Teknik Mengenali Tanda Pembohongan

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 4:17 AM

Filed Under:


Pembohong sememangnya memenuhi sekalian alam di muka bumi ini tanpa mengira bangsa,bahasa mahupun agama.Kadang kala kita sendiri juga tidak terlepas daripada melakukan pembohongan.Bagaimana pula jika anda menanyakan sesuatu kepada seseorang dan anda berasa was-was dengan jawapan yang diberikan.Jangan risau.,disini disediakan kepada anda tip-tip mengenal pasti orang yang anda tanyakan itu berbohong atau tidak.

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

6 comments for this post

naluri bleh tahu org tu tipu ke tak....

Posted on November 29, 2009 at 10:55 AM  

Memang betul...tapi biasanya kita menghadapi masalah teragak-agak sama ada betul ke sangkaan kita yang balok ni tengah menipu kita atau idak..

Posted on November 29, 2009 at 1:34 PM  

thanks, gud tips. i already get e information from drama 'lies' at ntv7. yup kdang2 naluri pn slh meneka.

Posted on November 30, 2009 at 10:29 AM  

betull....tapi teringin nak jadi pro mcam FBI...setiap tingkah laku menjadi bahasa..

Ni kira bahasa badan la..nak tulis pasal body language ambil masa...tengok dulu la macam mana..

Posted on December 1, 2009 at 4:04 PM  

gud secrets to knows org menipu!!


P/s - hyee..lame x jenguk blog u neyh,..=)

Posted on December 1, 2009 at 4:04 PM  

Tu la...lama tunggu..Hihi

Ni pun demi menjadikan Pejuang Kesenian Extreme..Sebuah blog yang menjadi sumber gerbang ilmu

Posted on December 1, 2009 at 4:56 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print