='Blog description' name='Description'/>

Laman Photo Effect Yang Terbaik!!

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:06 PM

comments (8)

Filed Under: , , , , , ,

Ye selamat datang ke Laman Blog Rasmi Pejuang Kesenian Extreme dimana segala pengetahuan am anda mampu miliki disini.Percuma dan tanpa bayaran.Tanpa yuran langganan dan tanpa duit perlindungan.Tanpa duit faedah dan tanpa entri tanpa faedah.yeh..(minta Maaf)

Bila kita mula berbicara berkenaan mengedit gambar,pasti ramai insan diluar sana yang mengaitkannya dengan Photoshop.Bila cakap tentang photoshop pula,mesti teringat editing gambar.Kiranya ia seperti menjadi satu kemestian dan seolah-olah menjadi satu perisian rasmi yang menjadi pilihan golongan profesional,semi profesional mahupun golongan tidak profesional langsung seperti PKE ini untuk mengedit gambar..hihi.. Kiranya photoshop ini begitu popular sekali bagi golongan seperti photografer,pereka grafik dan sudah semesti para blogger..

Bila kadar pengetahuan tentang penggunaan photoshop rendah,maka jalan alternatif terpaksa dipilih untuk membuat kerja editing dan sudah semesti Photoscape menjadi pilihan.Photoscape ini sebenar perisian yang amat berguna juga lebih-lebih lagi disaat membuat watermark.Segala kerja yang sukar menjadi mudah..Segala kerja yang mudah bertambah mudah.Jadi kesimpulannya disini,Mudah punca kuasa dua ----> (MUDAH) 2
Hihi..Perkara ini dapat dibuktikan dan ditunjukkan kepada anda di entri PKE sendiri iaitu entri

Caranya amat mudah dan bergaya.Apa yang perlu cuma kreativiti sahaja..Namun dinasihatkan disini,berhati-hati ketika mendownload perisian ini diinternet,kerana ada diantaranya mengandungi kod malicious..Jaga-jaga Cik Salmah..

Kita tinggalkan cerita tentang photoshop dan photoscape,kita terus ke topik pokok dan sebenar-sebenarnya iaitu berkenaan Laman web Photo Effect.Apa yang istimewanya laman web ini??
Laman photo effect merupakan laman editing yang memaparkan gambar kita yang diberi kesan khas secara automatiknya tanpa penggunaan satu pun perkakas editing.Kiranya kita pilih gambar yang dikehendaki,kita upload dan terhasillah gambar yang menarik..

Topik ini pernah dibincangkan suatu ketika dahulu di entri 3 Laman Web Photo Effect Terbaik dimana Photofunia,Funphotobox dan Fodey diperkenalkan kepada anda.Ada yang berpuas hati dan ada juga yang sebaliknya.Bagi PKE,perkhidmatan yang disediakan oleh pihak mereka sememangnya memuaskan.Sibuk bercerita berkenaan hal ini,pada kali ini PKE ingin memperkenalkan kepada anda laman Photoeffect yang boleh tahan mengancamnya iaitu laman web Picjoke.com

Laman web ini memang agak terbaik kerana boleh dikatakan setiap bulan bahan photo effect ini diupdate.Malahan laman web ini menyokong 35 bahasa termasuk bahasa Indonesia (Bahasa melayu la tu).Gambar-gambarnya juga agak menarik untuk tatapan anda dan sesuai untuk pelbagai gunaan.Namun disebalik kemudahan yang disediakan,ada juga kelemahannya.Setiap gambar yang dihasilkan oleh anda diwatermark oleh pihak Pickjoke.Ini bermakna anda perlu menghilangkan kesan kotoran ini dengan sendirinya menggunakan photoshop mahupun photoscape.(Apa punya website dah,bagi download tapi letak watermark)
Tapi anda tidak perlu risau,itu masalah kecil sahaja.Tutorial akan diajar melalui video dibawah ini.(Bagi pengguna Photoscape)



Pastikan anda menekan "ALT + Left KLIK" ditempat yang ingin diklon dan tempat yang bakal diklon..

Berikut pula hasil yang PKE dapat setelah menggunakan Picjoke.com ini:

Jadi tunggu apa lagi,jemputlah ke laman web Photo Effect yang terbaik iaitu di

Teacher Shida:Selebriti Youtube Terbaru

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 12:18 AM

comments (11)

Filed Under: , , , , ,

Sejak kebelakangan ini,nama Cikgu Shida menjadi perbualan di laman web perkongsian video Youtube dan di laman Facebook rakan-rakan blogger berkenaan dengan pembikinan video mimingnya yang sangat menghiburkan penonton.Kenalkah anda siapa Cikgu Shida??


Cikgu yang bernama sebenar Roshida Binti Abd Aziz ini merupakan seorang cikgu Bahasa Inggeris yang mengajar di SK Pulau Padang yang terletak di Bota,Perak.Mungkin disebabkan terpengaruh dengan aksi MoyMoy Palaboy atau mendapat ilham daripada video Jojo dan Sinta-Keong Racun menjadikan Cikgu Shida memberanikan diri untuk beraksi didepan kamera dengan bermiming lagu-lagu yang beliau minati.Dengan kata-kata keramat di Channel Youtube yang berbunyi "Kalau suka tengok,kalo tak suka boleh blah!",memang pedih la sehingga menusuk hulu hati..hihi

Bagaimana pula reaksi mereka yang menontonnya??
Seperti biasalah ada penonton yang memberi reaksi yang positif dan ada juga mereka-mereka yang memberi reaksi yang negatif.Bagi PKE pula,reaksi positif diberikan kepada Cikgu kerana memberanikan diri untuk mencuba aksi ini dirumah..hihi..Terasa seperti tidak akan ada cikgu yang berani buat aksi yang sebegini didepan kamera selain daripada Cikgu Shida..SERIUS!!

Berkenaan dengan koleksi video pula,dirasakan masing-masing mempunyai pilihan yang tersendiri.Bagi PKE,video miming Stacy-Pakai buang menjadi kegemaran dan tontonan PKE..hih



Jikalau anda berminat untuk menonton video yang lain,anda boleh menontonnya di Chanel Cikgu Shida @TeacherShida di Youtube.Banyak lagi koleksi miming disana.Bagi mereka yang berminat untuk bersosial pula,anda boleh melayari FanPage Facebook Cikgu Shida di Link berikut:


Nota:Diharapkan anda berpuas hati dengan maklumat yang disediakan.Jenuh juga nak menyelongkar pasal maklumat yang boleh didapati di internet sedikit sangat..hihi
Lagi satu,diharapkan jikalau Cikgu Shida membaca entri blog ini,Cikgu bukalah kembali video di Youtube ini untuk tatapan umum.Susah la bila dah Privatekan video dan perlu log ini untuk menontonnya..Banyak video pun dah didelete.
(Terimalah rayuan daripada salah seorang penonton setia video Cikgu)

Inginkan senarai lain internetainer yang pernah diulas PKE,sila klik link dibawah:


Website Khas Untuk Kaki Gaduh

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:26 AM

comments (8)

Filed Under: , , ,

Mungkin ada kesilapan disini dimana jikalau hendak diikutkan,tajuk bagi entri ini ialah "Website Khas untuk Video Gaduh".Tetapi atas dasar penyedap ayat,tajuk "Website Khas untuk Kaki Gaduh" digunakan sebagai pendahulu ayat bagi memberi ruang kepada apa yang bakal diketengah oleh PKE pada entri ini.

Adakah anda kaki Gaduh??
(Jawapannya terletak ditangan anda)
hihi,..

Tidak dapat dinafikan yang setiap insan dimuka bumi ini pernah bergaduh tidak kira melalui cakap mulut,Facebook mahupun didunia realiti.Semuanya pasti pahit bukan..(Gaduh mana ada manis)
Inilah yang ingin dikongsikan oleh PKE pada kali ini iaitu Laman Web Khas yang digunakan untuk mengupload Video gaduh sahaja.Manalah tahu yang anda ini mempunyai koleksi peribadi video pergaduhan yang dashyat yang boleh dikongsi bersama.Kalau tak dapat video yang bunuh orang,pukul sampai lembik pun jadilah...hihi (Jahatnya PKE ni..)

Laman Web yang ingin dikongsikan disini ialah laman Fight In School.
Walaupun namanya pergaduhan disekolah,tetapi ianya hanya sekadar pada nama kerana laman web ini mengalami evolusi dimana video-video selain daripada disekolah juga turut dimuat naik.

http://www.fightsinschool.com/

Selain daripada itu,ada laman web lain yang menyediakan koleksi video pergaduhan

http://www.schoolfightsdump.com/

Malahan,ada laman web yang menyediakan tutorial bagaimana hendak mempertahankan diri ketika pergaduhan.Diterangkan secara terperinci bahagian-bahagian penting yang bakal dan akan jadi sasaran.

Bahagian yang Bakal menjadi sasaran ketika bergaduh

Nota:sekadar hiburan,jangan diambil serius ye..PKE pun sebenarnya cuba untuk mendapat mood yang sebenar setelah bercuti Raya..Adeh


Related Posts with Thumbnails
Print