

Buat muka nak kena hentak
Sebenarnya benda yang menyebabkan aku marah sejak kebelakangan ini ialah mengenai hasrat mangkuk ni untuk kembali ke Malaysia..Kira kalau boleh nak mati kat malaysia la..
Dia pikir pasal mangkuk ni..Dia tak pikir pula..Pasal si Chin Peng ni berapa banyak yang terkorban.Nak aku aku beri statistik ke..

Boleh dikatakan semua orang tahu tentang kekejaman komunis.,malah sejarah tersebut telah dirungkaikan dalam buku teks sejarah tingkatan 3..Jadi apa lagi yang tak cukup..
- 1.Pada 6 Ogos 1945.,Amerika Syarikat telah mengebom Hiroshima dan pada tanggal 9 Ogos 1945 pula,Nagasaki pula menjadi mangsa..Akibatnya ,Jepun pada ketika itu menjajah Tanah melayu terpaksa menyerahkan semula pada British..Pada ketika itulah Komunis mengambil kesempatan kerana British masih belum sampai di tanah melayu akibat diusir ketika Jepun berkuasa..Inilah dinamakan menangguk di air yang keruh..
- 2.Boleh dikatakan juga yang komunis ni kebanyakan rakyat tempatan..Tu yang tak boleh bla(Kebanyakan cina,melayu pun ada tetapi dalam jumlah yang sikit)...
- 3.Kekejaman yang melampau...korang sume kan tau yang Bintang Tiga(Komunis la tu) hanya bekuasa selama berapa minggu sahaja..,tetapi kerosakan yang dilakukan umpama dajal
Orang Awam:2500 orang mati
Pasukan keselamatan:1865 orang mati
maklumat lebih lanjut,sila klik disini
Korang tahu tak berapa duit yang kerajaan persekutuan yang terpaksa dikeluarkan
RM203 juta (1953)
RM169 juta (1954)
Banyak tu beb...Klu buat pembangunan negara..,dah lama maju dah..

Pada ketika itu.,banyak wanita yang menjadi balu akibat kekejaman komunis..
ha...,aku baru teringat sesuatu..,Korang tak kan tak pernah baca novel ni..Kanang Cerita seorang Pahlawan..Tu kisah benar..Bace dari situ je dah tau macam mana peritnya pejuang dulu membanteras kekejaman komunis..
Kanang Cerita Seorang Pahlawan
Korang tak puas hati..Kanang masih hidup lagi beb..kalau tak caye jumpa la sendiri
Wajah terkini Pahlawan yang banyak berjasa ini..Kanang Anak Langkau
Aku cuma berharap..,kepada sesiapa yang cuba menghidupkan semangat komunisme dan cuba untuk membawa balik bekas pemimpin sialan ini..,henti2kan lah..Banyak keburukannya..
Keburukannya:
- 1.Menimbulkan ketidakpuasan hati bekas tentera yang ketika dahulu memerangi komunis demi mewujudkan keamanan didalam negara
- 2.Memecah belahkan perpaduan.
- 3.Membolehkan 13 mei berulang semula..Tak caye tengoklah..
Kepada semua blogger.,jika ingin mengeluarkan pendapat anda..,silalah meninggalkan komen anda pada artikal ini
Demi menaikkan semangat patriotik korang..aku harap korang tekan link ini
Umpama aku seorang manusia biasa yang hidup pada zaman moden ini amat bergantung kepada gajet yang bernama telefon bimbit..Tanpanya,mati kutu aku dibuatnya..silap-silap frust menonggeng macam putus cinta dengan awek...hahaha
Itulah takdir yang ditentukan oleh manusia masa kini.,jika dulu telefon bimbit dianggap barangan mewah,sekarang tidak lagi.,setiap insan bernama manusia...eh,silap...setiap spesis manusia kat muka bumi ini mempunyai gajet tersebut..Dengan hanya bermodalkan rm50..,dah dapat telefon bimbit satu..Aku cuma berharaplah kat korang,walaupun sekaya manapun korang bila dah bekerja nanti,jangan la korang terlalu kerap menukar telefon bimbit dan jadi macam Paris Hilton,tukar telefon sampai 2 minggu sekali..gila tu..Bukan apa,sayangilah alam sekitar kerana setiap telefon bimbit mempunyai bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar jika tidak diuruskan dengan betul..hi
Hari ni aku ingin menceritakan kat korang pasal telefon bimbit aku.Telefon aku bukan la canggih sangat,orang cakap telefon lama la senang cita model Nokia 3650..Namun seburuk-buruk telefon ni,benda ni banyak berbakti kat aku..Meh aku tunjukkan secara detail.
Benda ni umpama gajet yang paling beharga kepada aku.,aku akan dedahkan kepada korang isi kandungan telefon bimbit aku ini..
Appman pula merupakan software yang berguna kepada aku untuk mengstabilkan memori HP kerana Hp aku kekurangan memori..memori dalamannya pun hanya4MB je
FSCaller pula software utk memaparkan gambar pemanggil..tu je funtion dia.
Ibu kepada segala software dalam Hp aku tak lain tak bukan mestilah Fileman..Benda ni memang pentinglah senang cita untuk aku mengemaskinikan folder2 yang berkenaan.Lagi satu benda ni memang memeningkan sikit kepada sesiapa yang tidak mahir dalam selok belok folder,..
.jpg)
FileMan ni amat berguna time aku masih sekolah dulu..Kenapa aku berkata demikian,selain digunakan untuk menyusun folder dan tools,fileman juga digunakan untuk menyimpan benda-benda haram...tau je la...kira benda-benda privasi dan lain-lain lagi...Tapi..,se pro aku dalam menyembunyi fail sulit pun,ada la juga meon2 iaitu hacker yang tak bertauliyah ni berjaya mencari fail tu..Budak2 tu adalah seperti Aizat dan Harith mamai..
Flexicam,camera pula merupakan software yang digunakan unutk aku tangkap gambar
Quran pula.....paham2 sudah..walaupun aku ni kepala gila-gila.,tapi aku bukan jadikan software ni sebagai hiasan..aku guna beb..
.jpg)
Benda ni memang sangat penting...Bagi aku la..kalau tak de games dalam sesuatu HP..,HP korang mesti tak lengkap..,percaya la cakap aku.
.jpg)
Real One pula pemain video HP yang berhormat 3gp iaitu format mobile yang semua HP gunakan..Aku jarang sebenarnya gunakan Software ni
DivXPlayer pula merupakan software yang aku selalu guna untuk aku menyaksikan movie yang menarik dan benda yang aku download terutama daripada Youtube.Cerita yang dalam wayang pun boleh tengok melalui software ini...Baru-baru ni aku menonton Cicakman 2:Planet Hitam melalui HP.,lagi gerek..Tul tak.
.jpg)
Wap yang aku biasa lepak ialah Mymlife...aku selalu mengadap benda tu berjam-jam daripada bateri full sampai la bateri low..Serius...nak join gak..nak tau url nye ...urlnya ialah wap.mymlife.com.my
.jpg)
Walaupun banyak benda yang belum dirungkai,korang tau ni pun dah cukup dah...Tak payah banyak..
Ok..Apa yang aku ingin ceritakan disini ialah mengenai Pasukan Pengakap SMK Dato Sri Amar Diraja yang menghantar wakil mereka bagi menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Muar.Semangat pasukan kawad bekas sekolah aku ni memang berkobar-kobar dan mereka sememangnya serius untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada tahun lepas(2008)(tahun aku la tu)..Dengan latihan yang berat dijalankan,mereka menjalani latihan latihan 1 3/4 bulan lebih awal daripada tarikh pertandingan(15 April 2009).Bukan itu sahaja,sebagai menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk pertandingan tersebut,mereka berusaha untuk mendapatkan penajaan pakaian bagi membeli set pakaian Pengakap Laut yang baru.Ini bagi mencantikkan barisan dan memberikan kelebihan bagi pasukan mereka dari aspek pemarkahan pakaian.Pertandingan yang berlangsung pada 15 April 2009 di Dataran Kejat SK Ismail 1 itu menghimpunkan wakil2 dari semua sekolah di daerah Muar(saje je ayat gempak,sebenarnya 10 team je masuk)..Pertandingan yang berlangsung agak lewat akibat hujan lebat walaubagaimanapun berjalan dengan lancar apabila acara bermula pada pukul 10.45 am.Aku pun turut hadir untuk memperikan sokongan.mana taknya,selain aku adalah senior kepada mereka semua,aku juga merupakan pencipta kepada salah satu formasi yang mereka gunakan.Setelah semua 10 pasukan selesai membuat persembahan,keesokan harinya keputusan diumumkan.Keputusan adalah seperti berikut:
Johan: Pengakap SMK Dato Sri Amar Diraja
Naib Johan:Pengakap SMK High School Muar
Ketiga: PBSM SMKA Maahad
Anugerah ketua platun terbaik pula diberikan kepada Syapiq B Malek.Bermulalah episod ke-2
Pertandingan Kawad Kaki NGO(L) Peringkat Negeri Johor
Setelah selesai diumumkan sebagai Johan pada peringkat daerah,maka secara automatiknya mereka menjadi wakil kepada daerah Muar untuk bertanding di peringkat negeri.Segala kecacatan dan kelemahan dan kecatatan yang dimiliki platun diperbaiki seeloknya.Muka budak2 Dato yang sedia ada hitam secara manualnya bertukar kepada hitam metalik.Mana taknya,bertambahlah sebulan lagi tempoh latihan buat mereka bagi menempuhi cabaran yang lebih besar.Tapi mereka bertuah,setelah diumumkan selaku johan peringkat daerah.,Pihak sekolah telah menaja kasut mereka.Jadi tak payah la diorang pakai kasut Albertini yang tapak span tu.Bertambah berkepaklah diorang.Kiranya dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya sponser.Peh,asl la aku tak menikmati nikmat ni time aku ada dalam platun semasa menjadi johan pda tahun 2008.
Cemburu pun ada.Tapi nak buat macam mana.,sudah suratan takdir.Masa tak boleh diundur.Hi...Sekali sekala je aku tengok diorang practice.Aku pun kerja.,jadi time aku free je la aku tengok diorang practice.Aku ingat lagi last sekali aku tengok diorang practice pada 4/05/09 iaitu 2 hari sebelum pertandingan.Masa tu pun aku cuti.Dari gaya dan persembahan yang ditunjukkan,aku yakin mereka boleh dapat johan peringkat negeri.Hampir sempurna la(cuma aku tak puas hati dengan perlahan jalan,cara hormat dan formasi 3 bentuk kipas lambang bentuk Mercedes tu)...Yang lain sume ok.tapi aku ada cakap dengan Syapiq(Komander Platun),dia menerima dengan hati yang terbuka dengan apa yang aku tegur tu.(Tu la salah satu sifat yang menyebabkan dia terpilih sebagai ketua platun terbaik)....Masa berganti masa,hari berganti hari,tarikh pertandingan sudah tiba..6/05/09 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu..Budak ni buat kali keduanya pergi ke pertandingan tersebut selaku wakil daerah Muar berentap untuk peringkat negeri Johor.Diorang ajak juga aku pergi sana tapi aku tak boleh pergi kerana ada komitmen keraja.Hotel Classic bukan bapak aku punya...Klu tak dah lama aku mintak cuti setahun..Pergi la diorang pergi dengan hati yang berdebar-debar..Lawan punya lawan,dapat la no 3..Peh,tersimpang dari matlamat asal..Aku target dapat no 1,apasal la dapat no 3 pula..aku syak mesti diorang ada buat salah serius..Peringkat negeri bukan boleh buat main2...salah sikit je dah mesti tertinggal point punya..peringat ni bukan di kira siapa kumpul mata paling banyak,tapi sapa buat salah paling banyak...Punya la soal siasat,rupanya adalah kesalahan serius yang diorang buat...
Perkara biasa yang komander akan pesan sebelum kawad adalah seperti berikut:
- Kepala Langut
- Tangan Lurus
- Kaki Pacak
- Mendada
- Apabila kekanan lurus,Kaki tu Mecincang
- Jangan bercakap
- Peka
Ini adalah senarai pemenang:
Johan:Pengakap Batu Pahat
Naib Johan:Pengakap Kluang
Ketiga:Pengakap Muar
Aku akan bagi sebab pasal apa korang patut dipuji:
- Korang berlatih sendiri,tanpa jurulatih
- Berusaha keras untuk maju
- Berjaya menaikkan nama Pengakap daripada terus menjadi uniform 2cd class
- Berjaya mendapatkan sponser
- Berjaya mencipta formasi yang sukar
Dalam Hati:(dah la time aku dulu kalah 1 mata dengan kulai...panas je...terus dapat no 4)
- Azmir Position:Right Backman (Captain)
- Helmi Position:left backman
- Faizal Position:Right Frontman
- Limbong Position:Midsman,Frontman
- Irfan Position:Midsman,Backman
- Solehin Position:Midsman,Backman
- Harith Position:Left Frontman
- Syukri Position:Belum Diuji lagi

Sebagai langkah untuk memperkenalkan team kami kepada dunia luar,langkah mempromosi giat dilakukan.Jadi kami ada mewujudkan blog dan website sebagai rujukan yang disediakan oleh kami buat sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang team kami iaitu Ask_Core Unit..
Alamat bagi laman web kami ialah http://askcoreunit.webs.com/
manakala untuk blog pula ialah askcoreunit.blogspot.com
Berikan segala pendapat dan komen anda di website kami sebagai rujukan untk terus maju dan berjaya dimasa akan datang
Hi..Blog ni memang blog peribadi aku yang dijadikan platform untuk aku mecurahkan pendapat,menceritakan pengalaman,kenangan mahupun segala aktiviti aku...Namun blog ni bukan bersifat peribadi sangat..hanya pada nama saje la..Kalau nak peribadi sangat tulis dalam diari la..Gila ke ape nak tulis kat sini,satu dunia boleh bace wei..,kenapa aku memilih nama samaran "Pejuang Kesenian Extreme"Apa maknanya...nama gempak tapi kenapa blog peribadi lak?ingat blog Taliban ke, Jemaah Islamiah ke..Hihi...,sebenarnya saje je aku guna nama tu..Aku sebenarnya minat dan suke dengan sukan yang extreme macam Paintball dan Parkour...Aku Aku juga anggap bahawa Parkour itu seni..,Jadi aku cube memperjuang benda extreme ni dan mengubah minda mereka2
yang tertentu ni bahawa sukan extreme ini seni..Sama juga dengan BreakDance dan Graffiti,dulu dipandang serong dan sering dikaitkan dengan benda-benda yang negatif..Tapi cuba lihat sekarang,siapa yang memberi sokongan?Rakan Muda beb...Tu under kementerian Belia dan Sukan,..,maknanya kerajaan menyokong la..Sekurang-kurangnya taklah mereka merempit sana-sini tak tentu pasal ..Kang mampus kang (maaf,Bahasa Kasar),kan dah menyusahkan makBapa diaorang..Penat je bapak diorang membanting tulang untuk membesar diorang..
Sebenarnya sukan extreme juga semakin diterima ramai sehingga dibukakan Extreme Park di Shah Alam (kalau tak silap la)Cuma Muar je ketinggalan lagi.,bagi kawan-kawan aku..diaorang mesti tau yang aku ada team Paintball yang bernama Ask_Core Unit..Team Paintball yang lain di Muar selain kami ialah PkrmFraternity dari Pusat Kegiatan Rakan Muda dan Kbm Crew dari SMK Dato Sri Amar Diraja.(Itu je la yang aku tau yang aktif)..Tapi kitaorang hanya ada team je.,Kelab Paintball tak de..Kalau la la ade Kelab Paintball yang berdaftar di daerah Muar ni,..,kan best,semua team disatukan dibawah satu bumbung...,jadi segala aktiviti akan berjalan dengan lebih lancar.,
Tapi klu main Paintball ni kompom dapat cenderamata berbentuk kesen lebam yang bertahan selam 3 minggu...Parkour lagi smart,bengkak,lebab,silap2 patah kaki pulak..Yang pasti sukan ini semakin mendapat perhatian dan diterima ramai .......Ummm,apa lagi ha aq nak tulis....,ha.,dengan lafas bismillahhirahmanirahim , aku merasmikan blog ni...
haha , Dan ingat..,Konsep blog konsep blog ni adalah bebas...