Wadah Istimewa:Selamat Hari Bapa

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:45 AM

Filed Under:

Kadang kala ada manusia yang membenci seorang insan yang bergelar bapa..Seorang manusia yang telah menjaga anda dari kecil sehinggalah ke keadaan sekarang..Daripada sekecik-kecik umat sehinggalah ke besar-besar manusia..Daripada tadika hinggalah ke menara gading..sehingga ada manusia yang tidak reti bersyukur ini tergamak menghalau bapa kandung mereka sendiri keluar dari rumah setelah hidup mereka mula merasai secebis kesenangan..Mungkinkah itu sebenarnya takdir yang harus ditempuhi oleh si bapa itu sendiri yang mungkin disebabkan balasan tuhan terhadap kesilapannya yang lalu??

Tinggalkan kisah ini..


Mari aku ceritakan tentang kisah bapa aku..
Aku masih mempunyai seorang bapa..Berusia 40-an dan bekerja sendiri..Bapa aku berwatakan serius,berbadan tegap walaupun sudah berumur,kurus dan berwajah agak garang..(bekas tentera la katakan)..Jika hendak diceritakan tentang kisah hidupnya,mungkin tak tertulis la jawabnya..

Apa yang aku ingin katakan disini.,bapa aku seorang yang ringan tulang.,boleh diharap malahan menjadi seorang abang yang baik kepada adik-adiknya..Mungkin kehidupan yang susah semasa kecil dan jarak umur diantara bapa aku dan adik keduanya selama 14 tahun berjaya mendewasakan dirinya lebih daripada yang sepatutnya..Berperanan besar ketika kecil dengan memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya iaitu ketika nenek dan atuk aku keluar bekerja..(masa diorang muda la)..Sejak kecil lagi sudah pandai bekerja..

bapa aku pandai memasak..Bukanlah seteror Chef Wan tapi bolehlah..Bercucuk tanam juga salah satu hobinya jikalau lapang..Digelar mempunyai tangan hijau@tangan sejuk@whateva kerana apa yang ditanamnya mesti menjadi..Itu mungkin salah satu kelebihannya..

Menceritakan hubungan aku dan bapa aku..Boleh dikatakan agak kurang baik atau diklafisikasikan sebagai dingin..Mungkin disebabkan sesuatu hal yang menyebabkan aku agak emo sikit dengan dia..(ada la)..Tapi sekarang semua sudah hampir kembali normal..

Hubungan aku dengan bapa aku tidaklah bermanja-manja baik dari kecik sampai la sekarang..Seperti biasa..,hubungan diantara lelaki..Walaupun tidak nampak rapat,tetapi kasih sayang diantara keluarga masih kuat..Kadang-kadang aku berbual dengan bapa aku..Jika dengan bapa aku,topik semasa yang yang menjadi perbualan antara kami yang sememangnya meliputi semua bidang.,tapi satu benda je bapa aku kalah..Bab IT..Biasanya hal-hal seperti ini dia akan serahkan bulat-bulat kepada aku tanpa banyak tanya..Itu untuk waktu sengang..dan jikalau aku mengajak bapa aku untuk berbincang.,Biasa aku akan berbincang dengan bapa aku benda yang penting sahaja..Bukan niat aku untuk berbuat demikian..tetapi itulah cara bapa aku.Dia kurang sukakan berbual kosong..Bagi dia buang masa..(tak tau la kalau dengan kawan2 dia)..

Apa Faedahnya jika aku berbincang dengan dia??

Faedahnya,jika aku menceritakan masalah aku dengan dia.,dia akan cari jalan penyelesaian masalah aku dengan pantas..Bukan itu sahaja..Dia akan menceritakan situasi ramalan(situasi yang akan berlaku) kepada aku jika aku melakukan begini dan juga begitu..Dan untuk pengetahuan semua,kebanyakan benda yang dia bajet tu betul..Malahan semasa perbincangan itu juga.,dia ada menyediakan sekali back up plan jika berlaku apa2 yang menyebabkan masalah aku ini tidak dapat diselesaikan..Ini untungnya kalau jikalau mempunyai seorang bapa yang mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan disamping dapat membezakan Fakta dan Auta..

Dia selalu berpesan kepada aku supaya berfikir panjang jikalau berbuat sesuatu supaya tidak menyesal dikemudian hari..Jikalau nak dihintungkan,banyak ilmu juga yang dia turunkan kepada aku supaya menjadi orang yang berguna..ini kerana dia lebih suka jika anaknya mampu berdikari tanpa mengharapkan bantuan..Sebab itu dia menyatakan aku masih mampu berfikir mana yang baik dan buruk..

Masakan tidak,ketika aku masih dibangku sekolah dahulu ,aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang menghisap rokok..Malahan aku bersama-sama pergi ke tandas untuk menemani mereka hisap..Tapi aku tak hisap sampai sekarang..Kerana Mind Set aku satu je..Orang hisap rokok ni bodoh..Bapak aku hisap rokok..Dan aku tidak kecualikan bapak aku daripada falsafah Mind Set aku..Aku rasa bapak aku pun sedar dia bodoh pasal hisap rokok..Malahan dia menasihatkan aku supaya tidak mengikut jejak langkahnya yang menghisap rokok sejak dibangku sekolah lagi..
Apa yang aku sukakan tentang bapak aku..
Sikapnye yang gambel..dan aku paling suka dengan bapak aku kalau dia datang ke mesyuarat PIBG sekolah aku dan adik-adik aku suatu ketika dahulu..Panas bontot ajk PIBG dibuatnya..Mana taknye.,bapak aku memang geram dengan mak bapak yang bodoh yang hanya tahu meluahkan ketidak puashatian disebalik tabir sahaja..Apa guna mesyuarat PIBG..Disinilah dimana ibubapa boleh bersuara meluahkan ketidakpuashatian..Ada penyelewengan ke,yuran PIBG mahal ke..cakap..Ni cakap belakang-belakang..ai.,aku pun geram..(kelakar pun ada)

Apapun,disebalik itu,kadang kala..sebagai seorang lelaki.,sukar untuk meluahkan tanda bagaimana dia sayang bapanya sendiri..Sebagaimana anak yang mengetahui bapa dia sayangkan dirinya,begitu juga seorang bapa..Aku tahu dia dapat rasa apa yang aku cuba sampaikan.,cuma dia tidak tunjukkan secara terangan.,cuma berkias..Itu sememangnya perangai bapa aku..(Cara luahan yang pelik)

Jadi,kenapa aku luahkan segala hal ini diblog..Ini kerana aku tahu..
Bapa aku tidak akan tahu pasal blog aku ni..
Dia tak akan tahu apa yang aku cakapkan ini..
Pasal dia tak tahu url blog ini..

Jadi Kepada Abah..
Happy Father's day

2 comments for this post

sudah menjadi tugas saya utk mengajar bapa anda agar dia dapat menggunakan internet & komputer, meh la nk g ajar dia. leh tunjuk kat dia url blog ni :P

Posted on June 22, 2010 at 11:36 AM  

x nak la...
Biar la dia x tau...
Baru gentel sikit...

Posted on June 22, 2010 at 4:37 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print