Siapa Tokio Hotel??

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:33 PM

Filed Under: , ,

Tidak ku kenal siapa dan betapa hebatnya mereka..

Tokio hotel

Nama band yang jarang ku dengar tiba-tiba menggegar di setiap sudut celahan setelah berita mengenai mereka yang bakal melancarkan konsert sulung yang buat pertama kali diadakan di negara ini tersebar secara meluas di muka surat Khabar utama..

Perebutan tiket konsert sulung mereka juga semakin rancak setelah stesen-stesen radio mula membual berbagai peraduan untuk merebut sepasang tiket setiap orang yang wajar untuk dimenangi..Tiba-tiba fenomena Tokio Hotel ni menjelma??

Apa semua ni!!!

Biar aku menceritakan sedikit prihal band mereka..
Buat pengetahuan semua,Tokio Hotel ini merupakan band yang memainkan muzik berteraskan Pop Rock yang dibentuk di Magdeburg,Jerman.Band yang dianggotai seramai 4 orang ini mula terlibat secara langsung dalam arena seni ini dengan penggunaan nama sebagai Devilish dan bergiat aktif dalam aktiviti nyayian dengan membabitkan diri dalam rancangan pencarian bakat dan konsert2 kecil pada awal kemunculannya.
Namun begitu,semenjak tahun 2001,mereka mula melakukan penjenamaan semula dengan menukarkan nama band daripada devilish ke Tokio Hotel setelah mereka mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Universal Records..

Apa maksud Tokio Hotel??

kepada mereka yang tidak mengetahui,Tokio sebenarnya merujuk kepada Tokyo yang ditulis dalam bahasa jerman .Tokyo merupakan bandar yang yang besar dan cergas dan nama bagi bandar itu amatlah sesuai digunakan bagi mempamerkan semangat mereka yang berjuang dengan bersungguh-sungguh didalam arena seni nyanyian ini manakala Hotel pula merujuk kepada tempat yang mereka kerap gunakan untuk tidur jika berada diluar daerah..

Mesti anda ingin mengenali dengan anggota kumpulan Tokio Hotel ini..

Antara ahli-ahlinya ialah::


::Bill Kaulitz

-Bill seorang penulis lagu,pelakon suara dan juga selaku model..Beliau merupakan penyanyi utama kepada kumpulan ini yang turut bertanggungjawab untuk memimpin Tokio Hotel sejak dikenali sebagai Devilish lagi..untuk pengetahuan semua,Bill sememangnya terkenal dengan penampilan androgynousnya iaitu penampilan yang tidak dapat diklafisikasikan sebagai lelaki atau perempuan.(ye la,aku pun pening pale tengok dia)..Antara kontroversi yang membabitkan beliau ialah berkenaan dengan status beliau sama ada gay atau tidak..dan jawapan yang diberikannya ialah..
"I think I say it for the 10,000th time, but I willingly say it again: No, I'm not gay, and I think it would be a waste with all those pretty girls in the front row"

Jadi...sangat jelas..

::Tom Kaulitz

-Tom merupakan kembar kepada Bill kaulitz..Peranan Tom didalam kumpulan ini ialah selaku pemain gitar..Seorang penggemar muzik hip hop dan penyanyi hip hop yang diminatinya ialah Samy Deluxe..Setiap kali mengadakan seri jelajah,dia akan membawa satu beg yang penuh dengan topi untuk dikenakan dengan persembahan..Berkemahiran dalam berbahasa Jerman,Inggeris dan juga Perancis,beliau juga memiliki kira-kira 17 jenis gitar..

::Gustav Schafer

-Berperanan sebagai pemain Drum didalam kumpulan ini.,beliau mula bermain drum sejak berumur 5 tahun lagi..Menganggap Lars Ulrich dari kumpulan Metalicca sebagai Idola,beliau sanggup mengorbankan masa mainnya ketika kecil untuk berlatih bermain drum untuk beberapa jam..Sangat cerewet dalam penjagaan drum ketika persembahan,beliau akan memastikan posisi alatan dan sistem bunyi drum ketika persembahan dalam keadaan baik.,selain daripada pembantu beliau,tiada siapa dibenarkan utuk mengalihkan drum beliau setelah disetting habis sebelum perrsembahan walaupun seinci sekalipun..


::Georg Listing
-Beliau merupakan pemain bass bagi kumpulan ini..,beliau memiliki satu gitar hitam putih yang yang mempunyai nama kumpulannya dibadan gitar tersebut..Mula bermain gitar sejak berusia 13 tahun dan masih mengekalkan imej berambut panjangnya..

Jadi itulah serba sedikit maklumat mengenai mereka..untuk tujuan pengenalan sahaja..Kalau anda ingin mengetahui serba sedikit tentang mereka ini.,anda boleh melayari laman web rasmi mereka di

http://www.tokiohotel.com/us/

Nak dengar lagu mereka..silakan
Jika berminat anda boleh download sekali




Tokio Hotel-Automatic
Download



Tokio Hotel-World behind My Wall
Download

10 comments for this post

best ker lagu diaorang nie...?..

Posted on April 27, 2010 at 7:45 PM  

ooh kump ni..aku penah dengar lagu rescue me je dari kump ni

Posted on April 27, 2010 at 8:40 PM  

entah..aq pun kurang pasti sama ada lagu diorg sedap ke x..yang pasti setelah aq dengar..boleh tahan la..not bad..

Posted on April 28, 2010 at 12:40 PM  

aku pon baru kenal band nih.. aku ingat kan band gay mane tah.. tapi bile dengar lagu diorang bes lak..

cam lagu monsoon, automatic, 1000 ocean dll..

Posted on May 12, 2010 at 4:18 PM  

Tau x pe..dengan penyanyi dia cam pondan..x pening lak kepala..
tapi lagu dia boleh tahan la..

Posted on May 13, 2010 at 12:51 AM  

em..suke2...hai..salam perkenalan:)

Posted on May 14, 2010 at 1:58 AM  

hai..salam pengenalan juga..

Posted on May 14, 2010 at 5:27 AM  
Anonymous

hoho , lagu automatic bestt gile arr . (tieya)

Posted on May 20, 2010 at 9:09 AM  

baguslah klu suka..

Posted on May 20, 2010 at 6:56 PM  
D

Hai apa khabar, ku suka lagu2 mereka nih.... Ku pernah tengok mereka dua kali dah, bila mereka dtg utk TM Connects dan utk MTV World Stage pulak.... Ku ade jumpa mereka kat meet and greet jugak! Best nyer, ku peminat besar skrg! Tu Bill cantik sangat utk laki, ku tak biasa dulu, tapi dia x pondan tau - ku tengok video dan interview mereka, dia cam laki biasa saje! Tapi cantik o.... Dan fesyen dia pun syiok! Pernak model utk Milan Fashion Week weih! Kau ade pegi konsert mereka ke? Patut kau dengar lagu2 mereka cam don't jump, 1000 oceans, by your side, in die nacht, forever now.... Best sangat =)

Posted on October 31, 2010 at 10:58 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print