Mengapa Aku Minat Paintball

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:05 AM

Filed Under:



Paintball merupakan salah satu sukan ekstrem yang sangat menyeronokkan disamping sangat sesuai dimainkan oleh semua peringkat usia..(kecuali 12 ke bawah).Malahan dengan menjadikan Paintball sebagai sukan riadah mampu menarik lebih ramai pihak untuk menyertai sukan paintball ini.Aku juga secara kebetulan terbabit dengan sukan Paintball ini sejak dari zaman persekolahan lagi.Sejak itu,aku secara perlahan-lahan mula hilang minat dengan sukan bola sepak dan badminton sebaliknya Paintball mula menjadi pilihan.Jadi di sini akan diterangkan kepada anda sebab mengapa aku berminat dengan sukan Paintball.



Paintball merupakan sukan ekstrem yang lain daripada yang lain.Itulah sebab utamanya.Lebih-lebih lagi main tembak-tembak macam dalam game Blackshot..Memang kegemaran aku.Lagipun pada masa kini,remaja-remaja lebih mengemari cabaran dan sukan paintball menawarkan cabaran tersebut.


Marker Dye DM10

Paintball sukan yang disaluti oleh teknologi.Daripada Marker,benda yang terletak dari hujung rambut sehingga hujung kaki temasuk Arena Paintball itu sendiri,semuanya dipenuhi dengan teknologi.


Aku ketika terkena kicap

Risiko kecederaan yang amat rendah.Itupun jika anda mematuhi segala peraturan.Ini dapat dibuktikan ketika anda bermain Paintball dan selepasnya,pasti anda dalam keadaan sihat walafiat.Adakah lebam terkena tembakan itu dikategorikan sebagai cedera.
Itu hamba kurang pasti..(hahaha)


Bergaya bukan

Paintball sukan yang penuh gaya.Walaupun muka korang macam penyangak sekalipun(hihi)..,korang pasti akan nampak hensem setelah memakai Facemask..haha



Perempuan dan lelaki boleh bermain Paintball secara bersama atau boleh dikategorikan sebagai sama taraf.Jika anda perasan,kebanyakan sukan seperti badminton dan bola sepak mengklafisikasikan lelaki dan perempuan didalam kategori yang berlainan tetapi berbeza dengan Paintball.Apa yang penting ialah kemahiran.Tiada Diskriminasi..


Orang yang banyak membantu..PKRMFraternity

Adanya senior paintballer yang sanggup mengajar aku,team aku,kawan aku,dan kaum aku untuk mengenali apa itu paintball.Terima kasih juga kepada korang kerana sudi sertai latihan walaupun dengan kitaorang yang newbies ini.Jasa dan bakti diorang kepada aku dan daerah Muar amat tidak ternilai besarnya.Aku memang sokong korang PKRMFraternity.
Jadi sebagai balasan kepada jasa korang,aku bagi 2 backlink kepada blog korang.Mana tau boleh naikkan ranking ke nanti...hahaha
http://pkrmfraternity.blogspot.com/


Oliver Lang,Idola Hamba

Korang tahu bukan sukan paintball merupakan sukan yang lebih mahal daripada golf.Jikalau boleh kita hendak mengurangkan kos tersebut dengan menambahkan komuniti paintballer.Manalah tahu barangan Paintball mungkin boleh didapati dengan harga lebih murah sehingga harga pallet boleh mencecah sehingga RM50 sahaja satu kotak(angan-angan yang sukar untuk digapai)..


Dye NT Paintball Gun.........................................................Yamaha 135 LC

Aku ada sediakan 2 gambar diatas ini.Kamu tahukah apa itu?

Gambar di sebelah kiri adalah NT paintball gun yang berharga Rm 5939.63..Manakala disebelah kanan pula ialah motosikal Yamaha 135Lc yang beharga Rm5786.80++harga basic..
Harga lebih kurang sahaja sahaja.Mahal bukan..Lebih kurang sahaja harga yang ditawarkan.


Facemask Dye I4

Alangkan aku beli Facemask I4 standard pun dapat harga paling murah iaitu Rm300.Kalau ikutkan hati orang normal(Yang tidak berminat dengan paintball),harga itu dikira mahal.

Jadi kesimpulannya disini,aku akan terus meminati Paintball dengan sepenuh jiwa dan raga aku.Walau aku dipaksa untuk memakan Ais Krim berperisa kelapa sawit,namun demi Paintball.....
Aku sanggup....
Memang sanggup.....
hahaha..(Ayat Alex)

29 comments for this post

tak penah mein paintball walaupun bole jadi painball..haha... nak try la nnt

Posted on February 5, 2010 at 12:10 PM  

uishh.. tringin mmg tringin.. tp dah tgk smpai jadik gitu takut la plak..

Posted on February 5, 2010 at 12:18 PM  

rindunyer nk main paintball...huhu

Posted on February 5, 2010 at 1:17 PM  

Main paintball best......korang mesti cuba...

Posted on February 5, 2010 at 2:37 PM  

teringin nak main.. tapi tak reti..

Posted on February 5, 2010 at 4:44 PM  

cuba la main...kompom tolak sukan lain punya...hah

Posted on February 5, 2010 at 5:06 PM  
N

tak pernah cuba lagi,tapi mcm best je

eh kat badan ku merah2 tu sakit tak.Macam takut je aku nk main

Posted on February 5, 2010 at 5:08 PM  

Ala...x sakit la..Badan kena macam tu pasal x pakai body protecter...Kitaorang training memang x pakai pasal nak bagi ahli rasa apa akibatnya jika wat salah...
Klu korang main mesti ada punya body protector..x pun dapat vest..

Posted on February 5, 2010 at 5:19 PM  

terhingin sangat nak main tau =)

Posted on February 5, 2010 at 9:27 PM  

terhingin macam x ingin je..
"Terhingin"=bahasa sastera terbaru...

Posted on February 6, 2010 at 12:17 AM  

cni harga agak mahal
hurmm
xpernah try kat malaysia
nanti ku mao tru

Posted on February 6, 2010 at 2:57 AM  
AJ

teringin nak main paintball..tak pernah main lagi

Posted on February 6, 2010 at 7:15 PM  

kamu makan aiskrim perisa sawit?

erk~

hehehe~

kat Muar bleh main katne?

Posted on February 6, 2010 at 8:02 PM  

aku tak pernah main..teringin gak nak main macam zaman kanak2 dulu..main combat2..

Posted on February 6, 2010 at 8:56 PM  

yang penting...korang patut cuba..

Lort ZAra:muar kat jalan dato haji kosai..tapi biasanya klu ada tournament..,kitaorg build the field kat tmpat yang dianjur..ikut budi bicara penganjur..duk kat muar kan...apa lagi,join la.

Posted on February 6, 2010 at 9:19 PM  

Salam empunya blog,

Melompat-lompat dari geng blogger sehingga menjengah ke sini. : )

Terima kasih berkongsi tentang PaintBall

Terima Kasih berkongsi tentang tecktonik juga.

TAHNIAH!! juga, sebab bahasa dan kandungan blog ni sama indah (jarang jumpa blog orang muda yang bijak susun atur bahasanya)

Aha.. selamat hari sabtu dan Selamat Ber"blogging" : )

Posted on February 6, 2010 at 10:38 PM  

mahalnye brg mainan paintball nih.. mgg dh jadik satu hobi skg ni..

Posted on February 6, 2010 at 10:57 PM  

Fiezaradzi:Barangan paintball memang mahal sikit...tai klu dah suka...hi
Klu rasa2 nak berjinak-jinak dengan sukan paintball ni x de masalah..cuba test dulu..Rasanya bayaran cuma rm20-30 satu orang..Best gila..,rugi x cuba.

Incik RestNrilekS :Terima kasih dengan pujian kamu yg teramat tinggi tu...blog saya ni biasa2 sahaja...Tujuan utama saya cuma ingin berkongsi pengetahuan dengan bahasa yg agak ringan..Klu dah blogger visit blog yg paparkan gosip artis dan bahan2 ringan..kebetulan tersesat pula di blog saya..,dapat juga dia sedikit ilmu pengetahuan di hari tersebut...hi

Posted on February 7, 2010 at 5:46 AM  

aku pn tak pernah main paintball..tak skt ke kena bola kck2 tu kt badan?hehe

Posted on February 7, 2010 at 9:41 AM  

sakit klu x pakai body protector...

Posted on February 7, 2010 at 10:47 AM  

thanx singgah wahai pejuang kesenian!
folo u too;)

Posted on February 7, 2010 at 11:42 AM  

er, kalau nak main, contact aku la~

teringin wei~~

Posted on February 7, 2010 at 11:12 PM  

Salam,
Fana pun suka main paintball nih.
Setakat nih dah 3 kali main kat Subang.
Er..dan kesan kene kicap masih ada sampai sekarang!Oucchh!!

Posted on February 15, 2010 at 6:51 PM  

Alang2 tu main kat paintball xtreme park terus la..

Posted on February 25, 2010 at 11:59 AM  

teringin nak tahu kalau kat kl ni ada kat mana

Posted on March 16, 2010 at 6:23 PM  

Salam paintballers~ nice dude :p

Posted on May 13, 2010 at 11:13 AM  

salam
saya dalam usaha nak buat program tv... nak tnya ada tak di kalangan artis2 atau selebriti yang anda tahu bergiat dalam sukan paintball ni? kalau sudi berkongsi pengetahuan sila email marinamirana@yahoo.com

Posted on November 30, 2010 at 10:41 AM  
This comment has been removed by the author.
Posted on October 10, 2011 at 1:21 PM  
This comment has been removed by the author.
Posted on October 10, 2011 at 1:22 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print