Fuck You Chin Peng

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 10:29 PM

comments (0)

Filed Under: ,


Tu la yang aku nak cakap

Isu ini kalau boleh tidak mahu diungkit kembali..Tapi tiba2 dibangkitkan oleh Pengerusi Gerakan Pulau Pinang..,Dr Teng Hock Nan mengenai permintaan untuk membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia setelah lama mangkuk ni hidup dalam buangan di Thailand.

Korang tau sape Chin Peng..

Si Mangkuk ni suatu ketika dahulu merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya..Makhluk yang mengucar kacirkan tanah melayu ketika itu..Tak pasti dia siapa..Ni gambarnya


Buat muka nak kena hentak

Sebenarnya benda yang menyebabkan aku marah sejak kebelakangan ini ialah mengenai hasrat mangkuk ni untuk kembali ke Malaysia..Kira kalau boleh nak mati kat malaysia la..

Dan paling aku marah..,ade la pulak manusia yang berani membuat permintaan untuk membenarkan si Chin Peng ni kembali ke Malaysia..Sebab yang paling bangang yang aku dengar..
Sebab kemanusiaan
Kepala hotak dia

Dia pikir pasal mangkuk ni..Dia tak pikir pula..Pasal si Chin Peng ni berapa banyak yang terkorban.Nak aku aku beri statistik ke..


Buku Teks

Boleh dikatakan semua orang tahu tentang kekejaman komunis.,malah sejarah tersebut telah dirungkaikan dalam buku teks sejarah tingkatan 3..Jadi apa lagi yang tak cukup..
Semua orang sedia maklum bahawa negara kita telah dijajah oleh banyak pihak..Tetapi pejajahan komunis la yang paling tidak boleh diterima..

Sebabnya:



  1. 1.Pada 6 Ogos 1945.,Amerika Syarikat telah mengebom Hiroshima dan pada tanggal 9 Ogos 1945 pula,Nagasaki pula menjadi mangsa..Akibatnya ,Jepun pada ketika itu menjajah Tanah melayu terpaksa menyerahkan semula pada British..Pada ketika itulah Komunis mengambil kesempatan kerana British masih belum sampai di tanah melayu akibat diusir ketika Jepun berkuasa..Inilah dinamakan menangguk di air yang keruh..
  2. 2.Boleh dikatakan juga yang komunis ni kebanyakan rakyat tempatan..Tu yang tak boleh bla(Kebanyakan cina,melayu pun ada tetapi dalam jumlah yang sikit)...
  3. 3.Kekejaman yang melampau...korang sume kan tau yang Bintang Tiga(Komunis la tu) hanya bekuasa selama berapa minggu sahaja..,tetapi kerosakan yang dilakukan umpama dajal

Jadi Chin Peng selaku kepala dan wakil komunis patut kena hentak kepala dia sampai mampus..,Tembak pakai AK47 ke..Assault Riffle ke..
Mengikut sumber2 yang hampir tepat(Mungkin tak tepat kerana bilangan mungkin lebih)..
Disebabkan komunis,.,darurat mula diisytiharkan dari tahun 1948 hingga 1960..Ini bermakna semasa tunku Abdul Rahman mengistiharkan tanah melayu merdeka.,keadaan masih dalam darurat.
Dalam tempoh tersebut.,Dikatakan ramai orang yang terkorban diatas kekejaman komunis

Orang Awam:2500 orang mati
Pasukan keselamatan:1865 orang mati

maklumat lebih lanjut,sila klik disini

Korang tahu tak berapa duit yang kerajaan persekutuan yang terpaksa dikeluarkan
RM203 juta (1953)
RM169 juta (1954)
Banyak tu beb...Klu buat pembangunan negara..,dah lama maju dah..






Pada ketika itu.,banyak wanita yang menjadi balu akibat kekejaman komunis..

ha...,aku baru teringat sesuatu..,Korang tak kan tak pernah baca novel ni..Kanang Cerita seorang Pahlawan..Tu kisah benar..Bace dari situ je dah tau macam mana peritnya pejuang dulu membanteras kekejaman komunis..


Kanang Cerita Seorang Pahlawan


Korang tak puas hati..Kanang masih hidup lagi beb..kalau tak caye jumpa la sendiri


Wajah terkini Pahlawan yang banyak berjasa ini..Kanang Anak Langkau

Aku cuma berharap..,kepada sesiapa yang cuba menghidupkan semangat komunisme dan cuba untuk membawa balik bekas pemimpin sialan ini..,henti2kan lah..Banyak keburukannya..

Keburukannya:

  1. 1.Menimbulkan ketidakpuasan hati bekas tentera yang ketika dahulu memerangi komunis demi mewujudkan keamanan didalam negara
  2. 2.Memecah belahkan perpaduan.
  3. 3.Membolehkan 13 mei berulang semula..Tak caye tengoklah..

Kepada semua blogger.,jika ingin mengeluarkan pendapat anda..,silalah meninggalkan komen anda pada artikal ini

Demi menaikkan semangat patriotik korang..aku harap korang tekan link ini

Penaik semangat Patriotik..Aku sayang Malaysia

Hidup baru,Pengalaman baru

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 9:40 PM

comments (0)

Filed Under:

Lambang Kegembiraan
Apa yang aku sukakan...apa yang menyebabkan aku begitu gembira..
25/05/2009 adalah tarikh yang amat bermakna bagi aku..
Mengapa?
Kerana mulai tarikh ini.,aku mula menukar transformasi daripada seorang remaja hingusan kepada Remaja yang matang..
Mulai tarikh itu.,aku telah mula berusaha hidup sendiri..Really sendiri..
Aku telahpun pindah ke rumah bujang dan hidup bersama-sama kawan-kawanku..,
Mulai saat ini..,aku mula hidup berdikari tanpa mengharapkan sedikit bantuan pun daripada ibubapaku.
Mesti banyak gila masalah?
Sebenarnya aku tak de mengalami kesulitan yang amat sangat..
Sebabnya?
Aku memang dah lama pun hidup berdikari..Cuma waktu aku berdikari dulu.,aku masih hidup dan tinggal dengan kedua ibubapaku
Jadi itu bukan masalah bagi aku ..
Dah,tu je kot aku nak tulis..

Penyambung Nyawa

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 1:03 PM

comments (1)

Filed Under:

Pada zaman era telekomunikasi ini,banyak manusia menjadi malas kerana teknologi..Tetapi teknologi sebenarnya lebih banyak memberi kebaikan daripada keburukan.Jadi disebabkan itulah banyak syarikat berlumba-lumba untuk memasarkan produk berasaskan teknologi kepada pengguna kerana keuntungan hasil perniagaan dalam bidang ini memang lumayan.
Umpama aku seorang manusia biasa yang hidup pada zaman moden ini amat bergantung kepada gajet yang bernama telefon bimbit..Tanpanya,mati kutu aku dibuatnya..silap-silap frust menonggeng macam putus cinta dengan awek...hahaha

Itulah takdir yang ditentukan oleh manusia masa kini.,jika dulu telefon bimbit dianggap barangan mewah,sekarang tidak lagi.,setiap insan bernama manusia...eh,silap...setiap spesis manusia kat muka bumi ini mempunyai gajet tersebut..Dengan hanya bermodalkan rm50..,dah dapat telefon bimbit satu..Aku cuma berharaplah kat korang,walaupun sekaya manapun korang bila dah bekerja nanti,jangan la korang terlalu kerap menukar telefon bimbit dan jadi macam Paris Hilton,tukar telefon sampai 2 minggu sekali..gila tu..Bukan apa,sayangilah alam sekitar kerana setiap telefon bimbit mempunyai bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar jika tidak diuruskan dengan betul..hi

Hari ni aku ingin menceritakan kat korang pasal telefon bimbit aku.Telefon aku bukan la canggih sangat,orang cakap telefon lama la senang cita model Nokia 3650..Namun seburuk-buruk telefon ni,benda ni banyak berbakti kat aku..Meh aku tunjukkan secara detail.

Model Nokia 3650

Agaknya kenapalah aku berbangga sangat dengan HP ni..Sebenarnya banyak sejarah silam dari Hp ni...First sekali.,aku beli HP ini dengan titik peluh aku sendiri.,bukan kumpul duit sekolah tau(betul2 keluar peluh beb)Aku start kerja pun masa aku Form 3..,aku kerja sebagai pengangkuk barangan pindah je masa tu...gaji yang aku terima boleh la tahan.,Rm400 satu minggu..Tapi kerja tu 2 minggu je aku kerja..,lagi pun aku pindah barang satu bangunan tak kanlah nak sampai setahun pula.,betul tak

Benda ni umpama gajet yang paling beharga kepada aku.,aku akan dedahkan kepada korang isi kandungan telefon bimbit aku ini..

Ni la software wajib yang mesti ada pada telefon bimbit aku..
NQ-Comm,ZeonAV dan AntiCW merupakan sejenis antiVirus yang mesti ada pada HP aku..Dah terbuktilah bahawa Anti Virus HP memang tak berguna pun..Orang cakap sebagai hiasan..hi..,tapi sekurang-kurangnya ada la perlindungan walaupun Nipis tahap pertahanannya

Appman pula merupakan software yang berguna kepada aku untuk mengstabilkan memori HP kerana Hp aku kekurangan memori..memori dalamannya pun hanya4MB je

FSCaller pula software utk memaparkan gambar pemanggil..tu je funtion dia.

Ibu kepada segala software dalam Hp aku tak lain tak bukan mestilah Fileman..Benda ni memang pentinglah senang cita untuk aku mengemaskinikan folder2 yang berkenaan.Lagi satu benda ni memang memeningkan sikit kepada sesiapa yang tidak mahir dalam selok belok folder,..

Muka depan FileMan

FileMan ni amat berguna time aku masih sekolah dulu..Kenapa aku berkata demikian,selain digunakan untuk menyusun folder dan tools,fileman juga digunakan untuk menyimpan benda-benda haram...tau je la...kira benda-benda privasi dan lain-lain lagi...Tapi..,se pro aku dalam menyembunyi fail sulit pun,ada la juga meon2 iaitu hacker yang tak bertauliyah ni berjaya mencari fail tu..Budak2 tu adalah seperti Aizat dan Harith mamai..

PhotoBase pula aku guna untuk mengedit gambar

Flexicam,camera pula merupakan software yang digunakan unutk aku tangkap gambar

Quran pula.....paham2 sudah..walaupun aku ni kepala gila-gila.,tapi aku bukan jadikan software ni sebagai hiasan..aku guna beb..


Games

Benda ni memang sangat penting...Bagi aku la..kalau tak de games dalam sesuatu HP..,HP korang mesti tak lengkap..,percaya la cakap aku.



Ni pula adalah gajet2 media yang paling kerap aku gunakan


UltraMP3 adalah software pemain mp3 yang biasa aku gunakan disamping MP3 player untuk aku mendengar lagu...aku paling benci kalau HP aku tak diupdates,jadi setiap minggu, paling kurang aku mesti ada satu lagu baru.

Real One pula pemain video HP yang berhormat 3gp iaitu format mobile yang semua HP gunakan..Aku jarang sebenarnya gunakan Software ni

DivXPlayer pula merupakan software yang aku selalu guna untuk aku menyaksikan movie yang menarik dan benda yang aku download terutama daripada Youtube.Cerita yang dalam wayang pun boleh tengok melalui software ini...Baru-baru ni aku menonton Cicakman 2:Planet Hitam melalui HP.,lagi gerek..Tul tak.

Note sebenarnya memang penting kepada aku..Aku ni pun sebenarnya pelupa juga..Jadi dengan menulis note.,sememangnya ia banyak menbantu


Dalam zaman globalisasi ni..,internet memang tidak dapat dipisahkan..,dalm satu hari,sesibuk manapun aku bekerja mahupun relax..,paling kurang 1 jam aku akan melepak melayari internet tidak kira melalui Pc mahupun HP..
Wap yang aku biasa lepak ialah Mymlife...aku selalu mengadap benda tu berjam-jam daripada bateri full sampai la bateri low..Serius...nak join gak..nak tau url nye ...urlnya ialah wap.mymlife.com.my


Ni la profil aku...

Walaupun banyak benda yang belum dirungkai,korang tau ni pun dah cukup dah...Tak payah banyak..

Pertandingan Kawad Kaki NGO (L) Peringkat negeri Johor

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 10:23 AM

comments (5)

Filed Under:


Ok..Apa yang aku ingin ceritakan disini ialah mengenai Pasukan Pengakap SMK Dato Sri Amar Diraja yang menghantar wakil mereka bagi menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Muar.Semangat pasukan kawad bekas sekolah aku ni memang berkobar-kobar dan mereka sememangnya serius untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada tahun lepas(2008)(tahun aku la tu)..Dengan latihan yang berat dijalankan,mereka menjalani latihan latihan 1 3/4 bulan lebih awal daripada tarikh pertandingan(15 April 2009).Bukan itu sahaja,sebagai menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk pertandingan tersebut,mereka berusaha untuk mendapatkan penajaan pakaian bagi membeli set pakaian Pengakap Laut yang baru.Ini bagi mencantikkan barisan dan memberikan kelebihan bagi pasukan mereka dari aspek pemarkahan pakaian.

Pertandingan yang berlangsung pada 15 April 2009 di Dataran Kejat SK Ismail 1 itu menghimpunkan wakil2 dari semua sekolah di daerah Muar(saje je ayat gempak,sebenarnya 10 team je masuk)..Pertandingan yang berlangsung agak lewat akibat hujan lebat walaubagaimanapun berjalan dengan lancar apabila acara bermula pada pukul 10.45 am.Aku pun turut hadir untuk memperikan sokongan.mana taknya,selain aku adalah senior kepada mereka semua,aku juga merupakan pencipta kepada salah satu formasi yang mereka gunakan.Setelah semua 10 pasukan selesai membuat persembahan,keesokan harinya keputusan diumumkan.Keputusan adalah seperti berikut:



Johan: Pengakap SMK Dato Sri Amar Diraja
Naib Johan:Pengakap SMK High School Muar
Ketiga: PBSM SMKA Maahad

Anugerah ketua platun terbaik pula diberikan kepada Syapiq B Malek.Bermulalah episod ke-2




Memaparkan Gaya Segak Ketika Bersedia



Ketika Luruskan Barisan


Pertandingan Kawad Kaki NGO(L) Peringkat Negeri Johor

Setelah selesai diumumkan sebagai Johan pada peringkat daerah,maka secara automatiknya mereka menjadi wakil kepada daerah Muar untuk bertanding di peringkat negeri.Segala kecacatan dan kelemahan dan kecatatan yang dimiliki platun diperbaiki seeloknya.Muka budak2 Dato yang sedia ada hitam secara manualnya bertukar kepada hitam metalik.Mana taknya,bertambahlah sebulan lagi tempoh latihan buat mereka bagi menempuhi cabaran yang lebih besar.Tapi mereka bertuah,setelah diumumkan selaku johan peringkat daerah.,Pihak sekolah telah menaja kasut mereka.Jadi tak payah la diorang pakai kasut Albertini yang tapak span tu.Bertambah berkepaklah diorang.Kiranya dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya sponser.Peh,asl la aku tak menikmati nikmat ni time aku ada dalam platun semasa menjadi johan pda tahun 2008.

Muka Seronok lepas Kawad

Cemburu pun ada.Tapi nak buat macam mana.,sudah suratan takdir.Masa tak boleh diundur.Hi...Sekali sekala je aku tengok diorang practice.Aku pun kerja.,jadi time aku free je la aku tengok diorang practice.Aku ingat lagi last sekali aku tengok diorang practice pada 4/05/09 iaitu 2 hari sebelum pertandingan.Masa tu pun aku cuti.Dari gaya dan persembahan yang ditunjukkan,aku yakin mereka boleh dapat johan peringkat negeri.Hampir sempurna la(cuma aku tak puas hati dengan perlahan jalan,cara hormat dan formasi 3 bentuk kipas lambang bentuk Mercedes tu)...Yang lain sume ok.tapi aku ada cakap dengan Syapiq(Komander Platun),dia menerima dengan hati yang terbuka dengan apa yang aku tegur tu.(Tu la salah satu sifat yang menyebabkan dia terpilih sebagai ketua platun terbaik)....Masa berganti masa,hari berganti hari,tarikh pertandingan sudah tiba..6/05/09 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu..Budak ni buat kali keduanya pergi ke pertandingan tersebut selaku wakil daerah Muar berentap untuk peringkat negeri Johor.Diorang ajak juga aku pergi sana tapi aku tak boleh pergi kerana ada komitmen keraja.Hotel Classic bukan bapak aku punya...Klu tak dah lama aku mintak cuti setahun..Pergi la diorang pergi dengan hati yang berdebar-debar..Lawan punya lawan,dapat la no 3..Peh,tersimpang dari matlamat asal..Aku target dapat no 1,apasal la dapat no 3 pula..aku syak mesti diorang ada buat salah serius..Peringkat negeri bukan boleh buat main2...salah sikit je dah mesti tertinggal point punya..peringat ni bukan di kira siapa kumpul mata paling banyak,tapi sapa buat salah paling banyak...Punya la soal siasat,rupanya adalah kesalahan serius yang diorang buat...
Perkara biasa yang komander akan pesan sebelum kawad adalah seperti berikut:

  1. Kepala Langut
  2. Tangan Lurus
  3. Kaki Pacak
  4. Mendada
  5. Apabila kekanan lurus,Kaki tu Mecincang
  6. Jangan bercakap
  7. Peka
Kawad memang la macam robot tapi otak dan jiwa bukan macam robot.,Ada ke patut formasi amik anak (Gelaran teknik formasi tersebut) boleh lebih tali..Bukan sekali,tapi 3 kali...peh Tak Boleh Bla...Bukan sorang.,tapi 5 orang.,lagi tak boleh bla...Tapi nak buat macam mana.,dah tak de rezeki...Buat budak dato yang baca blog ni..,video dalam youtube mana?aku tunggu..
Ini adalah senarai pemenang:

Johan:Pengakap Batu Pahat
Naib Johan:Pengakap Kluang
Ketiga:Pengakap Muar





Skuad Pengakap Dato


Aku akan bagi sebab pasal apa korang patut dipuji:

  1. Korang berlatih sendiri,tanpa jurulatih
  2. Berusaha keras untuk maju
  3. Berjaya menaikkan nama Pengakap daripada terus menjadi uniform 2cd class
  4. Berjaya mendapatkan sponser
  5. Berjaya mencipta formasi yang sukar
Atas kecemerlangan kamu semua..aku bagi tabik hormat kat korang


Aku upah orang tabikkan hormat tuk korang,hihi
Dalam Hati:(dah la time aku dulu kalah 1 mata dengan kulai...panas je...terus dapat no 4)





Formasi yang dipersembahkan



Formasi yang aku cipta

Ask_Core Unit

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:51 PM

comments (0)

Filed Under:


Sememangnya aku seorang peminat sukan Paintball yang tegar..Cuma sejak kebelakangan ni,aku jarang main sebab komitmen aku dan team aku kepada kehidupan harian. lagipun arena Paintball yang terletak di Tanjung Emas telah dirobohkan dan dalam proses pembinaan semula..Ask_Core Unit ni merupakan sebuah Pasukan Paintball Amatur yang ditubuhkan pada tahun lepas (2008) seiring dengan pembukaan Arena Paintball di Muar ini.Pasukan kami mempunyai 8 orang ahli yang bersedia berkhidmat untuk pasukan.Nama mereka adalah seperti berikut:
  1. Azmir Position:Right Backman (Captain)
  2. Helmi Position:left backman
  3. Faizal Position:Right Frontman
  4. Limbong Position:Midsman,Frontman
  5. Irfan Position:Midsman,Backman
  6. Solehin Position:Midsman,Backman
  7. Harith Position:Left Frontman
  8. Syukri Position:Belum Diuji lagi



Kitaorang start bergiat aktif selepas menjuarai kejohanan yang pertama kami.Namun aktiviti kami agak terbatas akibat kurangnya networking dalam bidang ini.Jadi sebagai permulaan,pertandingan dalam daerah akan menjadi keutamaan.

Sebagai langkah untuk memperkenalkan team kami kepada dunia luar,langkah mempromosi giat dilakukan.Jadi kami ada mewujudkan blog dan website sebagai rujukan yang disediakan oleh kami buat sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang team kami iaitu Ask_Core Unit..

Laman Blog Ask_Core Unit
Alamat bagi laman web kami ialah http://askcoreunit.webs.com/
manakala untuk blog pula ialah askcoreunit.blogspot.com
Berikan segala pendapat dan komen anda di website kami sebagai rujukan untk terus maju dan berjaya dimasa akan datang

Salam Pengenalan

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:47 AM

comments (2)

Filed Under:


Asalamualaikum sume..,Aku tinggal kat Muar,Johor..Sebenarnya aku memang suka menulis tetapi bukan hal yang peribadi sangat.Aku pun buat masa ni tengah kering Idea sal aku sekarang sibuk bekerja.Maklumlah ,baru lepas habis sekolah...,sibuk la sikit..Tapi kang bila dia datang pula,mencurah-curah pula keluar sampai tak cukup tangan nak menulisnya.



Hi..Blog ni memang blog peribadi aku yang dijadikan platform untuk aku mecurahkan pendapat,menceritakan pengalaman,kenangan mahupun segala aktiviti aku...Namun blog ni bukan bersifat peribadi sangat..hanya pada nama saje la..Kalau nak peribadi sangat tulis dalam diari la..Gila ke ape nak tulis kat sini,satu dunia boleh bace wei..,kenapa aku memilih nama samaran "Pejuang Kesenian Extreme"Apa maknanya...nama gempak tapi kenapa blog peribadi lak?ingat blog Taliban ke, Jemaah Islamiah ke..Hihi...,sebenarnya saje je aku guna nama tu..Aku sebenarnya minat dan suke dengan sukan yang extreme macam Paintball dan Parkour...Aku Aku juga anggap bahawa Parkour itu seni..,Jadi aku cube memperjuang benda extreme ni dan mengubah minda mereka2
yang tertentu ni bahawa sukan extreme ini seni..Sama juga dengan BreakDance dan Graffiti,dulu dipandang serong dan sering dikaitkan dengan benda-benda yang negatif..Tapi cuba lihat sekarang,siapa yang memberi sokongan?Rakan Muda beb...Tu under kementerian Belia dan Sukan,..,maknanya kerajaan menyokong la..Sekurang-kurangnya taklah mereka merempit sana-sini tak tentu pasal ..Kang mampus kang (maaf,Bahasa Kasar),kan dah menyusahkan makBapa diaorang..Penat je bapak diorang membanting tulang untuk membesar diorang..


Sebenarnya sukan extreme juga semakin diterima ramai sehingga dibukakan Extreme Park di Shah Alam (kalau tak silap la)Cuma Muar je ketinggalan lagi.,bagi kawan-kawan aku..diaorang mesti tau yang aku ada team Paintball yang bernama Ask_Core Unit..Team Paintball yang lain di Muar selain kami ialah PkrmFraternity dari Pusat Kegiatan Rakan Muda dan Kbm Crew dari SMK Dato Sri Amar Diraja.(Itu je la yang aku tau yang aktif)..Tapi kitaorang hanya ada team je.,Kelab Paintball tak de..Kalau la la ade Kelab Paintball yang berdaftar di daerah Muar ni,..,kan best,semua team disatukan dibawah satu bumbung...,jadi segala aktiviti akan berjalan dengan lebih lancar.,

Tapi klu main Paintball ni kompom dapat cenderamata berbentuk kesen lebam yang bertahan selam 3 minggu...Parkour lagi smart,bengkak,lebab,silap2 patah kaki pulak..Yang pasti sukan ini semakin mendapat perhatian dan diterima ramai .......Ummm,apa lagi ha aq nak tulis....,ha.,dengan lafas bismillahhirahmanirahim , aku merasmikan blog ni...
haha , Dan ingat..,Konsep blog konsep blog ni adalah bebas...

Hubungi Aku,Silakan

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 7:36 PM

comments (1)

Filed Under:

Jika anda mempunyai apa-apa pandangan mahupun komen yang hendak disampaikan kepada aku,silalah mengisi Form dibawah..Segala pandangan dan komen anda amat dihargai


Related Posts with Thumbnails
Print