti sebagai Anak Sultan Brunei selepas kehilangan dokumen pengenalan diri kira-kira 15 tahun yang lalu disebabkan kecurian..(kereta kena pecah)..
Bagi kami,benda tu sememangnya mengarut..tak boleh diterima akal..Mana boleh bapa melupakan anaknya hanya disebabkan kehilangan dokumen..Jadi disini nampak sangat dia menipu..Kami hanya layankan sahaja kerana bimbangkan keselamatan kami kerana dia bersenjata..Mana taknya.,sepanjang malam tu,mamat ni membawa benda banyak benda yang pelik2...Dah la dia pun pelik..kalau korang nak tau,sepanjang perbicaraan itu,
Dia Membawa:
-Dua bilah keris yang diselitkan dibahagian hadapan dan belakang pinggang..
-Satu bilah parang yang sentiasa dipegang..
-1 batang tongkat
-1 batang seruling
-3 biji cincin yang dipakai bersama..
Agak menakutkan..Dan ketika disana..apa yang ditanya juga merupakan soalan yang menjengkelkan..Tanya tentang kesucian wanita..Kononnya dia suruh menjaga kesucian diri..Selepas itu,dia bertanyakan kepada mereka siapa membenarkan mereka bermalam disini..Bagi aku,soalan ni bangang..Ketika sibuk bertanya,dia Siap ceritakan yang dia sebenarnya mempunyai isteri tetapi telah bercerai..Mempunyai seorang anak..Boleh dijadikan cerita,buat masa sekarang ni dia tengah mencari seorang anak angkat kerana anak kandung dia sendiri tidak boleh mewarisi ilmu yang dia miliki...(Ilmu ghaib la kononnya) (kitaorang tak nak tau pun..apa yang penting,diaorg semua nak tido)..
Benda pelik lagi dia mengajar sesuatu..Jikalau mereka semua sudah berkahwin.,bertanyakan kepada bakal suami anda sama ada dia masih teruna atau tidak...(????)
Malahan dia berkata yang dia mampu untuk menghidu darah manusia..(???)
dan bla bla bla.......(aku tak tau dia cakap apa lagi)..
Ketika Itu--
Aku dan Daus sampai dah ngantuk menunggu mamat tu membebel..Jarak aku dan Daus daripada budak2 ni lebih kurang 13 meter..Selepas tu aku perasan.,mamat tu seperti menyuruh budak perempuan itu tunggu disitu sementara dia bergerak ke Kabin aku...
Kira -kira 1 minit dia berjalan dan agak jauh dari pandangan aku,daus pun menelifon Ruby bertanyakan apa yang berlaku..,risau juga dibuatnya...
Sementara di kabin
Tuk tuk tuk...(ketukan pintu)
Krik...(Pintu dibuka)
"Mana budak dua orang yang temankan budak perempuan tadi?",kata Beta..
"Tak tau,diorang belum balik lagi"..,salah seorang antara mereka menjawab...
Dia diam.,keluar dari kawasan kabin dan bergerak ke tempat tadi..sebelum tu,aku dan daus memerhati sahaja kelakuan dia..Tengah berjalan melintasi jambatan,kemudiannya menuju sebentar ke pokok besar memarahi sesuatu...Kemudian dia ke busut pula seperti memarahkan seseorang sambil melibas-libas rotan..
Aii..dah macam orang gila la gua tengok...tapi entah la..Mungkin betul dia nampak sesuatu..
Ketika itu,dia pun menuju semula ke tempat dimana budak perempuan berkumpul...Duduk di batu besar tadi dan membebel semua benda yang mengarut..Ketika berkata-kata,dia memacakkan parang dia betul2 di hadapan mereka..Tak menakutkkan budak-budak ni pulak..
Selepas berkata-kata dia terhenti,mungkin dia perasankan kelibat aku dan Daus..DIa bangun dan berjalan menuju ke arah aku..
Lelaki tu:Kau buat apa kat sini??
Aku:Tunggu budak ni la bang.. (Merujuk kepada budak perempuan)
Lelaki Tu:Kau pergi balik sekarang..
Daus:Baik..(cakap dah macam dalam kawad dah)...
Kemudian dia memandang aku dengan pandangan bengis..
Lelaki tu:Ko jangan nak kurang ajar dengan orang tua..(Merujuk kepada dia).baik ko balik ko ubah perangai.. Aku:.......(Diam) Lelaki tu:Ko faham tak?? Aku:faahamm... Background sound:Faham..(daus jawabkan untuk aku dalam nada berkawad)
Kami berdua pun balik dan merancang sesuatu..ketika budak perempuan masih disitu bersama dengan Beta.,aku pulang ke kabin merancang sesuatu supaya dapat menyelamatkan budak perempuan..Ketika aku sampai ke Kabin..."Eh..,mana budak ni"...(pasal kabin kosong)..
Bila dicari,aku terpandang Adam dan Leman..mereka semua berada di atas bukit dimana kabin 15 ditempat..Aku syak diorang mesti meminta tolong abang polis yang menginap di Kabin 15 tu...Aku dan Daus pun pergi ke arah mereka..Zahir pun bertanyakan kepada aku berkenaan hal ini..kitaorang menjengok ke Kabin renjer untuk buat laporan..tapi berkunci..Hampeh..
Sementara tunggu abg tu bersiap.,kitaorang berkumpul di kabin 3.,kabin dimana kami menginap..
Tiba-tiba Daus memanggil..
Eh.,budak ni kena berendam ke air ke..ko tengok tu ada orang macam tengah mandi kat kolam sana..Kami tengok beramai-ramai..memang betul..
Eh biar betul.,kami memang nampak dengan jelas orang berendam dikolam tu..apa lagi kebetulan abang tu sampai ditempat kitaorang.,kitaorang suruh cepat sikit pasal risaukan keadaan mereka..Kebetulan pula Seri Masih lagi semput ketika itu..
Berjalanlah kami ke arah tempat dimana budak perempuan itu berkumpul..,sampai dijambatan terkejut kami..Budak perempuan masih berkumpul ditempat asal mereka berada..
Siapa pula yang mandi dikolam itu tadi???
Padahal kami semua nampak dengan jelas orang sedang berendam dalam jumlah lebih kurang 7-8 orang.....pelik..
Sesudah sampai di tempat tersebut,abang tu pun duduk dibatu bersebelahan dengan mamat tadi..(Beta).,
"Apa cerita bro",sapa abang Jaafar..
Tak ada..,budak-budak ni..
Sambil memandang tajam ke arah aku:
"Yang besar kat belakang tu,aku suka kat budak tu..mari sini duduk kat sini".,kata mamat tu menunjuk ke arah aku untuk duduk bersebelahan dengan dia....
Ketika itu aku ikutkan sahaja kehendak dia kerana takutkan parang yang berada ditangan dia..Lagi budak yang pakai baju merah tadi mana..(Sambil itu Rasyid pun keluar)
Duduk disebelah aku juga..
Mamat Tu:Ni Cikgu awak ke?(merujuk kepada Abg Jaafar)
Aku:Ah...(mengaku setelah mendapat isyarat daripada budak2 ni)..
Mamat Tu:Macam mana boleh cakap tak ada cikgu tadi..Cikgu budak ni hisap rokok ni..(Menunjuk ke arah Rashid)
Rasyid:Ehh.,mana ada..
Mamat Tu:Eh.,ada
Rasyid:Eh mana ada..Abang yang bagi,saya ambil la..
Mamat Tu:Ni macam mana ni cikgu,nak saya pukul ke atau cikgu yang pukul..
Abg JAafar:(Masih berlakon sebagai cikgu).,tak apa.,nanti saya pukul..
Sesudah dia bercakap dengan abang Jaafar.,dia memandang aku dengan perasaan tidak puas hati..Aku berada bersebelahan mamat tu dengan penuh perasaan berhati-hati..Kerana senjata sentiasa berada disisinya..
Mamat Tu:Nak kena tujuh hari..(Bertanya kepada aku)
AKu:Ah..
Mamat Tu:Nak kena tujuh hari tak..
Aku:ah..(Aku x pasti aku mengangguk atau menggeleng..tapi yang pasti jawapan aku tidak)..
MAmat Tu:Tak nak??
AKu:hah..
MAMat Tu:Ohh.,tau takut..tak nak kena tujuh hari..
Aku:(Aku rasa nak tumbuk je mamat tu main menganjing pulak bila aku jawab tak nak..Parang oh parang)
MAmat Tu:Tau tujuh hari tu apa??
Aku:Tau..
Mamat Tu:Tau tak maksud tujuh hari tu apa??(bertanya kepada budak-budak ni)
Sape tah yang Jawab:Tau..penjara kan..
Mamat Tu:Ha,tau pun..kena juvana budak ni..Nak lepas ni awak ikut saya pergi balai..
Aku:tak..(Malas nak melayan kepala gila ni)..
MAmat:Ni tidur kat sini berapa hari..
Budak ni Jawab:1 Hari je..besok dah balik..
Mamat Tu:Oh..
Ketika suasana dirasakan mula menjadi hambar dan tenang.,abang Jaafar pun bangun dari tempat duduknya..
Pada ketika itu,abang Jaafar pun duduk balik..
Mamat tu:macam ni la cikgu,budak-budak lelaki biarkan dia tidur kabin malam ni,budak-budak perempuan biarkan diorang tidur Chalet malam ni..Dan awak,iku saya pergi balai.,boleh kena Juvana ni..
Aku berkata didalam hati:Tak habis-habis dengan juvana dia..
Masing-masing pun bangun..Entah siapa manusia yang mengeluarkan idea untuk bertanyakan soalan ini..
Manusia misteri:Nak kena ambil barang tak?? Mamat Tu:Tak payah la.. Manusia Misteri:Mana boleh.,ada benda penting dalam tu.. Err.,pergi la..
Kami semua pun berangkat ke kabin dengan berjalan perlahan-lahan.,manakala mamat tu beredar ke arah Kaunter.,mungkin ingin menempah kabin agaknya..
Sebelum itu...ZApppppp!!!!
Dia libas kaki aku dengan rotan..(Celaka betul mamat ni)
Aku buat muka selamba je.,pasal masa tu aku dah tak terasa sakit la..apa yang aku pikirkan hanya keselamatan semua orang..
Kami pun berkumpul di depan kabin bernombor 2..Disitu kami berbincang mengenai tindakan yang selanjutnya..Setelah mengambil kata putus,kami mencadangkan agar budak perempuan hanya duduk dikabin..Kunci semua pintu..Kebetulan mamat tu pun sampai ketika budak perempuan sedang beratur ke kabin.,Orang yang terakhir sekali iaituk Ika terus membuka langkah seribu masuk kedalam kabin..Mereka mengunci pintu dan tingkap..
Manakala budak lelaki pula,segera pergi ke Kabin Abang Jaafar untuk meminta pertolongan kerana mamat seperti mengejar kami setelah budak perempuan telah mengurungkan diri mereka didalam kabin..Setelah berjumpa dengan Abang Jaafar diKabin 15 untuk berbincangkan perkara ini.,Abang Jaafar pun berkata,tak apa,korang semua balik je ke kabin..
Ketika itu abang Jaafar mengiringi kami untuk ke kabin..dedar juga jantung kami kerana kami bertembung dengan mamat tadi yang mengikuri kami..
Mamat Tu:Budak perempuan tidur je la disini.,Chalet Penuh la.. Abang Jaafar:Syukur Alhamdullilah....(Sambil bersalaman dengan mamat tu)
(Apa yang kami pikirkan ketika itu,pandai pula abang ni menganjing..hihi)
Apa lagi,kamu semua pun masuk ke kabin kami,kami sebenarnya menempah sebanyak tiga kabin untuk malam ni,namun hanya 2 sahaja digunakan.Inipun demi keselamatan...
Ketika masuk kedalam kabin..abang Jaafar berkata kepada kami..
Abang Jaafar:Besok jangan Lupa sembahyang subuh..(Berkata dengan kuat supaya didengari oleh mamat tu)
Zahir:Ha,dengar tu,besok kita sembahyang subuh..bangun pukul 6...
Mizan pula membuat bahasa isyarat dengan abang Jaafar..
Mizan:Bang,nombor telefon..(berbisik dengan nada perlahan) Abg Jaafar:017*******.. Mizan:Ok bang..
tuppppp...(Pintu ditutup)
Pada ketika itu,pada jam yang pertama,kitaorang berkomunikasi dengan budak perempuan melalui telefon bimbit dikabin yang berasingan supaya tidak membuka pintu walaupun diketuk kecuali jika disertai dengan kode..(macam pengakap)..
Kami beri kode tersebut dan menyuruh mereka bangun pada pukul 6 pagi besok.,(Pada masa itu lebih kurang jam 2 pagi)..
Dikabin budak lelaki pula,kami masih dalam keadaan berjaga-jaga..
Aku tertidur...ZZZZZZZZ...............zzzzzzzzzzz......
**********************************************************************
Keesokan pagi,aku terbangun.,dikejutkan mizan..Zahir tidak dapat tidur masa tu,pada malam tadi,kami diganggu oleh mamat tu dengan diketuk dinding kabin..Malahan,kami perasan,mamat tu berada diluar kabin sepanjang malam itu mengawasi kami semua..
Pada pagi itu,Kami keluar daripada kabin..Semua ini dengan niat untuk mengejutkan budak perempuan..Dan apa yang kami jumpa...
Ini dia
Syiling ini diletakkan cantik betul-betul ditengah meja batu yang berada di depan kabin kami..Rupanya yang agak pelik dan menjengkelkan menjadikan kami bertanya sesama sendiri tentang asal usul syiling ini..Mana tidaknya,kemusykilan ini terserlah kerana kami tidak pernah melihat syiling ini..Dengan gambar seperti toyol memegang tongkat didepan manakala tulisan yassin dibelakangnya ..Fuhh,pelik
Apa yang kami lakukan cuma melihat dan berbincang..Akhirnya Zahir pun mengambil Syiling tersebut dan menyimpannya dengan rapi..
Budak perempuan keluar dari kabin dengan perasaan yang tenang kerana hari sudah mula siang dan kelibat mamat tu tidak kelihatan..Mereka pun memulai aktiviti pagi..Dan aku..(****)
aku pun lupe aku buat apa pagi tu.....
Ketika matahari mula menaik,aku dan zahir pergi mengambil bekalan makanan di rumah dimana kami menempah Nasi Lemak..sesudah makan.,mereka sambung aktiviti sebelumnya iaitu mandi manda..Aku pula.,tido..hihi..(Malam aku keja,kena kumpul tenaga)
gedebak gedebuk jejak la pukul 11.30pagi..ketika itu aku tersedar dari tidur yang lena.,Aku keluar dari kabin..
Peh.,budak-budak ni masih mandi dan tak berkemas lagi..hampeh..
Aku suruh diorang naik dan berkemas kerana kamiorang mesti bertolak sebelum pukul 4pm..(bas last)
Sesudah berkemas,bertolaklah kitaorang menapak ke kawasan laluan bas dikawasan jalan utama,hihi..
19 comments for this post
peh gambar berkemban tu..xleh blah hehe
New Entry Pawaka19 Dot Com
"Manuskrip Adoft Hitler Sewaktu di Penjara , Di lelong"
pnjgnye cite ni.sok sy smbung baca hi3
Baik2...haha
layankan aje..
ya ampun panjang nya ceritanya! syabas..
err... yg budak 'pompuan' kena skodeng tu besar sungguh muscle di lengannya ya! ;p
wah..entri kamu sangat panjang..tp cerita pengalaman yg baik.
ada sambung lg?jangan lupa maklumkan sy ye=)
ledang episode 2?
Lom siap lagi la..
Apapun boleh inform saya kamu punye blog..
kalu x de.,leh bagi FB atau myspace..nanti saya inform..
gla tol mamat tuh..
seram pon da pas bca crita nih....
klu da smbungan tlong inform d fb saye... (ron hafifa) 8D
hahaha....
cter yg mnarik...
knape bdak pompuan ngan lg stu pserta tu pngsan ye,,,,
nk tau gak...
Budak perempuan tu semput..
manakala budak lelaki tu pulak..
Dia ada nampak benda waktu maghrib..
Tu yang jadi macam tu..
(Dia ni lemah semangat)
sy admit, yg sy ske gler tknik pncritaan nie.. good job! crita yg tratur n mdah d fhami.. btter stiap crite bwt moral of da story.. atlst, kte sdar mne slap nyer.. ape yg ptut n ape yg xptut kte lakukan..
Dei mane da part 2...dah 62 likes this dah ni.
Tak ramai yg ada syiling toyol ni ye. Makcik ada pemberian arwah abah. tapi warnanya tidak berkilau seperti emas (rupa tembaga je) ntahla, mungkin sebab tak pernah gilap. Makcik nak jual sebab nak buat amal jariah skit utk arwah abah. Kalau ada buyer contact ya.
cerita ttg pengalaman ini sgt menarik ! boleh dikembangkan menjadi sebuah novel yang world-class ! cubalah fikir2kan ttg cadangan sy ini.gudluck !
boleh email saya kerana saya agak tahu cerita sedikit sebanyak dan saya pernah menginap disana dan boleh huraikan email saya nogososro2020@yahoo.com.my
simpan baik2 pemberian tu.
aku pernah ada syiling toyol tu. ayah aku punya. xtau la letak mana sekarang nie. masa kecik2x buat main tarah dinding jer syiling tu.
Duit yassin 9 dan keris emas??
suka cerita ni...sambungan please..nak tau Si Mamat tu siapa sebenarnya?Kejap mcm baik, kejap mcm jahat...sambung please.