OneManga:Manga Online Terbaik

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:20 PM

Filed Under:

Manga membawa pengaruh yang amat kuat kepada peminatnya bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia dengan memaparkan jalan cerita yang pelbagai.Masakan tidak,mereka disajikan dengan cerita-cerita yang menarik disamping memaparkan kreativiti penulis dan pelukis Jepun yang memberikan impak yang sangat kuat sehingga penghasilan manga ini menjadi satu industri yang beasar kepada sumber ekonomi Jepun.Permintaan yang besar memberikan faedah juga kepada kita semua dengan penerbitan Manga percuma yang boleh didapati dengan mudah di internet.

Jadi pada kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda laman web manga yang memaparkan cerita-cerita yang terkenal yang boleh didapati dengan melayari laman web ini.Walaupun dirasakan perkara ini sudah diketahui oleh ramai pihak terutama peminat manga,tapi dengan rela hati aku ingin berkongsikan dengan anda laman web OneManga di http://www.onemanga.com/

Jadi jika anda rasa anda berminat untuk membaca cerita kegemaran anda,anda boleh melayari laman web ini untuk membaca dari episod pertama hingga episod terkini.Disini saya serta link cerita-cerita terkenal.Klik Pada gambar untuk mula membaca:

Naruto

Bleach

Detective Conan


Full Metal AlChemist

One Piece

Ada yang hanya melayan Manga
Ada juga yang hanya melayan Anime
dan ada juga yang melayan keduanya
Tapi yang pasti,jika anda ingin mengetahui kesudahan episod terkini cerita kartun dari Jepun ini,Manga online lebih pantas maklumatnya daripada anime

Kata Penulis:Teringat dulu masa zaman tengok Dragon Ball..Goku meneran nak keluar kuasa super saiya je nak dekat setengah jam..haha

14 comments for this post

gua tersinggung ah 1Piece letak last..grrr

kalau nak bergaduh mari bertumbuk

Posted on January 21, 2010 at 1:21 AM  

hoho.. terbaik r.. gua memang pengunjung tetap onemangga.. hehe

Posted on January 21, 2010 at 1:29 AM  

"Teringat dulu masa zaman tengok Dragon Ball..Goku meneran nak keluar kuasa super saiya je nak dekat setengah jam.Teringat dulu masa zaman tengok Dragon Ball..Goku meneran nak keluar kuasa super saiya je nak dekat setengah jam."

Hahaha! betol2! masa tu muka diorg meneran tak blh blah! :p

Posted on January 21, 2010 at 1:41 AM  

ARC:relax la....One piece pun best juga......

Profnotetree:Best siut one manga ni...

Zack Zuhairi:Tu la,bila ingat balik kenangan cite dragon ball.,menyampah time nak bertukar jadi super saiya..berjam..kat komik sekejab je..Tapi aq suka teknik super ghost kamikaze attack...

Posted on January 21, 2010 at 1:51 AM  

Sellau gak lepak kat onemanga. One Piece tu manga kegemaran :D

Posted on January 21, 2010 at 2:06 AM  

ramai juga suka one piece..best ke...nanti test baca....

Posted on January 21, 2010 at 2:57 AM  

hallo PEJUANG KESENIAN EXTREME..jom join contest sy... http://wiratlc.blogspot.com

Posted on January 21, 2010 at 5:37 AM  

1Piece sgt best maaa pe lak agak best?hakhakhak

Burung apa?Burung apa?

Posted on January 21, 2010 at 7:44 AM  

DRAGON BALL !!!!
DRAGON BALL !!!!
DRAGON BALL !!!!
DRAGON BALL !!!!

Posted on January 21, 2010 at 1:35 PM  

ohh..tempat nie aku selalu lepak layan naruto

Posted on January 21, 2010 at 6:44 PM  

aku klu bab anime atau manga ni aku minat the law of ueki dan keikeishi.. eh! tu katogori manga gak kan??

Posted on January 22, 2010 at 1:31 AM  

Layan je...aq buat entri pasal ni...tak sangka onemanga ni ramai peminatnya......

Posted on January 22, 2010 at 2:11 AM  

tapi,onemnga da semakin tembel/lambat/ketinggalan.


aku gi la satu laman manga ni...
www.mangareader.com

aku dapat tgk episode latest 3 hari lebih awal berbanding onemanga...

kebanyakan cerita yang best best dan fresh lak aku leh dapat kat
mangafox.com ngan mangavolume.com



samapai manga tu da top rate baru la ader terbit kat onemanga.com


so pepikir argh!

Posted on March 12, 2010 at 3:09 PM  

Mungkin betul juga apa yang ko cakap...

Posted on March 12, 2010 at 5:04 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print