PPSMI Dimansuhkan...Siapa yang suka,siapa yang duka

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 8:25 AM

Filed Under:



Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak menimpulkan tanda tanya kepada sesiapa yang sentiasa mengikuti perkembangan hal ehwal negara mengenai perubahan sistem pendidikan negara. Perkara yang menjadi persoalan dan kontroversi dalam sistem pendidikan Malaysia ialah mengenai PPSMI..Banyak pihak yang membantah dan banyak juga pihak yang menyokongnya..

Namun setelah sekian lama menunggu.,akhirnya Timbalan Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Pendidikan itu memuktamadkan keputusan bahawa PPSMI dimansuhkan..

LALALA...

Akulah rasanya orang yang paling gembira..Akhirnya setelah ramai pihak membantah dengan diserta pejuang bahasa.,dan juga setelah lama berkempen.,akhirnya termansuh juga..

Sebenarnya..,akulah mangsa PPSMI..,pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris amat menyakitkan.,membosankan.,dan mejengkelkan..

Aku cakap begini bukan kerana aku tak lulus dalam Bahasa Ingeris.,fizik mahupun kimia.,cuma aku rasa dengan pembelajaran dalam bahasa inggeris ini melemahkan penguasaan bahasa melayu sedangkan bahasa Inggeris tidak semaju yang di mahukan.,

Ingatlah kepada sesiapa yang menyokong PPSMI..,kita sebenarnya bukanlah bermasalah dengan cara pembelajaran sains dan matematik..tetapi kita sebenarnya bermasalah dengan bahasa Inggeris..,Bahasa ini yang patut kita mantapkan penguasaannya..Tetapi janganlah bahasa inggeris yang bermasalah.,sains dan matematik turut diheret sama.,.Kemajuan sesuatu bangsa bergantung kepada kepakaran matematik dan sainsnya..bukannya mengenai bahasanya..,

Tiada kerajaan yang berdiri megah dengan tidak mencedok ilmu sesuatu bangsa..Ilmu yang dipelajari dari bangsa lain kemudian dikembangkan..Banyak contoh yang boleh diambil..

Contohnya kerajaan Firaun..Mereka mempelajari asas matematik dan sains dari kerajaan Mesophotamia dan memperkembangkan ilmu tersebut sehingga menyebabkan banyak menuskrip yang terhasil hasil daripada kajian yang mereka kembangkan itu..Begitu juga dengan kerajaan Bani Umaiyah yang menterjemahkan buku2 ilmu yang berbahasa Parsi dan menterjemahkankannya didalam bahasa Arab..

Mengapa kita semua tidak belajar daripada sejarah..Susah sangat ke?..

Lihatlah contoh terbaru yang berlaku di negara kita.,sesiapa yang melanjutkan pelajaran ke Jepun dan mengambil kursus2 tertentu.,dikehendaki mengikuti kursus bahasa jepun dan dikehendaki menguasai bahasa tersebut..Ini menunjukkan bahawa Jepun sudah mula mengorak langkah untuk memartabatkan bahasa mereka dimata dunia..Begitu juga dengan Perancis dan Jerman yang sedia maklum tahu mengenai bahasa ibunda tersebut

Jadi kesimpulannya.,muhasabah diri...renung kembali sejarah..belajar daripada sejarah..jangan jadikan pisang berbuah 2 kali,.Bagi aku..,sesiapa yang membuat keputusan ini merupakan orang yang berfikiran jauh..

2012..Aku tunggu tahun tu....

0 comments for this post

Related Posts with Thumbnails
Print