Setelah menonton siaran langsung perlawanan dua gergasi dunia diantara Jerman dan Sepanyol,akhirnya segala teka-teki yang bermain diminda kita telah terjawab setelah melihat kemenangan ini berpihak kepada Sepanyol yang hanya menjaringkan satu gol tunggal sahaja didalam perlawanan.Dan seperti yang dijangka,bukan kemenangan Sepanyol yang menjadi tajuk utama dan liputan meluas,sebaliknya hal berkenaan kebenaran ramalan binatang yang bernama Paul (sejenis sotong ye)atau nama glamournya ialah "Paul The Octopus" pula yang mendapat perhatian ramai..hahaSetelah menonton secara langsung di internet selama 90 minit lebih.,dapat disimpulkan disini corak permainan kedua-dua pasukan,mereka bermain dengan aksi yang agak hambar sejak dibabak pertama.Dengan hantaran bola yang tidak kemas dan posisi pemain yang kucar kacir menjadikan permainan ini agak membosan sepanjang 45 minit pertama..Lebih-lebih lagi aksi dibabak ini hanya mempamerkan beberapa percubaan berbahaya sahaja untuk menghiburkan penonton..
Namun bersambung sahaja dibabak kedua,Sepanyol kelihatan mula memperkemaskan barisan serangan dengan mempamerkan aksi yang lebih baik berbanding babak sebelumnya sehingga Puyol berjaya membolosi gawang Jerman di minit 73'..Hasil tandukan beliau ini kekal sehingga keakhir perlawanan..Disamping itu,kelihatan jurulatih Jerman,Joachim Loew tidak dapat menaham malu dengan kekalahan pasukan bimbingan dia ini kerana kelihatan selepas perlawanan,riak muka beliau berubah..Seperti menahan malu yang amat sangat...Nak wat cam ner,dah tak ada rezeki..
Yang menariknya disini,Selepas selesai sahaja perlawanan pilihan ini,para blogger mula menulis entri berkenaan perlawanan ini mengikut pandangan dan cara masing-masing..Namun yang pasti,bukan pasukan Sepanyol mahupun Jerman,sebaliknya Paul si Sotong lebih mendapat liputan berbanding kedua-dua pasukan tersebut..Seperti artis dari rancangan realiti,keglamouran sotong ini naik mendadak begitu sahaja selepas perlawanan tumpuan ini..sebelum ini sendiri ada diantara mereka yang meragui kecerdikan dan kebenaran sotong ini yang meramalkan Sepanyol pasti menang menentangnya seterunya..Rasanya bukan setakat blogger Malaysia,malahan blogger dari luar negara juga pasti membuat liputan tentang Paul..
Ini buktinya,siap buat sajak untuk Paul tu..haha
Aku pula semasa perlawanan dan selepasnya masih melepak di Gengblogger diruangan Chat membincangkan tentang perlawanan ini..Dan seperti yang aku kata,bukan pasal Jerman mahupun Sepanyol,sebaliknya tentang sotong..hahaPara blogger diruangan chat ini semuanya membincangkan tentang sotong..Ada yang mencaci dan ada juga sebaliknya..Namun yang pasti,suasana sangat meriah..rugi tak join..
Nota:Rugi je tiket gi tengok.,Perlawanan tidak seperti yang diharap..Walaupun kedua-dua ini merupakan pasukan pilihan..
Subscribe to:
Posts (Atom)

