Sudah hampir genap sebulan kita berpuasa dimana bulan Syawal semakin hampir datang kemari dan bulan Ramadhan pula semakin berlalu pergi.Semoga hari-hari yang dilalui sepanjang bulan Ramadhan ini memberi pelbagai manfaat kepada kita semua baik yang tua mahupun muda.Sememangnya bulan ramadhan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri yang hanya boleh didapati dibulan tersebut dan kita pasti akan merinduinya.Namun yang pasti,Kerinduan di bulan ramadhan itu pasti akan diubati dengan cahaya kegembiraan di bulan syawal.Lebih-lebih lagi kelibat pak Cik yang glamour setiap kali menyambut bulan baik ini pasti akan muncul dikaca tv..(rindu la pak cik)hii..
Yang pertama sekali,PKE yang dilantik selaku pemilih sah blog ini (lantik diri sendiri) ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan blogger,rakan-rakan sekerja dan seangkatan dengannya,mereka-mereka yang pernah disakiti oleh PKE,mereka-mereka yang terasa dengan penulisan PKE,mereka-mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada PKE,mereka-mereka yang aktif di page facebook PKE,dan mereka-mereka yang tak ada buat salah dengan PKE..hi
Kepada semua pembaca blog ini baik yang visible reader mahupun silence reader,PKE ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi membaca blog yang tidak seberapa ini.Selamat Hari Raya diucapkan kepada anda semua.Maaf zahir dan batin..
Mari kita semua mengimbau kembali nostalgia di Hari Raya,kehangatannya pasti akan dirai dengan dendangan lagu-lagu raya yang memang menusuk kalbulah katakan.Tapi tidakkah anda berasa bosan dengan dendangan lagu yang hampir sama saban tahun.Terus terang PKE katakan,hampir bosan sampai tahap gaban.Manalah taknya,balik-balik lagu dendang perantau(P.Ramlee),Selamat Hari Raya(saloma),ku pohon restu ayah bonda (Mamat Exist) dan pelbagai jenis lagi lagu yang agak membosankan..(sangat bosan)..
kelihatannya lagu-lagu raya yang baru amat jarang sekali kedengaran di corong-corong radio.Adakah lagunya tidak best atau dalam erti kata lain,lagunya tidak sedap.Berkenaan dengan hal itu,mungkin ada benarnya,mungkin juga tidak..Apa pandangan anda???
Bagi blogger Ariff Shah,beliau sudah mengeluarkan pandangan beliau di entri Lagu Raya dulu dulu juga yang best yang beliau merasakan yang lagu dulu-dulu lebih sedap didengar..
Kenyataan itu tidak dapt dinafikan kerana PKE sendiri membesar dengan lagu-lagu ini.Cuma ada benda yang PKe cuba pertikaikan,punyalah banyak lagu lama-lama yang sedap didengar,apa pasal la lagu yang sama juga dimainkan setiap tahun..Balik-balik lagu tu,balik-balik lagu tu..kan banyak lagu lain..
Berkenaan lagu-lagu baru pula,ramai cakap yang lagu baru kurang memikat.Kurang jiwa dan kurang kekayaan bahasa yang diterapkan didalam lirik.Memang betul pun.Tapi kita harus ingat,kebanyakan lagu sememangnya begitu,tapi bukan semua.Ada lagu yang sedap didengar dan besar kemungkinan mampu kekal selamanya(evergreen)..Lagu yang PKE maksudkan ialah Lagu Bondaku yang jauh dimata hasil nyanyian Kristal.Kita dengar dengan teliti dengan lenggok lagunya,sangat sedap didengar.Versi Rock lagi..Ada sesiapa nak Komen??
Jadi kepada sesiapa yang hendak mendengar lagu raya yang baru mahupun lama tetapi jarang didengar,anda boleh memuat turunnya disini.Daripada kebosanan dengar lagu raya yang sama,apa kata kita layan lagu raya yang lain.Walaupun ada lagu yang biasa didengar,anggap sahaja kita klafisikasikan ia sebagai lagu best:
Jalil Hamid : Dendang Hari Raya
Download
Jamal Abdillah & Saleem-Lambaian Aidilfitri
Download
Hattan-Selamat Datang Sayang
Download
Spider:Rindu raya
Download
Sharifah Aini - Nostalgia Aidilfitri
Download
Nota:Masih mencari lagu raya irama Hip hop yang best..hi
14 comments for this post
Selamat Hari Raya juga PKE:)
PS:suka lagu aisyah:pulanglah.hehe
dtg cni cbb nk rye..hehe
cmat ari rye..
:)
aku dah baca dah
yeeeeeeeee
bleh raya
hehehe
lagu2 dlu best
lagu skrg yang baru2 yang best pun lagu CT jer lah kut
P/S : Alhamdulillah! Thanks DIGI! Thanks Nuffnang! Terima Kasih Semua!
Kepada Faizal,ahs dan hans,selamat hari raya diucapkan kepada anda semua..
huh, nasib baik aku dah baca.
boleh la aku raya..:)
selamat hari raya...gua dah baca..so boleh raya!!! yeah~
salam PKE.selamat hari raya! nk duit raya! ahhahaha.
suka lagu lagu lama juge ;p
selamat hari raya
Selamat hari raya diucapkan dari kami kepada kamu sefamily..
Lagu jalil hamid lama da tak dengar..
slm raya bro!. hee. raye mne thun ni?. ngeh3. btw lagu raya hip hop?. lawl. hahaha
mcm2 jenis lagu raya skrg ni kan..
Tradisi Balik Kampung Berterusan
selamat hari raya..
selamat hari raya..aku suka lagu sheila majid -hari mulia..nostalgia tol lagu tu
New Entry "Kalaulah Raya Sekarang Macam Dahulu"
selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin
dan terima kasih kerana sudi membaca blog saya dari dahulu hingga skrg
P/S : Download Lagenda Budak Setan The Series : Episode 5