Puisi Janji Melayu

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 11:01 PM

Filed Under:


Saat mentari menampakkan kelibatnya
Saat burung berterbangan meninggalkan sarangnya
Saat keluar ditemani minit dan jamnya
Saat ini janji bermula

Mawar Dipegang mula melayu
Janji ditepati yang tinggal hanya tunggu
Kehadiranmu lewat umpama berminggu
Itulah istilah Janji Melayu

Melayu berjanji menepati hari
Menepati jam jauh sekali

Disaat perlu ditunggu mula menunggu
Menunjukkan janji melayu sedang berlaku
Jam 10 berjanji
15 minit selepas itu
Muka tak nampak,Bayang pun tak berlalu
Kelibatmu masih ditunggu
Sifat itu sinonim denganmu
Sifat utama sifat melayu

Wahai bangsaku wahai dengarlah
Hentikan sifat buruk ini janganlah
Berterusan begini kerana buruknya
Hilang hormat
Hilang kemajuan
Hilang kejayaannya



Puisi ini ditulis oleh aku ketika aku dalam dilema dan berasa malu kerana sifat ini melekat dengan jiwa melayu
Janji melayu mula sebati sehingga melayu dikira kaum yang suka memungkiri janji
Walaupun hadir untuk menepati janji,waktu berjanji sudahpun diingkari

Nota:Keluar dari bidang aku beb ni..Berpuisi la pula.Karya asli hasil karangan Pejuang Kesenian Extreme

2 comments for this post

Wah..sedap puisi nih.You're right!! Nama pun Melayu,nak ckp pun pergh!! Malu aa.Memang byk kali kena pun..No komen :)

Posted on November 24, 2009 at 12:55 AM  

dah memang perangai org melayu yg dipupuk sejak dari kecil..nak buat macam mana...

Posted on November 24, 2009 at 2:40 AM  
Related Posts with Thumbnails
Print