Lencana Persekutuan Pengakap Malaysia Edisi Terbaru 2010

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:11 PM

Filed Under: ,


Mungkin aku amat kurang peka berkenaan dengan perkara ini,namun apa yang aku ingin sampaikan disini,pada 16 Januari 2010 yang lalu,telah diadakan Majlis pelancaran Lencana-lencana Persekutuan Pengakap Malaysia yang Edisi yang Terbaru dengan Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara di Kuala Lumpur..

Pelancaran ini dilakukan bagi menwanwarkan kepada semua bahawa lencana-lencana sedia ada ini akan ditukarkan dengan lencana pengakap edisi yang terbaru.
Perubahan imej lencana ini dilakukan bagi menampakkan ciri-ciri yang menarik dan menepati citarasa masa kini bersesuaian dengan umur pengakap yang telah mencapai usia 100 tahun.

Jadi mulai tarikh pelancaran tersebut,penggunaan lencana edisi terbaru ini akan berkuatkuasa dengan serta merta dan bagi sesiapa yang menjadi calon-calon yang ingin mengambil Raja,mereka dikehendaki memakai kelima-lima lencana tertinggi Pengakap remaja versi terbaru ..

Antara ciri-ciri lencana ini ialah:

1- Mempunyai bentuk yang bersesuaian mengikut setiap kategori unit-unit Pengakap.
2- Setiap lencana mempunyai logo Pengakap Malaysia yang jelas.
3- Mempunyai kemasan tepi mengikut warna-warna mewakili bahagian tertentu.
4- Mempunyai pengertian yang khusus bagi setiap lencana melalaui rekabentuk ekslusif dan menarik.

Berikut merupakan Lencana-Lencana Pengakap bagi Edisi Lama dan Baru:

Lencana Pengakap Versi Lama

Lencana Pengakap Versi Baru

Jadi disini,untuk paparan lebih jelas,anda boleh mengelik gambar diatas atau anda boleh mendownload terus paparan ini..

Download

2 comments for this post

buat sehabis baik....aku join pengakap masa sekolah rendah dulu...memang best giler bila dapat lencana pengakap hehehe

Posted on April 28, 2010 at 3:58 PM  

Aku sampai sekarang masih berpengakap..walaupun x seaktif dulu..

Posted on May 13, 2010 at 12:48 AM  
Related Posts with Thumbnails
Print