Penggunaan Nama Allah di Majalah Herald-The Catholic Weekly

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:30 PM

Filed Under:


Pertikaian yang bermula sejak 7 Januari 2009 akhirnya selesai dengan kekalahan yang memalukan umat Islam dalam hal penggunaan nama Allah didalam Majalah Herold-The Catholic Weekly.Perkara ini dipermohonkan oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur iaitu Tan Sri Murphy Pakiam yang juga sebagai penerbit majalah tersebut pada 16 Februari lalu.Hal ini diperdebatkan di Majkamah Tinggi (Bahagian rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) dan dihakimi oleh hakim Lau Bee Lan yang mengeluarkan keputusan yang amat mendukacitakan dan menghina kesucian Agama Islam kursusnya diMalaysia.Seharusnya kekalahan ini tidak dipandang enteng oleh seluruh umat islam di Malaysia,sebaliknya perkara ini wajib diperjuangkan habis-habisan.Ini kerana walaupun ianya hanya sepatah perkataan,perkataan ini tinggi nilai dan darjatnya kerana merujuk kepada yang Maha Esa.


Antara faktor-faktor yang menyebabkan makamah meluluskan permohonan ini:

  1. responden gagal mengemukakan bukti bahawa penggunaan perkataan Allah boleh mengancam keselamatan negara dan menimbulkan salah faham dikalangan Umat Islam
  2. Merujuk juga kepada Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan agama lain selain Islam boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.
  3. Kebebasan bercakap dan mengeluarkan fikiran seperti yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan
  4. Kebebasan beragama termasuk menguruskan hal ehwal agama sendiri mengikut seperti yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan
  5. Penerbitan majalah hanya terhad kepada penganut agama Kristian sahaja
  6. Selaras juga dengan Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan yang mereka mempunyai hak untuk menggunakan perkataan Allah disamping perkataan itu bukan hal Esklusif umat Islam sahaja.
Walaupun ramai yang menganggap perkara ini merupakan perkara kecil yang cuba diperbesar-besarkan,kenyataannya anda silap.Keputusan ini sebenarnya menghina Agama Islam selaku Agama Rasmi Negara.ini juga mungkin langkah seterusnya yang dilakukan orang kafir untuk menyesatkan manusia selepas kes Lina Joy

Antara Faktor-faktor yang melarang penggunaan nama Allah didalam gereja/majalah itu adalah seperti berikut:

  1. Sememangnya sentimen agama merupakan perkara sensitif kepada umat Islam dan boleh mencetuskan huru-hara
  2. Penggunaan nama Allah sememangnya berunsur menyebarkan dakyah Kristiani kepada orang Islam dan ini sememangnya melanggar Perlembagaan Persekutuan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan kepada orang Islam.
  3. Majlis fatwa kebangsaan juga memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci kursus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama buka Islam yang lain.Jika kalimah Allah digunakan dalam agama Kristian,ia tidak membawa maksud sebenar dalam Al-Quran kerana tidak menggambarkan ketauhidannya disamping mencemarkan kalimah itu sendiri.
  4. Majalah dalam bahasa melayu itu sendiri seakan-akan satu bentuk dakwah kepada orang melayu secara halus sekaligus melanggar Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa orang melayu mesti beragama Islam.
  5. Perkara ini juga menggugat hak keistimewaan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan yang sememangnya terjamin dalam Perlembagaan 153
  6. Perkataan "God" itu sendiri jikalau diterjemah didalam Bahasa Melayu mahupun Arab bermaksud Tuhan.Tuhan ini digunakan oleh semua agama tetapi berbeza dengan Islam kerana kalimah Allah itu sendiri tidak boleh digunakan oleh agama lain kerana Allah bermaksud yang maha Esa dan tidak bersekutu dengan mana-mana benda.
Umat Islam wajib bersatu padu dalam menangani bagi membendung daripada berlakunya masalah yang lebih besar pada masa akan datang kerana jika perkara ini dibiarkan begitu sahaja,kita takut gejala Murtad akan menjadi kebiasaan dan secara berleluasa lebih-lebih lagi dengan keadaan umat Islam generasi baru itu sendiri yang hanya Islam pada nama,tapi jahil pada kenyataannya.

Jika ini tidak benar,bagaimana pula dengan kes baru-baru ini dimana seorang isteri yang kematian suaminya berkahwin pula dengan bapa mertuanya.Sudah terang lagi bersuluh menunjukkan betapa jahilnya mereka dalam pengetahuan agama.

Dapat disimpulkan disini,terdapat usaha-usaha di belakang tabir yang secara perlahan-lahan ingin memecah belahkan orang melayu dan umat Islam supaya hak keistimewaan orang melayu dan agama Islam dapat dihapuskan.

Pautan yang Menyokong Isu Ini Klik
Pautan yang tidak menyokong isu ini Klik

Jom kita tandatangan petisyen untuk bantah keputusan ini

http://www.muslimconsumer.org.my/herald/

12 comments for this post

isu sensitiv, sedih.... betul, umat islam perlu lebih bersatu-padu..

Posted on January 3, 2010 at 11:18 PM  

sekarang pon Najib pon dah nak jumpa ketua agama islam di malaysia nih iaitu Yang dipertuan agung sultan kita. tunggu la nanti keputusan nya camne

Posted on January 3, 2010 at 11:46 PM  

tau x pe...
Minta hal ini diselesaikan dengan cara yang baik...kang jadi mcm kes natrah lak..

Posted on January 4, 2010 at 12:16 AM  
Anonymous

ni laaa dilaungkan oleh pok najib..
1malaysia..
tgk org daa test..
pandai laaa nanti pok najib main wayang kulit..

Posted on January 5, 2010 at 5:44 PM  

Aku rasa diorang macam besar kepala pula bila dah bagi kebebasan...

Posted on January 5, 2010 at 5:49 PM  
Anonymous

entah la.. aku heranla.. napa bila Najib kata 1 malaysia.. semua senyum
bila raya dpt cuma RM 500.00 semua senyum..
bila x de bujet tuk pekerja sambilan dan pekerja kontrak semua senyumm.. heran laa..

Posted on January 9, 2010 at 4:38 PM  

senyum tu kan sedekah..
dose sedia ada pun dah berbakul-bakul....jadi buat la pahala sikit..

Bagi pandangan aku..,najib tu perlu diberi peluang...kerana ketika dia mula2 memerintah negara..,negara dalam keadaan kucar kacir..Ni angkara Pak Lah la..meon.

Posted on January 9, 2010 at 5:05 PM  
Anonymous

Rabbil Alamiin.. Lord of The Worlds.. Nama Allah bukan terhad pada Islam atau Muslim Sahaja.. Akan tetapi untuk sekelian Alam.. Jadi Usah bergaduh..

Posted on January 11, 2010 at 2:19 AM  

Ini bukan pasal bergaduh kerana merebutkan nama allah.,tetapi benda yang ingin dilakukan disebalik penggunaan kalimah allah,...

Bukankah aq ada terangkan kat dalam entri aq ni..Sebab2nya...

Posted on January 11, 2010 at 4:16 PM  
Anonymous

Ternyata umat islam amat terancam dengan penggunaan kalimah Allah oleh umat kristian.. Ternyata umat islam takut pada bayang2 sendiri...penggunaan kalimah allah bagi kristian bukannlah satu usaha untuk memurtadkan orang melayu... Tiada sebab orang melayu harus murtad apabila orang kristian menggunakan kalimah Allah... Jika orang muslim/islam yakin bahawa agama islam adalah agama yang benar? dan bukannya palsu semata2.. So tiada alasan/sebab mengapa mereka harus murtad...fikir2 kanlah...

Posted on February 10, 2010 at 4:46 PM  

Mungkin betul apa yang kamu kata...dan mungkin juga kata kamu salah...

Jika orang berpandangan jauh...mereka akan fikirkan mengenai perkara itu..

Kita ada contoh iaitu Indonesia..
Kadang kala kita tidak dapat membezakan antara syarahan agama Islam atau kristian hingga dia ada menyebut perkataan jesus...

Banyak sangatlah kemudaratannya disitu..Kita berpandangan jauh..bukan singkat sesingkatnya..

Posted on February 10, 2010 at 9:23 PM  
Anonymous

SUBHANALAH...ALHAMDULILAH SEMUA AGAMA PERCAYA PADA ALLAH.BIBLE DLM TERJEMAHAN BAHASA IALAH AL-KITAB.DAN SALAH SATU GELARAN AL-QURAN JUGA ADALAH AL-KITAB. PERISTIWA ADAM DAN HAWA ,NABI-NABI DAN RASUL JUGA ADA DLM KEDUA2 KITAB.JD MENGAPA KEDUANYA ADA PERSAMAAN YG HAMPIR SAMA?CUMA PELIK BAGAIMANA PERKATAAN ARAB BOLEH ADA DLM BIBLE.ALLAH?BIBLE NI BAHASA ASAL APA?HEBREW KE?SUDAH TU NAPA BYKN DLM BHS ENGLISH?KENAPA DLM BAHASA INDON/MALAY BIBLE NAMANYA AL-KITAB.NAPA BUKAN GELARAN LAIN?JUST HOLY ALLAH KE? SILAKAN YG TAHU JELASKAN.

Posted on August 16, 2011 at 10:53 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print