Dunia Memerlukan Polis Internet

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:15 PM

Filed Under:


Merujuk kepada perkara di atas,sememangnya perkara ini ada kebenarannya.Dunia internet yang dikatakan tanpa sempadan ini menjadi platform bagi penjenayah seber melakukan jenayah tanpa halangan.

Tahukah anda bahawa di internet juga wujud pasaran gelap dimana segala aktiviti jahat berlaku secara berleluasa.Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti penawaran perkhidmatan menggodam,menjual akaun perbankan,maklumat kad kredit dan juga penjualan perisian yang canggih dalam penciptaan kod-kod jahat (Contohnya kod Malicious).Malahan,urus niaga yang semakin rancak ini dilakukan seperti perniagaan sebenar menyebabkan ia terus berkembang pesat sehingga menjana keuntungan berjuta-juta dollar hasil daripada pembelian dan penggunaan perkhidmatan oleh pelanggan yang mementingkan diri sendiri untuk mencapai tujuan jahat mereka.

Seharusnya undang-undang global mesti digubal bagi membendung gejala ini daripada berleluasa.Walaupun memakan masa,namun tidak mustahil untuk dikuatkuasakan.

FaceBook sentiasa menjadi ancaman pengodam dan phishing


Orang yang berniat jahat dengan menggodam rangkaian syarikat,melakukan phishing di laman-laman web perbankan bagi mencuri maklumat akaun dan laman web sosial bagi mencuri identiti seharusnya diberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Mereka ini sememangnya menyusahkan orang ramai dalam banyak hal.Jadi kita sebagai pengguna seharusna berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan yang melibatkan internet.

Amaran:

Anda juga sebagai seorang blogger juga berisiko berhadapan dengan dengan penjenayah ini

Jadi siapa yang sokong Polis Internet ditubuhkan angkat tangan..

(Tulis komen sudah)

6 comments for this post

ini sangat tak relevan. jaringan internet (world wide web) terlalu luas utk dikawal. pentagon pon boley kene hack, ini kan pula blogspot.com

Posted on December 11, 2009 at 10:23 AM  

Terima kasih kerana memberi pandangan..

Klu nak diikutkan pandangan ini Sebenarnya memang agak releven.. pandangan ini disuarakan oleh Eugine Kaspersky iaitu pengasas perisian Anti virus Kaspersky..

Adakah perompak yang merompak di Bank atau kedai emas ditangkap ketika tengah merompak..

Kebanyakankannya ditangkap selepas mereka merompak..Betul x.

Begitu juga dengan pandangan anda yang mengatakan Pentagon juga digodam..

Memang pentagon menjadi sasaran penggodam..Tapi kebanyakan memang x tidak terlepas kerana mengodam pentagon..

Pentagon merupakan markas utama sistem pertahanan negara US..Jadi segala data yang ada di Pentagon merupakan data sulit yg tidak boleh dikongsikan dengan orang awam..

Untuk itu mereka sentiasa berusaha untuk melindungi sistem mereka daripada digodam dan menempatkan jurutera khas hanya untuk menjaganya..

Kesimpulannya,walaupun anda menggodam Pentagon dengan menghilangkan IP(Internet protokol) ataupun menggunakan Mirror Russia sekalipun..

Anda Tetap kena tangkap/..

Macam ni..
Untuk memberikan difinisi yang lebih jelas terhadap saudara,saya ingin jelaskan dengan serba sedikit.

sebenarnya setiap negara negara mempunyai undang-undang sendiri mengenai penjenayah siber.Cuma undang-undang itu terlalu longgar dan tidak berjaya memerangkap si penjenayah ini..

Jadi,cadangan untuk menubuhkan polis internet ini hanyalah untuk menyeragamkan undang2 untuk dijadikan panduan disamping menyerahkan kepada orang yang lebih pakar untuk memerangkap penjenayah tersebut.
Disebabkan rangkaian internet yang luaslah dan tanpa sempadanlah yg menyebabkan cadangan ini timbul.

Ok..hi

Posted on December 11, 2009 at 4:41 PM  

aku sokong ditubuhkan polis intenet! klu ade la aku nk keje 2! best jgk kalau tau bab2 komp ni...

Posted on December 14, 2009 at 10:38 PM  

Mat...lu nak keja ni..
Kena amik jurusan sains Komputer..
Pakai matematik baik punya..

Ko masa sekolah dulu add math ok x..hha

Posted on December 16, 2009 at 12:52 AM  

yap.. aku setuju...
sangat2 penting untuk mengawal perkara-perkara yang tidak elok berlaku. tetapi, pastikan lah ianya telus dan berintegriti..

seperti akta jugak, penguatkuasaan akta perlu diketatkan. tidak boleh dibuat main2

Posted on December 18, 2009 at 8:29 PM  

betul2...aku sokong.

Posted on December 19, 2009 at 9:26 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print