Irama HipHop/Rap semakin subur di Malaysia

By PEJUANG KESENIAN EXTREME on 7:31 PM

Filed Under:


HipHop/Rap merupakan salah satu genre muzik yang semakin mendapat tempat di persada muzik antarabangsa termasuklah Malaysia.Irama ini dikatakan berasal dari New York city sekitar tahun 70-an yang diperkenalkan oleh golongan Amerika Afrika.Pada asal kemunculan irama ini mengabungkan sedikit irama muzik Jamaica dan Amerika Latin ..Dengan diselitkan rap yang berirama,muzik ini semakin mendapat tempat dihati warga Amerika.. Namun dengan keadaan muzik mengikut peredaran zaman,irama hip hop mula berevolusi dengan sedikit suntikan irama disko,tradisional,blues,dan lain-lain lagi.

Setelah sekian lama,Irama hip hop mula bertapak diMalaysia yang mewujudkan ramai Rapper2 di sekitar Malaysia..Ciri2 yang mesti ada sebagai seorang rapper ialah dia semestilah mempunyai minda yang kreatif dalam menggubah lagu dan lirik,berpengetahuan luas dalam isu semasa,dan bijak menyesuaikan keadaan.

Kebiasaannya,budaya turut juga diselitkan didalam unsur2 dalam lagu yang dicipta di sesuatu negara.Sebagai contohnya,muzik rap dari Amerika kurang bersesuaian didengar oleh rakyat Malaysia kerana kebanyakan lirik mereka menceritakan tentang seks,dadah,berfoya-foya dan kadang-kadang mencarut.Namun kita juga seharusnya tidak juga memandang serong kepada irama muzik ini kerana muzik rap ini sudah sebati dengan masyarat Amerika afrika di sana.Pendakwah di sana juga turut menggunakan irama ini untuk berdakwah kerana genre muzik nasyid kurang digemari mereka.Namun ada segelintir pendakwah menjadikan pengantara muzik ini untuk berdakwah dalam menyebarkan islam dengan sarikata yang indah.

Salah satu Kumpulan Rap muslim

Muzik Hiphop boleh dikatakan hidup mekar di persada seni Malaysia ini dengan tertubuhnya pelbagai kumpulan yang ditubuhkan yang membawa rentak/aliran genre muzik ini.Kebanyakan lagu hip hop/rap ini berentak catcy dan lirik yang menarik bagi menarik pendengar mendengar muzik mereka.Sebagai seorang peminat.,aku menyenaraikan Rapper2 sejati yang berjaya mengubal lagu yang menarik dan mempunyai suara yang best.

Jay-z

Seorang yang mempunyai suara yang menarik.,namun masih mengikut irama tradisional Hiphop



50 Cent

Kebanyakan lagu-lagu beliau sememangnya mempunyai naluri lelaki.,Gempak tetapi bergaya.Kelemahannya cuma lirik2 beliau banyak berkenaan aktiviti liar,gangster,..




Pitbull
Seorang Rapper yang agak moden dan kebanyakan lagu2 beliau ringkas tetapi menarik.Penyusunan lagu dan lirik juga menarik..Cuma kadang-kadang liriknya berunsur kelucahan sikit dengan klip video memaparkan gadis2 seksi



Industri seni tempatan juga tidak kurang juga hebatnya..senarai bagi Rapper2 yang diminati yang berjaya membawa muzik Hip Hop yang berunsur moden adalah seperti berikut:




Malique

Salah seorang ahli kumpulan rap Too Phat.Dari lirik yang ditulis serta pengaruh muzik yang dibawa beliau.,boleh dikatakan semangat kemelayuan itu agak menebal ni sanubari pemuda Malaysia ini.




Joe flizzow
salah seorang ahli kumpulan Too Phat.,Berbeza dengan Malique,Joe mempunyai gaya muzik yang lebih urban dan kebaratan.,Namun pembawakan amat menarik..



Ahli Fiqir

Walaupun bukan berasal dari Malaysia,namun imej Hip Hop yang dibawa mereka amat menarik.Mereka juga merupakan sebuah ahli kumplan yang kreatif yang menggabungkan berbagai genre lagu menjadi satu

0 comments for this post

Related Posts with Thumbnails
Print