Apa Itu Tarian Tecktonik??

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 1:29 PM

Filed Under: ,


Pada entri yang lepas,telah ditunjukkan kepada anda mengenai sejarah dan asal usul sukan baru "Parkour" dan tarian yang menjadi kegilaan remaja di Malaysia iaitu Shuffle.Namun pada entri pada kali ini,saya akan memberi maklumat kepada anda mengenai tarian baru yang mula mendapat perhatian muda-mudi di Malaysia iaitu

Tarian TeckTonik

Apa itu Tecktonik?

Tecktonik merupakan satu jenis tarian yang mementingkan kodifikasi set bergerak dengan mempamerkan kobelarasi gerakan tangan yang bertenaga melebihi gerakan kaki.Boleh dikatakan 80% adalah gerakan tangan manakala selebihnya ialah gerakan kaki.Tarian yang mula mendapat perhatian dan publisiti di internet pada lewat tahun 2007 ini merupakan sebuah tarian yang dihasilkan hasil gabungan unsur-unsur Breakdance,Hip Hop dan Tecno selain boleh juga diklasifikasikan sebagai tarian jalanan sebaris dengan tarian breakdance dan Melbourne Shuffle yang turut diminati oleh ramai remaja di luar sana.

Sejarah Tarian Tectonik

Idea bagi pencetusan tarian ini ditimbulkan oleh Alexandre Barouzdin bersama rakannya Cyril Blanc,seorang penari balet.Tarian yang berasal daripada Paris,Perancis ini dikatakan tarian baru yang pertama dibawa keluar daripada Perancis selepas tarian Can-can(aku pun tak tahu apa itu Can-can)..

Bermula dari pinggiran selatan Paris pada sekitar tahun 2000an,tarian Tectonik mula berkembang dengan pantas hasil percakapan mulut ke mulut disamping publisiti yang diberikan oleh komuniti tectonik hasil pameran aksi tarian mereka di laman web perkongsian video Youtube dan DailyMotion.Irama muzik tecno yang sangat catche dan unik juga menjadi salah satu faktor mengapa tarian ini diminati.Dengan menjadikan kelab Malam Metropolis di Paris sebagai markas penari Tectonik menunjukkan bakat menjadikan banyak remaja mula tertarik dengan tarian yang agak pelik ini.Malah,dengan kewujudan satu malam di kelab tersebut yang digelar Tectonik Killer,semua penari Tecktonik dari seluruh Paris berkumpul di sana untuk menari sehingga jumlah penari di kelab tersebut mencecah 8000 orang pada satu masa.

Tahukah Anda

Set kodifikasi pertama yang dicipta untuk Tectonik ialah gerakan menggerakkan tangan ke sisi kemudian menyapu lengan ke belakang kepala pula.

Identiti Penari tecktonik

Jika tarian jalanan yang lain seperti Breakdance memaparkan imej penari yang berseluar longgar,berbeza pula dengan penari Tectonik dimana mereka memakai skinny jean dan T-Shirt.kadang kala untuk mendapatkan sedikit gaya,mereka akan memakai sarung tangan.
Gaya potongan Rambut mereka-Pendek di depan dan tepi,panjang di bahagian belakang.

Tectonik juga menjadi lebih terkenal d Perancis pada tahun 2007 nkerana pada tahun tersebut telah diadakan acara jalanan yang diberi nama Paris Tecno Parade pada 15 september untuk memberi peluang kepada pemuda pemudi untuk menunjukkan bakat menari masing-masing.hasilnya,lagu "Alive daripada kumpulan Mondotek dipilih sebagai lagu rasmi Tectonik di Perancis.


LaGu dari Montodek-Alive

Muat Turun Lagu Ini


Adakah anda tahu bagaimana tarian ini ditarikan,saya akan memaparkan video yang menunjukkan cara dan bagaimana tarian ini ditarikan.


Penari Tectonik dari Luar Negara


Penari Tectonik dari Malaysia

Diharapkan segala benda yang dipaparkan disini dapat membatu anda untuk mengenali
Apa Itu Tecktonik

Kata Penulis:Ramai mengatakan bahawa tarian Tectonik ini merupakan tarian orang gila(No komen)..Bagi aku pula,tarian ini seperti tidak sempurna sama seperti Melbourne Shuffle kerana agak tidak menarik jika digaya dengan satu jenis tarian tanpa campuran..Disebabkan itulah ketika membuat persembahan,penari dan pencipta koreografi akan menggabungkan tiga jenis tarian ini.

Tectonik+Melbourne Shuffle+Liquid Dance

10 comments for this post

wooo wooo .
akhirnya , saya dah tahu apa itu tecktonik .

dulu ingtkan tecktonik tu sejenis bahan kimia yang berasaskan toxic :)

hahaha .

salah ttafsir rupanya .

Posted on February 2, 2010 at 1:36 PM  

Pelik...biasanya orang ingat plat tektonik kat kerak bumi...haha

Posted on February 2, 2010 at 1:40 PM  

haha .
eh ? ain pun rasa pelik jugak .
hahahahaha .

Posted on February 2, 2010 at 1:50 PM  

tau x pe..haha

Posted on February 2, 2010 at 2:05 PM  

salam.. ni baru 1st time aku tahu ttg tarian tecktonik. dulu shuffle... bila sebut tarian jek, aku terkenang zaman awal 2000 dulu. Di mana zaman breakdance tgh hot. Kat sekolah budak2 battle. Budaya graffiti lagi. Bagi aku budaya paling best ialah budaya breakdance dulu ataupun hip hop. Huhu...

Posted on February 3, 2010 at 5:02 PM  

kiranya ko ni bekas penari breakdance la..haha
sebelum nak bertukar kerjaya nak
jadi cikgu

Posted on February 3, 2010 at 9:23 PM  

seni...ada nilai seni yg tersendiri..kelazzz

Posted on February 5, 2010 at 10:13 AM  

setengah pergerakan mengingatkan aku kat cerita hindusta (part nyanyi ramai ramai)

Posted on February 6, 2010 at 12:37 AM  

Tectonik pun ada dalam cite industan...gila ar..

Posted on February 6, 2010 at 2:51 AM  
rezky destiarini

asalamualaikum,,salam kenal ya saya kiki..

saya tertarik bgt dgn kebudayaan tekno termasuk tektoni.. saya boleh mta referensi buku ga yg bahas lengkap tektonik..

terima kasih ya karena saya sedang menulis skripsi tentang kebudayaan tekno..mohon dibantu ya^^

mohon dibales ke email saya ya:
kinoy_malaundri@yahoo.com

terima kasih

Posted on November 16, 2011 at 12:37 AM  
Related Posts with Thumbnails
Print