Tarian Shuffle mencipta fenomena di Malaysia

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:42 PM

Filed Under: , , , , ,

Suatu ketika dahulu tarian Hip Hop dan tarian jalanan seperti Breakdance berjaya melebarkan sayapnya di serata dunia dengan lenggok dan irama tariannya yang unik dan menarik sehingga memikat hati segelintir pencinta seni Tidak terkecuali juga dengan Malaysia,negara yang sentiasa mengikut arus semasa dan perkembangan terkini seni hiburan dinia.Jika ketika tarian-tarian ini menjadi sangat terkenal dengan kemunculan di video klip artis-artis popular,kini muncul pula tarian baru yang dianggap pada awal kemunculannya sebagai tarian pelik tetapi berjaya memikat hati rakyat Malaysia dengan mengambil alih kedudukan sebagai tarian yang paling diminati oleh remaja-remaja di Malaysia. Tarian ini dikenali sebagai

SHUFFLE

Mengelungsurkan kaki di lantai dengan diiringi muzik Tecno menjadi Trademark bagi mereka yang meminati dan menarikan tarian ini sehingga ia mencipta fenomena yang hebat di Malaysia.Kesannya,kanak-kanak juga meminati dan mampu menarikan tarian ini dengan baik. Denagn jumlah peminat yang agak besar dan banyak bahan-bahan yang boleh dijadikan rujukan di Internet menjadikan Shuffle semakin pantas terkenal.Ini dapat dibuktikan dengan melihat ragam remaja menarikan tarian ini dimana sahaja tidak kira di sekolah mahupun dipusat membeli belah.


Sejarah Shuffle

Merujuk kepada Kamus Oxford Edisi ke 2 cetakan ke 15 untuk tahun 1996,muka surat 318, Shuffle bermaksud berjalan menyeret kaki,merombak,membuang.Itu maksud Shuffle mengikut bahasa.Manakala mengikut istilah pula,Shuffle merupakan sejenis tarian yang menyeret kaki dengan diiringi muzik elektronik yang rancak. Tarian Shuffle mula ditarikan sekitar tahun 1980 an dan berasal dari Melbourne,Australia.Tarian ini mendapat perhatian remaja disana pada awal kemunculannya disebabkan faktor-faktor keunikan dan kesesuaian tarian ini untuk ditarikan di kelab-kelab malam.Disamping publisiti yang diberikan oleh majalah,rangkaian televisyen dan laman web perkongsian video(YouTube),kemunculan muzik-muzik tecno yang rancak dan menarik juga merupakan faktor-faktor penyebab tarian ini semakin popular disana.


Tahukah anda bahawa tarian ini lebih dikenali sebagai Melbourne Shuffle di luar negara iaitu merujuk kepada tempat asal dimana Shuffle dilahirkan.Namun di Malaysia,tarian ini lebih dikenali sebagai Shuffle sahaja kerana tarian shuffle di Malaysia telah diterapkan dengan nilai setempat dan diselitkan dengan kreativiti anak muda tempatan dalam mengubah koreografi

Mengenai sejarah di Malaysia pula,dikatakan Shuffle dibawa masuk dan dipopularkan oleh seorang DJ yang dikenali sebagai Apek Whuut.Oleh sebab minat yang mendalam kepada Shuffle ini,Beliau kemudian menubuhkan sebuah kumpulan yang memperjuangkan Shuffle sebagai aliran utama.Kumpulan ini lebih dikenali sebagai HardStyle Republic.Lagu-lagu untuk tarian shuffle juga kebanyakannya dicipta oleh beliau selain lagu sedia ada yang diimport dari Australia.

Mengapa Shuffle begitu mudah diterima remaja Malaysia?

Dengan langkah tari yang tidak terlalu Kompleks dan boleh juga dikaogerikan sebagai tarian yang mudah dipelajari menjadi penyebab utama mengapa tarian ini popular dan lebih cepat menular berbanding tarian lain. Adakah anda tahu bagaimana Shuffle ditarikan.Sila lihat paparan video di bawah:



Pae dan Sarah


Shuffle juga boleh ditarikan secara berkumpulan.Tarian secara berkumpulan memerlukan lebih daya pemikat dan penghasilan koreografi yang lebih dinamik bagi membuatkan penonton lebih terhibur dengan aksi yang dipersembahkan.



Aksi daripada E.G.S

Tahukah anda bahawa Malaysia juga mempunyai kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan Shuffle sebagai aliran utama kumpulan.Berikut dipaparkan kepada anda kumpulan-kumpulan yang popular:

HardStyle Republic

Laman Rasmi Hardstyle Republic
http://hardstylerepublic.teamconvention.com/forum.htm

Franka Faction
Laman rasmi Fanka Faction
http://funkafactionmalaysia.ning.com/index.php

Hazard Minors

Laman rasmi Hazard Minors
http://hazardminors.forumotion.net/


Nota dari penulis:Sememangnya Shuffle ini suatu seni yang kena dengan jiwa anak muda Malaysia.selain dijadikan sebagai aktiviti riadah,Shuffle juga boleh dijadikan senaman yang menyihatkan.Cuma diingatkan supaya tidak melampau batas kerana jika dibuat secara berlebihan,ia boleh merosakkan Iman,membinasakan remaja dan merosakkan bangsa.

Malaysia juga mempunyai kumpulan yang tidak suka kepada shuffle.Kumpulan itu dikenali sebagai Anti-Shuffle group



Url team Tersebut
http://anti-shuffle.blogspot.com/

6 comments for this post

Bagi aku., blog ni la yang banyak bagi pengajaran dan pengetahuan.bak kata orang puteh pun "Born wif knowledges is better than 'Nothing!!" kira super duper brains la kan.tak jadi katak bawah tempurung.nak banggakan budaya mak saleh pun, budaya bangsa kita mcm mana.bravo ini lah blog yg terbaik!! Hidup Melayu! M'sia Boleh!!

Posted on November 24, 2009 at 12:59 AM  

Tq..,cuma minta shuffle ni x merosakkan akhlak...sekadar untuk riadah x pe kot..

Posted on November 24, 2009 at 2:42 AM  

dulu zaman aku sekolah, budak2 giler breakdance. Kat sekolah pun nak battle2. Skrg shuffle plak. Pernah aku tengok budak kecik shuffle. Huhuhu... Papepun, aku suka bdak shuffle ataupun breakdance.

Posted on December 6, 2009 at 11:24 PM  

Tarian tetap tarian...
Aku pun sokong shuffle

Itupun selagi diorg tak buat benda yg sepatutnya diorg memang tak boleh buat..

Posted on December 7, 2009 at 1:06 PM  

I'm not a fan of this dance but not an 'anti' either. It's sad to see kids & teenagers these days, some of them don't even know the 'shuffle' dance history; the origin. I'm not a shuffler but I learn because as a dancer I need to explore all kind of dance & finally find myself in comfort with breakdance & hip hop... Anyway,Salute to blogger...

Posted on October 23, 2010 at 8:26 PM  

Mengapa mereka memperjuangkan anti-shuffle?
Bodohkah mereka?
Tapi, terima kasih kepada "Pejuang Kesenian Extreme" kerana memberikan pengetahuan yang serba lengkap ini..
Untuk pengetahuan saudara/saudari saya juga menyertai kumpulan Hardstyle Addicted yang ditubuhkan oleh para shuffler dari Melbourne,Australia yang terdiri daripada Sacco, Edstath, Tiny.z, Teddyt, Row, Rocky, dan sebagai nya..
Saya mendapat informasi daripada chatter2 yang ada di Youtube bahawa Sacco( HSA ) ialah saudara Mikki ( Hsa )..
Apa2pun trima kasih..

Posted on May 6, 2011 at 4:54 PM  
Related Posts with Thumbnails
Print