Setelah menonton siaran langsung perlawanan dua gergasi dunia diantara Jerman dan Sepanyol,akhirnya segala teka-teki yang bermain diminda kita telah terjawab setelah melihat kemenangan ini berpihak kepada Sepanyol yang hanya menjaringkan satu gol tunggal sahaja didalam perlawanan.Dan seperti yang dijangka,bukan kemenangan Sepanyol yang menjadi tajuk utama dan liputan meluas,sebaliknya hal berkenaan kebenaran ramalan binatang yang bernama Paul (sejenis sotong ye)atau nama glamournya ialah "Paul The Octopus" pula yang mendapat perhatian ramai..hahaSetelah menonton secara langsung di internet selama 90 minit lebih.,dapat disimpulkan disini corak permainan kedua-dua pasukan,mereka bermain dengan aksi yang agak hambar sejak dibabak pertama.Dengan hantaran bola yang tidak kemas dan posisi pemain yang kucar kacir menjadikan permainan ini agak membosan sepanjang 45 minit pertama..Lebih-lebih lagi aksi dibabak ini hanya mempamerkan beberapa percubaan berbahaya sahaja untuk menghiburkan penonton..
Namun bersambung sahaja dibabak kedua,Sepanyol kelihatan mula memperkemaskan barisan serangan dengan mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding babak sebelumnya sehingga Puyol berjaya membolosi gawang Jerman di minit 73'..Hasil tandukan beliau ini kekal sehingga keakhir perlawanan..Disamping itu,kelihatan jurulatih Jerman,Joachim Loew tidak dapat menaham malu dengan kekalahan pasukan bimbingan dia ini kerana kelihatan selepas perlawanan,riak muka beliau berubah..Seperti menahan malu yang amat sangat...Nak wat cam ner,dah tak ada rezeki..
Yang menariknya disini,Selepas selesai sahaja perlawanan pilihan ini,para blogger mula menulis entri berkenaan perlawanan ini mengikut pandangan dan cara masing-masing..Namun yang pasti,bukan pasukan Sepanyol mahupun Jerman,sebaliknya Paul si Sotong lebih mendapat liputan berbanding kedua-dua pasukan tersebut..Seperti artis dari rancangan realiti,keglamouran sotong ini naik mendadak begitu sahaja selepas perlawanan tumpuan ini..sebelum ini sendiri ada diantara mereka yang meragui kecerdikan dan kebenaran sotong ini yang meramalkan Sepanyol pasti menang menentangnya seterunya..Rasanya bukan setakat blogger Malaysia,malahan blogger dari luar negara juga pasti membuat liputan tentang Paul..
Ini buktinya,siap buat sajak untuk Paul tu..haha
Aku pula semasa perlawanan dan selepasnya masih melepak di Gengblogger diruangan Chat membincangkan tentang perlawanan ini..Dan seperti yang aku kata,bukan pasal Jerman mahupun Sepanyol,sebaliknya tentang sotong..hahaPara blogger diruangan chat ini semuanya membincangkan tentang sotong..Ada yang mencaci dan ada juga sebaliknya..Namun yang pasti,suasana sangat meriah..rugi tak join..
Nota:Rugi je tiket gi tengok.,Perlawanan tidak seperti yang diharap..Walaupun kedua-dua ini merupakan pasukan pilihan..
Setelah isu berkenaan mutu pengadil hebat diperkatakan di piala dunia ini,pelbagai cadangan telah dikeluarkan oleh beberapa pihak yang menyatakan supaya kita mempergunakan teknologi yang terkini seperti sukan tennis untuk mengesahkan gol dengan cara tayangan video dan bermacam-macam lagi..Tahukah anda bahawa,dengan memasukkan unsur teknologi yang keterlaluan sebenarnya menghilangkan seri permainan itu sendiri..Jadi seharusnya cadangan itu dikaji semula..Semua peminat bola sepak yang mengikuti perkembangan Piala Dunia ini pasti mengerti,perkara ini menjadi lebih kontroversi semasa di perlawanan England menentang Jerman..Kononnya jaringan yang dijaringkan oleh wakil England tidak dikira..(padahal kalau masuk pun kalah).Jadi disini aku akan tunjukkan bagaimana dengan teknologi yang diserapkan mencemarkan permainan..
Penggunaan Sut berteknologi TinggiSemestinya pasukan yang bertanding akan mula melakukan penyelidikan R&D bagi membolehkan pasukan untuk menggondol gelaran Juara Dunia.Silap hari bulan mereka akan mereka Sut Ironman bagi menambah kebolehan pemain dari segi kepantas,kekuatan dan kekebalan..lalala..(Jepun dan Korea ada harapan nak menang)
Upgrade PemainPasukan akan sesuka hati melakukan pengubahsuaian terhadap pemain mereka supaya mutu perrmainan mereka akan meningkat..Seperti mengubah kaki mereka supaya kelajuan larian dan tendangan akan meningkat..
Pengubahsuaian AlatanDan sekiranya pengubahsuaian kaki pemain itu tidak dibenarkan atau dalam erti kata lain,tidak dibenarkan oleh FIFA dan badan induk hak asasi manusia kerana dikira mencabul hak seorang manusia waras,pasti ada diantara mereka yang mula mereka but roket bagi meningkatkan kelajuan..Macam dalam gambar ni..
Sabotajitu perkara yang paling menakutkan..dengan penciptaan alat yang mampu bergerak separuh kelajuan cahaya,fuh,menakutkan lawan..
Tiada Lagi Piala DuniaIni perkara paling menakutkan..Mungkin bagi mereka tiada gunanya mempunyai piala sahaja..Lebih baik dapat I-Pad setiap seorang..Baru jadi lelaki Metroseksual sikit..Macho..hohoho
Dan sempena menyambut kemeriahan piala dunia ni,kepada sesiapa masih belum memiliki mp3 lagu tema Piala Dunia 2010.,anda boleh download disini ye..
k'Naan-Wavin Flag
Download
Shakira-Waka Waka
Download
Nota:Kepada semua pembaca entri ni..,ni aku main-main je berdasarkan image yang telah diedit..Jangan anggap serius je..Benda ni hanya mengisi masa lapang..Jerman.,anda Mesti jadi Juara Dunia untuk tahun ni..(Risau setelah diramal oleh sotong yang Jerman bakal kalah)..

Subscribe to:
Posts (Atom)

