Cerita Kelakar:Disebalik Cerita Stadium Sultan Mizan

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:56 PM

Filed Under: ,

Semestinya anda sebagai seorang rakyat Malaysia yang perihatin terhadap isu-isu terkini yang berlaku di sekeliling anda mengetahui mengenai keadaan Stadium Sultan Mizan yang masih belum diperbaiki walaupun sudah sekian lama kejadian itu runtuhan itu berlaku.Dirasakan semua orang sudah sedia maklum mengenai teori yang yang dinyatakan oleh para blogger di alam maya tentang kejadian ini.Jika anda belum mengetahuinya,saya akan menceritakan kembali kepada anda.

Pada hari kejadian iaitu 2 Jun 2009 merupakan hari perlawanan Final Bola Sepak Piala Datukman diantara 2 kelab terkenal di alam Ultraman iaitu Kelab Mexus vs Kelab Meon.Kelab mexus cuba untuk mempertahan gelarannya sebagai Juara bertahan 3 Tahun berturut-turut di dalam liga bola sepak Ultraman yang berprestaj ini.Dengan penampilan Kelab Meon yang baru setahun jaguh tetapi memberikan persembahan yang memukau menyebabkan perlawanan ini menjadi perlawanan tumpuan yang berjaya menarik ribuan Ultraman untuk membeli tiket.Akibat stadium yang dirancang untuk aksi Final gagal disiapkan akibat sikap kontraktor yang dipilih bersikap acuh tak acuh semenjak kelahiran anak sulungnya menyebabkan jadual terpaksa diubah dan Stadium Sultan Mizan dipilih untu menjadi Hosnya.

Kontraktor yang menyambut Kelahiran anaknya yang Pertama

Pada mulanya ramai Ultraman tidak bersetuju dengan Cadangan Itu kerana lokasi Stadium Sultan Mizan sangat jauh dan kebetulan ketika itu banyak Ultraman kepenatan dan kehabisan tenaga kerana banyak berlawan dengan Raksasa,jadi keupayaan untuk terbang agak terbatas.Namun akhirnya mereka terpaksa akur disebabkan tiada Stadium lain yang mampu menampung jumlah penonton yang besar(kebanyakan Stadium tengah buat renovation).Jadi terpaksalah mereka menyewa basikal untuk kesana

Langkah Penjimatan tenaga(dan Kos),kenalah berbasikal

Penyokong yang ramai

Jadi perlawanan pun berlangsung dengan jayanya dengan kemenangan Kelab Mexus 2-1.

Jadi akibat keseronokan Penyokong Kelab Mexus mereka menjerit keriangan kerana ini merupakan kemenangan 4 kali berturut-turut kelab kesayangan mereka.Mereka juga mengejek-ejek penyokong Kelab Meon diatas kekalahan itu.akibat tidak tertahan dengan ejekan itu,penyokong kelab Meon telah mengamok dan mula membuat kacau.Penulis yang ketika itu berada di dalam Stadium bergegas keluar dan bergadohan masih berlaku didalam stadium.Tiba-tiba seorang Ultraman telah keluar daripada Stadium melalui udara dan menukarkan saiznya menjadi besar(umpama ketika berlawan dengan Raksasa).habis pelbagai senjata dikeluarkan sesuka hati hingga banyak Ultraman yang tercedera.

Suspek yang melakukan kekacauan(Rakaman menggunakan handphone murah)

Disebabkan keadaan yang parah,jadi penulis telah menelefon polis Ultraman untuk meredakan keadaan

Polis Ultraman yang sampai dengan penuh bergaya

Polis berusaha dengan sedaya upaya untuk menahan suspek.,tetapi ketika asyik mengejar suspek,suspek hilang kawalan diudara dan jatuh.Lokasi dia jatuh betul2 di sisi atas Stadium.

Kesan jatuh itu(Keadaan ketika waktu siang,kejadian waktu malam)

Akibatnya,stadium pun runtuh.disebabkan gabra dengan kejadian kerana pihak penganjur juga tidak minta kebenaran kepada pihak pengurusan,dengan polis-polis Ultraman sekali lesap hentah kemana.Dengan Aku-aku sekali cabut.



Berikut merupakan sipnosis bagaimana kejadian ini berlaku,Mereka ingat mereka boleh terlepas dengan mudah,kejadian ini mempunyai saksi.

Ini Saksinya(Bean Junior)

Akibat dari itu,pihak kerajaan telah mengambil keterangan saksi dan meminta ganti rugi daripada persatuan Ultraman,sememangnya perkara ini menjadi isu hangat sama ada di Malaysia mahupun di dunia Ultraman.Kesulitan juga terpaksa dihadapi oleh pihak kerajaan Ultraman kerana mereka tidak mengetahui mengenai perkara itu.Jadi mesyuarat tergempar terpaksa diadakan.

Gambar yang diambil sebelum Mesyuarat Tergempar

Kata putus telah dibuat dan Ultraman akan membayar 250 juta Tomen(Mata Wang Ultraman) kepada kerajaan kita kerana kerosakan dan juga sebagai ganti rugi dan tanda maaf diatas kejadian itu.

Masalahnya disini,Setelah sekian lama,mengapa Stadium sultan Mizan masih belum diperbaiki???

Kamu semua para pembaca jangan asyik menyalahkan kerajaan.Ada sebabnya mengapa Stadium Sultan Mizan masih belum diperbaiki.Antara sebabnya adalah seperti berikut:

#Tidak ada Money Changer yang sanggup menukarkan duit Tomen itu kepada Ringgit Malaysia.Malahan Bank Dunia juga menolaknya kerana duit itu tidak laku dibumi.

#Duit Tomen juga hanya wujud dalam bentuk syiling sahaja.Dalam bentuk kertas tidak ada.Jadi kita menghadapi kesukaran untuk berurusan dengan duit itu.Jika anda perasan kenapa Ultraman ketika berlawan dengan raksasa,poketnya tidak ada duit syiling.Ini kerana Ultraman pada zaman sekarang sudah mula menggunakan Kredit Card.Hujung bulan baru bayar.


#sebab yang ketiga,umm..memang banyak la susahnya.jadi ia memerlukan masa untuk diperbetulkan.


Anda ingin lihat bagaimana rupa matawang Tomen

Tomen edisi 2010(Baru keluar beb)

Jadi kesimpulannya disini,.....Untuk posting kali ini x de kesimpulannya ye.

Nota:Cerita Ini hanya rekaan aku semata-mata.Ini demi mengisi masa lapang sahaja.hihi...

12 comments for this post

X3N

wahahaha..lawak giler broo!!ko ker yang edit pix tu???

Posted on January 4, 2010 at 9:09 PM  

ultraman... beep.. beep.. beep...
huhu.. very creative.. huhu..

Posted on January 5, 2010 at 1:59 AM  

Hasil sumbangan ikhlas orang lain...Yang edit satu gambar je...tapi cite aku buat sendiri..

Posted on January 5, 2010 at 3:42 PM  

hahahaha ko ni mmg lawak la bro!!! adoiyai... wlpn cte ni bkn btol tp macam btol lak? cte ko logik dgn atas semua kejadian berlaku? hahahah kretif la ko ni!!! hahaha

Posted on January 6, 2010 at 2:13 AM  

ai..biasa la..
Kita kan blogger..
Klu asyik nak serius je..,x pening kepala pulak..

Posted on January 6, 2010 at 2:19 AM  

heh.. gud one :)
ni macam kompilasi semua teori ultraman ke

Posted on January 6, 2010 at 9:04 AM  

Ye la...ni memang cite sal Ultraman pun..dengan stadium sekali...baru meriah..

Posted on January 6, 2010 at 8:36 PM  
Posted on January 7, 2010 at 12:15 PM  

harharhar.....
aku rasa klu masok pertandingan buku kanak2 riang..
pasti ko menang..
akahz...

Posted on January 7, 2010 at 4:43 PM  

harharhar...
klu ko masuk pertandingan menulis buku kanak2 riang..
pasti ko menang..
akhaz..

Posted on January 7, 2010 at 4:45 PM  

Boleh menang ke..gila arr...

Posted on January 7, 2010 at 8:18 PM  
un

hahahaha..
sungguh bro..
lawak giler...hahahahha

Posted on January 17, 2010 at 10:26 AM  
Related Posts with Thumbnails
Print