Pertandingan Kawad Kaki NGO (L) Peringkat negeri Johor

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 10:23 AM

Filed Under:


Ok..Apa yang aku ingin ceritakan disini ialah mengenai Pasukan Pengakap SMK Dato Sri Amar Diraja yang menghantar wakil mereka bagi menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Muar.Semangat pasukan kawad bekas sekolah aku ni memang berkobar-kobar dan mereka sememangnya serius untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada tahun lepas(2008)(tahun aku la tu)..Dengan latihan yang berat dijalankan,mereka menjalani latihan latihan 1 3/4 bulan lebih awal daripada tarikh pertandingan(15 April 2009).Bukan itu sahaja,sebagai menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk pertandingan tersebut,mereka berusaha untuk mendapatkan penajaan pakaian bagi membeli set pakaian Pengakap Laut yang baru.Ini bagi mencantikkan barisan dan memberikan kelebihan bagi pasukan mereka dari aspek pemarkahan pakaian.

Pertandingan yang berlangsung pada 15 April 2009 di Dataran Kejat SK Ismail 1 itu menghimpunkan wakil2 dari semua sekolah di daerah Muar(saje je ayat gempak,sebenarnya 10 team je masuk)..Pertandingan yang berlangsung agak lewat akibat hujan lebat walaubagaimanapun berjalan dengan lancar apabila acara bermula pada pukul 10.45 am.Aku pun turut hadir untuk memperikan sokongan.mana taknya,selain aku adalah senior kepada mereka semua,aku juga merupakan pencipta kepada salah satu formasi yang mereka gunakan.Setelah semua 10 pasukan selesai membuat persembahan,keesokan harinya keputusan diumumkan.Keputusan adalah seperti berikut:



Johan: Pengakap SMK Dato Sri Amar Diraja
Naib Johan:Pengakap SMK High School Muar
Ketiga: PBSM SMKA Maahad

Anugerah ketua platun terbaik pula diberikan kepada Syapiq B Malek.Bermulalah episod ke-2




Memaparkan Gaya Segak Ketika Bersedia



Ketika Luruskan Barisan


Pertandingan Kawad Kaki NGO(L) Peringkat Negeri Johor

Setelah selesai diumumkan sebagai Johan pada peringkat daerah,maka secara automatiknya mereka menjadi wakil kepada daerah Muar untuk bertanding di peringkat negeri.Segala kecacatan dan kelemahan dan kecatatan yang dimiliki platun diperbaiki seeloknya.Muka budak2 Dato yang sedia ada hitam secara manualnya bertukar kepada hitam metalik.Mana taknya,bertambahlah sebulan lagi tempoh latihan buat mereka bagi menempuhi cabaran yang lebih besar.Tapi mereka bertuah,setelah diumumkan selaku johan peringkat daerah.,Pihak sekolah telah menaja kasut mereka.Jadi tak payah la diorang pakai kasut Albertini yang tapak span tu.Bertambah berkepaklah diorang.Kiranya dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya sponser.Peh,asl la aku tak menikmati nikmat ni time aku ada dalam platun semasa menjadi johan pda tahun 2008.

Muka Seronok lepas Kawad

Cemburu pun ada.Tapi nak buat macam mana.,sudah suratan takdir.Masa tak boleh diundur.Hi...Sekali sekala je aku tengok diorang practice.Aku pun kerja.,jadi time aku free je la aku tengok diorang practice.Aku ingat lagi last sekali aku tengok diorang practice pada 4/05/09 iaitu 2 hari sebelum pertandingan.Masa tu pun aku cuti.Dari gaya dan persembahan yang ditunjukkan,aku yakin mereka boleh dapat johan peringkat negeri.Hampir sempurna la(cuma aku tak puas hati dengan perlahan jalan,cara hormat dan formasi 3 bentuk kipas lambang bentuk Mercedes tu)...Yang lain sume ok.tapi aku ada cakap dengan Syapiq(Komander Platun),dia menerima dengan hati yang terbuka dengan apa yang aku tegur tu.(Tu la salah satu sifat yang menyebabkan dia terpilih sebagai ketua platun terbaik)....Masa berganti masa,hari berganti hari,tarikh pertandingan sudah tiba..6/05/09 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu..Budak ni buat kali keduanya pergi ke pertandingan tersebut selaku wakil daerah Muar berentap untuk peringkat negeri Johor.Diorang ajak juga aku pergi sana tapi aku tak boleh pergi kerana ada komitmen keraja.Hotel Classic bukan bapak aku punya...Klu tak dah lama aku mintak cuti setahun..Pergi la diorang pergi dengan hati yang berdebar-debar..Lawan punya lawan,dapat la no 3..Peh,tersimpang dari matlamat asal..Aku target dapat no 1,apasal la dapat no 3 pula..aku syak mesti diorang ada buat salah serius..Peringkat negeri bukan boleh buat main2...salah sikit je dah mesti tertinggal point punya..peringat ni bukan di kira siapa kumpul mata paling banyak,tapi sapa buat salah paling banyak...Punya la soal siasat,rupanya adalah kesalahan serius yang diorang buat...
Perkara biasa yang komander akan pesan sebelum kawad adalah seperti berikut:

  1. Kepala Langut
  2. Tangan Lurus
  3. Kaki Pacak
  4. Mendada
  5. Apabila kekanan lurus,Kaki tu Mecincang
  6. Jangan bercakap
  7. Peka
Kawad memang la macam robot tapi otak dan jiwa bukan macam robot.,Ada ke patut formasi amik anak (Gelaran teknik formasi tersebut) boleh lebih tali..Bukan sekali,tapi 3 kali...peh Tak Boleh Bla...Bukan sorang.,tapi 5 orang.,lagi tak boleh bla...Tapi nak buat macam mana.,dah tak de rezeki...Buat budak dato yang baca blog ni..,video dalam youtube mana?aku tunggu..
Ini adalah senarai pemenang:

Johan:Pengakap Batu Pahat
Naib Johan:Pengakap Kluang
Ketiga:Pengakap Muar





Skuad Pengakap Dato


Aku akan bagi sebab pasal apa korang patut dipuji:

  1. Korang berlatih sendiri,tanpa jurulatih
  2. Berusaha keras untuk maju
  3. Berjaya menaikkan nama Pengakap daripada terus menjadi uniform 2cd class
  4. Berjaya mendapatkan sponser
  5. Berjaya mencipta formasi yang sukar
Atas kecemerlangan kamu semua..aku bagi tabik hormat kat korang


Aku upah orang tabikkan hormat tuk korang,hihi
Dalam Hati:(dah la time aku dulu kalah 1 mata dengan kulai...panas je...terus dapat no 4)





Formasi yang dipersembahkan



Formasi yang aku cipta

5 comments for this post

boleh emel kan bentuk2 kawad formasi dekat saya tak ?
sgt2 perlukannya !
tak tahu nak buat formasi aper .
=(
hrap sgt2 kamoo boleh tolong .

contact kat fb ponn lehh .
nazwa marjed

Posted on February 11, 2011 at 11:43 PM  

aq rase cam, nk nangis tngok video kawad nih...aq nk jdik salah sorang dlam platun nih.... ish...sedih lah syial.....

Posted on February 12, 2011 at 12:36 PM  

aq rse nk nangis tngok video nih... aq sedih geram x dpat sama kawad lagi dlam platun nih.. ish sedih gler r

Posted on February 12, 2011 at 12:37 PM  
Anonymous

Pengakap Laut SMK Permata Jaya@Rengit mmg selalu menang peringkat negeri johor..2000-2010.. 10 tahun beturut-turut..
Tp tahun 2011 kami tempat ke-3 je.. sebab terlebih mase.. pape pown We are the best..

Posted on April 10, 2012 at 10:31 PM  

bley x bg panduan camne nk wat bentuk formasi camni?

Posted on April 19, 2013 at 2:29 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print