6 Permainan Moden yang Popular ketika dahulu

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 2:33 PM

Filed Under: , ,

Zaman kebudak-budakan dahulu boleh juga dikategorikan sebagai zaman kegemilangan hampir kepada seluruh umat manusia dimuka bumi ini kerana zaman itu merupakan zaman dimana kehidupan tanpa masalah besar yang muncul di kotak pemikiran.Yang ada hanya keseronokan.Pagi petang siang dan malam hanya fikirkan main.Lebih-lebih lagi budak lelaki.,pantang ada kawan,pasti akan ada aktiviti yang dilakukan..


Dan ketika aku temenung diwaktu malam mengenangkan masa depan yang tidak pasti,terlintas pula difikiran aku untuk menulis mengenai permainan moden yang dimainkan oleh aku dan rakan-rakan sebaya ketika mereka masih kecil.Permainan ini berjaya mencipta fenomena dalam tempoh masa yang singkat sehingga aku terpengaruh untuk memilikinya.

Apakah permainan itu??
Disini akan aku rungkaikan 6 permainan moden yang popular ketika aku masih kecil yang menarik budak-budak lelaki untuk meminati dan memilikinya..



1.Digivice

Permainan yang sangat popular ketika Digimon ditayangkan di NTV7 suatu ketika dahulu.Pada ketika ini,banyak budak-budak lelaki yang berhabis duit untuk memilikinya walaupun pada ketika itu beharga rm80(mahal siot)..Kononnya boleh battle dengan kawan-kawan..Goncang-goncang dah macam orang gila dah(mengikut teori,klu goncang lagi kuat,ada harapan menang battle...hahah)..Bagi budak perempuan pula,Cyber pet mungkin menjadi pilihan..



2.Kad Yu-Gi-Oh

Budak-budak pada masa ni memang gila dengan kad.,cara permainan dia memang pelik.Sebab tu budak lelaki suka.Disatukan dengan kad barangan dan magik menjadikan permainan ini semakin menarik..Bila dah dapat Blue Eye white Dragon,mula la terkinja-kinja..Ada yang lagi gempak pastu macam kena histeria bila main dapat kad Exodia,monster yang mempunyai kuasa tanpa batasan..



3.Beyblade

Permainan umpama gasing yang dcipta oleh Takara daripada Jepun.Beyblade juga permainan yang agak best pasal tak payah pakai bateri..bila terkenang kisah ketika masih kebudak-budakan,teringat aku tentang teori yang dikemukakan oleh rakan-rakan ketika itu,perlukan tali yang lebih panjang baru pusingan lebih laju.Besi pun perlu lebih besar..Kalau nak kesan percikan api,belilah besi yang beharga kira-kira Rm2 ketika itu..


4.Crush Gear

Dalam banyak-banyak permainan,Crush Gearlah permainan yang memerlukan banyak duit kerana terpaksa membeli bateri yang banyak..Banyak makan bateri ni beb..Janganlah anda cuba membuat modifikasi keterlaluan pada Crush Gear ni,akibatnya,Crush Gear anda akan kurang berkuasa..Jawapan kepada masalah itu..
"KALAH"



5.Yoyo

Yoyo memang kesukaan aku..Punya la minat sampai aku berusaha sedaya upaya untuk menguasai 30 teknik basic bermain yoyo daripada Long Sleeper sehingga ke double loop...Punya la seksa belajar tanpa cikgu..Beli CD belajar bermain yoyo daripada Auldey dan berusaha sehingga berjaya,itu saja kunci kejayaannya..Punya la minat sampai masuk pertandingan Hwo Will Win Super Yoyo Challenge...tak lepas lak tu(Segan)..untuk yoyo sahaja abis RM200..Idola aku adalah Hiroyuki suzuki..memang terror..Masa aku melawat laman web Youtube,tiba-tiba terjumpa budak ni,Takeshi Matsuura..Terror juga main yoyo



Yoyo Boy...Berbakat"Born to be"
Cara dia main ni ialah Freehand..Maksudnya tali yoyo itu tidak diikat di tangan.




6.Kereta Tamiya

Fuh...ni permainan yang paling aku suka dan paling mendatangkan faedah kepada aku..Pasal kereta ni aku buat business jual kereta(Ayat gempak).Bermodalkan bawah Rm10..aku bikin kereta tu dengan menukar enjin dan benda2 yang sepatutnya,dan jual balik dengan harga Rm20..Untung habis..Rolling balik modal,aku boleh dapat lebih kurang Rm100...tu pun jual lebih kurang 10 kereta..huhu

Itulah sedikit sebanyak permainan moden yang kebanyakannya diminati oleh budak-budak lelaki suatu ketika dahulu..Sanggup berhabis duit demi permainan...umm..

25 comments for this post

Saya punya favourite! Kereta Tamiya! :D

Posted on February 15, 2010 at 2:16 PM  

hehehe~
best entry nie!
zaman moden plak..
wendu nk maen keta tamiya!!

Posted on February 15, 2010 at 2:17 PM  

hoho..
saya dulu slalu maen yoyo je..
uhuk2

Posted on February 15, 2010 at 2:35 PM  

ouh seriously i miss all these games.. esp kereta tamiya.. -_-" ye saya mcm budak laki dlu hehhehe

Posted on February 15, 2010 at 2:41 PM  

tamiya yang paling aku layan sekali bro mase dulu2 .. kecik2 lagi.. hahaha

tp sekarang pulak.. aku layan main Rubiks Kiub.. bro.. ko penah try Rubiks Kiub?

Posted on February 15, 2010 at 2:50 PM  
Anonymous

hahaha
aku penah ada kereta tamiya tu.
hahaha

Posted on February 15, 2010 at 3:01 PM  

tingat aku main yoyo dlu
ekekekek
tu pun pinjam yoyo orang kejap

Posted on February 15, 2010 at 5:45 PM  

mengimbau kenangan silam..

hehehe, kebanyakannya asal dari

anime yang buat pengaruh besar..

Posted on February 15, 2010 at 6:12 PM  

Salam :)
Yeah..Fana ada kesemua list yang ditulis ^^
Cumanya, yang Digivice tuh, Fana punya manusia..er..baby.bukan Digimon.. :)

Posted on February 15, 2010 at 6:56 PM  

salam, waah betul, kereta tamiya tu biasa jugak godek-godek hehehe

Posted on February 15, 2010 at 9:20 PM  

Inilah kenangan ketika zaman persekolahan dahulu...

Posted on February 15, 2010 at 11:39 PM  

salam. huhu. hampir kesemua aku pernah main kecuali crush gear dan kad yu gi oh. paling aku komited ialah kereta Tamiya dan Digimon. tapi bila kenang balik, nak beli semua mainan tu bukan senang. kumpul duit jajan sekolah berbulan semata-mata utk beli Yoyo yang berharga RM6. Hahaha.

Posted on February 16, 2010 at 9:56 AM  

Memang la Ayisy...nak kena ikat perut tu...

Nak minta mak atau bapak..
mau kena sepak...
hihi

Posted on February 16, 2010 at 12:50 PM  
un

pergh..
power giler budka tu main yo-yo
kagum aku..:)

Posted on February 16, 2010 at 3:26 PM  

suker main tingting je lalalalalal :D

Posted on February 16, 2010 at 5:37 PM  

Unwanted:tau x pe...x tengok idola aq masa kecik2 dulu main yoyo lak..cuba cari kat youtube 'Horoyuki suzuki'

Miss loly:tingting pon dah moden dah skg...

Posted on February 17, 2010 at 8:07 AM  

oho dulu aku paling suka kereta tamiya tu..masa tu first generation..lepas kuar generasi baru tu dah kurang minat..sebab keta dah power sangat..malas nk race dah..guna enjin tamiya hitam putih..hohoho sekali guna je abis satu bateri besa tu...adoiii

Posted on February 17, 2010 at 3:59 PM  

haha...ko pikir nak laju ni..ada caranya....

Posted on February 17, 2010 at 4:28 PM  

Oh! tidak!! nampak sangat aku dah tua...ehhhh ranum.. LOL!!

Tamiya ada la

Yoyo pun ada la

tapi yang lain semua tak main sebab tuu bukan era aku.

Hehhehe.. Dulu zaman aku main Nintendo "Game and Watch" Handheld Pocket Games je.. : )

Posted on February 17, 2010 at 8:26 PM  

Rasa rindu lak dengan zaman dulu....ummm

Posted on February 17, 2010 at 10:37 PM  

wahh 10q for following my blog. Actually I pun ader main digivice mase kecik2 dahulu. heheehe

Posted on February 18, 2010 at 2:23 PM  

best best ! walaupun xmain tapi biler tengok adeq beli time dulu2 memang teringat balik waktu sama2 kongsi minat . ahakz .

Posted on February 24, 2010 at 9:08 PM  

Saya minat dengan crush gear ..sape kat sini ade jual crush gear

Posted on November 10, 2015 at 9:41 AM  

Saya kat sini minat crush gear ..ade sape yang kat sini jual crush gear

Posted on November 10, 2015 at 9:43 AM  

Saya kat sini minat crush gear ..sape kat sini ade jual crush gear

Posted on November 10, 2015 at 9:44 AM  
Related Posts with Thumbnails
Print