Penyambung Nyawa

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 1:03 PM

Filed Under:

Pada zaman era telekomunikasi ini,banyak manusia menjadi malas kerana teknologi..Tetapi teknologi sebenarnya lebih banyak memberi kebaikan daripada keburukan.Jadi disebabkan itulah banyak syarikat berlumba-lumba untuk memasarkan produk berasaskan teknologi kepada pengguna kerana keuntungan hasil perniagaan dalam bidang ini memang lumayan.
Umpama aku seorang manusia biasa yang hidup pada zaman moden ini amat bergantung kepada gajet yang bernama telefon bimbit..Tanpanya,mati kutu aku dibuatnya..silap-silap frust menonggeng macam putus cinta dengan awek...hahaha

Itulah takdir yang ditentukan oleh manusia masa kini.,jika dulu telefon bimbit dianggap barangan mewah,sekarang tidak lagi.,setiap insan bernama manusia...eh,silap...setiap spesis manusia kat muka bumi ini mempunyai gajet tersebut..Dengan hanya bermodalkan rm50..,dah dapat telefon bimbit satu..Aku cuma berharaplah kat korang,walaupun sekaya manapun korang bila dah bekerja nanti,jangan la korang terlalu kerap menukar telefon bimbit dan jadi macam Paris Hilton,tukar telefon sampai 2 minggu sekali..gila tu..Bukan apa,sayangilah alam sekitar kerana setiap telefon bimbit mempunyai bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar jika tidak diuruskan dengan betul..hi

Hari ni aku ingin menceritakan kat korang pasal telefon bimbit aku.Telefon aku bukan la canggih sangat,orang cakap telefon lama la senang cita model Nokia 3650..Namun seburuk-buruk telefon ni,benda ni banyak berbakti kat aku..Meh aku tunjukkan secara detail.

Model Nokia 3650

Agaknya kenapalah aku berbangga sangat dengan HP ni..Sebenarnya banyak sejarah silam dari Hp ni...First sekali.,aku beli HP ini dengan titik peluh aku sendiri.,bukan kumpul duit sekolah tau(betul2 keluar peluh beb)Aku start kerja pun masa aku Form 3..,aku kerja sebagai pengangkuk barangan pindah je masa tu...gaji yang aku terima boleh la tahan.,Rm400 satu minggu..Tapi kerja tu 2 minggu je aku kerja..,lagi pun aku pindah barang satu bangunan tak kanlah nak sampai setahun pula.,betul tak

Benda ni umpama gajet yang paling beharga kepada aku.,aku akan dedahkan kepada korang isi kandungan telefon bimbit aku ini..

Ni la software wajib yang mesti ada pada telefon bimbit aku..
NQ-Comm,ZeonAV dan AntiCW merupakan sejenis antiVirus yang mesti ada pada HP aku..Dah terbuktilah bahawa Anti Virus HP memang tak berguna pun..Orang cakap sebagai hiasan..hi..,tapi sekurang-kurangnya ada la perlindungan walaupun Nipis tahap pertahanannya

Appman pula merupakan software yang berguna kepada aku untuk mengstabilkan memori HP kerana Hp aku kekurangan memori..memori dalamannya pun hanya4MB je

FSCaller pula software utk memaparkan gambar pemanggil..tu je funtion dia.

Ibu kepada segala software dalam Hp aku tak lain tak bukan mestilah Fileman..Benda ni memang pentinglah senang cita untuk aku mengemaskinikan folder2 yang berkenaan.Lagi satu benda ni memang memeningkan sikit kepada sesiapa yang tidak mahir dalam selok belok folder,..

Muka depan FileMan

FileMan ni amat berguna time aku masih sekolah dulu..Kenapa aku berkata demikian,selain digunakan untuk menyusun folder dan tools,fileman juga digunakan untuk menyimpan benda-benda haram...tau je la...kira benda-benda privasi dan lain-lain lagi...Tapi..,se pro aku dalam menyembunyi fail sulit pun,ada la juga meon2 iaitu hacker yang tak bertauliyah ni berjaya mencari fail tu..Budak2 tu adalah seperti Aizat dan Harith mamai..

PhotoBase pula aku guna untuk mengedit gambar

Flexicam,camera pula merupakan software yang digunakan unutk aku tangkap gambar

Quran pula.....paham2 sudah..walaupun aku ni kepala gila-gila.,tapi aku bukan jadikan software ni sebagai hiasan..aku guna beb..


Games

Benda ni memang sangat penting...Bagi aku la..kalau tak de games dalam sesuatu HP..,HP korang mesti tak lengkap..,percaya la cakap aku.



Ni pula adalah gajet2 media yang paling kerap aku gunakan


UltraMP3 adalah software pemain mp3 yang biasa aku gunakan disamping MP3 player untuk aku mendengar lagu...aku paling benci kalau HP aku tak diupdates,jadi setiap minggu, paling kurang aku mesti ada satu lagu baru.

Real One pula pemain video HP yang berhormat 3gp iaitu format mobile yang semua HP gunakan..Aku jarang sebenarnya gunakan Software ni

DivXPlayer pula merupakan software yang aku selalu guna untuk aku menyaksikan movie yang menarik dan benda yang aku download terutama daripada Youtube.Cerita yang dalam wayang pun boleh tengok melalui software ini...Baru-baru ni aku menonton Cicakman 2:Planet Hitam melalui HP.,lagi gerek..Tul tak.

Note sebenarnya memang penting kepada aku..Aku ni pun sebenarnya pelupa juga..Jadi dengan menulis note.,sememangnya ia banyak menbantu


Dalam zaman globalisasi ni..,internet memang tidak dapat dipisahkan..,dalm satu hari,sesibuk manapun aku bekerja mahupun relax..,paling kurang 1 jam aku akan melepak melayari internet tidak kira melalui Pc mahupun HP..
Wap yang aku biasa lepak ialah Mymlife...aku selalu mengadap benda tu berjam-jam daripada bateri full sampai la bateri low..Serius...nak join gak..nak tau url nye ...urlnya ialah wap.mymlife.com.my


Ni la profil aku...

Walaupun banyak benda yang belum dirungkai,korang tau ni pun dah cukup dah...Tak payah banyak..

1 comments for this post

yap...aku mmg seklh sne dulu....

Posted on May 22, 2009 at 11:33 AM  
Related Posts with Thumbnails
Print