
Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.


Kemeriahan Paintball World Cup 2009 yang berlangsung di xtreme park,bukit Jalil akhirnya berakhir.Sesungguhnya kemeriah ini dirasai oleh semua komuniti Paintballer di seluruh Malaysia dan Asia.Walaupun pasukan paintball Divisyen 1 yang mewakili Malaysia tidak dapat menjejakkan kaki ke Podium,sekurang-kurangnya ada pasukan lain yang mewakili Malaysia di divisyen 3 dan 4 mampu mengharumkan nama Malaysia.

Kalah dan menang merupakan adat pertandingan.Dengan ini disertakan senarai pemenang:





























Tahniah diucapkan kepada para pemenang
Tarian Shuffle mencipta fenomena di Malaysia
By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 6:42 PM
Filed Under: apa itu shuffle, fankafaction, hardstyle republic, melbourne shuffle, sejarah shuffle, shuffle

SHUFFLE
Mengelungsurkan kaki di lantai dengan diiringi muzik Tecno menjadi Trademark bagi mereka yang meminati dan menarikan tarian ini sehingga ia mencipta fenomena yang hebat di Malaysia.Kesannya,kanak-kanak juga meminati dan mampu menarikan tarian ini dengan baik. Denagn jumlah peminat yang agak besar dan banyak bahan-bahan yang boleh dijadikan rujukan di Internet menjadikan Shuffle semakin pantas terkenal.Ini dapat dibuktikan dengan melihat ragam remaja menarikan tarian ini dimana sahaja tidak kira di sekolah mahupun dipusat membeli belah.

Sejarah Shuffle
Tahukah anda bahawa tarian ini lebih dikenali sebagai Melbourne Shuffle di luar negara iaitu merujuk kepada tempat asal dimana Shuffle dilahirkan.Namun di Malaysia,tarian ini lebih dikenali sebagai Shuffle sahaja kerana tarian shuffle di Malaysia telah diterapkan dengan nilai setempat dan diselitkan dengan kreativiti anak muda tempatan dalam mengubah koreografi
Mengenai sejarah di Malaysia pula,dikatakan Shuffle dibawa masuk dan dipopularkan oleh seorang DJ yang dikenali sebagai Apek Whuut.Oleh sebab minat yang mendalam kepada Shuffle ini,Beliau kemudian menubuhkan sebuah kumpulan yang memperjuangkan Shuffle sebagai aliran utama.Kumpulan ini lebih dikenali sebagai HardStyle Republic.Lagu-lagu untuk tarian shuffle juga kebanyakannya dicipta oleh beliau selain lagu sedia ada yang diimport dari Australia.
Mengapa Shuffle begitu mudah diterima remaja Malaysia?
Dengan langkah tari yang tidak terlalu Kompleks dan boleh juga dikaogerikan sebagai tarian yang mudah dipelajari menjadi penyebab utama mengapa tarian ini popular dan lebih cepat menular berbanding tarian lain. Adakah anda tahu bagaimana Shuffle ditarikan.Sila lihat paparan video di bawah:
Pae dan Sarah
Shuffle juga boleh ditarikan secara berkumpulan.Tarian secara berkumpulan memerlukan lebih daya pemikat dan penghasilan koreografi yang lebih dinamik bagi membuatkan penonton lebih terhibur dengan aksi yang dipersembahkan.
Aksi daripada E.G.S
Tahukah anda bahawa Malaysia juga mempunyai kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan Shuffle sebagai aliran utama kumpulan.Berikut dipaparkan kepada anda kumpulan-kumpulan yang popular:

Laman Rasmi Hardstyle Republic
http://hardstylerepublic.teamconvention.com/forum.htm
http://funkafactionmalaysia.ning.com/index.php

Laman rasmi Hazard Minors
http://hazardminors.forumotion.net/
Malaysia juga mempunyai kumpulan yang tidak suka kepada shuffle.Kumpulan itu dikenali sebagai Anti-Shuffle group

Url team Tersebut
http://anti-shuffle.blogspot.com/
Melayu berjanji menepati hari
Disaat perlu ditunggu mula menunggu
Wahai bangsaku wahai dengarlah

Puisi ini ditulis oleh aku ketika aku dalam dilema dan berasa malu kerana sifat ini melekat dengan jiwa melayu
Nota:Keluar dari bidang aku beb ni..Berpuisi la pula.Karya asli hasil karangan Pejuang Kesenian Extreme
Kata Yahudi:Runtuhkan Masjid Al-Aqsa,bina haikal Sulaiman
By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 5:29 PM
Filed Under: baitulmaqdis, masjid Al-aqsa, masjidil aqsa
Tokoh agama Yahudi dan Kristian tidak berani menjawab soalan dan menyerahkan jawapannya kepada Ulama Islam yang menjawab dengan mudah bahawa yang layak masuk syurga daripada semua penganut agama ialah Muslim.Kemudian beliau menjelaskan bagi orang Yahudi yang layak masuk syurga ialah sesiapa sahaja yang beriman kepada Nabi Musa A.S dan bagi orang kristian yang layak masuk syurga ialah sesiapa yang beriman kepada Nabi Isa A.s.Tetapi bagi Umat Islam yang layak masuk syurga ialah yang beriman kepada Nabi Muhammad S.A.W dan semua Nabi termasuk Nabi Musa dan Isa.
Firman Allah yang bermaksud:"Kami tidak membezakan antara semua dengan yang lain daripada rasul-rasulnya"(Surah Al-Baqarah,ayat:285)
Petikan artikel ini diambil daripada keratan akhbar Berita Harian pada hari ahad, 1 November 2009 hasil Nukilan En Abdul Rahman Haqqi dalam ruangan Ulul Albab.Artikel ini membincangkan tentang kesucian agama Islam yang perlu dipertahankan dengan melindungi Masjid yang menjadi kiblat pertama Umat Islam iaitu masjid Al-Aqsa yang terletak di Baitulmaqdis.Pencabulan hak berulang kali dilakukan Zionis sememangnya mencabar maruah Agama Islam

Adakah anda tahu bahawa kota(baitulmaqdis) ini dianggap sebagai kota suci bagi Islam,Kristian dan Yahudi kerana dikatakan ketiga-tiga agama ini mempunyai nilai kudus pada kota berkenaan.
Adakah anda juga tahu mengapa orang Yahudi bermati-matian ingin memusnahkan Masjid Al-Aqsa itu?
Untuk pengetahuan saudara/saudari sekalian,niat sebenar Israel ini bukan lagi satu rahsia yang perlu diteka-teki lagi.Perkara ini sememangnya sudah diketahui oleh masyarakat dunia.Segala tipu muslihat dan helah yang ditonjolkan oleh Zionis untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa sememangnya dilakukan dengan perancangan yang teliti demi membina masa depan buat kaum Yahudi.

Apakah perancangan Masa depan Itu?
Perancangan masa depan yang menjengkelkan itu ialah membina semula The Solomon temple atau dikenali juga sebagai
Haikal Sulaiman
Jadi kesimpulannya disini.,berhati-hatilah penganut agama Islam dan Kristian kerana Yahudi sememangnya kaum yang dilaknat di muka bumi Ini.
Nota:Sebenarnya nak tulis topik tentang fahaman dan prinsip Wahabi dan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Disebabkan takut pembaca menyalah tafsir dan mungkin boleh menimbulkan fitnah.,aku membatalkan niat itu.
Topik pada kali ini akan memperkenalkan kepada anda perisian yang digunakan untuk merakam skrin iaitu perisian Screen Hunter 5.1.145.Perisian yang dibangunkan oleh Wisdom-Soft ini menawarkan kepada anda fungsi-fungsi yang menarik dengan percuma dan mungkin lebih baik daripada perisian perakam skrin syarikat pembangun yang lain.
Dengan perisian ini juga anda mampu merakam hampir apa sahaja yang dilihat di skrin termasuklah imej dan teks yang sering dipaparkan dalam pelbagai aplikasi atau laman/blog.Perakam ini juga menyimpan(save) fail yang dirakam dalam format jpeg,gif dan bitmap dan perisian ini boleh dimuat turun dengan format extentions(exe)