='Blog description' name='Description'/>

Kreaviti dengan Duit yang Berlebihan

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:40 PM

comments (6)

Filed Under:



Jika anda mempunya banyak duit yang berlebihan disebabkan kekayaan anda yang terlampau.,apa kata anda cuba mencabar kreativiti anda dengan mencuba aktiviti yang agak menarik ini.

Cubaan mencipta karya seni yang agung daripada Duit..haha.
Keativiti mampu mencipta segalanya..Batasan merupakan benteng yang perlu ditempuhi..Ayun cuba(kepada sesiapa yang banyak duit berlebihan sahaja)



Buat lakaran



Mulakan Karya



Siap



Inilah hasilnya...dah macam orang cacat dah aku tengok

Bagaimana...Mampukah anda menghasilkan karya yang sangat kreatif ni..Jika mampu,silalah anda pergi ke Bank yang berhampiran..Ini pula ditunjukkan kepada anda hasil kerja yang lain.



Sangat cantik....Penuh dengan seni..

Keadaan Pejabat Google yang Hebat

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 1:50 PM

comments (27)

Filed Under: , ,



Google merupakan sebuah laman web enjin pencari yang amat terkenal sekali diseluruh dunia kerana kejayaan mereka menguasai internet.Kejayaan ini memastikan pengasas google iaitu Larry Page dan Sergey Brin berjaya menghasil berbillion-billion dollar hasil keuntungan perniagaan internet mereka.Hasil keuntungan itu juga dijadikan modal pusingan untuk memajukan perniagaan mereka..


Larry Page dan Sergey Brin

Pejabat merupakan sebuah tempat yang penting yang sememangnya menjadi nadi kepada syarikat google untuk menjalankan perniagaan mereka yang sememangnya menguntungkan.Ditemani dengan reputasi yang dicipta,sememangnya imej menjadi salah satu aset yang penting kepada google untuk mengukuhkan reputasinya di peringkat antarabangsa.Dengan bertemakan keseronokan(Fun).,suasana yang terhasil dipejabat mereka amat menyenangkan.Cuba lihat pejabat-pejabat google yang terletak di Eropah dan Amerika, seperti Madrid, Milan, Munich ,California,Manhattan dan Zurich. Untuk yang berlokasi di Milan, Madrid and Munich direka oleh DEGW, sedangkan untuk yang berlokasi di Zurich direka oleh Camenzind Evolution, seorang pereka dari Swiss.Jadi mari kita lihat hasil mereka::::















Apa pendapat kamu mengenai pejabat Google..Hidup senang..Datang kerja tidak perlu bawa duit.Itulah pekerjaan pekerja syarikat Google..

Adakah anda tahu bahawa Google juga pernah terpilih sebagai 100 syarikat terbaik untuk kita bekerja...

Ini pula dilampirkan kadar purata gaji pekerja di syarikat Google

Average Google Worker Salaries


google worker

$16,000


Setelah melihat paparan ini,apa yang anda difikirkan.ini ayat-ayat imaginasi penulis::


Mungkin ramai akan berkata kepada diri sendiri:
"Mengapalah aku tak belajar rajin2.,boleh dapat gaji belas ribu,kemudian bekerja dalam suasana gembira"

Bagi yang pandai pula:
"Kenapalah aku tidak cukup pandai,kena belajar ni untuk dapat bekerja disana"

Bagi yang pandai tahap gaban tapi salah bidang:
"Asallah aku tak ambil bidang komputer,menyesal seumur hidup"

Mungkin kepada cikgu-cikgu mahupun sesiapa sahaja boleh mengambil iktibar daripada entri ini untuk memotivasikan murid..Memang amat menerujakan

Nota:Kepada semua yang melihat gambar ini pasti berasa amat tertarik kepada cara bekerja di Google..Tetapi anda perlu ingat.,google sentiasa terdedah kepada penjenayah siber seperti hacker yang sentiasa berusaha untuk menguji kemampuan diri.Jadi itu merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh syarikat dan para pekerjanya..

Mengapa Aku Minat Paintball

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 3:05 AM

comments (29)

Filed Under:



Paintball merupakan salah satu sukan ekstrem yang sangat menyeronokkan disamping sangat sesuai dimainkan oleh semua peringkat usia..(kecuali 12 ke bawah).Malahan dengan menjadikan Paintball sebagai sukan riadah mampu menarik lebih ramai pihak untuk menyertai sukan paintball ini.Aku juga secara kebetulan terbabit dengan sukan Paintball ini sejak dari zaman persekolahan lagi.Sejak itu,aku secara perlahan-lahan mula hilang minat dengan sukan bola sepak dan badminton sebaliknya Paintball mula menjadi pilihan.Jadi di sini akan diterangkan kepada anda sebab mengapa aku berminat dengan sukan Paintball.



Paintball merupakan sukan ekstrem yang lain daripada yang lain.Itulah sebab utamanya.Lebih-lebih lagi main tembak-tembak macam dalam game Blackshot..Memang kegemaran aku.Lagipun pada masa kini,remaja-remaja lebih mengemari cabaran dan sukan paintball menawarkan cabaran tersebut.


Marker Dye DM10

Paintball sukan yang disaluti oleh teknologi.Daripada Marker,benda yang terletak dari hujung rambut sehingga hujung kaki temasuk Arena Paintball itu sendiri,semuanya dipenuhi dengan teknologi.


Aku ketika terkena kicap

Risiko kecederaan yang amat rendah.Itupun jika anda mematuhi segala peraturan.Ini dapat dibuktikan ketika anda bermain Paintball dan selepasnya,pasti anda dalam keadaan sihat walafiat.Adakah lebam terkena tembakan itu dikategorikan sebagai cedera.
Itu hamba kurang pasti..(hahaha)


Bergaya bukan

Paintball sukan yang penuh gaya.Walaupun muka korang macam penyangak sekalipun(hihi)..,korang pasti akan nampak hensem setelah memakai Facemask..haha



Perempuan dan lelaki boleh bermain Paintball secara bersama atau boleh dikategorikan sebagai sama taraf.Jika anda perasan,kebanyakan sukan seperti badminton dan bola sepak mengklafisikasikan lelaki dan perempuan didalam kategori yang berlainan tetapi berbeza dengan Paintball.Apa yang penting ialah kemahiran.Tiada Diskriminasi..


Orang yang banyak membantu..PKRMFraternity

Adanya senior paintballer yang sanggup mengajar aku,team aku,kawan aku,dan kaum aku untuk mengenali apa itu paintball.Terima kasih juga kepada korang kerana sudi sertai latihan walaupun dengan kitaorang yang newbies ini.Jasa dan bakti diorang kepada aku dan daerah Muar amat tidak ternilai besarnya.Aku memang sokong korang PKRMFraternity.
Jadi sebagai balasan kepada jasa korang,aku bagi 2 backlink kepada blog korang.Mana tau boleh naikkan ranking ke nanti...hahaha
http://pkrmfraternity.blogspot.com/


Oliver Lang,Idola Hamba

Korang tahu bukan sukan paintball merupakan sukan yang lebih mahal daripada golf.Jikalau boleh kita hendak mengurangkan kos tersebut dengan menambahkan komuniti paintballer.Manalah tahu barangan Paintball mungkin boleh didapati dengan harga lebih murah sehingga harga pallet boleh mencecah sehingga RM50 sahaja satu kotak(angan-angan yang sukar untuk digapai)..


Dye NT Paintball Gun.........................................................Yamaha 135 LC

Aku ada sediakan 2 gambar diatas ini.Kamu tahukah apa itu?

Gambar di sebelah kiri adalah NT paintball gun yang berharga Rm 5939.63..Manakala disebelah kanan pula ialah motosikal Yamaha 135Lc yang beharga Rm5786.80++harga basic..
Harga lebih kurang sahaja sahaja.Mahal bukan..Lebih kurang sahaja harga yang ditawarkan.


Facemask Dye I4

Alangkan aku beli Facemask I4 standard pun dapat harga paling murah iaitu Rm300.Kalau ikutkan hati orang normal(Yang tidak berminat dengan paintball),harga itu dikira mahal.

Jadi kesimpulannya disini,aku akan terus meminati Paintball dengan sepenuh jiwa dan raga aku.Walau aku dipaksa untuk memakan Ais Krim berperisa kelapa sawit,namun demi Paintball.....
Aku sanggup....
Memang sanggup.....
hahaha..(Ayat Alex)

Related Posts with Thumbnails
Print